Thursday, January 10, 2013

Sarawak Report dibayar untuk hancurkan ekonomi negara

Oleh: Borneo Bullet
"Terdapat desas-desus bahawa Perdana Menteri Malaysia telah diserang strok yang ringan pada hujung minggu ini tadi.
Dengan skandal-skandal yang mengelilinginya, mungkin tekanan terhadapnya telah mula dirasakan?

Najib Razak belum lagi memberikan jawapan-jawapan pada tuduhan-tuduhan terhadapnya sejak beberapa minggu yang lalu, termasuk kes pembunuhan model dari Mongolia Altantuya Shaariibuu dan wang sogokan dari urusan pembelian kapal selam Peranchis Scorpene." - Sarawak Report
 
PENAFIAN!
 
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak khabar angin beliau mengalami strok kecil hujung minggu lalu, dengan mengatakan beliau masih sihat.

Spekulasi ke atas kesihatan beliau hujung minggu lalu pertama kali dibangkitkan dalam talian oleh laman web pemberi maklumat Sarawak Report, yang mendakwa Najib mengalami strok akibat tekanan oleh siri pendedahan peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

“Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di Bursa Malaysia pagi ini.

Sarawak Report telah melaporkan pada 5 Januari, dakwaan tidak berasas bahawa Najib mempunyai strok kecil, yang mereka dakwa boleh menyebabkan Najib berhenti sebagai PM sebelum pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada akhir April.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri muncul di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) Sabtu lepas di Sepang untuk melancarkan produk baru syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sebelum ke Kuantan untuk lawatan.

Malam sebelum penyebaran khabar angin, beliau merasmikan mesyuarat tahunan dan makan malam veteran angkatan tentera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kelihatan sehat. - The Malaysian Insider

TINDAKAN!

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat sebuah blog yang menyiarkan artikel kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengalami masalah kesihatan kerana penulis itu didakwa dibayar individu tertentu yang mempunyai kepentingan politik.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu dipercayai dilakukan pemimpin politik yang berkemungkinan dari parti pembangkang untuk memfitnah pemimpin nombor satu negara itu selain dipercayai bertujuan mengelirukan rakyat.

“Kita ada beberapa bukti jelas termasuk transaksi pembayaran terhadap beliau (penulis blog), justeru, kami menuntut SPRM memulakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Pada masa sama, kami turut mengesan ada gerakan khusus oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan ekonomi negara kerana kita lihat sejarah negara luar apabila Perdana Menteri dikatakan sakit atau diserang strok kemungkinan pasaran saham boleh jatuh.


“Kami percaya tindakan ini dilakukan berikutan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, jadi ada tekanan untuk menjatuhkan pasaran saham dan mengurangkan keyakinan rakyat serta pelabur asing,” katanya ketika ditemui media sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.

Azwanddin berkata, beliau sudah mempunyai beberapa nama yang dipercayai menjadi dalang, tetapi enggan mendedahkannya sebaliknya meminta SPRM dan pihak polis mengambil tindakan lanjut.

“Perbuatan ini harus dibendung kerana terdapat unsur rasuah dan berniat jahat terhadap negara,” katanya. - myMetro

36 comments:

  1. Sarawak Report adalah media pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Blogger Sarawak Report dicabar tampil kehadapan untuk mengenalkan diri dan jangan hanya berdiri dibelakang Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah yang dikatakan blogger dah kering idea..dah kehabisan modal..! apa yang boleh mereka buat ialah hanya mampu menabur fitnah!

      Delete
    2. hakikatnya fitnah jahat yang mengatakan YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sakit jauh tersasar dan meleset.

      Delete
    3. Yang jelas sakit dan bertambah parah ialah puak pembangkang yang menerima balasan doa buruk mereka. Doa ahzab mereka dipalingkan semula ke muka muka mereka hingga mereka sendiri yang menerima musibahnya.

      Delete
    4. Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.

      Delete
    5. "Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin.

      Delete
    6. Spekulasi yang mendakwa perdana menteri diserang strok ringan hangat diperkatakan hujung minggu lepas.

      Delete
    7. Setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dilaporkan berkata semalam bahawa perdana menteri sihat. Najib hadir pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi semalam.

      Delete
  3. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata badan itu sedang menyiasat dakwaan penyebaran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada,” katanya.

      Delete
    2. Dalam kenyataan yang dihantar melalui Bernama itu, Mohamed Sharil berkata penyebaran berita palsu melalui Internet atau telefon itu merupakan kesalahan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

      Delete
    3. “Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini,” katanya.

      Delete
    4. “Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini,” katanya.

      Delete
  4. Datuk Seri Najib Razak rallied Umno to defend the country from being destroyed by the opposition, which he called uncivilised, undemocratic and lacking credibility.

    ReplyDelete

  5. The Umno president told at least 50,000 in the arena and thousands more loitering outside “not to let our children and grandchildren become destitute (terbangsat).”

    ReplyDelete

  6. “Umno has come so far and prospered every inch of this land. Don’t let it be destroyed by irresponsible parties,” he said on live national television.

    ReplyDelete

  7. Before a sea of people clad in Umno’s red that flooded the National Stadium here, Najib said the real purpose of the opposition-backed Bersih rally was to “fight, kick and strip the police.”

    ReplyDelete

  8. “If there were no clashes, then there is no story for CNN, BBC and Al-Jazeera. That is their real purpose: To show we are a cruel government,” he said referring to the violence that was sparked at the April 28 rally.

    ReplyDelete
  9. Police had dispersed tens of thousands who rallied for free and fair elections with tear gas and water cannon after some breached a police barricade at Dataran Merdeka, which the courts had barred to the public over the weekend.

    ReplyDelete

  10. “Police were beaten up with baseball bats until they vomited blood. Are these civilised people?” he said in his address at the party’s 66th anniversary.

    ReplyDelete
  11. “If we in this stadium wanted to, we could take Dataran Merdeka. There are more of us than them.

    ReplyDelete
  12. “But Umno upholds the law. That is why we will not allow this... Umno will protect the dignity and image of the country,” he said.

    ReplyDelete
  13. The prime minister also accused opposition parties of being undemocratic, singling out “leaders who are not elected by their members” such as PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete

  14. “When their leader says street protests are not good, his senatorship is not renewed. This party calls itself democratic,” he added, referring to DAP vice chairman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

    ReplyDelete

  15. “I call on all not to be poisoned by the theatrics of the opposition, which will only lead to failure,” he said to loud cheers from a raucous crowd.

    ReplyDelete

  16. Prime Minister Najib Razak opened his ruling party's annual congress with a forceful speech urging supporters to brace for what is expected to be one of Malaysia's most intensely fought elections since independence from Britain in 1957.

    ReplyDelete
  17. Najib's United Malays National Organization is determined to reverse setbacks from 2008 polls that triggered the multiethnic government coalition's worst performance in more than five decades of uninterrupted rule.

    ReplyDelete

  18. Najib accused the opposition in a nationally televised speech of banking on false promises to sway voters. He predicted the national debt would soar and Malaysia would lose its economic sovereignty within three years if the opposition wins power.

    ReplyDelete

  19. "Without accurate, careful and critical evaluation, changing the government would be like trusting the mouse to repair the pumpkin or the wolf to safeguard the sheep," Najib told thousands of party officials at their headquarters.

    ReplyDelete

  20. He told party loyalists to battle hard for every vote, stressing that the polls would "be no ordinary elections; it will be the deciding point for the destiny of our people and country."

    ReplyDelete

  21. Critics say Malaysia's ruling coalition had become complacent and corrupt before it lost its longtime two-thirds parliamentary majority in 2008 and was forced to surrender control of several key Malaysian states to opposition leader Anwar Ibrahim's three-party alliance.

    ReplyDelete

  22. Najib must dissolve Parliament by the end of April to pave the way for the next elections. Speculation about early polls has swirled for nearly two years, but the prime minister has refused to reveal his plans for the election's timing.

    ReplyDelete

  23. Government authorities have intensified efforts to win back support over the past year with measures such as channeling more funds to the poor and abolishing security laws that were widely considered repressive.

    ReplyDelete
  24. The opposition insists that only a change of government will resolve problems like graft and racial discrimination.

    ReplyDelete
  25. But most analysts believe Najib's ruling coalition will still have the upper hand because of its entrenched support in predominantly rural constituencies.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.