Friday, December 28, 2012

Persepsi Sokongan Rakyat Terhadap BN Meningkat!


"Melalui berbagai program yang diperkenalkan kerajaan BN melalui kepimpinan Najib tanpa mengira latar belakang rakyat, samada penyokong Bn ataupun bukan, hasilnya- keikhlasan BN bagi membela rakyat, menimbulkan angin perubahan mula bertiup di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

Di Kelantan misalnya, jarang sekali kita mendengar bahawa penyokong tegar PAS keluar daripada parti itu dan menyertai Umno; malah ada laporan yang mengatakan 3 ribu guru-guru di negeri itu, kini mula kembali menyokong BN.

Di Pulau Pinang pula, akibat cara kerajaan DAP memerintah negeri itu yang bercorak pilih kasih, membuatkan ramai penyokong tegar pembangkang berminat menyokong BN. Perkara ini menjadi kenyataan pada 8 Disember lalu, apabila lebih 350 penyokong tegar PKR daripada Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong menyerahkan permohonan untuk menyertai Umno kepada Perdana Menteri.

Pertanda positif juga berlaku di Kedah dan Selangor, seperti mana kajian para ahli akademik bermula pertengahan tahun ini. Di Kedah misalnya, daripada 10,800 responden; 70 peratus daripadanya tidak yakin dengan kepimpinan Ketua Pembangkang- Anwar Ibrahim.

Selain itu, kerajaan Pas Kedah, sejak akhir-akhir ini telah kehilangan populariti untuk memerintah negeri Jelapang Padi itu; dan keadaan ini adalah peluang terbaik bagi BN memerintah semula pada PRU-13."

Baca artikel penuh (DISINI)

Dalam jangka masa 4 tahun, cukup untuk rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membuat penilaian sejauhmana kemampuan parti pembangkang ini mengemudi negeri-negeri yang diperintah oleh mereka. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan, malah lebih teruk kerana terlalu ramai pemimpin-pemimpin PR yang perlu "dikenyangkan" hinggakan tidak ada lagi dana untuk melaksanakan janji-janji yang diwar-warkan mereka pada PRU 2008.

Lebih malang lagi apabila pemimpin, penyokong, penggiat media serta NGO pro pembangkang sering bersikap double standard bila ada dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat dengan rasuah, kronism, nepotism dan penyalahgunaan kuasa. Sikap ini amat bahaya bagi sebuah negara yang SEDANG berada di landasan yang tepat untuk mencapai status negara maju. bila-bila masa boleh tergelincir dari landasan bro!!

Jesteru, tidak heranlah jika laungan UBAH dan ABU oleh penyokong-penyokong pembangkang kini disifatkan sebagai kurang "menyengat" kerana perubahan yang kononnya hendak dibawa oleh parti pembangkang ini tidak lebih dari sekadar mainan bibir semata-mata. Apa maknanya "perubahan" yang diungkapkan oleh puak-puak terdesak ini jika pentadbiran mereka selama 4 tahun banyak memperlihatkan kepincangan dan kelemahan? Malah tempoh 4 tahun itu bagi saya terlalu pantas untuk mereka mendapat gelaran "the worse" oleh rakyat di negara ini.

Patutlah kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebelum ini beriya-iya mahu mengadakan pilihanraya negeri dan Parlimen secara berasingan. Mungkin juga kerajaan-kerajaan itu gusar kerana rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka sudah bersedia menyokong BN dan hanya menunggu masa mengembalikan negeri itu kepada BN untuk ditadbir.

Jika rakyat di negeri-negeri PR mula menunjukkan perubahan positif dengan menolak kepimpinan parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, bagaimana pula dengan rakyat Sabah? 

"Mengalami" tidak sama dengan "Mendengar". Mesej yang dibawa oleh pihak yang "sudah mengalami" lebih tepat dari mesej yang dibawa oleh pihak yang "sekadar mendengar". Oleh itu, eloklah kita mengambil iktibar dari pihak yang telah mengalami, bukannya yang sekadar mendengar kononnya pentadbiran Pakatan Rakyat terlalu hebat hinggakan ada pemimpinnya begitu layak diberikan gelaran Anugerah Tuhan (Uwekkk!).

"When we shouted for UBAH/CHANGE it should be a slogan of changing from bad to good and not from bad to worst or just another same changes ( bad to bad ).  Pakatan Rakyat should stop deceiving and manipulating the public with all the false hope and empty promises."

33 comments:

  1. rakyat akan terus memberi sokongan kepada BN.

    ReplyDelete
  2. Majoriti rakyat akan terus menyokong kepimpinan Najib dalam menerajui negara untuk mencapai kejayaan lebih besar.

    ReplyDelete
  3. Majoriti rakyat akan terus menyokong kepimpinan Najib dalam menerajui negara untuk mencapai kejayaan lebih besar.

    ReplyDelete
  4. Sokongan kepada Najib kini terus meningkat, terutama di kalangan rakyat Sabah "kerana keikhlasan beliau mencari jalan menyelesaikan masalah termasuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di negeri ini

    ReplyDelete
  5. Rakyat Sabah ingin terus menikmat kestabilan dan kemajuan, dan mereka yakin terhadap kepimpinan Perdana Menteri-Salleh Said

    ReplyDelete
  6. Kejayaan BN Sabah. Jumlah itu termasuk pelaburan kerajaan dan swasta sebanyak RM77.51 bilion bagi 31 projek permulaan (EPP).

    ReplyDelete
  7. Jumlah pelaburan terkumpul sebenar di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) mencecah RM114.045 bilion bagi tempoh 2008 hingga 30 September tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  8. Musa, yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata jumlah itu termasuk kerajaan dan swasta sebanyak RM77.51 bilion bagi 31 projek permulaan (EPP) dalam sektor pertanian, perkilangan dan logistik, tenaga petroleum dan gas, kelapa sawit, pelancongan, infrastruktur, pendidikan dan Greater Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  9. “Daripada jumlah terkumpul RM114.05 bilion ini, 12.7 peratus atau RM14.48 bilion adalah pelaburan yang telah dibelanjakan setakat 30 September 2012,” katanya ketika menjawab soalan Abdul Mijul Unaini (Umno-Banggi).

    ReplyDelete
  10. Beliau berkata kestabilan politik serta perpaduan rakyat berbilang kaum merupakan faktor penting yang memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini.

    ReplyDelete
  11. “Dasar-dasar kerajaan yang prihatin, mesra pelabur dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelabur asing serta kewujudan modal insan yang berpendidikan, muda dan mudah dilatih menjadi faktor penting yang menarik pelaburan asing ke Sabah.

    ReplyDelete
  12. Di samping itu, kedudukan negeri Sabah yang strategik dan terletak dalam lingkungan hanya dua hingga tiga jam perjalanan melalui udara ke bandar-bandar utama di Asia seperti Tokyo, Seoul, Taipei, Osaka, Hong Kong, Macau, Singapura, Bandar Seri Begawan, Manila dan Jakarta turut menjadi daya tarikan kepada pelabur asing,” katanya.

    ReplyDelete
  13. Beliau berkata Kota Kinabalu mempunyai rangkaian penerbangan terus ke kebanyakan bandar besar ini memudahkan pelabur mengunjungi negeri di Bawah Bayu ini selain kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, gas asli, kelapa sawit dan getah.

    ReplyDelete
  14. Musa berkata kemudahan infrastruktur asas yang baik serta pembangunan estet perindustrian seperti Kelompok Industri Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu, POIC Sandakan dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang lengkap menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelabur asing.

    ReplyDelete
  15. Bagi mengekalkan momentum pelaburan di Sabah, katanya, usaha-usaha menyediakan rangkaian perhubungan yang lebih meluas melalui pembinaan infrastruktur asas seperti jalan raya, pelaburan dan pengangkutan selain membangunkan perkhidmatan sektor telekomunikasi termasuk kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Katanya, kerajaan negeri juga akan meneruskan siri promosi pelaburan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menarik lebih ramai pelabur ke Sabah termasuk meningkatkan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan agensi-agensi pusat yang lain.

    ReplyDelete
  17. Berhubung dengan ternakan udang kara di Perairan Pulau Timbun Mata, Semporna di bawah Projek Taman Bersepadu Akuakultur Udang Kara, katanya perusahaan itu melibatkan cadangan pelaburan RM2 bilion dan dijangka menjana 20,000 peluang pekerjaan dan dijangka membangunkan 18,000 sangkar udang kara melibatkan kawasan seluas 6,000 hektar.

    ReplyDelete
  18. Musa turut menyeru semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat dalam pengurusan pelabur agar terus bekerjasama rapat dan memudah cara kemasukan pelabur ke Sabah.

    ReplyDelete
  19. “Kejayaan kita hari ini tidak datang bergolek begitu sahaja sebaliknya merupakan hasil daya usaha yang bersungguh-sungguh serta komitmen yang mantap pemimpin Barisan Nasional (BN) dan seluruh jentera pentadbiran kerajaan peringkat negeri dan persekutuan serta komitmen para pelabur.

    ReplyDelete
  20. Oleh itu, katanya bagi mengekalkan momentum pelaburan yang pesat dan meningkat pada masa kini, rakyat harus membuat pilihan tepat dan memastikan kerajaan BN meneruskan agenda pembangunan ekonomi yang lebih cemerlang pada masa depan.

    ReplyDelete
  21. Terdahulu, Musa berkata Sabah menerima jumlah pelaburan asing dalam sektor perkilangan bernilai RM9.2 bilion dari Hong Kong, India, Singapura dan Korea Selatan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9).

    ReplyDelete
  22. Beliau berkata, pada suku tahun pertama tahun ini, Sabah menerima pelaburan RM10.2 bilion manakala nilai pelaburan dalam pelbagai sektor yang dicatatkan sepanjang tahun lepas mencecah RM13.7 bilion.

    ReplyDelete
  23. “Pelaburan asing di Sabah dalam tempoh RMK9 sehingga suku pertama tahun ini telah menjana 20,211 peluang pekerjaan. Sebanyak 57 peratus atau 11,421 daripada jumlah peluang pekerjaan ini disumbangkan oleh sektor perkilangan, 43 peratus atau 8,768 pekerjaan daripada sektor perkhidmatan dan baki selebihnya dalamn sektor utama perlombongan dan pertanian,” katanya.

    ReplyDelete
  24. Pengundi Muda Kini Bersama kerajaan BN

    Sokongan pengundi muda, sebagai tunjang negara untuk mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020, kini dilihat sudah memihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengundi Muda Kini Bersama kerajaan BN

      Beliau berkata, kesedaran pengundi muda terhadap kemampuan BN untuk kekal menerajui negara ini kini semakin kuat kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada negara.

      Delete
    2. Pengundi Muda Kini Bersama kerajaan BN

      "Bila dah dekat-dekat pilihan raya ni, nampaknya gelombang kesedaran itu sudah dapat kita rasakan, saya ucap syabas kepada orang-orang muda... tadi saya nampak poster "Orang Muda sokong BN"...mereka mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.

      Delete
    3. Pengundi Muda Kini Bersama kerajaan BN

      Katanya, BN memberi jaminan tidak akan ada kumpulan rakyat sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak yang tertinggal ataupun tercicir daripada perhatian kerajaan jika BN kekal memerintah menjelang tahun 2020.

      Delete
    4. Pengundi Muda Kini Bersama kerajaan BN

      Menurutnya, pemerintahan BN hari ini adalah amanah untuk membela dan menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menjalani kehidupan dengan baik dan selamat.

      Katanya, dalam melaksanakan amanah tersebut kerajaan sentiasa memastikan ekonomi negara berkembang, peluang kerja bertambah, industri bertambah maju, kemudahan sosisal seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan lebih baik.

      Delete
    5. Pengundi Muda Kini Bersama kerajaan BN

      "Dalam lapan tahun lagi janji kita kepada rakyat adalah untuk menjadi negara maju...setiap peringkat rakyat...tua muda semua kaum...Semenanjung Sabah dan Sarawak akan dapat diberikan perhatian dan pembelaan secukupnya," katanya.

      Delete
    6. Pengundi Muda Kini Bersama kerajaan BN

      Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bukannya janji kosong kerana BN memberijaminan bahawa menjelang fajar 2020, Malaysia akan menjadi negara maju yang sebagaimana yang rakyat idamkan.

      Delete
    7. Pengundi Muda Kini Bersama kerajaan BN

      Beliau menegaskan parti PAS tidak akan dapat menjadi pembela nasib orang Melayu dan Islam di negara ini sebagaimana yang Umno lakukan selamanya.

      "Bila kita bantu rakyat, PAS kata ini rasuah, saya tidak tahu fatwa mana yang mereka pakai, ini tanggungjawab kerajaan kepada rakyat," katanya dan menurutnya kerajaan BN tidak pernah pilih kasih dalam membantu rakyat.

      Delete
  25. Pengundi kaum wanita Kini Bersama kerajaan BN

    Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sokongan kaum wanita terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) terus meningkat dari semasa ke semasa.

    Beliau berkata perkara itu terbukti apabila draf bancian sikap ke atas kaum wanita di bandar dan luar bandar jelas menunjukkan peningkatan yang ketara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Terkini, kita dapati sokongan wanita di bandar dan luar bandar terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan BN ada peningkatan namun kita tidak boleh leka, walaupun sokongan bertambah kita kena terus jaga dan bela nasib mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat Gerak Kerja Jalinan Rakyat dan pelancaran Program Salam Sayang Wanita Umno Rompin di sini, hari ini.

      Shahrizat berkata program kerajaan untuk membantu wanita seperti Skuad Sayang dan 1Azam turut menyumbang kepada peningkatan sokongan kaum itu kepada kepimpinan tertinggi negara.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.