Monday, April 15, 2013

Renungi pertelagahan sesama pembangkang

SEMPORNA: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta rakyat merenungi pertelagahan antara parti pembangkang sekarang yang membawa mesej jelas mengenai kerjasama mereka.

Katanya, kegagalan pakatan pembangkang menyelesaikan isu agihan kerusi untuk ditandingi mereka pada pilihan raya kali ini membayangkan mereka juga tidak akan mampu menangani isu yang lebih penting membabitkan rakyat, agama, bangsa dan negara.

--BERNAMA

Situasi terbaru yang berlaku di Sabah ini bukanlah suatu isu yang baru, sebaliknya telah menjadi asam garam dikalangan parti pembangkang negara ini setiap kali menjelang pilihan raya. Strategi Anwar Ibrahim yang gemar menggunakan khidmat "katak" untuk merampas kerajaan akhirnya memakan diri beliau sendiri. Ternyata kehadiran Lajim dan Bumburing tidak sama sekali memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya menjadi beban kepada Anwar kerana terpaksa membuat keputusan yang memuaskan hati semua "katak-katak" peliharaannya.

Jika Anwar seorang pemimpin yang bijak, beliau sepatutnya sudah menjangkakan masalah yang bakal beliau hadapi, sekaligus merancang strategi untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Sebaliknya Anwar lebih suka ke hulu-ke hilir berkempen memuji diri beliau disamping menyanyikan lagu "Sabah akan hilang". Seolah-olah beliau merasakan kedudukan Pakatan Rakyat TERAMAT selesa dengan kemunculan Lajim dan Bumburing sehingga lupa implikasinya terhadap pembahagian kerusi menjelang PRU13.

Ketika tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh pilihanraya masih menjadi tanda tanya, bukan main lantang lagi pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Anwar Ibrahim mengkritik DS Najib kononnya takut mengadakan pilihanraya. Kegairahan mereka mengkritik mengenai kedua-dua tarikh penting ini menunjukkan seolah-olah mereka telah bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum. Namun, agak mengejutkan, ketika jentera-jentera BN telah bersiap sedia, pembangkang di Sabah masih bercakaran mengenai pembahagian kerusi. Malah situasinya semakin parah setelah konflik pembahagian kerusi ini menjadi topik perbualan masyarakat di negeri ini. Tidak takutkah Anwar bahawa kegagalan beliau menyelesaikan isu remeh seperti ini akan turut menjadi pertimbangan rakyat untuk menolak kepimpinan beliau??

Situasi yang sama turut berlaku di Sarawak semasa Pilihan Raya DUN Sarawak yang menyaksikan kegagalan pembahagian kerusi di antara PKR, DAP dan SNAP. Kegagalan ini telah menyaksikan pertembungan menarik antara PKR dan SNAP dengan BN. Pertembungan menarik ini akhirnya memihak kepada BN sehingga dapat mengekalkan majoriti 2/3 dalam PRN Sarawak itu.

Apakah pertembungan menarik juga akan berlaku dalam PRU-13 akan datang dengan menyaksikan pertembungan sesama kompenan Pakatan Pembangkang? Ianya tidak mustahil dan jika perbalahan ini semakin parah, pastinya akan berlaku pembubaran Pakatan Pembangkang seperti mana yang sering berlaku sebelum ini. Di sini, BN akan merasai kenikmatannya untuk mencapai kemenangan mudah 2/3 majoriti.

Bagaimanapun, senario terbaru Pakatan Pembangkang itu tidak berlaku dalam BN yang menekankan semangat muafakat bagi menentukan formula pengagihan kerusi memberi keadilan kepada semua parti komponen. Oleh sebab itu, setiap kali pilihan raya, BN tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pakatan Pembangkang khususnya di beberapa kawasan yang telah dipersetujui kompenan BN. 

Melihat kepada perkembangan pembangkang Sabah ini, Bullet amat bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa kegagalan pakatan pembangkang menyelesaikan isu agihan kerusi kali ini membayangkan mereka juga tidak akan mampu menangani isu yang lebih penting membabitkan rakyat, agama, bangsa dan negara. Inikah contoh kepimpinan yang kononnya layak untuk mentadbir negara? Jika masalah dalam parti pun gagal diselesaikan, bagaimana pula dengan isu-isu yang lebih besar?

1 comments:

  1. pembnagkang di Sabah masih lagi bertelagah, dan ini akan memberi kelebihan kepada BN

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.