Wednesday, January 16, 2013

Pengakuan rakyat: Kerajaan BN terbukti tidak berjanji kosong

SANDAKAN: Seorang penduduk di Kampung Air yang terlibat dalam satu kebakaran kira-kira 11 tahun lepas merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Afdal diatas keprihatinannya membantu rakyat menerusi pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 

Awang Damit Amat memberitahu sebahagian besar mangsa-mangsa kebakaran kini telah pun mempunyai rumah PPRT yang bukan sahaja memberi keselesaan kepada penghuni malah menambah keyakinan mereka terhadap kerajaan BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Beliau berkata, keprihatinan pihak kerajaan ini membuktikan bahawa komitmen membantu rakyat tidak pernah putus sekali gus membolehkan rakyat terutama golongan yang amat memerlukan untuk merasai nikmat pembangunan. 

Katanya, kerajaan terbukti tidak berjanji kosong apabila pembinaan rumah-rumah PPRT akhirnya menjadi kenyataan dengan setiap mangsa kebakaran di kampung berkenaan pasti mendapat bantuan biarpun secara berperingkat-peringkat. 

Serentak itu, Awang Damit, 54, menasihatkan rakyat terutama pengundi-pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Karamunting agar memberi sokongan padu terhadap kerajaan BN. 

Ini katanya, tiada parti melainkan BN sahaja mampu membawa perubahan dari segi pembangunan dan kestabilan politik ketika negara mencapai sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020. 

Tambah beliau, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan apa jua dakyah yang cuba dilemparkan kumpulan pembangkang memandangkan ianya tidak boleh dipercayai hanya bertujuan untuk kepentingan agenda politik sempit. 

Beliau menegaskan jika dibandingkan dengan kerajaan BN amat jauh sekali kerana kerajaan hari ini benar-benar bertanggungjawab apatah lagi sesuatu bentuk pembangunan dirasai semua kaum. 

“Saya mengambil contoh pembinaan rumah-rumah PPRT untuk para mangsa kebakaran di Kampung Air ini, ia adalah satu janji pilihan raya, tetapi hari ini kita dapat menyaksikan sendiri kepimpinan BN berjaya mengotakan janji mereka. - New Sabah Times

20 comments:

  1. PRU nanti, pembangkang ataupun kerajaan sekarang??fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  2. Sokongan rakyat akan membolehkan usaha pembangunan oleh kerajaan dapat diteruskan.

    ReplyDelete
  3. kerajaan mmg menepati janji.

    ReplyDelete
  4. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    KERAJAAN Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menepati janjinya kepada rakyat jelata terutama di negeri ini apabila pelbagai usaha dan inisiatif berjaya mensejahterakan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata bidang pendidikan sahaja negeri ini menerima peruntukan yang besar daripada kerajaan pusat apabila program pembangunannya turut membantu memperkasakan pendidikan dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang.

    ReplyDelete
  6. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    Beliau berkata, antaranya seperti penyediaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), bantuan tuisyen, kemudahan asrama termasuk juga pemansuhan yuran sekolah selain Baucar Buku IPT sebanyak RM200 dan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    Katanya, kerajaan turut membina sekolah-sekolah baru dan memperbaiki sekolah yang ujur di samping memberi bantuan buku teks; komputer 1Malaysia; menyediakan guru-guru terlatih; meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran; membina rumah guru yang lebih selesa; kenaikan gaji serta gred guru mengikut 'time based'.

    ReplyDelete
  8. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    "Dalam Bajet 2013 pada bulan September tahun lepas saja, Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 di mana sejumlah RM498 juta peruntukan bantuan khas ini diagehkan kepada setiap 4.98 juta pelajar di seluruh negara.

    ReplyDelete
  9. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    "Peruntukan sebenar yang disediakan bagi 2013 adalah kira-kira RM540 juta iaitu termasuk untuk pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat, tetapi Kementerian Pelajaran belum menerima jumlah sebenar pelajar terbabit," jelasnya.

    ReplyDelete
  10. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    Ketua Menteri menegaskan keikhlasan kerajaan sekurang-kurangnya membantu meringankan beban rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum malah ia tidak berhenti setakat itu bahkan program murni seumpama ini diteruskan. Tambahnya, apatah lagi Perdana Menteri sentiasa memikirkan perancangan bagi memastikan masa depan generasi akan datang terjamin.

    ReplyDelete
  11. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    Pihak kerajaan, katanya lagi, menjadikan bidang pendidikan sebagai satu keutamaan dan terbukti menerusi pembangunan Hab Pendidikan Sandakan yang telah memberi peluang kepada rakyat bagi mendapatkan pendidikan tanpa perlu ke luar negara dengan kos yang tinggi.

    ReplyDelete
  12. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    "Kerajaan Negeri juga menyalurkan peruntukan yang besar dalam bajet negeri untuk pembangunan belia dan modal insan di mana menerusi Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat pelbagai inisiatif disediakan ke arah melahirkan modal insan yang terlatih dan berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang tertentu.

    ReplyDelete
  13. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    "Ini kerana, kepesatan pembangunan negeri memerlukan tenaga mahir dan profesional dalam bidang-bidang teknologi, minyak dan gas termasuk kejuruteraan, pertanian moden, kemahiran serta banyak lagi," ujarnya.

    ReplyDelete
  14. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri sehubungan itu berharap bantuan sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap pelajar dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Katanya, melalui bantuan berkenaan sedikit sebanyak membantu meringankan beban dan perbelanjaan sekolah anak-anak khususnya golongan kurang kemampuan.

    ReplyDelete
  15. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    Dalam pada itu semasa sidang akhbar, beliau juga turut mendoakan agar pelajar terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademi masing-masing. "Menjadi harapan dan hasrat kerajaan agar anak-anak menjadi insan yang berguna sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan masa depan keluarga, masyarakat dan negara.

    ReplyDelete
  16. Lagi Janji Ditepati: RM498 juta diagehkan kepada 4.98 juta pelajar.. (bantuan ni baru untuk pelajar, belum masuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia)

    "Kerajaan Negeri dan rakyat amat menghargai apa jua usaha dan keprihatinan kerajaan pusat dalam membantu meringankan beban rakyat termasuk juga menerusi pelbagai inisiatif dan program pembangunan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Klinik 1Malaysia; PR1MA; Tayar 1Malaysia dan Susu 1Malaysia.

    "Rakyat amat menghargainya dan inilah bukti keikhlasan kerajaan BN dalam menepati janjinya," kata Musa.

    ReplyDelete
  17. Barisan Nasional will continue to find the best way to continue serving the people in Sabah, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete

  18. It was therefore vital for the people to offer their support and confidence to the ruling coalition come the 13th general election, he said.

    ReplyDelete



  19. “There have been so many lies spread by the opposition on BN, and recently, they have been going in and out of villages in Sabah to bring down the ruling government with their lies.

    ReplyDelete

  20. He also urge the people not to be trapped by the opposition’s lies.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.