Showing posts with label Datuk Bung Moktar Radin. Show all posts
Showing posts with label Datuk Bung Moktar Radin. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

Gagal Bangunkan Kinabatangan, Bung Mokhtar Mahu Bersara Dan Salahkan Kerajaan

Controversial Kinabatangan MP Datuk Bung Mokhtar Radin has issued a warning - he will quit politics if he sees no development in his constituency within the next five years.

"I have been told by my voters to make sure the government give enough money to build roads. If not, I’m worried. Maybe they won’t vote for me or for BN again. I myself have decided that if the government doesn't give my people good kampung roads, I will not contest anymore,” the 53-year-old firebrand MP told The Star Online. - Kinabalu Today

Pada 18 Februari 2013, iaitu lebih kurang dua bulan sebelum tarikh pilihanraya umum ke-13, Datuk Bung Mokhtar telah diwawancara oleh wartawan Sinar Harian (DISINI). Dalam wawancara itu, Bung sendiri mengakui bahawa daerah Kinabatangan semakin menikmati arus kemajuan sejak beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan itu pada tahun 1999.

Kononnya beliau telah melakukan yang terbaik untuk semua penduduk di daerah itu sehingga berjaya mengubah status mundur kepada apa yang dilihat hari ini. Malahan, beliau tidak kekok memuji langkah proaktif yang dilakukan beliau untuk memajukan Kinabatangan, antaranya termasuklah sentiasa berhubung dengan agensi pusat seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Selain itu, Bung turut mengambil kesempatan dalam wawancara itu dengan mempromosikan dirinya terutama sekali mengenai kelantangannya bersuara (walaupun bagi penulis kelantangan beliau itu lebih banyak mengundang kontroversi yang tidak baik untuk kerajaan yang diwakilinya). Menurut Bung, hasil kelantangannya, maka hak penduduk Kinabatangan berjaya mendapat perhatian kerajaan. Malah, disebabkan kelantangan itu juga kononnya Kinabatangan telah mendapat peruntukkan yang paling banyak berbanding daerah-daerah lain di Sabah.

Lebih memualkan apabila, Bung dengan rasa rendah diri menjawab pertanyaan wartawan bahawa sekiranya beliau tidak dicalonkan atau bertanding, beliau tetap akan berpuas hati kerana telah BERJAYA membangunkan daerah Kinabatangan.... Semua luahan ini adalah sebelum pilihanraya umum ke-13.. Namun, sebaik memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan, Bung dengan sifat semulajadinya tampil lagi dengan pelbagai kritikan yang bertujuan untuk mengundang kontroversi. Antaranya termasuklah membuat kenyataan yang menyebelahi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah ketika MP pembangkang itu disekat dari memasuki Sabah.

Apa yang menarik mengenai wawancara Sinar Harian ini ialah, Bung berjaya mengaibkan diri sendiri dikhalayak ramai. Dulu dia kata dia berpuas hati kerana berjaya membangunkan Kinabatangan, tapi sekarang dia kata dia akan berhenti berpolitik sekiranya tidak ada pembangunan dalam masa 5 tahun ini. Dulu dia kata, Kinabatangan antara daerah yang menerima banyak peruntukkan dari kerajaan, sedangkan hari ini dia kata pengundinya mahu kerajaan salurkan lebih banyak peruntukkan untuk membina jalan.

Ingin penulis bertanya kepada Bung Mokhtar, mana hilangnya peruntukkan yang kononnya banyak disalurkan untuk daerah Kinabatangan? dan apa bentuk kemajuan yang berjaya beliau berikan kepada daerah Kinabatangan sebagaimana yang dikatanya dalam wawancara Sinar Harian? Atau apakah pada waktu wawancara itu, beliau berbohong?? Atau kelantangan beliau hari ini hanya untuk menarik perhatian umum disamping mempopularkan dirinya?

Tidak perlulah Bung membuat ugutan seperti itu seolah-olah kerajaan BN tidak pernah menyalurkan peruntukkan untuk membangunkan daerah Kinabatangan. Penulis sarankan supaya Bung lebih banyak melakukan aktiviti turun padang serta memanfaatkan kelantangan suara beliau sebagaimana yang dilakukan oleh beliau sebelum ini. Dan yang lebih penting, tolong berhenti dari mengulas isu yang tidak mendatangkan manfaat kepada penduduk Kinabatangan seperti isu sekatan terhadap Nurul Izzah dan isu Air Asia.

**ZIZIE, TOLONG NASIHATKAN ABANG BUNG SUPAYA LEBIH KONSISTEN BILA BUAT KENYATAAN MEDIA**

Tuesday, June 4, 2013

Antara 7 yang disekat, Bung Moktar hanya pertahankan Nurul, KENAPA??

Sekatan ke atas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah perlu ditarik balik kerana beliau bukan ancaman kepada negeri, kata pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lantang, Datuk Bung Moktar Radin. Beliau menggesa kerajaan negeri Sabah memberikan alasan kukuh terhadap langkah yang dianggapnya sebagai “kesilapan” besar dan satu “bencana”. TMI

AHLI PARLIMEN KINABATANGAN, DATUK BUNG MOKTAR SEBELUM INI PERNAH MENCETUSKAN KONTROVERSI APABILA BELIAU MEMBUAT KENYATAAN BERUNSUR SEKSIS DENGAN NIAT MAHU MEMPERLEKEHKAN KEUPAYAAN PEMANDU WANITA. TANPA MERUJUK KEPADA STATISTIK KEMALANGAN ATAU APA SAHAJA BUKTI YANG BOLEH DIJADIKAN SANDARAN, BELIAU DENGAN ANGKUH LAGI TEMBERANG MEMBUAT KENYATAAN KONONNYA KEBANYAKKAN CARA PPEMANDUAN GOLONGAN WANITA NEGARA INI AMAT BERBAHAYA SEHINGGA BOLEH MENYEBABKAN KEMALANGAN.

NAMUN SEHINGGA HARI INI BUNG MASIH GAGAL MEMBUKTIKAN KEBENARAN DISEBALIK TEORI KHAYALAN BELIAU WALAUPUN RAMAI PIHAK YANG BERANG DENGAN KENYATAAN SEKSIS TERSEBUT TAMPIL MENCABAR BELIAU SUPAYA MENGEMUKAKAN BUKTI-BUKTI YANG MENUNJUKKAN WANITA NEGARA INI LEMAH DALAM PEMANDUAN.

MEMANG BENAR BAHAWA BUNG ADALAH ANTARA PEMIMPIN BN YANG PALING LANTANG BERSUARA NAMUN KELANTANGAN BELIAU JARANG SEKALI BERSANGKUT PAUT DENGAN NASIB RAKYAT YANG AMAT MEMERLUKAN BANTUAN. KADANG KALA TINDAK TANDUK DAN TUTUR KATA BELIAU SEOLAH-OLAH HANYA UNTUK MEMPOPULARKAN DIRINYA ATAU SEKADAR MENARIK PERHATIAN GOLONGAN TERTENTU.

MENGENAI KES NURUL IZZAH YANG DISEKAT DARI MEMASUKI NEGERI INI, BUNG JUGA GAGAL MEMBUKTIKAN SAMADA KEHADIRAN NURUL DI NEGERI INI HANYA UNTUK MENGHADIRI PESTA KAAMATAN ATAU "MENGEKSPORT" BIBIT-BIBIT PERHIMPUNAN HARAM YANG BERTEMAKAN "BLACKOUT 505"..

JIKA BUNG BOLEH MENGANDAIKAN BAHAWA TINDAKAN MENYEKAT KEMASUKAN NURUL KE NEGERI INI BAKAL MENDATANGKAN BENCANA ATAU DISIFATKAN SEBAGAI KESILAPAN BESAR KERAJAAN NEGERI PIMPINAN DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, SAYA JUGA BOLEH MEMBUAT ANDAIAN YANG SAMA BAHAWA KEMASUKAN NURUL IZZAH KE SABAH BAKAL MENGUNDANG LEBIH BANYAK BENCANA KEPADA NEGERI INI EKORAN NIAT MEREKA YANG MAHU MENGANJURKAN PERHIMPUNAN BLACKOUT 505 DI SELURUH MALAYSIA.

INGIN SAYA BERTANYA KEPADA DATUK BUNG MOKTAR, ADAKAH BELIAU RELA JIKA NURUL MENGHASUT PENDUDUK KINABATANGAN SUPAYA MELAKUKAN DEMONSTRASI DI WILAYAN ITU BAGI MENJATUHKAN BELIAU?? APAKAH BUNG HANYA BERDIAM DIRI MEMBIARKAN DALANG YANG BANYAK MENCETUSKAN HURU-HARA DI SEMENANJUNG INI BERGERAK AKTIF DI KAWASAN BELIAU?? 

DAN, APAKAH DATUK BUNG TIDAK PERNAH KENAL DENGAN AYAT "LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI"??

SEBAGAI PEMIMPIN YANG TELAH LAMA BERKECIMPUNG DALAM POLITIK, BUNG SEPATUTNYA FAHAM BAHAWA APA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN NEGERI ADALAH UNTUK KEBAIKKAN RAKYAT SABAH.. MALAH BUNG JUGA SEPATUTNYA LEBIH TAHU MENGENAI KEWUJUDAN SEKSYEN 67 AKTA IMIGRESEN 1959/63, SEKSYEN 65 (1)(C) SERTA PERKARA 6 AKTA IMIGRESEN DALAM PERJANJIAN 18/20 PERKARA BAGI SARAWAK/SABAH.

JIKA BUNG BERHUJAH DENGAN BERPANDUKAN UNDANG-UNDANG ATAU AKTA TERSEBUT, SAYA YAKIN BUNG TIDAK AKAN MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MEMPERTIKAIKAN TINDAKAN MURNI KERAJAAN NEGERI HARI INI YANG SEDANG BERTUNGKUS-LUMUS MAHU MENGEMBALIKAN SERTA MENGEKALKAN SUASANA AMAN DAN HARMONI DI NEGERI INI.

TURUT MENIMBULKAN PERSOALAN, KENAPA AGAKNYA BUNG MOKTAR TIBA-TIBA MELENTING APABILA NURUL IZZAH YANG DISEKAT DARI MEMASUKI SABAH? BUKANKAH SEBELUM INI TELAH RAMAI PEMIMPIN POLITIK DAN PERTUBUHAN TELAH DIHALANG DARI MEMASUKI NEGERI INI?? ANTARANYA:

HARRIS IBRAHIM - MALAYSIAN CIVIL LIBERTIES MOVEMENT LEADER
AHMAD SYUKRI ABDUL RAZAB - BERSIH 2.0 STREENG MEMBER
MARIA CHIN ABDULLAH - BERSIH LEADER
HILMAN IDHAM - AIDE TO PKR DEPUTY AZMIN ALI
TIAN CHUA CHUNG - PKR VICE PRESIDEN
MAZLAN ALIMAN - ANAK NGO LEADER

KENAPA BUNG TIDAK MEMBUAT KENYATAAN YANG SAMA APABILA KEENAM-ENAM INDIVIDU DIATAS DISEKAT DARI MEMASUKI SABAH?? ADAKAH KERANA NURUL IZZAH SEORANG PEREMPUAN, DAN MASIH MUDA (WALAUPUN SUDAH BERKAHWIN)?? --- DATIN ZIZIE EZETTE TAK NAK SIASAT KERRR....