Showing posts with label Airasia. Show all posts
Showing posts with label Airasia. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Berita Baik: MAS dan AirAsia Tawar Tambang Istimewa Khas Untuk PRU13


KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang istimewa kepada rakyat Malaysia untuk terbang pulang bagi mengundi pada 5 Mei di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) ini. 

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata tempahan bagi kelas perniagaan dan ekonomi boleh dilakukan mulai hari ini sehingga 26 April bagi perjalanan dari 18 April hingga 30 November tahun ini, sebagai sebahagian daripada tambang istimewa PRU13 itu. 

Katanya tambang kelas ekonomi yang merangkumi kesemua bayaran dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Pulau Pinang, Terengganu, Kuantan, Kota Baharu, Johor Baharu dan Langkawi bermula dari RM130 manakala tambang pulang yang merangkumi kesemua bayaran bermula dari RM713. 

Sementara itu, MAS berkata tambang pulang yang merangkumi kesemua bayaran dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Labuan, Tawau, Miri, Sibu, Sandakan, Bintulu dan Kuching bagi kelas ekonomi atau perniagaan masing-masing bermula serendah RM300 dan RM1,713. 

MAS berkata rakyat Malaysia juga boleh terbang dari Kuching ke Kota Kinabalu, Miri, Bintulu atau Sibu dari serendah RM76, yang merangkumi kesemua bayaran tambang pulang pada kelas ekonomi dan dari RM1,513 bagi kelas perniagaan. 

Katanya penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau, Labuan dan Sandakan bermula dari RM136 yang merangkumi kesemua tambang pulang dan dari RM1,713 bagi kelas perniagaan. 

Bagi penumpang yang menempah penerbangan antara 27 April dan 12 Mei tetapi mahu menangguhkan perjalanan masing-masing bagi PRU13, MAS akan mengetepikan caj penalti dan melanjutkan tempoh perjalanan masing-masing sehingga 31 Julai tahun ini. 

“Kamungkinan kami adalah syarikat penerbangan tunggal yang membenarkan para penumpang menyemak semula pelan perjalanan masing-masing bagi PRU. 

“Dengan pengenalan tambang istimewa dan dasar bagasi kabin, para penumpang boleh merancang dengan mudah perjalanan sehari untuk pulang bagi mengundi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Jauhari Yahya. 

--BERNAMA


KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, menawarkan harga tambang rendah istimewa kepada rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampung halaman untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata tambang rendah itu akan dapat membantu mereka pulang pada hari pengundian yang akan diadakan pada 5 Mei. 

"Kami menjangka ramai orang Malaysia yang akan melakukan perjalanan untuk kembali ke kawasan pengundian mereka masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. 

"Balik untuk mengundi menggunakan perkhidmatan penerbangan adalah pilihan yang lebih baik, terutamanya dengan kekerapan tinggi penerbangan domestik AirAsia, yang akan membolehkan ramai orang merancang perjalanan sehari bagi pilihan raya, dan barang kali merupakan cara terbaik untuk mengelakkan kesesakan di lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

AirAsia berkata rakyat Malaysia dari bandar-bandar di Indonesia boleh pulang untuk mengundi dengan tambang daripada sehingga serendah RM55 sehala, manakala tambang bermula daripada sehingga serendah RM120 dan RM124 sehala masing-masing
dari Singapura dan bandar-bandar lain di Asean. 

Bagi penerbangan domestik seluruh Malaysia, tambang bermula daripada RM29 sehala bagi laluan seperti Kuala Lumpur ke Johor Baharu, Pulau Pinang, Alor Setar, Terengganu, Langkawi dan lain-lain. 

Tambang istimewa itu juga termasuk penerbangan yang beroperasi dari hab lain AirAsia di seluruh negara. 

Syarikat penerbangan itu berkata tambang murah itu sudah boleh ditempah di laman web AirAsia, www.airasia.com untuk tempoh perjalanan segera, serta menerusi platform tempahan mudah alihnya menerusi telefon berkeupayaan WAP di mobile.airasia.com dan AirAsia apps di peranti iPhone dan Android.

--BERNAMA

Sunday, September 23, 2012

Pesawat ‘Musa A320’ bukti keyakinan pelabur terhadap pentadbiran Datuk Musa Aman

Komen Sabahterkini2u;
"Kalau dah cadang bangunkan Terminal KKIA2 tu dengan kos berjuta buat apa membina KKIA dengan kos lebih 1 bilion itu? ingat Airasia saja ke nak mendarat kat KK.
Dah jadi macam milik Airasia pula KKIA2 tu. Kalau Musa Aman bagi kelulusan dan merayu kepada Kerajaan Persekutuan mengenai tuntutan Airasia memang sah ada udang sebalik mee."
Sabahterkini2u perlu melihat isu ini diluar konteks politik supaya pandangan blogger ini lebih menjurus kepada kesannya terhadap ekonomi negeri Sabah. Jangan kerana kegairahan menyerang kepimpinan Datuk Musa Aman, maka industri penerbangan negeri Sabah pula yang dijadikan mangsa.

Secara peribadi BB juga tidak bersetuju jika kerajaan persekutuan bertindak menyekat syarikat yang berdaya saing seperti AirAsia yang telah berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau dan menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah melalui sektor pelancongan dengan memaksa syarikat penerbangan ini memindahkan operasi mereka ke Terminal 1.
 
Apa guna AirAsia berpindah ke Terminal 1 jika terpaksa mengenakan caj tinggi kepada penumpang? Dikhuatiri tindakan itu bukan sahaja membebankan penumpang ekoran kenaikkan harga tiket, malah akan merugikan syarikat yang banyak membantu membawa pelancong ke negeri ini. Jika Sabahterkini2u menyokong operasi Airasia dipindahkan ke Terminal 1, bermakna blogger ini secara tidak langsung menyokong supaya rakyat di negeri ini serta pelancong dibebani dengan kos penerbangan yang tinggi.

Jika benarpun Datuk Musa Aman merayu kepada kerajaan Persekutuan supaya mengekalkan operasi Airasia di Terminal 2, bukankah ianya satu tindakan yang baik dan tepat bagi melindungi industri pelancongan dan juga melindungi kepentingan rakyat di negeri ini dari terus dibebani dengan kos penerbangan yang tinggi oleh MAS? Malah bukan Datuk Musa Aman sahaja yang menyokong pendirian Airasia, sebaliknya beberapa anggota Parlimen juga turut sependapat dengan beliau antaranya termasuklah Datuk Abdul Rahman Dahalan, Datuk Salleh Kalbi, Datuk Alexander Nanta Linggi, Mohd Nor Othman dan Datuk Chua Soon Bui.

Mungkin blogger pro pembangkang hari ini semakin tertekan apabila Datuk Musa Aman terus-menerus mendapat penghargaan dari pelbagai pihak sehingga memaksa mereka melakukan kerja-kerja pembangkang dengan menafikan satu-persatu penghargaan itu. Apapun usaha mereka, BB tetap percaya bahawa Pesawat ‘Musa A320’ itu adalah bukti keyakinan pelabur terhadap pentadbiran Datuk Musa Aman untuk mereka (pelabur) terus melaksanakan komitmen pelaburan mereka di negeri ini.

**Apa gunanya memiliki Terminal berbilion ringgit jika terpaksa menghentikan laluan dari Kota Kinabalu ke Osaka, Perth, Haneda dan Seoul.. Sebaliknya Terminal yang nilainya jutaan ringgit pula yang bakal membuat penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Filipina, Australia, Korea dan Japan..**

By: Borneo Bullet