Showing posts with label RCI. Show all posts
Showing posts with label RCI. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Tun Mustapha Dalang Sebenar Projek IC?

'Mustapha responsible for altering Sabah's demography'

Former Sabah chief minister Mustapha Harun was the man who started the idea of altering Sabah’s electoral demography in a bid to topple the PBS-led state government, the royal commission of inquiry (RCI) on immigrants heard today. Mat Swadi Awi testified at the Kota Kinabalu Court Complex this afternoon that the late Mustapha had tasked him with distributing new voters in constituencies where Usno was weak to strengthen the party. - Malaysiakini

Penulis ingin mengajak semua pembaca untuk mengimbas kembali kenyataan bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud mengenai Projek IC di Sabah. Seperti Swadi, Siti juga menuduh Tun Datu Mustapha sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di negeri ini. Menurut beliau, Tun Mustapha pernah memberikan jaminan bahawa mereka yang terlibat dengan aktiviti memberikan IC kepada warga asing TIDAK akan ditangkap. Namun ungkapan itu masih belum cukup untuk menjamin keselamatan pihak-pihak yang terlibat, maka itu Tun Mustapha terpaksa menggunakan nama Tun Mahathir dengan menuduh bahawa projek itu diketuai oleh bekas Perdana Menteri itu.. sedangkan pada hakikatnya tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa pelaksanaan projek IC itu telah mendapat kelulusan dari Tun Mahathir sebagaimana yang dikatakan oleh Swadi dalam pautan Malaysiakini di atas.

Jika benarlah Tun Mahathir mengetuai skandal pemberian IC kepada warga asing di Sabah, kenapa individu-individu yang ditugaskan untuk melaksanakan misi itu masih juga ditangkap dibawah akta ISA? Bukankah Tun Mustapha telah memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap? Bermakna betul lah kata Swadi bahawa penglibatan Tun Mahathir dalam projek ini hanya pada mulut Tun Mustapha sahaja sedangkan projek itu tidak pernah diluluskan oleh Tun Mahathir. Mungkin disinilah bermulanya penjenamaan projek IC kepada Projek Mahathir selepas dalang sebenar projek ini menggunakan nama individu yang paling berkuasa pada waktu itu untuk menyembunyikan agenda jahat mereka.

Benar atau tidak pendedahan terbaru ini, yang pasti Datuk Seri Musa Haji Aman tidak terlibat dan tidak patut dikaitkan dengan skandal pemberian IC kapada warga asing di Sabah. Berdasarkan keterangan Swadi, penulis simpulkan bahawa projek ini hanya melibatkan individu-individu yang berkuasa pada waktu itu, sedangkan Datuk Musa Aman belumpun memegang apa-apa jawatan dalam kabinet ketika projek IC ini dilancarkan. Jesteru, Dr Chong Eng Leong sepatutnya tampil memohon maaf kepada Datuk Musa Aman atas keceluparan beliau membuat tuduhan secara membuta tuli. Dan Anwar Ibrahim juga wajar berfikir dua kali sebelum menamakan tiga orang yang kononnya diketahui beliau sebagai dalang sebenar projek IC ini.

Tuesday, August 6, 2013

Projek IC 1991: Anwar Menteri Kewangan sementara Musa Aman hanya bendahari umno

Tunjuklah apa saja bukti sekalipun, samada dalam bentuk dokumen, gambar mahupun video.. Anwar tetap akan nafikan penglibatan beliau dalam projek IC di Sabah. Malah Anwar sanggup membelanjakan puluhan juta ringgit hanya untuk membayar khidmat peguam-peguam handalan dari luar negara bagi mempertahankan beliau sebagaimana yang dilakukan bagi kes liwatnya. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga berkeupayaan menggerakkan penyokong-penyokong butanya ke jalanraya atau dihadapan mahkamah bagi mempertahankan beliau dari dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Begitulah hebatnya Anugerah Tuhan yang sentiasa mendapat pembelaan luar biasa dari penyokong-penyokongnya dalam setiap jenayah yang dilakukan.

Berdasarkan laporan di Borneo Insider, Ketua Biro Guaman dan Hak Asasi Manusia PKR Latheefa Koya berkata bahawa Anwar telah menafikan penglibatannya dalam Projek IC dan dalam masa yang sama beliau turut menamakan tiga individu lain yang terlibat dalam projek itu. Peliknya penafian yang dibuat oleh Anwar ini termasuk tuduhan tiga individu yang terlibat, lantas diterima dengan baik oleh para penyokongnya dan juga pemimpin-pemimpin bawahannya seperti Latheefa Koya. Tidak timbul sedikitpun persoalan lain sekalipun mereka tahu bahawa Anwar adalah menteri kewangan pada tahun 1991 dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Malah Anwar mengakui bahawa beliau tahu mengenai kewujudan Projek IC ini dan tahu siapa yang terlibat, tapi peliknya tidak ada pula tindakan dipihak beliau pada waktu itu, malah beliau membantah cadangan penubuhan RCI oleh PBS?

Dalam laporan Borneo Insider, portal itu turut menyebut nama Musa Aman bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap penafian dan putar belit Anwar. Entah apa motif Borneo Insider menyelitkan semula penafian yang dibuat oleh Musa sedangkan berita itu lebih dulu tersebar luas sebelum Anwar tampil memberikan keterangan. Mungkin juga portal itu sekadar mahu pembaca melakukan perbandingan tentang siapa yang lebih layak dihakimi, atau sekadar mengaburi mata rakyat terhadap cubaan putar belit Anwar yang kononnya akan mendedahkan tiga nama/dalang. Sungguhpun Musa telah menafikan penglibatan beliau dalam skandal projek IC ini namun penulis amat yakin bahawa penyokong-penyokong serta media pro pembangkang tidak semudah itu mempercayai penafian yang dibuat sebagaimana mereka menelan bulat-bulat penafian dan putar belit Anwar. Namun jika kita imbas kembali karier politik kedua-dua pemimpin ini, pasti ramai yang bersetuju bahawa Anwar lebih hampir dengan skandal projek IC berbanding dengan Musa.

Menurut pembohongan Dr Chong Eng Leong, satu jawatankuasa khas yang kononnya diketuai oleh Musa telah ditubuhkan pada tahun 1991 bagi tujuan mencari pendatang haram untuk didaftarkan sebagai ahli parti supaya mereka mengundi Barisan Nasional. Namun bagaimana Musa boleh mengetuai jawatankuasa itu sedangkan pada waktu itu beliau hanya bendahari umno manakala Anwar adalah Menteri Kewangan, malah pada tahun 1992, Musa hanya memegang jawatan bendahari Barisan Nasional sedangkan Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Jesteru bagaimana Musa boleh dituduh sebagai dalang projek IC sedangkan beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa yang membolehkan beliau menguasai jabatan-jabatan kerajaan sebagaimana kuasa yang ada pada Anwar?.. malah Musa juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk mendaftarkan warga asing sedangkan Anwar boleh tersenyum lebar apabila beliau mendapat pencalonan terbanyak dari Sabah bagi jawatan Timbalan Presiden umno pada tahun 1993?

Agaknya jika Chong Kah Kiat masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah hari ini, beliau juga mungkin akan dituduh sebagai dalang projek IC, kerana tuduhan pembangkang bukan berdasarkan bukti kukuh, sebaliknya berdasarkan siapa yang berada ditampuk kuasa. Sebab itu penulis amat yakin bahawa setiap pendedahan atau tuduhan pembangkang bukan atas dasar mahu mendedahkan kebenaran, sebaliknya sekadar mahu menjatuhkan kerajaan supaya mereka boleh melaksanakan agenda yang lebih ekstrem dari pengganas..

Monday, July 22, 2013

RCI Sabah: Tuduhan Dr Chong sekadar prasangka untuk memburuk-burukkan UMNO

Jawatankuasa khas diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ditubuhkan untuk mencari pendatang haram untuk mendaftarkan mereka sebagai ahli parti bagi memastikan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) kata bekas Senator, Dr Chong Eng Leong kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram. - TMI

Hanya kerana UMNO berjaya menumbangkan PBS, maka timbullah pelbagai dakwaan kononnya UMNO telah merekrut pendatang asing untuk mengundi parti itu. Dan hanya kerana kerajaan persekutuan melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendaftarkan kerakyatan ratusan ribu penduduk Sabah, maka timbullah dakwaan bahawa kerajaan yang ditunjangi UMNO ini telah melakukan jenayah berat sehingga negeri ini dibanjiri PATI yang memiliki kad pengenalan. Akhirnya dakwaan, tuduhan atau fitnah itu kekal sebagai kempen politik pihak-pihak yang berkepentingan apabila sehingga hari ini tidak ada yang berani tampil mengemukakan bukti KUKUH bahawa Jawatankuasa Khas yang di ketuai oleh Datuk Seri Musa Aman itu sememangnya bertujuan untuk mendaftarkan kerakyatan warga asing.

Sebelum kita mempercayai tuduhan Dr Chong Eng Leong dan rakan-rakan seperjuangannya, cuba lihat berapa ramai lagi warga Sabah yang yang belum memiliki kad pengenalan. Berdasarkan maklumat terakhir tahun lepas, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Datuk Haji Jaffear Henry mengatakan bahawa terdapat lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan. Walaupun fakta ini disangkal oleh penulis kontroversi Allahyarham Mutalib MD dimana menurut kajiannya lebih 500,000 rakyat Sabah yang berusia 12 tahun ke atas tidak memiliki MyKad, namun fakta ini cukup untuk menjelaskan fungsi sebenar Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Datuk Musa Aman pada tahun 1991.

Jika ditahun 2012, masih ramai warga Sabah yang belum memiliki kad pengenalan, bayangkan bagaimana pula keadaannya pada tahun 1991. Malah berbanding dengan tahun 90an, kemudahan infrastruktur masa kini terutamanya dalam aspek perhubungan jauh lebih baik dari ketika Jawatankuasa yang di ketuai Datuk Musa Aman itu dilaksanakan. Namun fizikal geografi Sabah disamping kemiskinan penduduk tetap menjadi penghalang utama untuk rakyat di negeri ini turun ke pekan berhampiran untuk mendaftarkan kerakyatan mereka. Jesteru, jika masa ini, program pendaftaran kerakyatan secara bergerak masih lagi dianggap relevan, bagaimana pula pada tahun 1991 yang mana pada waktu itu kesukaran dan kesulitan penduduk untuk turun ke pekan lebih perit dirasai?

Walau apa jua Jawatankuasa yang ditubuhkan pada waktu itu, dan walau apapun nama yang diberikan terhadap misi itu, pembangkang atau puak-puak yang berdendam dengan UMNO pasti berusaha merangka apa sahaja cerita putar belit bagi mengelirukan rakyat disamping memburuk-burukkan kerajaan. Perkara yang tidak pernah berlaku, dikatanya pernah berlaku.. perkara yang tujuannya baik untuk rakyat dan negara, dikatanya mengkhianati negara.. pendek kata, puak-puak terdesak ini sentiasa kreatif dalam mencari ruang dan peluang untuk menyerang kerajaan.

Apa yang penulis cuba sampaikan disini adalah, apa sahaja gerakan yang wujud pada waktu itu untuk mendaftarkan kerakyatan penduduk Sabah atau yang seumpama dengan Jawatankuasa Khas yang kononnya diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, ianya tetap sama dengan program bergerak JPN hari ini, dimana objektif penubuhannya sekadar untuk melaksanakan tanggungjawab kerajaan dalam meringankan beban atau mempermudahkan rakyat pada waktu itu dalam urusan pendaftaran kelahiran atau kerakyatan mereka. Jika penubuhan Jawatankuasa ini dipandang serong oleh sesetengah pihak, bagaimana pula dengan pendaftaran bergerak yang dilaksanakan JPN ditahun-tahun sebelum ini? Dan apa pula pendekatan Dr Chong Eng Leong dalam mengatasi masalah penduduk tempatan yang tidak mempunyai kad pengenalan terutamanya yang tinggal jauh di kawasan pedalaman? 

Jika benar berlaku pemberian kerakyatan kepada warga asing pada waktu itu, Dr Chong sepatutnya menuding tepat kemuka pihak yang melakukan kerja-kerja pengkhianatan ini, bukannya meng"kambing hitam"kan pihak yang tidak pernah ditahan dibawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri, (ISA), 1960 sebagaimana yang dilalui oleh pembekal maklumat kepada Dr Chong, Jabar Khan. Bukan sahaja pada tahun 1991, malah sehingga kini masih ada sindiket yang bergiat aktif mengeluarkan IC palsu. Malah, pada tahun lepas juga, pihak berkuasa berjaya membanteras sindiket IC yang turut didalangi oleh pegawai JPN. Jesteru, apa motif Dr Chong menuding jari terhadap pihak yang tidak pernah dibuktikan bersalah melainkan hanya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penjenayah sebenar seperti Jabar Khan?

Dr Chong sepatutnya memuji langkah-langkah membanteras dan mencegah oleh pihak kerajaan. Selain berjaya menghentikan kegiatan "menjual" kedaulatan negara oleh 15 orang pegawai pendaftaran dan 25 orang awam melalui penahanan dibawah akta ISA, kerajaan juga telah melakukan pelbagai aktiviti mengusir sehinggalah kepada penubuhan RCI. Mungkin lebih tepat jika Dr Chong menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang serta NGO yang pro kepada agenda perjuangan mereka kerana tergamak mendesak kerajaan melalui pelbagai kempen dalam dan luar negara sehingga termansuhnya akta ISA yang sebelum ini terbukti berkesan dalam melindungi negara dari kegiatan-kegiatan seumpamanya.

Kesimpulannya, soal mengkhianati negara atau menggalakkan berlakunya jenayah di negara ini, tidak lain tidak bukan adalah pembangkang sendiri. Akta-akta seperti Ordinan Darurat, ISA, akta Hasutan, akta Perhimpunan Aman, semuanya hendak dimansuhkan.. Banduan yang terkurung dalam penjara juga mahu dibebaskan, malah nasib banduan dalam penjara juga sudah menjadi sebahagian daripada agenda perjuangan mereka. Namun apabila berlakunya jenayah-jenayah yang menggugat keamanan dan keharmonian negara, amat mudah pula jari telunjuk mereka menuding tepat kearah UMNO dan kerajaan BN.

Apa-apapun, penulis syorkan supaya para pembaca merenungi hasil penulisan blogger/pemerhati politik tempatan Sabahan DISINI.. Penulis tertarik dan turut bersetuju dengan pandangan pemerhati politik Suara Rakyat bahawa tuduhan Dr Chong mengenai pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah tercetus ekoran perasaan buruk sangka yang semakin menebal dihati Dr Chong selepas bekas parti yang diwakilinya (PBS) berjaya ditumbangkan UMNO pada tahun 1994. Agaknya sehingga kehari ini, Dr Chong masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan itu sama seperti Anwar Ibrahim. Begitulah lumrah politik pembangkang di Malaysia.. Bila menang, semuanya betul, bersih, jujur, telus, dan sebagainya.. Bila kalah, bermacam-macam jenis tuduhan dibangkitkan termasuklah perkara-perkara yang berlaku puluhan tahun dulu..

IC Sabah: Yong Teck Lee hanya tahu bagi cadangan tapi enggan ulas kelemahan

Yong: Sabah must issue own IC 
Sabahans must be allowed to issue their own identity cards to stop foreigners from obtaining citizenship, suggested Sabah Progressive Party (SAPP) president Datuk Seri Yong Teck Lee to the Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants in Sabah. Yong explained that the Federal government did not seem serious in dealing with the problem of Filipinos and Indonesians obtaining Malaysian citizenship, and Sabah has to take its own initiative in combating this problem. - SAPP
Kerajaan tentunya tidak mempunyai masalah mengeluarkan IC baru untuk Sabah jika negeri ini adalah sebuah negara. Sebuah negara yang terdiri dari beberapa buah negeri seperti Malaysia, memerlukan hanya satu IC bagi mempermudahkan urusan harian. Kegagalan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee memahami hakikat ini bukan sahaja menyukarkan kehidupan rakyat Sabah yang belajar atau bekerja di negeri-negeri lain, malah boleh menimbulkan sentimen kenegerian yang tidak baik untuk masa depan negara.

Sejak tercetusnya idea SAPP ini hinggalah ke hari ini, pemimpin-pemimpin SAPP termasuklah Yong Teck Lee gagal menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana ianya boleh dilaksanakan. Mereka juga gagal mengkaji mengenai baik buruknya cadangan ini untuk masa depan negara. Disebalik kegagalan demi kegagalan itu, SAPP terus mendesak kerajaan supaya mengeluarkan IC baru khas untuk Sabah atas alasan Mykad yang ada pada hari ini boleh dimiliki dengan mudah oleh pendatang asing.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa cadangan SAPP ini amat baik untuk dilaksanakan, namun bagaimana dengan penerimaan negeri-negeri lain? Adakah kerajaan di negeri-negeri lain sanggup mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri tersebut? Dan bagaimana pula dengan pelajar-pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran di negeri-negeri lain? Adakah semua institusi pendidikan di negara ini akan mengiktiraf IC Sabah?? Sekiranya kesulitan seperti ini timbul, apa penyelesaian dipihak SAPP??.. 

Semua kesan-kesan ini sepatutnya sudah dipertimbangkan, dikaji dan diperhalusi oleh para barisan kepemimpin SAPP sebelum mencadangkan IC Khas Sabah. Namun malangnya sehingga hari ini Yong Teck Lee masih diam membisu dan enggan mengulas kelemahan-kelemahan tersebut melainkan terus mendabik dada menganggung-agungkan cadangannya.

Memandangkan Sabah memiliki IC lain selain Mykad (jika dilaksanakan), bermakna warga Sabah selepas ini adalah pendatang asing bagi negeri Sarawak, Selangor, Kedah dan sebagainya. Inikah yang dibayangkan oleh SAPP dengan mencadangkan idea itu? Sudah tentu sentimen kebencian terhadap warga Sabah akan lebih subur selepas ini berbanding dengan sebelumnya (provokasi kenegerian melalui facebook) jika kerajaan Malaysia membenarkan Sabah mengeluarkan IC sendiri.

Sebelum ini pemimpin SAPP dengan bongkak lagi sombong berkata, sekiranya mereka berjaya merampas kerajaan Sabah, Mykad yang ada pada hari ini dengan serta-merta digantikan dengan IC Sabah. Bermakna cadangan ini akan terus dilaksanakan tanpa persetujuan kerajaan diperingkat pusat serta kerajaan di negeri-negeri lain. Jesteru, jika SAPP memerintah, warga Sabah tidak boleh lagi keluar-masuk ke negeri-negeri lain kerana tidak mempunyai Mykad. Malah para pelajar atau pekerja yang berada di semenanjung juga terpaksa balik ke Sabah kerana tidak boleh berurusan tanpa Mykad dan kemungkinan besar status warga Sabah di semenanjung juga akan bertukar kepada warga asing.

Jika alasan Yong Teck Lee bahawa Mykad yang ada pada hari ini telah tercemar kerana mudah dimiliki oleh warga asing, apa pula jaminan dari beliau agar IC Sabah tidak mudah dimiliki warga asing?? Rasanya lebih tidak selamat apabila kuasa memberikan IC terletak ditangan kerajaan SAPP atau Yong Teck Lee. Tidak mustahil mereka juga akan menggunakan kelebihan itu untuk membawa masuk lebih ramai warga asing dari negara China untuk dijadikan pengundi tetap mereka. Semua kemungkinan ini perlu juga diambil kira memandangkan parti politik masa kini sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasa mereka.

Malah Yong Teck Lee juga gagal menjelaskan bagaimana bentuk kerajaan negeri Sabah jika beliau menjadi Ketua Menteri kelak. Yong juga gagal menjelaskan tentang apa pendekatan yang bakal diambil oleh beliau bagi mengawal tingkah-laku atau tindak tanduk pegawai-pegawainya supaya mereka tidak terlibat dengan sindiket pengeluaran IC.. Malah timbul juga pertanyaan sekiranya Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah, adakah rakyat Sabah secara automatiknya akan lebih bersikap patriotik, alim, jujur, bersih dan sebagainya sehingga tidak ada antara mereka yang terlibat dengan amalan rasuah bagi membantu warga asing dalam mendapatkan IC? Kesimpulannya, masalah Mykad ini boleh diselesaikan tanpa perlu Sabah memiliki IC sendiri.

Saya lebih bersetuju jika kerajaan persekutuan mengeluarkan satu lagi Mykad baru yang lebih berkualiti dan tidak mudah ditiru. Kemudian keluarkan arahan menarik balik semua Mykad di Malaysia dan mengarahkan semua warga Malaysia mendaftarkan semula kerakyatan mereka dengan membawa bersama dokumen-dokumen sokongan seperti surat lahir dan sebagainya. Dengan cara ini, warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pintu belakang bukan sahaja dapat dikenalpasti dengan mudah malah penyelesaiannya juga merangkumi semua negeri, bukan hanya di Sabah.

Wednesday, July 3, 2013

BERI WARGANEGARA DI SABAH DIGANTUNG HINGGA SELESAI RCI

KUALA LUMPUR: Pemberian taraf kewarganegaraan di Sabah digantung dahulu hingga siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah selesai, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat kelmarin bahawa permohonan dan pemberian taraf kewarganegaraan akan diteruskan sebaik sahaja siasatan RCI itu tamat.

Beliau juga memaklumkan bahawa pemberian taraf kewarganegaraan berjalan seperti biasa di Sarawak, antaranya melalui program ‘outreach’ bagi memastikan anak-anak tempatan dapat menikmati kemudahan pendidikan dan bantuan kerajaan.

“Saya berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak bahawa kita tidak mahu masyarakat yang tidak berstatus warganegara, menjadi masyarakat yang terbuang dan tersisih di masa hadapan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu).

Tiong ingin tahu rancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah permohonan taraf kewarganegaraan anak- anak Sabah dan Sarawak.

Wan Junaidi berkata kuasa khas di bawah undang-undang negeri akan diberikan kepada ketua kampung, ketua kaum dan kapitan Cina membantu Jabatan Pendaftaran Negara mengenal pasti status perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa.

Beliau juga meminta wakil-wakil rakyat yang mempunyai masalah kewarganegaraan di kawasan masing-masing untuk membawa dokumen berkaitan dan berjumpa dengan beliau.

Menjawab soalan asal Tiong mengenai jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang telah diluluskan kerajaan di Bintulu, Sarawak sejak lima tahun lalu, Wan Junaidi berkata sebanyak 1,507 permohonan diluluskan.

Mengenai jumlah kes yang masih tertunggak, Wan Junaidi berkata: “Pada masa ini, tidak ada permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang dikategorikan sebagai tertunggak.”

Sehubungan itu, beliau berkata beban untuk membuktikan kelayakan untuk dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Monday, July 1, 2013

RCI untuk siasatan insiden Lahad Datu boleh ditubuhkan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh ditubuhkan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Namun, katanya siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu tidak harus mengganggu atau menjejaskan siasatan insiden itu oleh pihak berkuasa.

“Saya sokong cadangan menubuhkan RCI sekiranya orang ramai ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.

“Saya tidak mahu ada orang yang tidak berdosa dituduh dan tidak mahu dalang yang terlibat ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera yang ke-48 di Kem Sungai Buloh di sini, kelmarin.

Sebelum ini, banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi membongkar dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Berhubung tiga dalang yang didakwa terbabit dalam insiden Lahad Datu, Hishammuddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.

Beliau berkata Naib Presiden PKR Tian Chua tidak berhak menggesa kerajaan mendedahkan tiga dalang insiden itu setelah memperlekehkan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu.

Hishammuddin menegaskan kejadian itu amat serius sehingga kerajaan menubuhkan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Oleh itu, dia (Tian Chua) tidak berhak menggesa kerajaan kerana dia telah buat kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang telah menyinggung anggota keluarga tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban kerana insiden itu,” katanya.

Pada 27 Jun lepas, Tian Chua yang juga Anggota Parlimen PKR bagi kawasan Batu berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.

Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati.

Saturday, June 22, 2013

Mana Pilihan Terbaik: IC Baru Sabah Atau Mykad Baru Malaysia?

Kota Kinabalu: Sabah Progressive Party (SAPP) President Datuk Seri Yong Teck Lee said the Mykad currently is meaningless to Sabahans because any Filipino, Indonesian and Pakistani can possess the document by buying it. Hence, there was a need to introduce a Sabah IC so that "while the Malaysian Government is free to make any foreigner a Malaysian, it will not make these people Sabahan." - Daily Express

Kerajaan tentunya tidak mempunyai masalah mengeluarkan IC baru untuk Sabah jika negeri ini adalah sebuah negara. Sebuah negara yang terdiri dari beberapa buah negeri seperti Malaysia, memerlukan hanya satu IC bagi mempermudahkan urusan harian. Kegagalan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee memahami hakikat ini bukan sahaja menyukarkan rakyat Sabah yang belajar atau bekerja di negeri-negeri lain, malah boleh menimbulkan sentimen kenegerian yang tidak baik untuk masa depan negara.

Sejak tercetusnya idea SAPP ini hinggalah ke hari ini, pemimpin-pemimpin SAPP termasuklah Yong Teck Lee gagal menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana ianya boleh dilaksanakan. Mereka juga gagal mengkaji mengenai baik buruknya cadangan ini untuk masa depan negara. Disebalik kegagalan demi kegagalan itu, SAPP terus mendesak kerajaan supaya mengeluarkan IC baru khas untuk Sabah atas alasan Mykad yang ada pada hari ini boleh dimiliki dengan mudah oleh pendatang asing.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa cadangan SAPP ini amat baik untuk dilaksanakan, namun bagaimana dengan penerimaan negeri-negeri lain? Adakah kerajaan di negeri-negeri lain sanggup mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri tersebut? Dan bagaimana pula dengan pelajar-pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran di negeri-negeri lain? Adakah semua institusi pendidikan di negara ini akan mengiktiraf IC Sabah?? Sekiranya kesulitan seperti ini timbul, apa penyelesaian dipihak SAPP??

Memandangkan Sabah memiliki IC lain selain Mykad (jika dilaksanakan), bermakna warga Sabah selepas ini adalah pendatang asing bagi negeri Sarawak, Selangor, Kedah dan sebagainya. Inikah yang dibayangkan oleh SAPP dengan mencadangkan idea itu? Sudah tentu sentimen kebencian terhadap warga Sabah akan lebih subur selepas ini berbanding dengan sebelumnya (provokasi kenegerian melalui facebook) jika kerajaan Malaysia membenarkan Sabah mengeluarkan IC sendiri.

Sebelum ini pemimpin SAPP dengan bongkak lagi sombong berkata, sekiranya mereka berjaya merampas kerajaan Sabah, Mykad yang ada pada hari ini dengan serta-merta digantikan dengan IC Sabah. Bermakna cadangan ini akan terus dilaksanakan tanpa persetujuan kerajaan diperingkat pusat serta kerajaan di negeri-negeri lain. Jesteru, jika SAPP memerintah, warga Sabah tidak boleh lagi keluar-masuk ke negeri-negeri lain kerana tidak mempunyai Mykad. Malah para pelajar atau pekerja yang berada di semenanjung juga terpaksa balik ke Sabah kerana tidak boleh berurusan tanpa Mykad dan kemungkinan besar status warga Sabah di semenanjung juga akan bertukar kepada warga asing.

Jika alasan Yong Teck Lee bahawa Mykad yang ada pada hari ini telah tercemar kerana mudah dimiliki oleh warga asing, apa pula jaminan dari beliau agar IC Sabah tidak mudah dimiliki warga asing?? Rasanya lebih tidak selamat apabila kuasa memberikan IC terletak ditangan kerajaan SAPP atau Yong Teck Lee. Tidak mustahil mereka juga akan menggunakan kelebihan itu untuk membawa masuk lebih ramai warga asing dari negara China untuk dijadikan pengundi tetap mereka. Semua kemungkinan ini perlu juga diambil kira memandangkan parti politik masa kini sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasa mereka.

Malah Yong Teck Lee juga gagal menjelaskan bagaimana bentuk kerajaan negeri jika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah. Adakah pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri kelak terdiri daripada robot sehingga sukar bagi mereka terlibat dengan sindiket pengeluaran IC?? Adakah ketua kampung juga terdiri daripada robot sehingga sukar bagi mereka menerima rasuah dari warga asing yang mahu mendapatkan tandatangan mereka bagi mendapatkan IC? Kesimpulannya, masalah Mykad ini boleh diselesaikan tanpa perlu Sabah memiliki IC sendiri.

Saya lebih bersetuju jika kerajaan persekutuan mengeluarkan satu lagi Mykad baru yang lebih berkualiti dan tidak mudah ditiru. Kemudian keluarkan arahan menarik balik semua Mykad di Malaysia dan mengarahkan semua warga Malaysia mendaftarkan semula kerakyatan mereka dengan membawa bersama dokumen-dokumen sokongan seperti surat lahir dan sebagainya. Dengan cara ini, warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pintu belakang bukan sahaja dapat dikenalpasti dengan mudah malah penyelesaiannya juga merangkumi semua negeri, bukan hanya di Sabah.

Wednesday, June 19, 2013

Saksi RCI dakwa Adun PKR Sabah warga Indonesia

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-api dari PKR Christina Liew merupakan warga Indonesia dari etnik Cina, yang memperolehi kerakyatan Malaysia.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Sulu Sabah Mohd Zaki Hari Susanto memberitahu panel inkuiri hari ini beliau mendengar perkara itu melalui "cakap-cakap penduduk Tawau" yang mempersoalkan mengapa hanya mereka yang berketurunan Bugis dan Sulu sahaja dikaitkan dengan gejala pemberian kad pengenalan palsu.

"Saya membangkitkan perkara ini kerana masyarakat di Tawau yang utarakannya ... kenapa hanya bangsa Bugis dan Sulu sahaja dibangkitkan dengan RCI

"Mereka berkata beliau (Christina) merupakan bangsa Cina dari Indonesia, dapat pengenalan diri dan jadi pembangkang di Sabah," dakwanya di hadapan lima panel inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Ditanya sama ada beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya itu, Zaki bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai sebarang bukti, sebaliknya ia adalah khabar angin yang disampaikan kepadanya oleh penduduk Tawau.

"Saya tidak mempunyai maklumat lain ... ini hanya kepercayaan (penduduk Tawau)," katanya.

Sindiket Pemalsuan Punca Kebanjiran PATI Yang Memiliki IC

KOTA KINABALU: Kesediaan pendatang tanpa izin membayar sebarang amaun untuk mendapatkan kad pengenalan (IC) Malaysia telah membawa kepada kewujudan sindiket pemalsuan IC di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah, diberitahu Iisnin.

Pensyarah kanan Sosial Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Dayang Suria Mulia berkata memperoleh IC merupakan strategi pendatang tanpa izin untuk kelangsungan hidup di Sabah dan mereka bersedia membayar harga tinggi untuknya.

"Mereka berpendapat dengan memiliki IC Malaysia akan memudahkan mereka di sini kerana terdapat banyak kelebihan dengan memiliki IC," katanya.

Dayang Suria juga berkata pendatang tanpa izin mempunyai saudara-mara di Sabah yang memudahkan mereka untuk datang ke sini.

Beliau menjelaskan saudara-mara berkenaan akan membantu menjamin keselamatan mereka apabila mereka masuk ke negeri ini menerusi saluran tidak sah.

Dayang Suria berkata dalam kajiannya mengenai pendatang yang tidak mempunyai dokumen pada 1999, beliau mendapati mereka yang tidak mempunyai dokumen berpendapat ia memberi kebebasan untuk mereka bertukar kerja.

Katanya jika seorang pekerja asing mempunyai permit untuk bekerja dalam sektor perladangan, sekiranya dia mahu tukar ke sektor lain, dia perlu memohon permit kerja yang baharu.

"Apa yang saya dapati menarik (dalam kajian itu), tidak mengira betapa ketatnya undang-undang ke atas mereka, terdapat mereka yang tidak bimbang, terdapat mereka yang tidak takut (kepada undang-undang). Sesetengahnya memilih untuk tidak mempunyai dokumen," katanya.

Dayang Suria juga menegaskan industri-industri di Sabah, khususnya dalam sektor perladangan dan pembuatan, amat bergantung kepada bekalan pekerja asing.

Beliau menjelaskan atas hakikat bahawa penduduk tempatan tidak bersedia menjadi buruh kasar, majikan terpaksa bergantung kepada agensi penyumberan luar bagi memenuhi keperluan mereka.

Ditanya oleh pegawai pengendali Datuk Azmi Ariffin adakah industri akan lumpuh tanpa sokongan pekerja asing, Dayang Suria berkata industri akan terjejas walaupun tidak lumpuh kerana ia memberi kesan kepada produktiviti.

Sementara itu, anggota Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) Mohd Ansar Maidin menafikan dakwaan dalam sebuah blog tahun lepas bahawa DPPIMS terlibat dalam mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk pendatang tanpa izin.

Beliau berkata anggota DPPIMS sentiasa memastikan mendapatkan permit kerja untuk pekerja asing mereka, dan tidak membantu mereka mendapatkan kewarganegaraan.

Suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Anggota panel juga terdiri daripada bekas Naib Canselor UMS Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas Peguam Besar negeri.

Prosiding siasatan bersambung tengah hari esok.

Tuesday, March 26, 2013

Tarik Balik Semua IC di Sabah

PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menggesa kerajaan menarik balik kesemua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.

Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah.

Anggota exco kerajaan Sabah itu juga berkata, beliau akan mengesyorkan perkara itu kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai pendatang asing di Sabah.

"Ini akan memberi peluang kepada kita di Sabah untuk membuktikan ketulenan kewarganegaraan kita supaya orang Sabah yang asli sahaja diberikan dokumen kerakyatan seperti kad pengenalan baru itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Kenyataan itu disokong para pemimpin parti komponen BN yang mewakili kumpulan Kadazan-Dusun Murut – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup.

Kedua-dua mereka hadir dalam sidang media sama, lapor Borneo Post.

Dompok dilaporkan berkata demikian ketika melancarkan gerakan untuk membantu gereja di negeri itu, yang dinamakan Operasi Tataba. (MKINI)

Saturday, February 23, 2013

Sindiket memperoleh lebih RM11 juta melalui kegiatan pengeluaran KP

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu bahawa keuntungan wang ringgit merupakan satu-satunya motif di sebalik pengeluaran kad pengenalan (KP) kepada pendatang di Sabah oleh beberapa individu dan ejen. 

Superintenden Ahmad Fauzan Mohamad, seorang pegawai cawangan khas di Kuala Lumpur, berkata tidak terdapat motif lain di sebalik pengeluaran KP oleh sindiket berkenaan, melainkan untuk mendapatkan wang. 

"Mereka (pendatang) dikenakan bayaran RM50 hingga RM1,400 bagi setiap KP yang dikeluarkan kepada mereka. Saya tidak nampak ia mempunyai kaitan dengan politik, melainkan hanya untuk mendapatkan keuntungan wang ringgit. Pengeluaran KP di Sabah menghasilkan wang. 

"Kegiatan itu (pengeluaran KP) dirancang dengan teliti dan saya dapati selain pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), orang awam juga terlibat sebagai ejen dan sub ejen," katanya ketika menjawab soalan pegawai siasatan Manoj Kurup. 

Ahmad Fauzan, yang kini bertugas di Bahagian Keselamatan dan Sindiket Pemerdagangan Manusia di Polis Cawangan Khas Kuala Lumpur, berkata berdasarkan maklumat risikan yang ditelitinya, sindiket berkenaan memperoleh lebih RM11 juta melalui kegiatan pengeluaran KP itu. 

Walaupun ditanya berkali-kali, saksi itu berkata beliau berpuas hati bahawa penilaiannya mengenai maklumat risikan tentang sindiket KP ketika itu ialah ia bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kewangan. 

Kata Ahmd Fauzan, beliau ditugaskan membuat penilaian terhadap maklumat risikan mengenai sindiket KP Sabah di Bukit Aman (Ibu Pejabat Polis Persekutuan) dari akhir 1995 hingga Februari 2010. 

Saksi ke-56 itu berkata sejumlah 94 individu yang terlibat dengan sindiket berkenaan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 1995 hingga 2001. 

Katanya jumlah itu termasuk pegawai JPN, penjawat awam lain serta individu dan mereka ditahan mengikut ISA kerana mengancam keselamatan negara. 

Beliau berkata kegiatan itu bukan saja mengancam keselamatan negara, tetapi juga kestabilan politik, sosial dan ekonomi Malaysia. 

Kata saksi itu lagi, daripada jumlah mereka yang ditahan mengikut ISA, 80 dikenakan tahanan selama dua tahun, enam dikenakan perintah kediaman terhad dan lapan dibebas tanpa syarat. 

Ditanya siapakah yang memandatangani perintah tahanan itu, Ahmad Fauzan berkata ia ditandatangani timbalan menteri dalam negeri ketika itu. 

Ditanya kenapa tidak seorang pun daripada mereka yang ditahan mengikut ISA itu tidak dihadapkan ke mahkamah setelah dibebaskan, beliau berkata ia merupakan amalan biasa bagi semua kes ISA. 

Ahmad Fauzan bagaimanapun berkata kira-kira 3,035 orang yang memiliki KP palsu dihadapkan ke mahkamah. - Sabahkini

Sunday, February 3, 2013

RCI Sabah: Anwar kata "jangan takut, saya Menteri Kewangan M'sia"..

ANWAR GERTAK YONG TECK LEE: YOU KENA COVER I PASAL RCI, MASA YOU JADI CM SAYA BANYAK TOLONG YOU KAN, MASA TU I FINANCE MINISTER YOU JANGAN LUPA
Pada PRU ke-8 pada tahun 1990, kira-kira 5 hari sebelum Hari pembuangan undi. Parti PBS yang bermesyuarat di rumah Ketua Menteri di Seri Gaya, Kota Kinabalu telah mengambil keputusan keluar dari BN. Akhirnya, UMNO terpaksa masuk ke Sabah untuk membantu USNO yang menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan umat Islam dan Bumiputera Islam di Sabah ketika itu. Dalam kes ini, orang yang paling berjasa ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim!

Kemudiannya, pada tahun 1994 berlangsung pula PRU peringkat negeri Sabah. BN Sabah yang diketuai oleh UMNO Sabah hanya kekurangan 2 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri. Nafsu dan Kerakusan Anwar tiada siapa yang mampu mengatasinya! Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kerana pada tahun 1995 akan berlangsung Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Lalu, Anwar Ibrahim membeli Lajim Ukin dengan diikuti oleh YB-YB PBS yang lain. Akhirnya hanya tinggal 5 orang YB PBS sahaja dalam parti PBS, yang lainnya semua dibeli oleh Anwar Ibrahim.

Idea membeli YB ini dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba menentang cara ini, namun Anwar Ibrahim pandai "kelentong", akhirnya dibeli juga. Tumbanglah kerajaan PBS! Cara ini hendak diulangi Anwar Ibrahim pada tahun 16 September 2008. Malangnya, Anwar tak cukup duit kerana Anwar Ibrahim hanya meletakkan di mulutnya sahaja akan membayar YB si polan YB si polan sekiranya sanggup berhijrah. Namun, semua YB tahu Anwar kaki kelentong.

Dalam hal ini, Mantan TYT Sarawak memberitahu kami, Anwar Ibrahim turut memujuk anaknya supaya melompat parti ke PR. Juga gagal.

Keghairahan yang meluap-luap Anwar mahu menjadi TPM dan seterusnya PM dibayangkan dengan jumlah Undi Perwakilan UMNO Sabah daripada 20 bahagian.

Anwar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan, dengan menghambur wang ke bahagian-bahagian dengan syarat Mencalonkannya sebagai Calon Timbalan Presiden UMNO. Walaupun di depan Kamera TV dan di hadapan Tun Ghafar Baba, Anwar mengatakan tidak akan bertanding. Benar kata Pak Lah semalam, "saya kenal betul Anwar Ibrahim, Kaki Pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain!".

Anwar dengan kuasa dan kepercayaan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu Perdana Menteri, telah memberikan wang yang bukan sedikit untuk Proses memberikan IC-IC biru kepada pekerja asing dan pendatang asing. Anwar Ibrahim memberikan Arahan dan Wang supaya mereka mendaftarkan lebih banyak IC-IC baru supaya mereka boleh menjadi pengundi PRU Negeri Sabah pada tahun 1994, dan supaya mereka ini diserapkan memasuki UMNO untuk memenangkan proksi-proksinya di bahagian dalam Pemilihan UMNO tahun 1995.

Jika kamu sangsi modus oprendi ini, kamu boleh tanya YB DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan banyak lagi lah. Sebab itulah YB DSP Salleh berkata supaya Anwar jangan membohong tetapi bercakap benarlah! Malangnya, Anwar tidak berani menjawab suara YB DSP Salleh Said Keruak!

Dalam satu majlis proksinya di Sabah, dengan egonya Anwar berkata"...apa kamu takut, Saya Menteri Kewangan Malaysia..." . Maksud Anwar, buat apa sahaja, jika kamu perlu Wang, Anwar Ibarhim boleh mencetak berjuta-juta not RM500 dan RM1000 atau Lot-Lot Saham dan tukarkannya di Bank Bumiputera (CIMB sekarang) menjadi wang ringgit. Anwar jugalah sebenarnya yang Membankrapkan Bank Bumiputera, bukan Tengku Razaliegh. Tengku pakar Ekonomi walhal Anwar lulusan Sastera Sains Sosial!

Benar kata Pak Lah, sesudah Anwar memberikan Arahan dan Wang supaya proses sahaja, matlamatnya dia segera ke kerusi TPM dan kemudiannya PM. Arahan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu ialah selesaikan masalah rakyat Sabah tanpa negara, rakyat Sabah tanpa dokumen, malangnya Anwar dan proksi-proksinya tidak melaksanakan Arahan dengan betul. Anwar membuat projek pula, proksi-proksinya turut membuat projek, akhirnya arahan Tun Dr. Mahathir tidak diikuti.

Apakah Tun Dr. Mahathir berdiam diri? Tidak sama sekali, untuk menyelesaikan hal ini, Kerajaan telah menangkap 98 Orang termasuk 16 Kakitangan JPN yang terlibat menjual Resit IC, menjual IC, Menipu Maklumat Diri dan sebagainya. Ini menunjukkan kerajaan sangat tegas! Tiada kompromi.

Jika kamu bercakap soal Integriti dan Kejujuran, siapakah yang lebih berintegriti Lulusan Doktor Perubatan atau Lulusan Sastera Sosial? Siapakah yang akan bercakap Fakta dan Auta Bermelangkolik?

Jika kamu bawa Anwar ke RCI. Dia akan bercakap berputar-putar macam ini, "masa itu saya jaga buku teks saja, saya mana sempat pergi Kota Kinabalu, Nala sudah tunggu saya 5.00pm depan pejabat mahu main tenis, masa saya Menteri Kewangan, wang saya biasa hilang di rumah RM20,000 tapi saya relaks sahaja sebab saya Meneri Kewangan. Saya bagitau Datuk Eskay wang saya hilang, saya tak pasti Sukma ker yang ambik dia memang ada dalam rumah. Itu IC Sabah saya tidak campur saya bagi wang sahaja, saya adalah tahu, tapi itu pun saya sudah lupa bla bla..." Inilah cara Anwar .

Maka, jika kamu mahu tahu lebih lanjut lagi campurtangan Anwar dalam hal IC Sabah, bolehlah bertanya kepada DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan lain-lainnya itu. 

Aramaiti. Kotobian.

Mymassa voice, 
Kota Kinabalu.

Friday, February 1, 2013

RCI Sabah: Anwar gemar bertindak sendiri kata Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an.

Beliau berkata, walaupun Anwar tidak diberi arahan secara langsung namun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sering mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan lebih daripada yang diperlukan.

“Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan),” kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. 

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas). 
Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan. 

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau “mempunyai pengetahuan” mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Anwar sebelum ini menafikan beliau terlibat dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk memberikan keterangan kepada suruhanjaya siasatan, jika dipanggil.

Anwar berkata sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak terlibat secara langsung dalam hal tersebut. - GAP

Tidak perlu Anwar nafikan tuduhan ini dari jarak jauh.. Kalau berani, bersemuka sajalah dengan Tun Mahathir di mahkamah.. Bukankah Anwar cukup terkenal dengan kerja saman-menyaman? Kenapa kali ini amat berat untuk Anwar mengungkapkan perkataan saman, sedangkan jika dilihat dari sudut sejarah politik Anwar, beliau sepatutnya sudah bergelar jutawan hanya dengan kerja saman-menyaman (itupun jika semua samannya menyebelahi beliau). 

Dalam hal ini, pendirian, pandangan dan kesimpulan Bullet hanya satu,, walau macam mana rancak sekalipun Anwar dan Tun Mahathir "berbalas-balas pantun", bagi Bullet penubuhan RCI ini tetap menjadi satu bukti kesungguhan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib dalam memenuhi tuntutan rakyat termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang, walaupun umum mengetahui bahawa kesan dari keputusan beliau ini bakal meletakkan kerajaan BN dalam kedudukan yang kritikal pada PRU-13 nanti.

Wednesday, January 30, 2013

RCI Sabah: Pengarah JPN akui tidak ada arahan pihak atasan

Isu RCI sabah sedang dalam proses soal siasat. 

Isunya mengenai dakwaan kerajaan malaysia memberikan ribuan IC kepada warganegara luar sekitar tahun 1990 an yang menjurus dan membolehkan mereka ini LAYAK MENGUNDI sewaktu pilihanraya 1995. 

Benarkah dakwaan ini? 

Dakwaan yang mengatakan kerajaan memberikan IC kepada warganegara luar untuk membolehkan mereka mengundi BN pada pilihanraya 1995 ? 

LIHAT KENYATAAN MALAYSIAKINI 2 MINGGU LEPAS.


Mohd Nasir Sungip merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (negeri Sabah) mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi "Durian Burok" dari tahun 1992-1995. 

Operasi ini bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan (IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi. 

Tambah Nasir Sungip, ini adalah arahan SPR. 

SOALAN? 

Benarkah ini arahan SPR? 

Lihat jawapan di bawah yang dikeluarkan oleh malaysianinsider semalam.














1) Bekas Pengarah JPN, Ramli Kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara asing peluang untuk mengundi. Ramli memberitahu beliau melakukan demikian kerana wang.



















2) Bekas Pengarah JPN, Datuk Abdul Rauf Sani telah menjual 6305 resit JPN dengan harga RM 167,300.00. Datuk Rauf juga mengaku dalam sesi soal jawap semalam, beliau melakukan tindakan tersebut atas kapasitinya sendiri dan tanpa arahan pihak atasan. 

KESIMPULANNYA

Seramai 94 orang termasuk 24 pegawai JPN telah disumbat ke dalam ISA kerana isu penjualan IC BIRU ini. 

2 bekas Pengarah JPN di atas antara yang telah mengaku mereka melakukan perkara sedemikian adalah disebabkan mahu extra duit dan penjualan IC BIRU tersebut dilakukan tanpa arahan dari pihak atasan. 

Cubaan pembangkang untuk memburukkan nama bekas Perdana Menteri DR. Mahathir dan SPR semakin tidak berjaya kerana hampir kesemua yang terlibat mengaku mereka memberikan IC atas dasar mahu mencari keuntungan peribadi. 

itu pasallah tun m kata dia sedia disiasat dan didakwa... tada hal punya kata tun m..! - GAP

Sunday, January 27, 2013

RCI Sabah: pandangan bekas orang kanan Anwar Ibrahim

Rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak perlu menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kesimpulan mengenai motif di sebalik pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing pada masa lampau. Ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku. 

Sekiranya testimoni dari sesetengah pihak diterima bulat-bulat sebagai perkara sebenar, kita mungkin terperangkap dengan mempercayai sumber yang belum tentu sahih daripada satu hakikat kebenaran yang rumit. Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Perkara sebegini merupakan kebiasaan dalam siasatan yang dikendalikan secara terbuka dan berhemah. 

Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu kontroversi yang telah menjadi perbalahan dalam politik di Sabah selama lebih dari tiga dekad. Langkah ini menunjukkan kesediaan Kerajaan untuk menerima kebenaran tanpa mengira implikasi yang bakal ditimbulkan. Kebenaran yang bakal terungkai dari hasil siasatan ini akan membebaskan penduduk Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dari keraguan dan syak wasangka yang telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan etnik di Sabah. 

Namun demikian, dalam konteks ini, rakyat tidak seharusnya terlepas pandang mengenai satu aspek kritikal dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing;iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an. Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan. 

Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan. Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud. 

Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara. Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia. 

Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran. Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiridari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati. 

Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara.Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.

Ditulis oleh bekas orang kanan Anwar iaitu Dr. Chandra Muzaffar (Yayasan1Malaysia)
Terjemahan oleh: mymassa