Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di negara ini.
dan salam Satu Malaysia saya ucapkan sebagai pembuka tirai bagi memulakan langkah pertama saya dalam dunia blog.
Tergerak hati saya untuk memanfaatkan kebebasan bersuara (media sosial) ini setelah melihat dan mendengar perkembangan politik hari ini, dan saya begitu tertarik dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli politik tanahair.
Persoalan pertama yang ingin saya sentuh ialah kenapa agaknya isu RCI (Suruhanjaya Siasatan DiRaja) semakin sensasi setelah DS Najib umumkan penubuhannya? semakin ditubuhkan, semakin banyak pula kritikan, tomahan, ejekan dan sebagainya dilemparkan terhadap DS Najib dan juga Ketua Menteri Sabah DS Musa Aman.
Bukankah ianya satu perkembangan yang baik dimana kerajaan pimpinan DS Najib bersedia untuk berhadapan dengan desakan, tuntutan dan masalah-masalah rakyat di Sabah? sepatutnya rakyat dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat melihat langkah kerajaan ini dari sudut positif. Sekalipun tidak mampu melihat dari sudut yang positif, sekurang-kurangnya bagilah kerjasama dengan tidak mempolitikkan perkara ini.
RCI bukanlah kaedah yang pertama dan terakhir dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang haram dan juga Projek IC di Sabah. Sebelum ini juga, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuklah penubuhan jawatankuasa pusat dan juga negeri bagi menyiasat dan merangka penyelesaian kepada fenomena warga asing di negeri ini, penubuhan program 5P disamping penguatkuasaan berteruskan dari anggota beruniform samada di daratan mahupun perairan.
Pendek kata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, namun masalah ini tetap berterusan.
Jika ada pihak yang mengatakan bahawa kerajaan tidak ikhlas menyelesaikan masalah ini hanya kerana kerajaan mengumumkan RCI disaat-saat akhir, bagaimana pula dengan usaha-usaha kerajaan sebelum ini? RCI sebenarnya hanya kesinambungan dari usaha-usaha kerajaan yang kurang berkesan sebelum ini, dalam kata yang mudah difahami "selagi tidak selesai selagi itu kita perlukan kaedah baru yang lebih komprehensif".
Era pentadbiran DS Najib dan era pentadbirak Pak Lah dan juga Tun Mahathir sepatutnya tidak perlu disamakan sekalipun mereka duduk dibawah bumbung yang sama. Masing-masing mempunyai pendirian, hala tuju, strategi, perancangan dan sebagainya. Malah apa sahaja kesilapan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu juga tidak perlu "dipindahkan" kepada pemimpin hari ini.
Malang bagi DS Najib kerana mengambil alih tampuk pemerintahan negara ketika negara ini berhadapan dengan pelbagai masalah bukan sahaja diakibatkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang. Ketika beliau giat menyelesaikan masalah-masalah itu, timbul pula kritikan dan pertanyaan seperti "kenapa hari ini?" atau "kenapa ketika pilihanraya semakin hampir?". sedangkan beliau baru 4 tahun menduduki tampuk pemerintahan negara.
Tanpa melihat kepada faktor Pilihanraya Umum, saya simpulkan bahawa langkah kerajaan menubuhkan RCI menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan ibu segala masalah di Sabah. Mungkin semua ini tidak dijangka oleh pemimpin-pemimpin pembangkang memandangkan Perdana Menteri terdahulu telah gagal menubuhkan RCI, sebab itu pembangkang "tersentak" bila DS Najib buat pengumuman..
By: Borneo Bullet
RCI ini adalah berita baik untuk Sabah.
ReplyDeleteSejak dua menjak ini isu RCI semakin kedengaran. Ramai yang menyokong penubuhan RCI tersebut. Maka tahniah kepada Kerajaan kerana telah meluluskan RCI untuk Sabah ini.
ReplyDeleteRCI baik untuk Sabah, namun ada pihak mempertikaikannya.
ReplyDeletesepanjang 4 tahun pentadbiran Najib, saya boleh simpulkan bahawa masa depan Malaysia semakin cerah.. banyak perubahan yang telah dan sedang beliau laksanakan..
ReplyDeletewalau apapun kenyataan dari pihak pembangkang yang cuba meremehkan langkah kerajaan menubuhkan RCI ini, saya yakin rakyat Sabah tidak akan mudah terpengaruh..
ReplyDelete