Monday, March 25, 2013

Skandal SAS: Bekas Ketua Menteri Wajib Bertanggungjawab

Seperti yang dijangka SAPP akan terus memainkan isu SAS, dan tidak mustahil isu ini akan menjadi "senjata utama" mereka pada musim kempen PRU13 nanti. Dengan menggunakan macai-macai serta penyokong-penyokong SAPP, usaha memutar-belitkan fakta mungkin akan berkesan jika rakyat tidak mengetahui cerita sebenar mengenai kejatuhan Saham Amanah Sabah. Perlu diingat, tujuan SAPP membangkitkan isu SAS bukanlah untuk mendedahkan kebenaran, sebaliknya hanya untuk membersihkan imej Yong Teck Lee disamping menjatuhkan musuh ketat beliau Datuk Yee Moh Chai.

Jika bukan kerana imej Yong Teck Lee sudah tercemar ekoran penyelewengan yang dilakukan beliau ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah, isu ini tidak akan dibangkitkan setiap tahun. Nampak sangat SAPP ketandusan isu sehingga terpaksa mengitar-semula isu-isu lama seperti SAS dan "Double Six".. Malah SAPP juga terdesak mempolitikkan kes pembunuhan dan kematian semata-mata untuk memperlihatkan parti mereka benar-benar berjuang untuk rakyat Sabah. Lebih menyerlah sikap hipokrit dan opportunist SAPP jika kita imbas kembali peranan parti nyamuk ini ketika mereka masih berjuang bersama-sama dalam Barisan Nasional. Apa sumbangan mereka kepada rakyat Sabah?? dari ekonomi, sosial sehinggalah politik, semuanya serba tak kena..

Seperti yang kita sedia maklum, Yong Teck Lee sentiasa dibayangi oleh reputasi buruk beliau ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah, yang mana reputasi buruk itu juga telah menjadi penghalang utama beliau untuk merampas kerajaan hari ini. Jika benar beliau tidak bersalah, kenapa terlalu sukar untuk Yong Teck Lee menafikan penglibatan dan peranan beliau dalam skandal SAS sehingga tidak ada perkara lain yang bolah dibangkitkan oleh beliau melainkan meminta kertas putih dibentangkan? Sebab itulah beliau tidak henti-henti membangkitkan isu SAS ini, bukan kerana terdorong untuk mendedahkan kebenaran, sebaliknya sekadar untuk menyelamatkan atau membersihkan diri beliau dari terus di"labelkan" sebagai pembawa bencana kepada 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit pada tahun 1996. 

Berkali-kali SAPP minta supaya Kertas Putih dibentangkan di Dewan Undangan Negeri sedangkan mereka sendiri tahu bahawa usul itu tidak sepatutnya dibenarkan berdasarkan Peraturan tetap 17(1) dan17(2). Berdasarkan peraturan tetap dewan, seseorang ahli dewan tidak layak untuk meminta atau mengarahkan Kerajaan mengeluarkan Kertas Putih kerana hanya Speaker atau Menteri sahaja yang boleh berbuat demikian. Lagipun, mengikut definisi Kertas Putih yang dapat dikaitkan di semua Parlimen Komanwel, adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan sebagai penyata dasar, dan sering menggariskan cadangan bagi perubahan perundangan, yang boleh dibahaskan sebelum satu-satu Rang Undang-Undang diperkenalkan. Ia juga membolehkan Kerajaan mengumpul maklum balas sebelum dasar dilaksanakan. Bukannya "suka-suka" dikeluarkan semata-mata untuk membersihka nama Yong Teck Lee.

Bullet bersetuju dengan kenyataan Datuk Yee Moh Chai bila mana beliau mempersoalkan kenapa hanya pada waktu ini barulah Yong Teck Lee minta Kertas Putih dibentangkan? Jika benar Yong Teck Lee ikhlas mahu mendedahkan kebenaran, beliau sepatutnya sudah mengarahkan dokumen itu dikeluarkan ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah. 

Dalam kes ini, bukan Datuk Yee Moh Chai yang perlu memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Sabah terutamanya kepada pelabur-pelabur yang mengalami kerugian, sebaliknya Datuk Yong Teck Lee lah yang perlu memberikan penjelasan kepada rakyat Sabah berdasarkan fakta-fakta yang munasabah jika beliau yakin kejatuhan nilai saham itu adalah berpunca daripada krisis kewangan Asia 1997-1998 atau disebabkan oleh beberapa pemimpin dalam BN Sabah hari ini. 

Meletakkan kegagalan sendiri dibahu orang lain adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang yang pernah memegang jawatan Ketua Menteri Sabah. Jika inilah bentuk kepimpinan yang cuba ditonjolkan oleh Datuk Yong Teck Lee, layakkah beliau menduduki kerusi Ketua Meneri untuk kali kedua? Tidak mustahil, jika pimpinan beliau menghadapi masalah besar seperti ini (SAS) dikemudian hari, sepuluh jari disusun bukan untuk memohon maaf atau memperbetulkan kesilapan, sebaliknya untuk menuding mana-mana pihak yang beliau benci. 

Fakta yang perlu rakyat Sabah tahu ialah, nilai SAS meningkat setinggi RM1.47 seunit pada tahun 1995, peningkatan ini direkodkan selepas setahun ianya diperkenalkan iaitu pada tahun 1994. Kemudian nilainya jatuh pada tahun 1996 ketika Datuk Yong Teck Lee mula mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah. Pada tahun 1997, dimana merupakan tahun kedua Datuk Yong Teck Lee menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah, nilai SAS jatuh lagi ketahap yang paling rendah. Bukankah semua fakta-fakta ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran Datuk Yong Teck Lee? 

Jesteru, tidak perlulah Datuk Yong Teck Lee bersungguh-sungguh cuba menegakkan benang yang basah. Jika beliau mahu, tanpa Kertas Putih pun beliau masih boleh mendedahkan kebenaran atau membersihkan nama beliau. Jika benar beliau tidak bersalah, kenapa beliau tidak ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Haji Rahman Ghani, CEO Syarikat Warisan Harta Sabah (WHS) yang sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar melalui Daily Express bertajuk "Massive Rm114m losses by ex-CM"? Walaupun nama Datuk Yong Teck Lee tidak disebut, namun secara umumnya rakyat Sabah tahu siapa Ketua Menteri Sabah pada Disember 1997.

8 comments:

  1. Keuntungan yang dicatatkan oleh Saham Amanah Sabah (SAS) telah
    mengembalikan keyakinan para pelabur terutamanya rakyat di negeri ini
    terhadap pengurusan SAS dan kerajaan negeri yang sebelum ini menghadapi kesulitan akibat kejatuhan nilai saham amanah itu.

    ReplyDelete
  2. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Ismail, berkata keuntungan yang dicatatkan oleh SAS itu, menunjukkan kecekapan pengurusan-nya yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman selaku Menteri Kewangan.

    ReplyDelete
  3. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Ismail, berkata keuntungan yang dicatatkan oleh SAS itu, menunjukkan kecekapan pengurusan-nya yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman selaku Menteri Kewangan.
    SAS akan membayar dividen 5 peratus (5 sen seunit bersih) kepada 54,122 pelabur setelah ianya terus mencatatkan keuntungan.

    ReplyDelete
  4. SAS merekodkan keuntungan kasar RM77,263,695
    setakat 15 Disember tahun ini diperolehi melalui pelaburannya dalam
    pasaran saham (85.29 peratus), pasaran kewangan(4.11 peratus) dan
    pendapatan daripada dividen (10.60 peratus).

    ReplyDelete
  5. Musa yang juga Menteri Kewangan ketika mengumumkan pembayaran dividen
    itu berkata, jumlah keseluruhan keuntungan yang boleh diagihkan kepada
    para pemegang unit amanah SAS ialah RM72,352,827 selepas mengambil kira perbelanjaan.
    pengagihan keuntungan pada kadar 5 sen seunit itu akan melibatkan pembayaran tunai berjumlah RM63,800,000.

    ReplyDelete
  6. dengan pencapaian yang menggalakkan oleh SAS
    pada tahun ini, ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri di bawah
    kepimpinan Ketua Menteri (Musa) untuk memulihkan keyakinan para pelabur SAS yang sebelum ini menghadapi penderitaan dengan tidak mendapat dividen dan bonus.

    ReplyDelete
  7. tahun lalu, Saham Amanah Sabah (SAS) menerima suntikan RM200 juta daripada kerajaan negeri bagi meningkatkan nilai aset bersih serta tahap kecairan kewangan semasa.

    ReplyDelete
  8. Tindakan kerajaan negeri itu, juga adalah sebagai salah satu usaha meningkatkan harga SAS yang pada ketika itu berada pada nilai 17 sen seunit, bagi membantu para pelabur saham berkenaan.
    dengan kesungguhan kerajaan negeri untuk memulihkan SAS,
    ianya telah menunjukkan hasil dan pulangan yang baik kepada 54,122
    pelabur yang terdiri daripada 84.7 peratus pelabur individu, 13.7
    peratus melalui Skim Miskin Tegar,1.53 peratus melalui pinjaman bank dan
    0.09 peratus daripada sektor korporat.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.