Kita akui pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa mendabik dada bahawa merekalah yang paling layak mentadbir Malaysia. Buktinya, di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan beberapa hari lepas, mendapati tiada penyelewengan dan salah urus tadbir di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Benarkah begitu?
Ikuti analis di bawah:
Kelantan - Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.
Mengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya.
Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam.
Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan, mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit.
Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut.
Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata.
Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya, itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri.
Manakala seramai 639 orang lagi yang mendapat manfaat dari Ladang Rakyat adalah warga negara asing yang menerima upah bekerja di ladang yang dikendalikan oleh syarikat swasta dipercayai milik tauke Cina dari Singapura itu.
Rakyat tempatan termasuk Orang Asli terpaksa menangis tak berlagu kehilangan tanah yang diterokai serta tanah rizab mereka, manakala orang dari Singapura yang banyak memberi sumbangan dan derma politik untuk parti yang memerintah Kelantan pula yang menjadi kaya raya.
Pulau Pinang – Laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan.
Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini.
Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutung dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.
Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut.
Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.
Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan.
Selangor : Laporan Audit Ketua Negara mendapati Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak 198.1 peratus kepada RM37.63 juta berbanding RM12.62 juta pada tahun 2009.
Sementara Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ternyata sebagai umpan pilihan raya pembangkang. Anak-anak kelahiran Selangor dijanjikan wang ringgit sekiranya mereka berkuasa. Tindakan PKR ini adalah hasil daripada kajian mereka terhadap rakyat Selangor.
Di sini kita boleh lihat bagaimana PKR yang sering menuduh BN sebagai melakukan rasuah pilihan raya turut melakukan perkara yang sama untuk berkuasa. Dengan memberikan bantuan kepada si anak, pastinya ianya akan menambat hati si ayah dan ibu untuk memberi undi kepada pembangkang.
Namun, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan PKR hanya meluluskan 19.4% daripada 313,706 anak kelahiran Selangor dari tahun 2008 hingga 2011 untuk mendapat faedah TAWAS.
Kenapa hanya 19.4% anak kelahiran Selangor mendapat faedah TAWAS? Di sinilah letaknya permainan licik Kerajaan PKR.
Seperti mana janji memberikan air percuma, Skim TAWAS juga merupakan pembohongan MANIFESTO bukan JANJI ciptaan PKR. Apa yang mereka janjikan semasa pilihan raya memang akan mereka laksanakan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.
Bukan semua rakyat Selangor akan mendapat manfaat walaupun layak. Namun janji-janji inilah yang mereka JUALkan dalam ceramah-ceramah mereka terutamanya ceramah mereka di luar negeri Selangor.
Kedah : Laporan Audit 2011 telah melaporkan bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit.
Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud!
Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London.
Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan.
Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap.
Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit.
Dengan semua penemuan-penemuan ajaib seperti di atas, masihkah Pakatan Rakyat mendabik dada mengatakan mereka mempunyai pengurusan dan pentadbiran lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan?

Sumber: umno-online
pembangkang mmg byk tembelang, ia akan pecah satu persatu.
ReplyDeletebaru empat tahun memerintah, sudah banyak pendedahan berkenaan dengan salah-urus tadbir yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.. kalau diberikan mandat lagi selepas PRU13, bankraplah negeri2 maju seperti selangor dan Pulau Pinang..
DeleteBN pasti menang PRU 13!
ReplyDeleterakyat di empat buah negeri Pakatan Rakyat juga perlu berubah.. sudah terbukti bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir negara/negeri dengan baik..
DeleteTerima kasih kepada Audit Negara kerna telah memecahkan temblang ini
ReplyDeletebila kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat didedahkan, tidak ada pula pemimpin2 Pakatan Rakyat buat laporan SPRM atau polis..
DeleteTerima Kasih Audit Negara kerana memecahkan tembelang ini
ReplyDeleteKita tidak harus pernah seklipun menginginkan pemimpin seperti kepimpinan pembangkang sekarang ini. kenapa harus menggantikan kerajaan sedangkan Malaysia mejadi tumpuan dunia dengan kerajaan yg ada sekarang ini?
ReplyDeletejangan sekali2 memberikan mandat kepada pembangkang untuk memerintah negara ini.. lihat saja kemewahan mereka dalam masa empat tahun.. mana datangnya sumber dana untuk menyewa jet peribadi, membeli bas mewah, treler dan 4wd??
DeleteKerajaan Kelantan pada Rabu mengaku projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan atau lebih dikenali projek Lembah Sireh, tidak menepati masa pelaksanaan dan tidak memberi pulangan sebagaimana yang dirancang
ReplyDeletekerajaan PAS Kelantan sudah mentadbir lebih 20 tahun negeri itu, tapi sampai sekarang kelantan masih negeri termiskin.. malah masalah air bersihpun hanya akan diselesaikan 2027..
DeletePemuda Umno Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) telah membuat laporan ke SPRM berhubung projek Lembah Sireh dan mahukan SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh
ReplyDeleteeloklah tu.. jangan biarkan penjenayah bebas berkempen menuduh pihak itu ini penjenayah..
Deletepaling layak mentadbir negara?? sedangkan mentadbir empat buah negeri pun sudah cukup mendedahkan ketidak-cekapan pentadbiran mereka, inikan pula mentadbir negara Malaysia..
ReplyDeletebaik pakatan jangan bermimpilah.. silap2 empat buah negeri yang sedang ditadbir oleh Pakatan juga akan jatuh semula ke tangan BN..
ReplyDelete