UMNO-Online : Pada
PRU 13 yang akan datang, Sabah adalah antara negeri sasaran pembangkang,
bagaimana tahap persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi serangan
pembangkang ini?
Musa
: Kita sebagai parti pemerintah BN apabila diberi mandat kepada rakyat
kita terus bekerja, turun ke padang mengetahui masalah rakyat,
mendampingi rakyat seperti saranan selalu YAB Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib bahawa sebagai wakil rakyat, pemimpin mesti selalu turun ke
bawah untuk mengetahui masalah rakyat.
Kita
memang bekerja, terus berkhidmat di kawasan masing-masing… ini rutin
biasa bukan semasa pilihanraya.. ini beza kita dengan pembangkang kerana
parti pembangkang hanya menjelma bila ada pilihanraya… kita tidak
kerana kita bekerja seolah-olah hari-hari adalah pilihanraya. Itulah cara kita bekerja di Sabah.
UMNO-Online
: Dalam isu keluar parti oleh beberapa pemimpin BN baru-baru ini,
pembangkang mencanangkan Sabah bukan lagi negeri “simpanan tetap” BN,
kononnya pembangkang mampu menang 16 kawasan Parlimen. Apa pandangan Datuk Seri dalam perkara ini?
Musa
: Saya pelik sedikit dengan pembangkang ini kerana mereka suka
menggunakan angka 16 ini… dulu mereka kata 16 September mereka ini
menubuhkan kerajaan tetapi tidak menjadi, tidak betul jadi ini pula
mereka kata 16 kawasan parlimen… takpe la itu mereka kata biar mereka
dengan harapan dan janji-janji mereka.
Bagi kita di Sabah ini kita pastikan hubungan kita dengan parti kompenan terus baik, selalu berjumpa, sentiasa berbincang jika ada masalah… yang penting kita sentiasa
bekerja, kongsi kuasa dengan rakan kita dalam BN, bantu membantu
anatara satu sama lain, bergerak sebagai satu pasukan jadi kita tiada
masalah dengan pemimpin-pemimpin BN yang lain… dengan itu kita boleh
bekerja dengan baik… dalam cabinet kerajaan negeri pun, kita terdiri
dari pelbagai parti dan suku kaum.
Justeru saya yakin BN Sabah akan terus berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya.
UMNO-Online : Nampaknya pembangkang cukup ghairah untuk memancing bekas pemimpin BN untuk digunakan bagi menyerang BN di Sabah?
Musa
: Itu perkara biasa.. maklum sekarang ini musim tiba pilihanraya banyak
orang menawarkan diri untuk menjadi calon…. kita selalunya beri peluang
kepada orang-orang muda walaupun kita juga ada calonkan orang lama dan
mereka yang lama dan sudah bersara, sudah lama tak menjadi calon
tiba-tiba mahu menjadi calon itu saya rasa aneh sekali kerana bagi saya
mereka ini umur pun sudah lanjut haruslah bersara dan membantu parti
dengan pelbagai cara bukan cara keluar parti kerana mahu menjadi calon.
Bagi
saya itu memberi erti lebih mementingkan diri sendiri daripada parti..
jadi itu bukan cara kita… bagi kita mereka yang berumur ini keluar parti
itu jadi calon biarlah mereka…. biarlah luncai terjun dengan
labu-labunya.
UMNO-Online
: Pembangkang adalah parti yang pakar membuat janji bulan dan bintang,
di Sabah mereka menjual pelbagai janji seperti royalty minyak, hak orang
Sabah, Sabah didiskriminasi dari sudut pembangunan, kemajuan dan
pelbagai dakwaan lagi. Bagaimana UMNO Sabah menangani serangan persepsi jahat pembangkang ini?
Musa
: Kita telah minta pemimpin dan wakil rakyat kita memberi penerangan
tentang soal ini dan beri tahu rakyat tentang kebaikan BN.. selama ini
sudah banyak peruntukan, banyak pembangunan kita bawa ke seluruh negeri
Sabah, kita belanja beribu-ribu juta ringgit untuk rakyat.
Kita
bersyukur sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia sudah tentu kita
perlukan bantuan besar.. sebab itu beliau (Perdana Menteri) memberi
bantuan besar seperti mana yang kita pohon… Jadi parti pembangkang ini
menidakkan perkara yang ada ..pembangkang ini berpura-pura, membutakan
mata, mentulikan telinga seolah-olah mereka tidak tahu tentang kemudahan
jalan raya, sekolah, hospital dan pelbagai lagi kemudahan prasarana…
ini semua pembangunan yang dibuat BN… jadi rakyat tahu untuk menilai siapa yang benar dan siapa yang salah, mana batu mana permata..
Justeru ini kita beritahu kepada rakyat jangan kita terperangkap, terkeliru oleh pembangkang
dan anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab ini… dan janji bulan
bintang pembangkang ini adalah satu cakap bohong, janji kosong dan saya
yakin rakyat Sabah pun tahu.
UMNO-Online
: Pembangkang mencanangkan perlu ada pembangkang yang kuat di Sabah
untuk 'check & balance' bagi memastikan tiada penyelewengan dan
nasib rakyat dibela. Apakah rakyat Sabah akan termakan dengan dakwaan ini?
Musa
: Itu cuma tipu helah pembangkang pasal mereka tidak ada isu lain…
sekarang pun terbukti..dengan adanya satu pembangkang di dewan DUN..
kami tak rasa kami complacent, tidak mahu bekerja… tidak.. yang penting
bagi kita bila kita dipilih oleh rakyat kita anggap ia satu
tanggungjawab, amanah rakyat yang mana kita kena pikul dengan penuh
tanggungjawab, dengan penuh amanah..oleh itu kita bekerja.
Jadi
bagi saya ada atau tidak pembangkang tidak menjadi masalah..bagi kita
yang penting bila kita diberi mandat, bila kita diberi kepercayaan
rakyat kita gunakan, kita usahakan sebaik yang boleh supaya rakyat tidak
kecewa dengan memilih kita sebagai wakil rakyat dan kerajaan BN.
Jadi
saya rasa rakyat tahu, rakyat faham bahawa BN adalah parti yang
sentiasa bertanggungjawab, sentiasa peka dengan masalah rakyat, sentiasa
menunaikan janji. Kita selalu kalau kita berjanji kita tepati janji kita. Walaupun
saya akui memang ada janji kita yang belum dapat selesaikan tapi yang
penting kita sedar dan kita berusaha janji-janji ini akan kita
selesaikan satu persatu ikut priority dari masa ke semasa.
UMNO-Online
: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sering menekankan bahawa
antara kriteria penting dalam berdepan PRU 13 nanti adalah BN akan
meletakkan calon “winnable candidate”. Boleh Datuk Seri beri pandangan calon “winnable candidate” dalam konteks BN di Sabah terutama UMNO?
Musa
: Bagi saya seperti yang dinyatakan YAB Perdana Menteri winnable
candidate ini ialah calon yang disenangi rakyat, yang punya displin, yang
bertanggungjawab, yang mudah didekati rakyat dan banyak lagi tapi yang
inilah antara yang penting.. sudah pasti calon itu ikhlas, yang jujur
berjuang, mengutamakan parti dari diri sendiri.. saya rasa inilah
ciri-ciri yang boleh menang pada pilihanraya nanti sebab calon inilah
yang dikehendaki Perdana Menteri kita.
Kita berjanji siapa saja yang dicalonkan atau yang dipilih oleh PM nanti
Insyaallah akan kita beri sokongan dan dokongan yang tidak berbelah
bagi untuk pastikan calon ini memperolehi kemenangan besar.
UMNO-Online : Konsep 1Malaysia dikatakan telah lama diaplikasikan di Sabah dan ia merupakan satu kekuatan BN di negeri ini. Bagaimana
konsep ini dapat terus dipertahankan sekaligus menjadi salah satu
kekuatan BN Sabah untuk terus mendapatkan sokongan rakyat?
Musa
: Apabila Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia ini, beliau
pergi ke Sabah dan mengatakan Sabah adalah role model.. kerana beliau
juga sedar seperti yang kita semua tahu Sabah ini sudah lama kita
amalkan cara konsep 1Malaysia ini di mana kita walaupun terdiri daripada
pelbagai suku kaum, agama dan budaya tapi kita boleh hidup dalam
keadaan aman sentosa dan harmoni, saling bantu membantu antara satu sama
lain… kita rayakan setiap perayaan kaum bersama… secara natural ia
mewujudkan perasaan kekitaan dan jadi ia tidak mendatangkan masalah.
Dengan
adanya perpaduan in sudah tentunya kita akan mendapat jalan tugas kita
sebagai pemerintah dengan lebih mudah kerana tidak ada perpecahan, tidak
ada pergaduhan.. jadi dengan itu kita menolak sekeras-kerasnya cara
parti pembangkang yang mana menggunakan kekerasan dengan demonstrasi
jalanan, buat kacau sana sini… ini bagi kita adalah cara samseng, orang
yang tidak bertanggungjawab.
Kita mahu wujudkan perasaan kekitaan bantu membantu, bersatu padu…dengan ini apa jua masalah timbul akan dapat kita selesaikan… kita
juga apply perkara ini dalam politik.. dengan adanya kerjasama dengan
UMNO dan parti-parti yang lain maka calon-calonnya dapat kita pastikan
samada dari UMNO atau komponen BN lain kita sokong dan pastikan
kemenangan… inilah cara untuk kita pastikan bahawa Sabah ini terus kuat,
kukuh dan bersatu padu.
UMNO-Online
: Sabah baru-baru ini mengumumkan bajet 2013 iaitu bajet terbesar dalam
sejarah negeri itu sebanyak RM4.088 bilion yang menyaksikan peningkatan
sebanyak RM40 juta berbanding RM4.048 juta sebelum ini. Apakah bajet ini mampu menutup pelbagai fitnah pembangkang?
Musa : Alhamdullilah saya dapat bentangkan bajet RM4.088 billion.. ini
menunjukkan bahawa kita mempunyai keadaan kewangan yang kukuh dan kita
telah diberi pengiktirafan oleh Auditor General Malaysia yang mengatakan
bahawa Sabah adalah one of the best state dari segi pengurusan kewangan
yang terbaik… jadi alhamdullilah ini hasil daripada apa yang saya
katakan tadi usaha kita iaitu usaha semua kerana kerja
bersungguh-sungguh.
Awal-awal
lagi saya tekankan pentingnya kita mengamalkan keikhlasan, kejujuran,
ketelusan dalam kita mengurus kewangan negeri dan saya ingatkan juga
jangan membazir, belanja berhemah dan ini semua unsur-unsur yang telah
saya perkenalkan. Alhamdulliah
walaupun kita mampu berbelanja lebih 4 ribu juta tapi kita masih ada
reserve 3 ribu juta dan ini merupakan bahawa kewangan Sabah berada dalam
keadaan kukuh.
Jadi
apa jua fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri, pemimpin itu
memang cara pembangkang kerana kita sedar pembangkang tidak ada isu yang
lain, kalau di Sabah ini mereka tiada isu… kita berkerja dengan baik,
rakyat menerima kita dengan baik maka isu mereka hanya membuat fitnah,
lontarkan macam-macam hasutan kepada rakyat Sabah tapi saya percaya
rakyat Sabah bijak menilai adakah kita telah menjalankan tugas dengan
baik… biarlah pembangkang dengan cara mereka dengan
membuat macam-macam tuduhan, andaian, fitnah, hasutan… itu cara
pembangkang. Kita kena sedar kalau pembangkang tidak buat begitu mereka
tidak akan ada isu untuk dibawa ke Sabah.
Yang
penting dengan ada peruntukan ini kita dapat agih-agihkan kepada
seluruh negeri Sabah atau rakyat Sabah supaya mereka dapat manfaat hasil
dari perancangan rapi… ditambah dengan peruntukan dari semenanjung
dengan bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri… saya percaya ini
pelengkap untuk pastikan apa jua perancangan, apa juga projek yang akan
dirancang akan dilaksanakan dengan baik oleh kakitangan kerajaan,
bekerjasama dengan komponen parti.. saya percaya ia akan dapt hasil dan
manfaat yang baik… inilah harapan kita bahawa inilah yang kita mahu
supaya rakyat sedar bahawa inilah kerajaan BN yang sentiasa bersedia
membantu dan membela rakyat bukan saja di Sabah tapi di seluruh
Malaysia.
UMNO-Online
: PRU 13 akan berlaku pada bila-bila masa, sudah pasti dengan 25
kawasan parlimen serta rekod prestasi BN Sabah sebelum ini menjadikan
Sabah adalah kubu kebal bagi BN. Justeru adakah rekod ini masih mampu dipertahankan?
Musa
: Insyaallah kita akan berusaha, bekerja.. sudah pasti kita sebagai
parti UMNO kita bekerja keras, bekerjasama dengan parti komponen BN yang
lain..saya yakin dengan adanya kerjasama ini saya percaya kita akan
beroleh kejayaan.
Yang
penting sekarang saya rasa kita lebih fokuskan bahawa siapa saja yang
dipilih sebagai calon kita, kita mesti sokong sepenuhnya.. jadi dengan
adanya kerjasama ini, persefahaman ini, bertolak ansur antara satu sama
lain insyaallah kita akan menempa kejayaan BN yang besar. (MediaUMNO)
Sumber: Sabahkini