Sunday, October 7, 2012

Laporan palsu Merdeka Centre cuba tutup rekod cemerlang Musa Aman

Merdeka Centre
Berdasarkan Sentiment Indicator Merdeka Centre, bagaimana boleh berlaku penurunan terhadap kelima-lima perkara diatas ketika Sabah dibawah pentadbiran Datuk Musa Aman berjaya mengekalkan kecekapan pengurusan kewangan serta membangunkan ekonomi negeri ini lebih baik dari tahun 2009? 

Kejayaan Sabah menguruskan kewangannya dengan cemerlang membuktikan kemampuan kerajaan negeri mengurus hasil-hasil negeri dengan baik. Petunjuk ini disifatkan sangat positif kerana peruntukan yang dijimatkan dan dividen yang disalurkan membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk faedah rakyat. Hasilnya kelak, peluang pekerjaan akan bertambah, pendapatan isirumah akan turut meningkat dan sekaligus meningkatkan kuasa beli rakyat di negeri ini.

Selain itu, Sabah juga menerima pelaburan bernilai RM23.9 bilion sejak bermulanya Rancangan Malaysia ke-Sepuluh (RMK-10) tahun lepas, hingga suku pertama tahun ini. Keseluruhan daripada jumlah pelaburan itu, RM12.4 bilion atau 53 peratus merupakan pelaburan tempatan, manakala RM11.4 bilion membabitkan pelaburan asing. Pelaburan ini telah menjana sejumlah 14,674 peluang pekerjaan

Selain itu, terdapat 31 lagi projek baru (EPP) dikenal pasti untuk dilaksanakan di Sabah bagi meningkatkan pendapatan negara dan mewujudkan peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat di negeri ini. Antara EPP itu, sektor petroleum dan gas menyumbang sebanyak RM18.72 bilion. Nilai Pendapatan Kasar (PNK) yang bakal dihasilkan ialah sebanyak RM12.8 bilion di samping bakal menyediakan 23,119 peluang pekerjaan.

By: Borneo Bullet

9 comments:

  1. sokongan rakyat Sabah pasti akan terus bersama2 dengan Musa Aman PRU ni.

    ReplyDelete
  2. 'Kajian' ini sengaja dikeluarkan kerana Musa Aman kan baru2 dipuji atas kecemerlangan beliau mengurus kewangan negeri Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Aman telah mengurusakan kewangan Sabah secara baik.

      Delete
  3. Betul..Sekarang ini pihak tertentu sedang mencari jalan bagaimana untuk menutup semua jasa yang telah Datuk Musa berikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agenda pembangkang yang banyak muslihat untuk menjatuhkan musuhnya.

      Delete
  4. Kalau orang bilang Sabah tiada pembangunan memang tu orang buta. Cuba bandingkan Sabah dulu dan sekarang mesti ada perubahan pembangunan.

    ReplyDelete
  5. hasil kajian merdeka centre sama sekali tidak tepat.. lihatlah sendiri laporan ketua audit negara dan kemampuan kerajaan negeri mengumumkan bajet tertinggi dalam sejarah Sabah..

    ReplyDelete
  6. hancurlah kredibiliti merdeka centre selepas ini kerana pembohongan dan niat jahat mereka semakin terdedah..

    ReplyDelete
  7. macam mana sekalipun cubaan pembangkang menutup rekod cemerlang kerajaan sabah pimpinan Datuk Musa Aman, ianya tetap tidak akan berhasil kerana ada banyak statistik yang lebih berkredibiliti yang menunjukkan kecemerlangan pentadbiran Datuk Musa Aman..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.