Tuesday, January 8, 2013

Pendapatan negeri Pakatan dijanakan menerusi cukai tanah dan kerosakan alam sekitar


Punyalah kemaruk untuk dikenali sebagai pentadbir yang baik dan hebat sehingga mampu meningkatkan pendapatan negeri, PAS Kedah menyusun langkah yang lebih berstrategi dan lebih cekap. Strategi yang dimaksudkan, bukannya mencari sumber pendapatan yang baru, atau membolehkan rakyat Kedah mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, sebaliknya meningkatkan cukai tanah yang akan menyebabkan ramai rakyat Kedah berhadapan dengan risiko kehilangan tanah yang mereka duduki, usahakan dan miliki semenjak zaman berzaman.

PAS Kedah sangat cekap dalam bab-bab mencerut kesusahan rakyat. Walaupun ketika mengambil Kedah dari tangan UMNO-BN pada PRU12 lalu PAS telah diberikan prasarana yang terbaik untuk memacu pertumbuhan ekonomi, namun PAS yang selama ini cukup terkenal dengan derma tabung milo mereka, mengambil jalan mudah untuk bermegah-megah.

Pendapatan negeri dijanakan menerusi kerosakan alam sekitar yang amat teruk. Industri utama Kedah adalah pembalakan. Manakala bidang industri dan pembuatan yang suatu ketika pernah menjadi nadi ekonomi Kedah selain memberikan peluang pekerjaan kepada ratusan ribu rakyat Kedah, penduduk di utara Perak, Pulau Pinang dan Perlis, tidak dipedulikan langsung. Kalau ada pun, hanyalah berita-berita yang melibatkan penglibatan entiti-entiti Kerajaan Pusat seperti MITI dan MIDA, manakala Kerajaan Negeri Kedah pula, sekadar berlakon untuk mengambil nama dan kredit sahaja.

Keputusan Kerajaan Negeri Kedah menaikkan cukai tanah setinggi yang mungkin di Pulau Langkawi, Alor Star dan Bandar Baharu, memberi kesan kepada ratusan rakyat dan penduduk Kedah. Pada masa yang sama, kenaikan cukai tanah tersebut juga akan memberi kesan kepada bidang pelancongan, industri dan hartanah.

Anehnya, para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya para penyokong PAS yang bersungguh-sungguh menyatakan bahawa Kedah di bawah PAS adalah sebuah negeri yang mementingkan kesejahteraan rakyat, tidak langsung menyebut apa-apa tentang cukai tanah yang telah dinaikkan oleh Kerajaan PAS Kedah.

Kalau PAS Kedah cuba berbangga menerusi Laporan Ketua Audit Tahun 2012 tentang kenaikan pendapatan dan perolehan negeri, sedangkan pada masa yang sama, mereka gagal menjelaskan kepada rakyat Kedah bahawa hampir keseluruhan peningkatan tersebut adalah disebabkan cukai tanah yang telah dinaikkan dan ditinggikan, pastinya semakin mengesahkan yang PAS Kedah memang bodoh bertalun-talun.

Selama empat tahun berturut-turut, PAS Kedah berbangga kononnya pengurusan ekonomi dan wang negeri yang sangat baik. Malah PAS Kedah amat berbangga dengan hasil balak serta hasil mineral yang telah menjadikan Kedah lebih kurang seperti permukaan bulan dan telah menghasilkan banjir lumpur yang sangat teruk di seluruh negeri tersebut, selain kerugian besar kepada kaum petani, khususnya penanam-penanam padi.

Walaupun PAS Kedah cuba mendabik dada kononnya mereka juga telah berusaha menarik pelabur dari luar untuk melabur di negeri itu sekaligus, mewujudkan peluang pekerjaan kepada puluhan kalau tidak pun ratusan ribu rakyat Kedah, hakikatnya PAS Kedah tidak pernah berminat dengan kaedah itu. Sebabnya sangat mudah…

Tidak sahaja PAS Kedah kurang berkemampuan dan mempunyai inisiatif untuk menambah pelaburan, pelaburan yang menggunakan modal rakyat Kedah juga telah hangus begitu sahaja seperti mana yang berlaku di Papua New Guinea.

Cuma yang anehnya, sebelum PAS merampas Kedah, kebanyakan pemimpin PAS Kedah terutama yang 'kecil-kecil' dan kurang ternama, hidup mereka tidaklah sesenang mana. Alih-alih apabila PAS berjaya merampas Kedah, kekayaan mereka tiba-tiba sahaja mencurah dari langit.

Justeru kita tunggu, berapa lamakah masa yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk menjelaskan kewajaran mereka menaikkan cukai tanah di Pulau Langkawi, Bandar Baru dan Alor Star.

27 comments:

  1. byk penyelengan dalan negeri2 pakatan.

    ReplyDelete
  2. PAS kena faham bahawa sekarang pengundi-pengundi bukan lagi yang hanya terdiri daripada pakcik-pakcik and makcik-makcik yang mengerjakan sawah bendang. Generasi Kedua and Ketiga sudah tiba dan mereka telah lihat sebelah yang satu lagi, oleh itu pemikiran mereka adalah digaris pandukan oleh kebolehan ekonomi negeri yang ditadbirkan oleh Pakatan Rakyat sekarang.

    ReplyDelete
  3. Sekiranya panduan Pakatan Rakyat hanya adalah atas isu keagamaan dan ketata-susilaan sahaja, maka rakyat Kedah yang dahulunya menyokong BN dan telah memberikan peluang kepada PR untuk mentadbir kini balik ke pangkuan BN sekali lagi.

    ReplyDelete
  4. PAS memerlukan professional-professional yang boleh berganding tenaga untuk membawa perubahan kepada ekonomi negeri. Sekiranya polisi-polisi lama yang hanya mementingkan segelintir masyarakat masih diguna-pakai oleh kerajaan PR, apa gunanya bertukar kerajaan?

    ReplyDelete
  5. Polisi seperti 50% unit-unit rumah projek-projek pembinaan rumah yang baru harus disimpan untuk quota bumiputra adalah polisi yang kuno dan tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  6. Sekiranya 50% yang di reserve kan itu tidak dapat dijualkan kepada pembeli bumiputra yang layak, apakah yang akan jadi kepada unit-unit itu? Pernahkah kerajaan PR teringat tentang nasib pemaju-pemaju yang membangunkan tanah-tanah sawah padi untuk dijadikan projek Taman Perumahan?

    ReplyDelete
  7. Kerajaan PR mesti lihat dari sudut ekonomi, dimana sekiranya golongan bumiputra yang berada ingin untuk melabur and pasarannya ada, mungkin quota 50% itu dapat dilaksanakan tetapi ramai yang berada di kalangan bumiputra tidak ingin untuk menaburkan dana terlebih mereka di Kedah kerana mungkin returns nya tidak sebagus yang boleh didapati di Lembah Klang atau di selatan seperti di Seremban ataupun di Johor Bharu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh itu, secara keseluruhan kepakaran menangani ekonomi dan ketulusan pentadbiran yang dihendaki rakyat sekarang.

      Delete
  8. Hati pengundi-pengundi bukan Bumiputra mesti di jaga. Isu perobohan tempat penyembileh khinzir di Alor Star juga mesti ditangani dengan cermat oleh pimpinan PAS di Kedah, apa salahnya sekiranya suatu tempat untuk penyembilehan khinzir di berikan kepada masyarakat Cina untuk diusahakan?

    ReplyDelete
  9. Sekiranya dibuat dengan kadar moden and bersih, industri ini boleh menjadi suatu penjana ekonomi masyarakat Cina dan secara tidak langsung, undi juga akan bertambah. Tetapi malangnya di Kedah isu-isu macam ini dibiarkan untuk dijadikan isu hangat untuk pihak BN menyuarakan.

    ReplyDelete
  10. PAS mesti mengambil tahu bahawa pengundi-pengundi bukan bumiputra adalah suatu khazanah undi yang penting. Untuk menjayakan impian PAS untuk mentadbir di peringkat pusat, PAS mesti meletakkan seorang calon Menteri Besar yang lebih berwibawa daripada apa yang berada sekarang.

    ReplyDelete
  11. PAS mesti juga tahu bahawa walaupun mereka mempunyai sokongan yang kuat daripada masyarakat petani, pekerja and orang-orang kampung, orang Melayu yang rapat dengan golongan kapitalis Cina dan India boleh mengagihkan undi-undi popular ke arah BN pada pilihanraya yang akan datang.

    ReplyDelete
  12. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  13. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  14. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  15. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  16. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  17. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  18. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  19. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  20. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  21. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  22. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  23. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  24. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  25. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete
  26. MAHUKAH RAKYAT SABAH, PENDAPATAN NEGERI DIJANA MENERUSI CUKAI TANAH DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR?

    Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.

    JOM RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG!!

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.