Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Desakan Menggunakan Dakwat Kekal Kerana Mudah Dimanipulasikan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut. TMI

Dengan tertubuhnya pasukan menyiasat mengenai dakwat kekal, adakah para pemimpin Pakatan Rakyat sudah cukup berpuas hati selepas berhempas pulas mendesak kerajaan pusat dan SPR menggunakan sistem itu? Mengimbas kembali detik-detik bantahan para pemimpin Pakatan dan juga Bersih terhadap penggunaan sistem Biometrik, ternyata puak-puak ini tidak pernah mengkaji baik buruknya sesuatu sistem itu sebelum dilaksanakan. Seolah-olah dakwat kekal adalah kaedah paling sempurna di dunia walaupun telah diberikan amaran bahawa dakwat kekal tetap tidak menjamin ketelusan pilihanraya sebagaimana yang telah berlaku di beberapa buah negara yang menggunakan kaedah ini.

Para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO tajaan mereka sebenarnya faham dan sedia maklum mengenai risiko yang memungkinkan berlakunya penipuan ketika hari mengundi. Atas sebab itu mereka mendesak kerajaan pusat dan juga SPR supaya menggunakan kaedah ini agar mereka sentiasa mempunyai isu untuk dimainkan jika kalah PRU13. Semuanya telah dirancang dengan rapi bagi memburuk-burukkan SPR dengan menuduh badan itu bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional, sekaligus menanam bibit-bibit kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan harapan tercetusnya satu fenomena Arab Spring versi Malaysia.

Malang sekali apabila desakan pembangkang ini tidak dikekang dengan hujah yang tegas sejak awal lagi. Maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut berdasarkan pengalaman di beberapa buah negara. Kini, apabila pilihanraya sudah berlalu, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor SPR berkaitan dakwat kekal. Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sejak mula lagi dan boleh dielakkan jika puak-puak terdesak ini tidak taksub dengan dakwat kekal sehingga sanggup mengheret rakyat ke jalanraya semata-mata mahu ianya dilaksanakan. Objektifnya hanya satu iaitu menuduh SPR tidak telus yang kemudiannya dijadikan alasan untuk menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya ditolak.

Apa yang mungkin rakyat terlepas pandang dalam kes ini ialah, wajarkah SPR dan kerajaan BN dipersalahkan sedangkan pada awalnya SPR dan BN amat keberatan untuk melaksanakan kaedah primitif ini? Hanya pihak yang mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya sahaja yang terdesak mahu ianya dilaksanakan agar strategi yang telah dirangka sejak 2008 itu dapat berjalan dengan lancar sesuai dengan impian Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia. Tidak dinafikan, SPR dan BN juga telah melakukan kesilapan namun kesilapan mereka bukan kerana penipuan pilihanraya, sebaliknya kerana terlalu berlembut serta mudah bertolak ansur dengan puak-puak pembangkang yang mana niat jijik mereka amat jelas kelihatan tanpa perlu disuluh.

Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Sebab itu rakyat sudah mula muak dengan kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja pada waktu pengundian 5 Mei lepas, malah ketika anjuran demonstrasi Blackout di Padang Merbok. Lagipun, bukan sekali Pakatan Rakyat melakukan kesilapan seperti ini. Sebelum insiden Lahad Datu, siapa yang lebih dulu menyanyikan lagu "Sabah akan hilang"? Begitu juga sebelum demonstrasi BERSIH bertukar ganas, siapa yang lebih dulu membangkitkan soal keganasan pihak polis? Taktik yang sama turut digunakan dalam isu dakwat kekal dimana Pakatan tidak henti-henti menuduh bahawa ianya bakal dimanipulasikan BN, sedangkan merekalah yang lebih dulu mahu ianya dilaksanakan dan mereka jugalah yang memanipulasinya dengan mencipta pelbagai cerita karut untuk santapan minda rakyat.

Kesimpulannya, Pakatan berjaya menjadikan kerajaan serta SPR sebagai badut sarkas dengan bantuan NGO-NGO yang dibiayai oleh mereka dan juga kuasa asing serta sokongan segerombolan penyokong-penyokong Pakatan yang berjaya "dikencing" Anwar. Namun, jika kita kaji dan imbas kembali sebelum dan selepas PRU13, ternyata kebodohan Pakatan tidak pernah pudar dalam parti itu. Dakwat kekal yang dicanang mereka kehulu dan kehilir sebagai kaedah TERBAIK, TELUS, BERSIH dan TIDAK MUDAH DIMANIPULASI akhirnya terbukti ianya boleh dimanipulasikan sebagaimana mereka memanipulasinya. Malah lebih melucukan, apabila cadangan "terunggul" itu jugalah yang bakal disiasat oleh SPRM kelak.

Saturday, June 29, 2013

Terima Dana Asing Untuk Huru Harakan Negara Bukti Anwar Tidak Bermaruah

KUALA LUMPUR: Pendedahan terbaharu oleh negarawan Indonesia Jusuf Kalla (DISINI) mengenai sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas menunjukkan bahawa pemimpin pembangkang itu sanggup menerima dana asing bagi menghuruharakan negara, menurut beberapa pemerhati.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kenyataan Jusuf itu seharusnya membuka mata para penyokong pembangkang mengenai kegilaan Anwar untuk menjadi perdana menteri dan seharusnya jugalah mereka tidak lagi membiarkan diri dimanipulasi oleh Anwar untuk kepentingan peribadinya.

"Bukan sahaja Anwar terasuk untuk tidak menerima kekalahan pembangkang pada PRU13 tetapi juga sudah bertindak melampau sanggup mendedahkan pengikutnya kepada bahaya melalui perhimpunan haram Blackout 505," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Mengulas kenyataan bekas naib presiden Indonesia itu, antara lainnya bahawa tindakan Anwar menguntungkan musuh-musuh Islam dan kawan-kawannya turut membantu kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Nadzim berkata Anwar tidak boleh bersembunyi lagi dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadapnya.

"Anwar dah tak kesah walaupun sampai tahap perlu menjual negara sendiri... saya berharap kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau yang melanggar undang-undang dan tidak menghormati perlembagaan negara," katanya.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib pula berkata Anwar terang-terangan memalukan Malaysia sehingga pemimpin antarabangsa seperti Jusuf turut rasa terpanggil untuk menyelar tindakan beliau.

"Anwar tidak wajar mengheret rakyat mengadakan perhimpunan memprotes keputusan PRU13 yang tidak berpihak kepada pembangkang. Tindakan Anwar itu jelas menunjukkan rasa tidak hormat serta tidak tahu adab menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya.

Sambil menyeru rakan-rakan Anwar dalam pakatan pembangkang memperhalusi kenyataan Jusuf bagi menilai keperibadian Anwar, beliau bertanya kenapa politik huru hara baru terjadi selepas munculnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tidak sebelumnya walaupun PAS dan DAP telah lama wujud.

Menyentuh mengenai dakwaan bahawa Anwar telah menerima dana daripada kuasa asing untuk perhimpunan Blackout 505 dan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Md Shukri berkata jika dakwaan itu benar maka Anwar memang sanggup menggadai Malaysia demi kepentingan khayalannya.

Presiden Pakar Malayalee Malaysia R. Nambiar pula berkata kalah dan menang adalah perkara yang lazim berlaku dalam sesuatu pertandingan dan tidak seharus terlalu payah untuk diterima hakikatnya apatah lagi jika pemimpin itu berjiwa besar.

"Cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri adalah dianggap pemikiran positif namun jika terbukti sudah ditolak oleh majoriti rakyat, terimalah hakikatnya dan berundurlah. Berilah peluang kepada pemimpin yang dipilih rakyat untuk meneruskan pembangunan negara," katanya.

Selepas pendedahan oleh Yusuf, katanya Penasihat PKR itu patut malu terhadap dirinya sendiri di atas putar belit kenyataan yang diberikan kepada rakyat kononnya beliau ada membuat perjanjian dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula berkata kenyataan Jusuf adalah satu bukti yang menunjukkan apa yang seringkali dikatakan Anwar kononnya hendak memperjuangkan nasib rakyat sebenarnya adalah perjuangan untuk beliau menjadi perdana menteri.

"Terserlah sudah motif sebenar di sebalik isu demonstrasi, isu pilihan raya tidak telus dan pelbagai tuduhan terhadap institusi kerajaan adalah untuk perjuangkan kepentingan peribadinya dan bukan bersifat 'substantial' untuk rakyat atau demokrasi di negara ini," katanya.

Azeem Fazwan berkata pengikut dan penyokong pembangkang perlu sedar bahawa perjuangan Anwar untuk kepentingan peribadinya adalah tidak sihat dan tidak baik untuk negara dan rakyat.

Thursday, June 27, 2013

Jusuf Kalla Akui Anwar Memang Gila Dan Lidah Bercabang

NAMA bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat 'a sense of belonging'. Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. 

Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.

JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?

JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.

Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.

Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?

JK: Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.

Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.

Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.

MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?

JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.

Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.

Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.

Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).

Inilah gentleman’s agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.

Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghubungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komited. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.

Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami (Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.

ISU PENIPUAN PILIHANRAYA

MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?

JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).

Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.

Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?

JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana parti yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya bilang kepada Anwar, “Kamu sudah gila?” mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.

Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.

Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

HIMPUNAN BLACK OUT 505 

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini? 

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka. 

Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? 

Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain. 

Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam

PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON

JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari “Polis Washington” supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini. 

ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU

JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu

Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut. 

MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak. 

JK: Terima kasih.

Monday, June 24, 2013

Rakyat Ditipu Lagi: Lepas Berhimpun, Anwar Angkat Sumpah Iktiraf Keputusan PRU13

Ketika para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat cuba menimbulkan kekecohan dengan 'kekuatan' seramai lebih kurang 200 orang di luar pekarangan bangunan Parlimen dan menyusahkan pengguna-pengguna jalanraya pada pagi Isnin untuk ke tempat kerja terutama yang menggunakan laluan ke Damansara dari arah Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan seramai 89 orang, mengangkat sumpah jawatan masing-masing dengan penuh bersahaja dan selamba tanpa menghiraukan apa yang mereka laung-laungkan sebelum ini. 

Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah pada jam 11:50 pagi dengan menyatakan bahawa:
"Saya, Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan negara."
Sekaligus, kepala yang beria-ia benar mahukan demonstrasi menumbangkan kerajaan yang dipilih menerusi pilihanraya yang diselenggarakan oleh SPR, telah pun memperakui bahawa keputusan PRU13 tidaklah sebagaimana dakwaannya. Bahkan secara tidak langsung, dia sendiri telah memperakui keputusan PRU13 yang sebelum ini dipertikaikan.

Kekecohan yang dilakukan oleh para penyokongnya di luar pekarangan Parlimen, nampaknya langsung tidak merencatkan Anwar Ibrahim untuk bergelar Ahli Parlimen. Sebaliknya, memorandum yang hendak disampaikan oleh kumpulan yang melakukan kekecohan dengan liputan penuh daripada stesen televisyen antarabangsa, Al-Jazeera tersebut, hanya diterima oleh ‘balacinya’, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam pada jam 12:05 tengah hari yang kemudian mengeluarkan arahan agar mereka bersurai.

Anwar Ibrahim yang semalamnya bersungguh-sungguh berucap walaupun sedikit hambar setelah melihat ramai yang meninggalkan venue tunjuk perasaan iaitu Padang Merbok, ternyata hari ini kekal sebagai seorang penipu dan pemerdaya terbesar. 

Daripada memujuk rakyat Malaysia agar turun berdemonstrasi untuk menzahirkan penolakan terhadap keputusan PRU13 dan PRU13 yang dikendalikan oleh SPR, akhirnya setelah bersungguh-sungguh para pengikutnya cuba merealisasikan impian dan hajatnya, Anwar Ibrahim dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 88 orang yang lain, tanpa menghiraukan para pengikut mereka, mengangkat sumpah terima tugas.

Agak pelik dengan gelagat para pemimpin Pakatan Rakyat. Ketika bersama-sama penyokong, mereka menjadi manusia yang sangat kuat berpegang kepada prinsip. Mereka melafazkan pelbagai omongan yang dilihat mampu mempengaruhi para pengikut agar menuruti segala kehendak mereka, sekalipun terpaksa melanggar segala peraturan dan undang-undang di negara ini.

Namun apabila mereka sendiri mendapat peluang, segala yang dijanjikan kepada para pengikut yang sanggup menggadaikan keselamatan diri, bahkan sanggup dibuang kerja atas alasan perjuangan, akhirnya menjadi hampas belaka. 

Bukti terbaru adalah apabila para pemimpin Pakatan Rakyat yang menang dalam PRU13 lalu, tidak membuang masa untuk mengangkat sumpah walaupun pada awalnya, bersungguh-sungguh pula mereka merancang untuk memboikot perjalanan Parlimen Malaysia atas alasan, keputusan PRU13 meragukan. 

Apakah sekarang ini, melihat kepada bukti-bukti ciptaan yang ada tidak mampu untuk mengubah keputusan, maka para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali Anwar Ibrahim enggan melepaskan peluang menjadi Ahli Parlimen? 

Atas alasan apa pula mereka menerima tugas selaku Ahli Parlimen, sedangkan setahu ramai, bahkan rekod juga telah membuktikan, hampir kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu, tidak pernah menjalankan tugas mereka selaku wakil rakyat pun. Banyak masalah rakyat terbiar dan akhirnya diselesaikan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka sendiri, lebih banyak berkempen ke serata pelusuk negara untuk menaikkan sentimen rakyat, sekaligus mewujudkan suasana tidak tentera dan politik yang tidak stabil. 

Walau apa pun, ternyata peristiwa hari ini jelas menunjukkan bagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim lebih memikirkan perihal tekak dan perut mereka sendiri berbanding rakyat. Di sebalik laungan dan cemuhan terhadap SPR sehingga sanggup pula menganjurkan demonstrasi dengan sasaran penyertaan 1 juta orang, hari ini, mereka terlebih awal berada di Parlimen untuk mengangkat sumpah, sekaligus menerimapakai keputusan PRU13 yang mereka pertikaikan sebelum ini!

Tuesday, June 18, 2013

Sabah Yang Dipertua Negeri Happy With Smooth, Peaceful GE13 In State

KOTA KINABALU: Sabah Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin Monday said he was happy with the handling of the recent 13th general election (GE13) in the state as it went on in a peaceful and orderly manner.

In this regard, he expressed his appreciation for and congratulated all quarters responsible, particularly the Election Commission and Royal Malaysian Police.

Juhar congratulated the Barisan Nasional government and elected state leaders including the Chief Minister (Datuk Seri Musa Aman) who received the people's mandate to continue developing the state.

In Sabah, BN secured two-thirds majority by winning 48 of the 60 state seats and 22 of the 25 parliamentary seats contested in the GE13, thus helping BN to form the state government and federal government respectively.

In his policy speech when opening the first term of the 14th Session of the Sabah State Legislative Assembly, in Kota Kinabalu, Juhar expressed hope that the close cooperation and ties between the state and federal governments would be further strengthened for smooth administration and development continuity in all aspects for the well-being of the people.

He urged all the assemblymen to provide the best service for the people by playing an active and effective role during the state assembly sittings by giving input and sound ideas on how to develop Sabah.

He said their debates must be based on sincerity and the spirit to improve the lives of the people and that their decisions must be in the interest of the people, state and country first.

Earlier, Juhar inspected the guard-of-honour mounted by 105 officers and members of the 16th battalion of the General Operations Force, in Kota Kinabalu, led by DSP Mohd Faridudin Abdul Kadir.

Present were Juhar's wife Toh Puan Noraidah RM Jasni, the chief minister, state assembly speaker Datuk Seri Salleh Tun Said, state cabinet members and other assemblymen.

Meanwhile, Sabah assemblymen supported the proposal to raise the salary of elected representatives in the state in line with the current economic expansion.

Pantai Manis assemblyman, Datuk Abdul Rahim Ismail said the salary increase should be considered because the people wanted them to work harder look after their welfare.

"The raise must be looked into based on the current situation and even if the increase is not like that in Sarawak, at least 100 per cent is adequate," said Abdul Rahim, who is former State Agriculture and Food Industry minister.

Lumadan State Assemblyman, Datuk Kamarlin Ombi, who is also state Tourism, Culture and Environment assistant Minister, said the proposal must be studied towards boosting the standard of living of the people.

Sabah opposition chief and Klias State Assemblyman, Datuk Seri Lajim Ukin said the opposition would study the proposal to determine its suitability in the current situation.

In May, the Sarawak State Assembly tripled the monthly salaries of the Chief Minister, Deputy Chief Minister, Minister, assistant minister and members of the State Assembly.

Umno vows to take Penampang from opposition

PENAMPANG: Umno performed well in the last general election but not the other Barisan Nasional (BN) component parties, said Penampang Umno Chief Datuk John Ambrose. He cited that Umno managed to wrest back several constituencies which were once represented by the opposition before GE13.

“Umno under the leadership of Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak succeeded in capturing several seats from the opposition but the other BN component parties failed to deliver. Umno had performed better than before,” he said.

He told the reporters this when approached at a belated Kaamatan Festival organised by Penampang Umno at the Dewan Tun Fuad here, on Saturday. He also attributed the opposition’s success in winning seats which were previously held by BN to the former’s campaigns via cyberspace and the social media.

According to him the virtual campaigns gave the people false hope that the opposition were capable of toppling the BN and capturing Putrajaya, and convinced many people, the younger voters especially, to vote for them. John was also of the opinion that there should be no contest for the posts of president and deputy president in the coming Umno General Assembly.

“Now, Umno is implementing a new procedure in the coming General Assembly where all the delegates from the various divisions will be voting at their respective division. Hence, there’s no need to send delegates to the main conference to vote,” he said.

On BN losing the three seats in Penampang – the Penampang parliamentary seat, Moyog and Kepayan state seats – John said it was not the end for BN in Penampang and was convinced that BN will be able to recapture the seats in the 14th general election.

“With the full cooperation of all BN component parties, we shall work hard to wrest back these three seats. Although we have lost the three seats, it does not mean that we can no longer serve or contribute to the people of Penampang. BN is still in power and we can still do our part to help the people of Penampang. We will continue to look after the interest and wellbeing of the 12,000 voters who voted for BN in the last general election,” he said.

John was also of the opinion that BN lost in Penampang because of the ignorance of young voters who wanted change, without realising that it was already being carried out through the Government Transformation Program (GTP) introduced by the present Prime Minister.

He said he was convinced that these young voters would give their support back to BN after they have seen the positive changes made by the BN government, and finally realise that only BN is capable of looking after the people’s interest and welfare.


KALAU KERUSI PENAMPANG ASALNYA MILIK PEMBANGKANG, KEMUDIAN JATUH KETANGAN BN, PASTI PEMBANGKANG AKAN TUDUH BERLAKU PENIPUAN DI KAWASAN ITU.. TANPA MENGKAJI KELEMAHAN MEREKA DAN TANPA MELAKUKAN PERANCANGAN UNTUK MERAMPAS KEMBALI KERUSI ITU, PEMBANGKANG DENGAN EMOSI SEPARUH GILA PASTI AKAN MENGANJURKAN DEMONSTRASI SUPAYA KERUSI ITU DIKEMBALIKAN KEPADA MEREKA DENGAN CARA PALING TIDAK DEMOKRATIK..

SEBALIKNYA, UMNO/BN DENGAN PENDEKATAN SEDERHANA MENGAKUI KELEMAHAN DAN KEKALAHAN MEREKA SERTA TERUS MEMFOKUSKAN STRATEGI UNTUK PILIHANRAYA UMUM KE-14 NANTI..

Giliran Najib Ke Jakarta Bersihkan Imej Negara

SEBELUM INI ANWAR TERBANG KE JAKARTA KHAS UNTUK MEROYAN MEMINTA SIMPATI RAKYAT DI NEGARA ITU AGAR BELIAU DIBERIKAN PELUANG MENDUDUKI KERUSI EMPUK PERDANA MENTERI.. PELBAGAI TUDUHAN LIAR DILEMPARKAN TERHADAP SPR, KERAJAAN BN DAN MALAYSIA KESELURUHANNYA EKORAN "HAK" BELIAU UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN BARU TELAH DINAFIKAN DI NEGARA INI.

NAMUN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, NAJIB ENGGAN BERDIAM DIRI APABILA IMEJ NEGARA CUBA DICEMARI DENGAN PEMBOHONGAN JIJIK ANWAR IBRAHIM, SEKALIPUN BELIAU TERIKAT DENGAN PELBAGAI KOMITMEN DALAM DAN LUAR NEGARA, BELIAU TETAP TURUN PADANG MEMBERSIHKAN KOTORAN YANG DITINGGALKAN ANWAR IBRAHIM DI MERATA-RATA TEMPAT.

RUPANYA TUGAS SEBAGAI PERDANA MENTERI BUKAN SAHAJA MEMBANGUNKAN NEGARA DAN MENAIKKAN IMEJ NEGARA DI MATA DUNIA, MALAH TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI DUGAAN DIPIHAK PEMBANGKANG YANG TIDAK HENTI-HENTI MELAKUKAN PENGKHIANATAN TERHADAP BANGSA, AGAMA DAN NEGARA HANYA KERANA HASRAT MEREKA UNTUK MERAMPAS KERAJAAN TIDAK DITUNAIKAN OLEH RAKYAT (PENGUNDI)..

IKUTI LAPORAN MENGENAI LAWATAN DS NAJIB DI JAKARTA:

JAKARTA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri berkata fitnah dan pembohongan pembangkang berhubung proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu misalnya telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar juga turut mempercayainya.

“Sampai hari ini belum ada bukti pun bahawa kononnya kita bawa 40,000 warga Bangladesh (untuk mengundi), ini satu fitnah dan pembohongan yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini.

“Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir, rupanya ada orang tak boleh fikir, saya dapat tahu peguam pun tak boleh fikir. Apa sudah berlaku ke atas mereka, apa yang terjadi dengan tahap kecerdikan dan rasional yang tak boleh fikir soal ini,” katanya semasa berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di Kuningan, di sini kelmarin.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.

Najib berada di sini dalam rangka lawatan peribadi untuk bertemu beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengannya, selain berehat selepas PRU13.

Perdana Menteri meminta para pelajar Malaysia di Indonesia berfikir secara rasional bagaimana Barisan Nasional (BN) kononnya boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi kerana ia memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal dan memerlukan 1,000 buah bas pula untuk membawa mereka ke tempat mengundi pada hari mengundi.

Secara logik, katanya, dakwaan pembangkang itu tidak masuk akal dan BN pula sukar untuk menyembunyikan warga Bangladesh di Malaysia kerana ciri-ciri paras rupa mereka adalah berlainan dengan kebanyakan warga Malaysia.

“Saya sebagai Pengerusi BN menafikan dengan sekeras-kerasnya wujud penipuan yang kononnya dilakukan oleh BN. Proses pilihan raya telah berlaku dengan adil mengikut undang-undang dan peraturan,” katanya.

Najib berkata BN yang telah banyak melakukan perubahan dari segi penyampaian dalam tempoh empat tahun yang lalu dan telah menang secara sah pada PRU13, namun ia kalah dalam perang persepsi kerana fitnah dan pembohongan yang dilakukan pembangkang melalui media alternatif yang lebih dipercayai daripada kebenaran yang dipaparkan dalam media arus perdana.

“Kita perlu untuk PRU akan datang, BN melengkapkan dari segi kemampuan untuk memerangi perang persepsi, realitinya kita sudah sampaikan, Malaysia semakin hari semakin makmur dan menjadi contoh kepada negara lain tetapi persepsinya dikatakan sebaliknya.

“Inilah yang kita hadapi sebagai cabaran yang paling besar kepada BN untuk memerangi perang persepsi,” katanya.

Perdana Menteri berkata sunggupun lawatannya ke Indonesia kali ini bersifat peribadi, beliau turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengan beliau.

“Saya telah menegaskan kepada mereka bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan diperkukuhkan melalui lawatan rasmi dan peribadi,” katanya.

Najib berkata dalam lawatannya kali ini beliau turut ditemu bual stesen TV swasta MetroTV dan ditemu ramah majalah Tempo di sini di mana beliau antara lain menyampaikan mesej bahawa Malaysia ingin melihat integrasi ekonomi antara Malaysia dan Indonesia menjadi lebih mendalam walaupun kedua-dua negara mempunyai jumlah dagangan yang sentiasa baik iaitu kira-kira AS$18 bilion.

Sasaran yang dituju dari segi jumlah dagangan untuk kedua-dua negara itu ialah AS$30 bilion menjelang tahun 2015.

“Saya sampaikan mesej ini dengan harapan berdasarkan hubungan kerajaan dengan kerajaan dan rakyat dengan rakyat yang sangat serasi, maka ia perlu diterjemahkan dalam bentuk hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan, yang boleh menjadikan hubungan Malaysia-Indonesia lebih kukuh,” katanya.

Wednesday, June 12, 2013

BN Fail Petisyen Pilihan Raya Bagi Kerusi Parlimen Lembah Pantai dan Batu

KUALA LUMPUR: Seorang calon Barisan Nasional (BN) dan seorang pengundi, masing-masing di Parlimen Batu dan Lembah Pantai, memfailkan petisyen pilihan raya untuk memohon pengisytiharan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kawasan-kawasan itu tidak sah.

Calon BN Parlimen Batu, Dr Dominic Lau Hoe Chai, 46, dan pengundi Parlimen Lembah Pantai, Mohamad Sazali Kamilan, 40, memfailkan petisyen itu menerusi Tetuan Raja Riza & Associates di Mahkamah Tinggi. Dominic menamakan calon PKR Chua Tian Chang (Tian Chua), pegawai pengurus bahagian pilihan raya parlimen Batu Mustafa Mohd Nor dan SPR sebagai responden.

Menerusi petisyen tersebut, Dominic mendakwa Tian Chua tidak berkelayakan untuk bertanding kerana Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara, atas kesalahan mencederakan anggota polis pada 2007.

Beliau mendakwa selaras dengan Perkara 48 1(e) dan 48(5) Perlembagaan Persekutuan, sabitan jenayah dan denda tidak kurang daripada RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua telah tidak melayakkan Tian Chua untuk bertanding dan dipilih sebagai ahli Parlimen.

Tambah Dominic, responden kedua Mustafa Mohd Nor telah gagal untuk menolak kertas penamaan calon Tian Chua semasa hari penamaan dan ia merupakan perlanggaran Peraturan 7(1)(c) Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihanraya) Pilihanraya 1981 yang akan menjadi asas bagi Hakim Pilihan Raya untuk mengisytiharkan pilihan raya itu tidak dijalankan mengikut undang-undang.

Beliau juga mendakwa Tian Chua mempamerkan bahan kempen pilihan raya sebelum hari penamaan dan sebelum tempoh berkempen. Sementara itu Mohamad Sazali telah menamakan calon PKR Nurul Izzah Anwar, pegawai pengurus bahagian pilihan raya Parlimen Lembah Pantai Rolan Abd Rahman dan SPR sebagai responden pertama hingga ketiga.

Mohamad Sazali mendakwa pada 4 Mei lalu (sehari sebelum pengundian), Nurul Izzah telah mengganggu pengundi kawasan itu supaya tidak mengundi calon BN Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan memberi kenyataan palsu di laman web Malaysiakini. Beliau berkata kenyataan palsu itu juga telah diterbitkan dan disebarkan secara meluas kepada penduduk Lembah Pantai untuk merosakkan reputasi Raja Nong Chik.

Dakwanya, tindakan tersebut menyalahi undang-undang perjalanan pilihan raya dan Rolan, yang menguruskan tempat mengundi gagal melaporkan kepada SPR bahawa dua peti undi yang digunakan bagi bahagian Lembah Pantai telah dimusnahkan, dirosakkan atau diganggu.

Mohamad Sazali berkata keadaan itu berlaku berikutan tindakan penyokong PKR yang menghalang kenderaan yang membawa peti undi ke pusat penjumlahan undi dan mereka juga memaksa bonet penyimpanan dibuka.

Beliau berkata berikutan keadaan itu, SPR sepatutnya menetapkan hari dan waktu untuk pengundian semula atau secara alternatifnya mengumumkan Raja Nong Chik memenangi kawasan tersebut.

Bagi Parlimen Batu, Tian Chua mengalahkan Dominic dengan majoriti 13,284 manakala Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mengalah Raja Nong Chik, majoriti 1,847.

--MSTAR

Thursday, June 6, 2013

Matlamat Black 505 Bukan Mengadakan Perhimpunan Semata-mata

KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang dianjurkan parti pembangkang serta penyokong mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipercayai mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada hanya untuk mencela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mereka dakwa bertanggungjawab menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya.

Beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang.

Harapan mereka ialah untuk menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang 'untuk memperbetulkan' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia.

"Ini merujuk kepada kemunculan kira-kira tiga juta pemilih baharu dalam masa lima tahun akan datang. Apabila mereka dapat membentuk pendapat golongan muda ini, mereka (golongan muda) akan mendaftar sebagai pemilih dan menyokong parti terbabit pada pilihan raya akan datang," kata anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

Satu lagi perhimpunan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati tentang tuduhan berlakunya penyelewengan dalam PRU13 dirancang diadakan pada 15 Jun di ibu negara sebagai lanjutan kepada perhimpunan Black 505, yang mula diadakan tiga hari selepas PRU13 pada 5 Mei.

Ti berkata parti pembangkang, terutama DAP, berjaya meyakinkan ramai pengundi Cina supaya menolak MCA dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini dan mereka akan terus berbuat demikian hingga PRU akan datang.

"Mereka (pembangkang) memang handal dalam perkara ini. Mereka tahu siapa yang patut dijadikan sasaran, bagaimana untuk mencari sasaran dan bagaimana untuk mengekalkan sokongan yang diterima. Bukan setakat menganjurkan perhimpunan untuk menarik orang ramai supaya menyokong mereka. Ia merupakan strategi yang menggunakan serampang dua mata dan banyak mata," katanya.

Beliau berkata sebelum berlangsungnya PRU, strategi utama DAP ialah memastikan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Cina dan golongan muda, percaya bahawa pakatan pembangkang mampu membawa perubahan dalam kerajaan dan inilah puncanya kebanyakan pemilih daripada kaum Cina memberi undi mereka kepada calon pembangkang daripada DAP, PAS atau PKR.

Apabila pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya, katanya, mereka menukar strategi dengan memberi tumpuan terhadap tuduhan kononnya keputusan PRU13 adalah tidak adil berikutan sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang dan membuat heboh bahawa mereka memperoleh lebih banyak undi popular.

Ti berkata parti pembangkang juga mendesak rakyat negara ini supaya menuntut agar sistem pilihan raya sedia ada diubah dengan mencadangkan ia menggunakan sistem 'satu undi seorang'.

Katanya pakatan pembangkang juga memanfaatkan media sosial untuk menangguk sokongan.

"Mereka menggunakan akaun Facebook, Instagram dan Twitter masing-masing untuk menyebar mesej tersebut. Sasaran mereka sekarang ialah Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.

Seorang pakar strategi politik yang enggan dikenali berkata "banyak keputusan mengundi dibuat dengan menurut perasaan" apabila fikiran mereka telah dibentuk kepada siapa mereka patut memberi undi.

Menurutnya, pemikiran seseorang akan terbentuk apabila orang berkenaan terlalu taksub dan melihat banyak maklumat melalui gambar, video YouTube dan komen dalam Facebook, Twitter atau mesej yang dihantar melalui WhatsApp.

"Pemikiran mereka sentiasa dibentuk hingga emosi mereka menjadi begitu cenderung kepada sentimen parti politik. Apa yang diperlukan hanyalah alat seperti visual, audio dan perasaan.

"Inilah yang berlaku pada perhimpunan Black 505. Strategi mereka ialah menyiarkan gambar (visual) perhimpunan, komen (perasaan) dan ucapan (audio) kerana mereka amat sedar bahawa pihak yang menggunakan kaedah itu secara bijak dan habis-habisan akan mendapat lebih banyak manfaat, walaupun majoriti rakyat tidak menyukai mereka," kata pakar strategi itu.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS menggunakan strategi yang menampilkan tentang perlunya rakyat menuntut hak masing-masing.

"Masalahnya ialah apabila seseorang itu memberi gambaran bahawa segala yang ada, salah belaka. Mereka boleh bentuk minda orang, terutama golongan muda, yang kononnya mereka perlu bangun untuk menuntut keadilan dan menentang perkara yang tidak betul," katanya.

Beliau berkata strategi itu berjaya kerana kadar celik politik dalam kalangan penduduk masih rendah.

Wednesday, June 5, 2013

Anwar pushing self into a corner

ONE could just imagine the response from the Datuk Seri Anwar Ibrahim-led Black 505 crowd over the dismissal by Bangladesh of the claim that some 40,000 of its citizens were brought to vote in the polls just past -- nothing.

It is not that they were stumped by the dismissal by Bangladeshi High Commissioner Atiqur Rahman. It is just that they don't care. The truth hardly matters, especially if it does not serve their purpose.

They do not care, too, if they were to be described as xenophobic or racist, or to be long on tall tales and mighty short with the evidence.

I am eager to know if opposition leaders like Karpal Singh, Lim Guan Eng, Datuk Hadi Awang or Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail really believe that 40,000 foreigners were brought in to vote for Barisan Nasional.

If they do not, these leaders should not be coy with the truth and should instead shout down such lies, just as they claim righteousness to be theirs.

Why are there no police reports lodged nor evidence produced? Were they just allegations ahead of polling? Just like the claims of a secret warehouse for pre-ticked ballot papers or suspicious blackouts at counting centres?

They were so outrageous that they must be true! But are not those who enjoy the "rewards" of lies and deceits by others, guilty of the same?

It does not matter, too, for Anwar and his supporters that his friend the former Indonesian vice-president Jusuf Kalla practically chastised him for trying to hee-haw his way out of a secret deal brokered by him between the aspiring and incumbent prime ministers.

And is it not really clear to them that the quick congratulations that came to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak from foreign leaders and governments -- who do so after getting reports on the elections from their missions here -- to be clear recognition of the electoral process and its results.

Actually, one can be hard pressed to find the logic in Anwar and his band of protesters' arguments.

(Incidentally, there is a relatively new group of people now gathering around him, compared with those of the reformasi years. Interestingly, a disproportionately higher number are Chinese who sat out then, perhaps bemused at the Malay-dominated movement.)

They claimed that the elections were filled with fraudulent practices, including cheating and complicity of the Election Commission with BN to deny Pakatan its victory, and Anwar, the premiership.

Yet, and this has been repeated a millionth time, they employ selective outrage -- only those seats and states not won by them are suspects of unholy acts. They said the elections were tainted but surprisingly did not call for a fresh one.

And in the classic example of changing one's story as one goes along, having failed to provide evidence for the existence of widespread and systemic cheating that would have affected the results of the elections, they are pinning their entire hope on the fact that the indelible ink did not work as advertised. Is that proof of cheating, complicity or conspiracy, or just a case of bad quality product that one can wash off the ink stain?

Personally, I think everyone whose reputation was besmirched, who have been maligned and vilified for public contempt and odium should seek legal redress not only to preserve their reputation, but also to preserve the institutions they represent.

Lastly, Anwar is calling for yet another rally for the blackshirts in more than a week. Yet, one could almost bet that despite his objections to all manners of the elections, he would be in Parliament soon after to be sworn in as the legally elected member of parliament for Pematang Pauh.

Are not their logic flawed, and their arguments self-serving? If Anwar is not careful, and if it not already so, he could be painting himself into a corner as far as credibility goes.

--NST

Tuesday, June 4, 2013

GAGAL JADI PERDANA MENTERI, ANWAR SANGGUP PERTIKAI TITAH AGONG

PETALING JAYA : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, titah yang di-Pertuan Agong yang menggesa rakyat di negara ini menerima keputusan Pilihan Raya 2013 disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pakatan Rakyat (PR) jelasnya bersedia menerangkan pendirian mereka berhubung protes menolak keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menitahkan pada Sabtu, semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.

Kita tahu sistem Perlembagaan di negara ini, ucapan Yang di-Pertuan Agong dibuat Jabatan Perdana Menteri, kemudian disahkan oleh perdana menteri, seterusnya dihantar oleh Pejabat Perdana Menteri untuk pertimbangan Agong,” kata Anwar kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. - Baca Selanjutnya DISINI

BERMAKNA ANWAR SENDIRI MENGAKUI BAHAWA UCAPAN ATAU TITAH TERSEBUT TELAH DIBACA DAN KEMUDIANNYA TELAH DIPERTIMBANGKAN OLEH AGONG SEBELUM DISIARKAN. JESTERU, TINDAKAN ANWAR MEMPERTIKAIKAN TITAH TERSEBUT SEOLAH-OLAH CUBA MEREMEHKAN PERANAN AGONG DISAMPING CUBA MENIMBULKAN PERSEPSI DIKALANGAN RAKYAT NEGARA INI BAHAWA AGONG TIDAK MEMAHAMI ISI KANDUNGAN UCAPAN YANG MENURUT BELIAU DIBUAT OLEH JABATAN PERDANA MENTERI????

MALAH TIDAK KETERLALUAN JIKA SAYA ANDAIKAN BAHAWA ANWAR CUBA MENGHERET AGONG KEDALAM KANCAH POLITIK DENGAN MEMBAYANGKAN BAHAWA AGONG DIPENGARUHI ATAU DIKAWAL OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL. JIKA INILAH MAKSUD ANWAR, BERMAKNA BELIAU TELAH BERTINDAK SECARA KETERLALUAN DAN BOLEH DISIFATKAN SEBAGAI MENDERHAKAI TITAH AGONG.

SEPERTI BIASA, ANWAR TIDAK AKAN MENERIMA APA SAHAJA PERKARA YANG TIDAK MEMIHAK KEPADA BELIAU. JIKA PEMIMPIN LUAR MEMUJI NAJIB DAN KERAJAAN BN, ANWAR AKAN BANTAH KONONNYA UCAPAN ITU DIBUAT OLEH UMNO, ATAU MENUDUH PEMIMPIN YANG MEMBUAT UCAPAN ITU TELAH DIBAYAR OLEH UMNO. BEGITU JUGA BILA KEPUTUSAN PRU13 TIDAK MEMIHAK KEPADA BELIAU.. DITUDUHNYA SPR MELAKUKAN PENIPUAN WALAUPUN PILIHANRAYA UMUM KALI INI MENYAKSIKAN BANYAK KERUSI BN JATUH KETANGAN PEMBANGKANG.

KETIKA OBAMA MENGHUBUNGI NAJIB MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KEMENANGAN BN, ANWAR JUGA TIDAK PUAS HATI DAN DENGAN SERTA-MERTA BELIAU MENUDUH OBAMA TIDAK MENGETAHUI SENARIO SEBENAR DALAM PILIHANRAYA LEPAS. PENDEK KATA SEMUA PERKARA YANG TIDAK MEMIHAK KEPADA BELIAU AKAN DITENTANG DAN DIPERDEBATKAN DALAM SETIAP KEMPEN ATAU PERHIMPUNAN ANJURAN BELIAU.

BEGITU JUGALAH YANG TERJADI KEPADA TITAH AGONG DIMANA ANWAR TANPA RASA BERSALAH CUBA MENIMBULKAN KERAGUAN TERHADAP TITAH TERSEBUT SEMATA-MATA MAHU MENUNJUKKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA HANYA BELIAU SEORANG SAHAJA YANG BERADA DIPIHAK YANG BENAR. SUDAH MENJADI KEMESTIAN KEPADA ANWAR UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA BAGI MENCAPAI CITA-CITANYA SEKALIPUN BELIAU SEDAR TINDAKAN ITU BOLEH DISIFATKAN SEBAGAI MENGKHIANATI NEGARA DAN JUGA MENDERHAKAI AGONG.

KITA SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA ANWAR SEKARANG INI BEGITU GIGIH MENGADAKAN REFORMASI ATAU HIMPUNAN BANTAHAN TERHADAP KEPUTUSAN PRU13 YANG TELAH MENAFIKAN "HAK" BELIAU UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI KE-7. DISEBABKAN TERLALU TAKSUB DENGAN PANGKAT, JAWATAN DAN KUASA, MAKA KALI INI ANWAR TERGAMAK MENGHERET AGONG HANYA KERANA BAGINDA MENITAHKAN SUPAYA SEMUA PIHAK MENERIMA KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH RAKYAT.....

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh Tangkis Tuduhan Pembangkang 40,000 Warganya Mengundi PRU13

SURUHANJAYA Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai 'tidak masuk akal' dan turut menyebabkan seramai setengah juta pekerja Bangladesh di negara ini terdedah kepada penganiayaan.

Dari segi logistik, jumlah berkenaan juga tidak mungkin dapat dibawa masuk dalam tempoh seminggu, sama ada melalui Biman Bangladesh, Malaysia Airlines atau mana-mana penerbangan sekalipun.

"Propaganda bahawa warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 itu saya pasti, tidak lebih dari satu rekaan oleh kumpulan tertentu dan gambaran fakta yang salah,” katanya kepada pemberita hari ini.

--MALAYSIA KINI

MEMANG KONSISTEN PENAFIAN YANG DIBUAT OLEH SURUHANJAYA TINGGI BANGLADESH INI DENGAN TINDAK TANDUK PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG SEHINGGA KINI GAGAL MEMBUKTIKAN KEWUJUDAN PENGUNDI WARGA BANGLADESH SERAMAI 40,000 ORANG.. SEPANDAI-PANDAI ANWAR MEMBOHONG, AKHIRNYA KANTOI JUGA BRO..

LEPAS NI BOLEHLAH ANWAR CIPTA SKRIP KONONNYA PESURUHJAYA TINGGI AKM ATIQUR RAHMAN DIBAYAR OLEH KERAJAAN BN, ATAU NAJIB MENYAMAR SEBAGAI PESURUHJAYA TINGGI BANGLADESH, ATAU STATEMENT ITU DATANG DARIPADA NAJIB.. YANG PASTI ANWAR TIDAK AKAN MENGAKU KALAH SELAGI IMPIANNYA MENJADI PERDANA MENTERI BELUM TERCAPAI..

RAKYAT BILA LAGI NAK BUKA MATA,, ANWAR SUDAH BANYAK KALI KANTOI MEMBOHONG.. ORANG TUA INI TIDAK BOLEH DIBIARKAN TERUS MERACUNI FIKIRAN RAKYAT DENGAN HUJAH-HUJAH YANG SARAT DENGAN PEMBOHONGAN..

Sunday, May 26, 2013

Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Terima Keputusan PRU-13

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen. Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.

"Kami ada komitmen," Jusuf dipetik sebagai berkata. "Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,".

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka.

--BERNAMA