Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Monday, September 2, 2013

HISTORY CAN’T BE CHANGE!

The immature decision taken by the Penang State Government, Lead by DAP on August 28 shows that the political party attest as the undemocratic political party by not adhere to the decision which has been finalized by Film Censorship Board and the Ministry of Communications and Multimedia on allowing the film TANDA PUTERA to be screening at all cinemas throughout Malaysia.

Following the incident, the state government is seen to threaten the cinema operators by suspending their license of operations if any of the cinemas broadcast the movie in the state. It is in the know that the local councils only have a power in issuing the licenses and don’t have any power over the contents of the film.

Moreover there are no any scenes which are claimed as slanderous that could provoke racial hatred as mention by Lim Guan Eng. It is just a solid history genre of movie. The incident which takes place during the insurgency should be portraying as what it is, there are scenes where the directors should not change as it will misinterpret the semantic of the movie and the history as a whole. Moreover the movie has been sensitively film as the research has been done before the shooting begins.

These issues should not be sensationalised by any party as it will create tension among races in Malaysia. Perhaps the Film Censorship Board and government have approved the license for this movie to be screening in cinemas across Malaysia should be respected. The DAP should have accept the fact that the reason behind the 13th May 1969 incident is due to their misbehaviour after celebrating the success in 1969 General Election and wanted to celebrate on the streets of Kuala Lumpur, where many non-Malays who dominate the crowd made rude remarks and gestures as they taunted the Kampung Baru Malays with such cries as “Melayu Balik Kampung” and “this is our country now”, this are the fact where the DAP should not hide from as this is part of history, and that is the sequence of events which lead to the 13th May 1969 tragedy. 

“Tanda Putera” shows about the friendship and struggles of Malaysia’s second prime minister Tun Abdul Razak and his deputy Tun Dr. Ismail Abdul Rahman in dealing with the May 13th May 1969 tragedy. 

Unlike “Tanda Putera”, “The New Village 1949” movie which championing the communist as the hero and the country’s fighter for independence is with intention to uplift the communist ideology back into Malaysia. “The New Village 1949” would only promotes communism and causes racial misunderstanding and that makes government stop the movie from screening. 

ARAFAT ESA

GEORGETOWN, PENANG

Komen Penulis: Rakyat Sabah patut buka mata seluas-luasnya dan nilai sendiri bagaimana wajah sebenar pemimpin-pemimpin DAP dan juga Pakatan Rakyat. Apa gunanya mereka berjuang menuntut dan memperkukuhkan demokrasi sedangkan mereka sendiri bertindak menghalang demokrasi. Mereka bersungguh-sungguh menuduh kerajaan BN kononnya menyembunyikan fakta mengenai tarikh kemerdekaan, tapi mereka senyap bila DAP menggunakan kuasa mereka untuk mengugut dan menghalang fakta-fakta sejarah dari diketahui rakyat.. Fikir-fikirkan..

Monday, August 26, 2013

Misi Pembangkang Menjahanamkan Negara Semakin Membuahkan Hasil

Bagaimana rakyat tidak takut jika mereka memiliki barisan pemimpin pembangkang yang sememangnya dilahirkan untuk menyokong aktiviti-aktiviti keganasan? Sebelum rakyat terpengaruh dengan mainan politik pembangkang, eloklah imbas kembali siapa yang lebih hampir dengan sifat-sifat pengganas.. Untuk memudahkan proses imbas kembali ini, biarlah penulis timbulkan persoalan-persoalan yang mudah untuk dijawab oleh segenap lapisan masyarakat seluruh negara..

Pertama - Siapa yang membantah penubuhan ISA?.... ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang membolehkan sesiapa pun ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.. Namun malangnya akta ini terpaksa dimansuhkan atas desakan pembangkang supaya mereka bebas melakukan ancaman dalam negara..

Kedua - Siapa yang membantah Ordinan Darurat?... EO juga berfungsi untuk membanteras dan mencegah jenayah.. namun disebalik fungsinya yang berkesan dalam mencegah jenayah, pembangkang jugalah yang tidak henti-henti mendesak supaya undang-undang ini di mansuhkan.. Pemansuhan undang-undang ini mengakibatkan lebih 2000 tahanan terpaksa dibebaskan dan kembali ke sisi masyarakat.. Hasilnya, salah satu kes samun rumah mewah yang berlaku baru-baru ini turut melibatkan bekas tahanan Ordinan Darurat (DISINI).

Ketiga - Siapa yang tampil membela nasib penjenayah?... Tidak cukup dengan desakan memansuhkan undang-undang mencegah jenayah, pembangkang juga terlibat aktif membela nasib banduan dalam penjara.. Bagi mereka, banduan yang didapati bersalah kerana membunuh, merompak, merogol dan sebagainya layak dilayan seperti sang raja.. Polis sama sekali tidak berhak memukul mereka kerana bagi pembangkang, apa sahaja jenis jenayah yang dilakukan oleh banduan-banduan ini teramatlah "murni" bagi mereka (pembangkang).. Namun pembangkang mungkin lupa sekiranya banduan-banduan ini jatuh ketangan keluarga mangsa, confirm dah lunyai dikerjakan sebelum sempat masuk penjara..

Keempat - Siapa yang suka sangat menganjurkan demonstrasi jalanan?... Seakan tidak sah perjuangan pembangkang jika demonstrasi jalanan tidak dibudayakan dalam parti.. Walaupun tiada kebolehan menganjur, sekurang-kurangnya bijak menghasut sudah memadai.. Pembangkang tidak pernah rasa bersalah mengheret rakyat ke jalanraya untuk bertempur dengan anggota keselamatan.. Kadang kala penulis turut terfikir, adakah mendidik rakyat supaya membelakangkan undang-undang turut menjadi sebahagian daripada agenda perjuangan pembangkang?? Malah lebih mendukacitakan, apabila yang dilihat keluar masuk hospital selepas berdemonstrasi adalah rakyat biasa, bukannya Anwar, Lim Kit Siang, Nik Aziz atau yang seangkatan dengannya..

Junz Wong Akhirnya Buktikan Kewujudan Nelayan Vietnam di Sabah Melalui Artikel 2011


Junz Wong patut dedahkan bukti sahih, terkini dan nyata,, bukan main bedal saja ikut persepsi berdasarkan artikel yang diterbitkan dua tahun lepas.. Sebelum ini Junz menuduh SAFMA bersekongkol dengan nelayan Vietnam, namun bila beliau gagal kemukakan bukti, beliau beralih pula kepada isu perkhidmatan air dan ais di jeti SAFMA.. Belumpun perkara itu berjaya dibuktikan oleh Junz Wong, beliau beralih pula menyerang KKIA.. Akhirnya isu mengenai nelayan Vietnam yang kononnya berlegar-legar di jeti SAFMA terus menjadi mitos tanpa ada sebarang bukti susulan dipihak Junz Wong sedangkan beliau sudah berjanji akan mendedahkan perkara tersebut..

Kini, apabila Junz ketandusan idea untuk menyerang agensi-agensi kerajaan dan dalam masa yang sama mahu menunaikan janjinya yang kononnya akan mendedahkan kewujudan nelayan Vietnam di perairan Sabah, lantas beliau menggunakan artikel tahun 2011 yang dipetik dari portal penyokong tegar pembangkang Free Malaysia Today bagi mewujudkan prasangka dikalangan rakyat bahawa nelayan Vietnam memang wujud di perairan Sabah. Lebih memalukan apabila artikel yang dijadikan sandaran oleh Junz untuk menguatkan fitnahnya tidak sedikitpun menyentuh mengenai keadaan perairan di Sabah..

Dengan hanya bermodalkan artikel basi dari FMT bertajuk "Nelayan Vietnam Perompak Berlesen" yang diterbitkan pada 16 Jun 2011, Junz dengan nada temberang lagi pembohong berkata "Will Sabah fish sectors be facing d similar situation caused by "legalized" Vietnam fishermen on Sabah shores?!" (DISINI). Namun malangnya, samada penyokong Junz sedar atau tidak bahawa mereka SEDANG dibohongi oleh Junz, mereka seraya berkata "There u go again my lovely YB!".. Muakkkk!!.. Entah bagaimana si Raja Night Club ini boleh mendapat pujian begitu menggairahkan sedangkan apa yang dilakukan oleh beliau tidak lebih dari sekadar bermain dengan persepsi menggunakan asas dua tahun lepas yang bukan berlaku di Sabah..

Politik sebegini terlalu sempit bagi penulis kerana Junz hanya bermain dengan persepsi berdasarkan asas yang sudah expired bagi mempengaruhi minda penyokong-penyokong beliau.. Inikah contoh wakil rakyat yang diidamkan oleh pengundi-pengundi Likas? Sudahlah malas turun padang bertemu pengundi-pengundinya, aktif pula tu menyerang agensi-agensi kerajaan yang bukan dalam kawasan Adun nya.. Kini beliau menggunakan short cut pula untuk menyerang kredibiliti kerajaan dengan menggunakan artikel yang sudah expired..

Sunday, August 25, 2013

Junz Wong tidak mahu kerajaan Pusat salurkan peruntukkan tambahan ke Sabah?

Why has State Government over-spent and tabled a supplementary bill for additional RM942,898,430? State Govt has already approved a budget of staggering RM3.9 billion for 2013. - Sabahkini

Belum pernah ada pembangkang di Sabah buat komplen hanya kerana kerajaan minta tambahan peruntukkan.. Malah mereka lebih mengalu-alukan supaya kerajaan Persekutuan menyalurkan lebih banyak dana untuk negeri ini.. Berlainan pula dengan si raja pembohong dan putar belit Junz Wong.. beliau seakan tidak sanggup menerima kenyataan bahawa negeri ini sememangnya memerlukan lebih banyak dana selain daripada bajet yang dibentangkan.

Jika Junz beranggapan bahawa berlaku penyelewengan sehingga kerajaan negeri mengusulkan bajet tambahan, beliau sepatutnya membuktikan perkara itu terlebih dahulu.. Malah Junz juga patut sedar bahawa Sabah bukanlah negeri kecil seperti Pulau Pinang yang sering dilawatinya sejak bergelar wakil rakyat..

Mungkinkah motif sebenar Junz adalah untuk melambat-lambatkan atau menghalang aktiviti pembangunan di negeri ini?? Jika kita lihat cara Junz berpolitik, beliau lebih berminat melingkupkan syarikat atau agensi-agensi dibawah kerajaan seperti KKIA, SAFMA dan Sabah Port.. Jesteru, tidak heranlah Junz menyalak bila kerajaan negeri mengusulkan peruntukkan tambahan.. Bagi Junz, sebarang perkembangan positif mengenai ekonomi negeri ini adalah satu ancaman baginya..

Malang sungguh pengundi-pengundi Likas kerana mempunyai wakil rakyat yang hanya tahu membangkitkan isu-isu yang bertujuan untuk memusnahkan aktiviti pembangunan ekonomi Sabah.. Setakat ini tidak ada pula Junz berjumpa atau beramah mesra dengan pengundi-pengundinya.. dan tidak ada juga Junz turun padang mendengar masalah-masalah dari pengundinya.. Junz lebih sibuk bertemu rakan-rakannya di Pulau Pinang di samping mencari mana-mana agensi kerajaan yang boleh diserangnya..

Friday, August 23, 2013

Hiew Tinggalkan Pengundi Luyang Untuk Bercuti Hanya Kerana Merajuk?

After the just concluded state assembly sitting on the 19th of August 2013, he felt that he really needs a holiday to recuperate and to think for the future work. His holiday will start from 22nd of August, and he said during this time while he is away, the people can always call upon his ADUN office in Foh Sang for help. His assistants will be happy to assist with the people’s problems, and it is business as usual. - Sabahkini

He need holiday to think for the future work??? Bagaimana dengan masa depan penduduk Luyang yang telah memberikan kepercayaan kepada Hiew untuk membela nasib mereka? Inikah balasan Hiew selepas menang kerusi DUN Luyang? Walaupun beliau mempunyai pembantu, namun itu tidak bermakna beliau boleh melepaskan tanggungjawab beliau dan meletakkan tugas-tugas wakil rakyat kepada pembantu beliau.. Belum pun berjaya membentuk kerajaan dan belum menjawat sebarang jawatan dalam kabinet negeri, tapi beliau sudahpun menunjukkan sikap suka lepas tangan.. 

Kalaupun Hiew kecewa dengan sikap segelintir pemimpin-pemimpin DAP, tidak perlulah merajuk sampai tergamak meninggalkan tanggungjawab. Kalaupun Hiew terfikir untuk bertukar kapal, beliau tidak perlu mengambil cuti hanya untuk mempertimbangkan perkara itu.. Jika dalam hati sudah tidak serasi dengan kepimpinan DAP, baik pindah kapal terus.. tidak perlu merajuk sampai ke luar negara macam pondan..

Thursday, August 22, 2013

Selepas Jenayah Berleluasa, DAP Mahu Kerajaan Najib Contohi Ketegasan Tun Mahathir

Pengerusi Democracy Action Party (DAP) Sabah Jimmy Wong Tze Phin menegaskan bahawa kerajaan perlu mencontohi ketegasan kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dalam melaksanakan undang undang Negara semasa berkuasa yang tidak berbelah bahagi ketegasannya. - Sabahkini

Bangang punya Jimmy Wong.. So, kenapa bantah akta ISA, Ordinan Darurat, akta Perhimpunan Aman dan sebagainya jika mahu negara ini melaksanakan undang-undang secara tegas sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir? Semua undang-undang ini sudah terbukti berkesan dalam menangani kegiatan jenayah serta pelbagai bentuk ancaman dalam negara. Jika bukan kerana ahli politik pembangkang seperti Jimmy Wong, negara ini sudah tentu aman dan selamat sehingga kehari ini.. Lagi bangang kenyataan yang dibuat oleh Jimmy Wong apabila beliau duduk dalam parti yang turut menyokong perhimpunan haram dan membela nasib penjenayah dalam penjara.. Entah apa jenis jin yang masuk ke dalam tubuh Jimmy Wong sehingga beliau tergamak melakukan pusingan 360 darjah selepas bersekongkol dengan puak-puaknya sendiri yang suka sangat membantah apa sahaja yang dilakukan kerajaan dalam membendung kegiatan jenayah..

Daripada Jimmy Wong membuat kenyataan yang berbelit-belit kononnya mahu kerajaan mereformasikan tugas dan tanggungjawab PDRM, bukankah lebih baik beliau mencadangkan terus penguatkuasaan semula undang-undang yang berjaya digugurkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat? Selepas ribuan penjenayah yang ditahan dibawah Ordinan Darurat dibebaskan, kini barulah Jimmy Wong sedar bahawa negara ini sedang diancam jenayah berat? Ketika pembangkang mendesak supaya akta itu dimansuhkan, kenapa mereka tidak fikir kebarangkalian kes jenayah akan meningkat? atau desakan memansuhkan akta itu juga merupakan sebahagian daripada strategi mereka untuk melakukan rampasan kuasa? maklumlah, apabila jenayah meningkat, maka pembangkang boleh menggunakan isu itu kononnya kerajaan telah gagal membendung kegiatan jenayah.. pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Jimmy Wong akan menggunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah yang paling bijak dengan mencadangkan idea-idea penyelesaian sedangkan pada awalnya cadangan membebaskan penjenayah ini adalah datang dari mereka sendiri..

DUN Likas terletak di Sabah atau Pulau Pinang??

PRU13 baru 3 bulan berlalu, tapi Junz Wong sibuk ulang alik ke Pulau Pinang berjumpa rakan-rakan seperjuangannya.. Persoalannya, sudah settle kah semua masalah-masalah di kawasan beliau? Mana aduan rakyat yang konon banyak diterimanya setiap hari? Lepas menang, DUN Likas ditinggalkan begitu saja??.. Sudah lah sebelum ini Junz banyak membangkitkan isu yang bukan dalam kawasan beliau, kini dia terbang pula ke Pulau Pinang meninggalkan kawasan yang dimenanginya.. Bangang punya ADUN!!

Junz bekas Mufti Perlis during a visit to Penang Institute

Sdr Chan Foong Hin and Sdr Junz Wong at the Pearl of the Orient, Penang

Junz visited CM at KOMTAR building, together with some DAP National leaders

Junz had a brief with Professor Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Tuesday, August 13, 2013

Belum sempat DAP berpesta, Pak Lah sudah buat penafian

Akhirnya penulis bersetuju dengan pendapat Junz Wong apabila beliau sebelum ini ada mengatakan dalam FB beliau bahawa "we should have more BN leaders like Pak Lah".. Penulis bersetuju bukan kerana isi kandung buku bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia yang dirujuk oleh Junz sehingga beliau sendiri secara tiba-tiba menjadi pro Pak Lah.. sebaliknya penulis bersetuju selepas terbaca penafian Pak Lah mengenai buku kontroversi tersebut yang disalah anggap oleh pembangkang kononnya ditulis, ditaja atau diterbitkan oleh Pak Lah.. Jesteru dengan penafian itu, maka kempunanlah pembangkang mahu melihat kemunculan siri perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Dalam penafian Pak Lah, beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan umno sebagaimana yang dibayangkan oleh pembangkang.
"Saya tidak pernah meninggalkan UMNO dan insya-Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya," - Pak Lah
Dalam buku tersebut, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutama sekali mengenai tuduhan yang pernah dilemparkan oleh Tun Mahathir selama ini terhadap beliau. Antara lain pandangannya mengenai Mahathir tentang apa yang disifatkan oleh beliau sebagai manusia penuh kontradiks ialah mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah campurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi.

Jesteru, apa pula pendapat Junz Wong selepas ini? Adakah Junz akan buat kenyataan seperti ini "we shouldn't have more BN leaders like Pak Lah"??.. Inilah akibatnya jika suka sangat buat kenyataan tanpa usul periksa.. pantang nampak perkara yang memihak kepada pembangkang, maka diulasnya secara membuta tuli tanpa mengetahui perkara sebenar. Sebagai ahli politik DAP yang tentunya memiliki sikap rasis dalam diri, pastinya perbalahan antara Tun Mahathir dan Pak Lah ini menjadi bahan sorakkan mereka dengan harapan kaum terbesar negara ini akan berpecah belah menanti dijajah oleh DAP.

Monday, August 12, 2013

Perbezaan Pendirian Punca DAP Sabah Retak

KOTA KINABALU: Trouble is brewing in Sabah DAP with the resignation of an increasingly-isolated Luyang assemblyman Hiew King Cheu as the state advisor. Hiew said his decision to resign as advisor was due to the action of his four "elected YBs" who called for disciplinary action to be taken against him (Hiew) for supporting Klias assemblyman Datuk Lajim Ukin instead of the party’s choice, Tamparuli assemblyman Datuk Wilfred Bumburing, as the state opposition leader. - The Star

Jika penulis tanya kenapa majoriti pemimpin DAP memilih Bumburing berbanding dengan Lajim, pasti ramai yang tahu apa jawapannya. Namun penulis tidak mahu mengulas kearah itu kerana bagi penulis kedua-dua pemimpin katak ini sememangnya tidak layak memegang jawatan ketua pembangkang. Pelantikkan Lajim sebagai ketua pembangkang Sabah juga merupakan satu penghinaan kepada ahli-ahli pembangkang yang lain terutama sekali bagi mereka yang telah sekian lama memperjuangkan agenda parti. Samada pemilihan itu memang berdasarkan faktor pengaruh atau dasar kroni didahulukan, yang pasti keputusan mengetengahkan kedua-dua katak ini telah menjadi punca kepada keretakan pembangkang di Sabah (selain dari apa yang berlaku kepada DAP).

Mengenai tindakan Hiew melepaskan jawatannya sebagai penasihat DAP Sabah, beliau sepatutnya bertindak lebih jauh dari itu kerana kekecewaan beliau adalah berpunca daripada perbezaan pendirian.. bukannya perbezaan pandangan, pendapat atau sebagainya.. Untuk apa Hiew kekal berada dalam parti itu jika pendirian beliau bertentangan dengan pendirian parti?? Jesteru, adalah lebih baik jika Hiew meninggalkan terus parti ini jika tidak mahu perjalanan politik beliau disulitkan oleh beberapa pemimpin dalam DAP yang sedang mengintai peluang untuk menjatuhkan beliau. 

Dari sudut lain, apa yang berlaku terhadap DAP Sabah ini jelas menunjukkan kelemahan Pakatan Rakyat dalam menangani isu-isu dalaman parti. Bayangkan jika parti ini berjaya membentuk kerajaan.. Apa agaknya akan berlaku kepada Sabah jika pemimpin-pemimpin dikalangan mereka saling bercakaran hanya untuk memilih ketua? Patutlah ketua mereka di Semenanjung sering mencampuri urusan dan mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat Sabah.. rupanya pemimpin-pemimpin mereka di Sabah masih tidak mampu berdikari terutamanya bila melibatkan perkara-perkara yang melibatkan pelantikan samada mengenai jawatan mahupun soal pemilihan calon.

Saturday, August 10, 2013

DAP Marah Bila LDP Kata Komuniti Cina Silap Buat Keputusan

PENAMPANG: Liberal Democratic Party (LDP) and its leaders should make an effort to understand the Chinese community’s overwhelming support for the opposition in the 13th general election, instead of belittling them, said Sabah DAP Secretary, Dr Edwin Bosi. Bosi also stressed that the Chinese community did not make a wrong decision by supporting the opposition in the 13th General Election, as claimed by LDP Deputy President Senator Datuk Chin Su Phin. - Borneo Insider

Bukan sahaja LDP, malah semua komponen BN Sabah telah melakukan yang terbaik untuk komuniti Cina. Setiap tahun, puluhan juta disalurkan untuk pembinaan sekolah dan juga rumah-rumah ibadat bagi kaum ini. Jesteru ada asasnya kenapa Datuk Chin Su Phin mempersoalkan mengenai trend penggundi komuniti ini terutamanya di kawasan bandar. DAP tidak sepatutnya mempertikaikan kenyataan Chin kerana Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim juga mempertikaikan undi yang diperolehi oleh BN dengan membuat pelbagai tuduhan kononnya berlaku penipuan, wujud pengundi hantu dan sebagainya. Malah, Pakatan lebih teruk apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tergamak menghina kaum di Sarawak hanya kerana kaum itu tidak mengundi PAS pada Pilihanraya Kecil Batang Ai..
"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS," - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Jika Dr Edwin Bosi enggan menerima kenyataan jujur yang dibuat oleh Chin, beliau juga sepatutnya mengutuk keras kenyataan Hadi atau sekurang-kurangya mengutuk tindakan petugas-petugas pilihanraya Pakatan Rakyat yang menghalang warga tempatan dari menunaikan tanggungjawab. Pada Pilihanraya Umum Mei lalu, terdapat beberapa kes dimana warga tempatan yang berkulit gelap dan tak hensem telah dinafikan hak mereka untuk mengundi oleh petugas-petugas samseng Pakatan Rakyat. Hanya melihat kepada rupa paras seseorang, pakatan seolah-olah dapat membaca asal usul mereka sekaligus melabelkan mereka sebagai warga Bangladesh?? dan hanya kerana BN menang di banyak kerusi, maka Pakatan menuduh rakyat tempatan yang mengundi BN itu sebagai warga Bangladesh, PATI, hantu dan sebagainya? 

Sedarlah Edwin Bosi.. Kemenangan DAP dikawasan bandar bukan disebabkan DAP banyak menghulurkan sumbangan atau memahami keperluan komuniti itu.. Sebaliknya, komuniti itu pula yang banyak menyumbang kepada tabung parti Pakatan Rakyat. Kekuatan DAP tidak lebih dari sekadar menyebarkan fitnah, pembohongan dan putar belit. Sebab itu mana-mana kawasan yang terdapat access internet amat mudah ditawan oleh Pakatan terutamanya DAP.. Ini kerana "petugas-petugas" DAP sangat aktif siang dan malam melakukan kerja-kerja meracuni minda rakyat.. Tidak perlulah Edwin mengajar pemimpin BN bagaimana caranya untuk memahami kemahuan setiap komuniti di negara ini, kerana memang itulah yang dilakukan kerajaan setiap hari. Adalah lebih baik jika Edwin dapat menasihati pemimpin-pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi pada PRU13 lalu supaya memfokuskan kepada kawasan masing-masing...

Wednesday, August 7, 2013

Sepanggar Port: Walaupun Kantoi, Junz Wong Tetap Gigih Mengelirukan Rakyat

Penulis sangat bersetuju apabila Sabah Port Sdn Bhd (SPSB) menuduh Adun DAP Likas Junz Wong sebagai mengelirukan rakyat. Malah dalam jawapan balas Junz, beliau sekali lagi kantoi melakukan putar belit apabila beliau menafikan kenyataan beliau sendiri seperti berikut "Firstly Junz would like to clarify that he did not say that there have been vessels waited up to a week to BERTH but waited up to a week to be clear, to sail off or depart." (DISINI).. Namun memetik laporan dari Sabahkini yang mana laporan itu turut dirujuk oleh pihak SPSB sebelum mengeluarkan kenyataan, Junz sememangnya ada mengatakan sebagaimana yang dipetik oleh pihak SPSB "Adun Likas Junz Wong has received many complaints that Sepangar Bay Container Port has failed to offload the containers on time which has caused 7 ships to be queuing for berthing for more than a week now." (DISINI)

Jesteru, bukankah penafian yang dibuat oleh Junz mengenai apa yang didakwa pihak SPSB sebagai mengelirukan amat bertentangan dengan kenyataan beliau sebelum ini? Perkara pokok yang hendak disampaikan oleh Junz tetap mengenai kelewatan kapal kontena berlabuh. Malah, sesiapa sahaja yang membaca tuduhan Junz Wong juga pasti akan memberikan kesimpulan bahawa berlaku kelewatan untuk mana-mana kapal kontena berlabuh. Sepatutnya Junz merujuk perkara itu kepada pihak SPSB terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan. Dalam hal ini penulis melihat Adun DAP ini sekadar mahu mendapatkan populariti dengan memangsakan syarikat pelabuhan sedangkan beliau sendiri tidak mengetahui sebarang sistem yang digunakan oleh pelabuhan tersebut.

Penulis menyimpulkan bahawa penjelasan pihak SPSB sangat konkrit dan sarat dengan fakta tanpa sedikitpun niat untuk berselindung sebagaimana dakwaan Junz Wong. Sudah dijelaskan bahawa Sepanggar Bay Container Port (SBCP) mempunyai sistem berlabuh mereka sendiri yang dikenali sebagai Fixed Window System. Sistem ini disifatkan sebagai cekap bukan sahaja oleh pihak pengendali pelabuhan malah oleh agen-agen perkapalan itu sendiri. Dibawah sistem ini, setiap kapal kontena dijamin berlabuh sebaik ketibaan, atau menunggu dalam lingkungan masa minimum. Sekiranya berlaku kelewatan terhadap mana-mana kapal kontena, kelewatan itu bukan disebabkan oleh ketidak-cekapan pengendalian di pelabuhan, sebaliknya kapal itu tidak menyertai sistem berlabuh sebagaimana yang dilakukan oleh kapal-kapal kontena yang lain, yang mana ianya juga mungkin disebabkan oleh jadual ketibaan mereka yang tidak menentu. Selain itu, kapal yang terlepas jadual berlabuh juga akan dikenakan penalti dimana mereka terpaksa beratur menunggu giliran.

Jesteru, memang benarlah Junz Wong cuba mengelirukan rakyat dengan menggunakan fakta-fakta yang kurang jelas atau kurang terperinci. Semua pendedahan Junz mengenai bukti-bukti kelewatan kapal kontena berlabuh juga kemungkinan besar diambil dari kapal-kapal yang tidak menggunakan sistem berlabuh yang disediakan oleh pihak SBCP. Malah dakwaan asal Junz mengenai kerugian yang ditanggung oleh peniaga ekoran kelewatan memunggah barangan mudah rosak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan turut tidak diulas oleh Junz dalam jawapan balas beliau kepada SPSB. Kenapa Junz enggan mengulas perkara itu?? jawapannya ialah, ketika Junz membuat tuduhan itu, beliau tidak tahu bahawa barangan mudah rosak seperti itu diangkut menggunakan refrigerator container. Mungkin Junz menganggap semua pengusaha kapal kontena ini bodoh-bodoh belaka dengan mengandaikan mereka tidak tahu bagaimana caranya mengangkut barangan mudah rosak sebelum melakukan perjalanan yang jauh.

SAMADA PENGUSAHA KAPAL KONTENA YANG BODOH ATAU JUNZ WONG YANG TERLEBIH PANDAI....... ATAU PIHAK SPSB YANG MENGELIRUKAN ATAU JUNZ WONG YANG TERLEBIH JUJUR... SAMA-SAMA LAH KITA NILAI PEMIMPIN DAP SABAH INI..

Monday, August 5, 2013

Hiew Kesal DAP Pertikaikan Keputusannya Menyokong Lajim Ukin

KOTA KINABALU: ADUN DAP-Luyang, Hiew King Cheu sedia berhadapan dengan tindakan disiplin kerana menyokong Datuk Lajim Ukin daripada PKR sebagai Ketua Pembangkang Sabah berbanding pilihan partinya Datuk Wilfred Bumburing. Katanya, tindakannya itu berdasarkan naluri hatinya, lebih-lebih lagi Lajim mempunyai sokongan majoriti ADUN pembangkang. - Antarapos

Kesukaran memilih antara dua ekor katak jelas terpancar diwajah pemimpin-pemimpin DAP hinggakan Hiew terpaksa menyuarakan kekecewaan terhadap sikap rakan-rakan separtinya. Dengan nada kesal, beliau cuba menafikan kelayakan Bumburing bagi jawatan ketua pembangkang Sabah dengan mengatakan bahawa walaupun Bumburing bertanding atas tiket PKR, namun beliau bukanlah anggota PKR. Penulis turut rasa bersimpati terhadap kekesalan Hiew namun apakan daya, Hiew juga sebangang dengan pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Bukankah Lajim juga bertanding atas tiket PKR walaupun beliau bukan anggota PKR? Jesteru apa pula ciri-ciri yang ada pada Lajim sehingga Hiew tergamak membelakangkan keputusan rakan separtinya selain dari sekadar mengikut sokongan majoriti?

Penulis juga merasa hairan bagaimana pembangkang Sabah boleh memilih antara dua katak yang baru sahaja menyertai pembangkang dan masih belum konsisten hala tuju politiknya.. Tidak adakah pemimpin pembangkang Sabah yang lebih layak menyandang jawatan itu? atau mungkinkah wujud campurtangan pembangkang di Semenanjung hinggakan pembangkang Sabah terpaksa akur dengan hanya dua pilihan daripada berbelas muka yang layak? teori mengenai campurtangan pemimpin berpengaruh di Semenanjung terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pembangkang Sabah memang ada asasnya. Sebaik Lajim dan Bumburing keluar meninggalkan umno dan upko, spekulasi tersebar luas bahawa Anwar Ibrahim telah menjanjikan jawatan yang lebih baik kepada kedua-dua katak ini sekiranya berjaya merampas kerajaan.

Jesteru, tidak heranlah jika pembangkang Sabah sepakat memilih antara dua muka basi ini untuk memimpin mereka kejalan yang "benar". Penulis amat yakin bahawa ramai ahli-ahli pembangkang di Sabah juga tidak bersetuju dengan pemilihan mana-mana antara dua katak ini kerana mereka baru sahaja memainkan peranan dan memikul watak sebagai pembangkang di negeri ini. Sumbangan mereka terhadap keberlangsungan politik pembangkang di Sabah juga terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain. Malahan, kewujudan kedua-dua katak ini dibarisan hadapan pembangkang Sabah juga lebih banyak mengundang keretakan berbanding dengan memperkuatkan parti. Jesteru, bagaimana mereka boleh mendapat keistimewaan dari segi jawatan jika tidak ada campurtangan pemimpin pembangkang berpengaruh di Semenanjung?

Jika benar wujudnya kaedah primitif dalam pemilihan ketua pembangkang Sabah, tidak ada maknanya perjuangan pembangkang terutamanya bagi parti yang setia berdiri atas slogan Sabah for Sabahan atau agenda Borneo. Malah, Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah sendiri mengakui bahawa tidak ada istilah autonomi untuk Sabah dalam Pakatan Rakyat kerana semua keputusan mengenai pembangkang Sabah hanya layak ditentukan oleh Anwar Ibrahim. Jesteru, penulis berpendapat bahawa dalam pemilihan ketua pembangkang Sabah hari ini juga pasti ada campurtangan pemimpin Anugerah Tuhan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan beliau ketika pemilihan calon PRU13 yang lalu.

Edisi Kantoi: Jika Junz Wong Jujur, Kenapa Ambil Masa Lama Untuk Menjawab?

Sumber
Awal-awal lagi Junz Wong sudah jatuh tersungkur.. lain kali kalau tidak tahu apa-apa mengenai gerak kerja Bay Container Port, jangan main bedal apa sahaja isu yang terlintas difikiran.. Kebiasaanya Junz Wong akan membalas sepantas yang mungkin apabila fitnah beliau tidak diterima oleh sebilangan pihak yang meluat dengan pendedahannya. Lihat saja bagaimana rancaknya beliau di Facebook membuat bermacam-macam pendedahan karut-marut bagi memburuk-burukkan kerajaan dan dalam masa yang sama mengugut akan membuang komen-komen yang tidak menyokong fitnah beliau.. Namun apabila SPSB menafikan pembohongan DAP yang digerakkan melalui mulut Junz Wong, terlalu mudah beliau memberikan jawapan seperti berikut "Will reply Sabah Port statement citing me as misleading and giving untrue accusation against Sepangar Bay Container Port. Stay tuned.."

Sepatutnya Junz Wong sudah bersiap sedia dari segi jawapan dan bukti sekiranya pihak yang dituduh beliau membuat penafian. Apakah beliau tidak menjalankan kajian sebelum membuat pendedahan palsu itu?? Mungkin ketika pandangan penulis ini ditulis, Junz masih terkapai-kapai atau terhegeh-hegeh mencari helah bagaimana untuk melepaskan diri selepas terkantoi membohongi rakyat. Sekali sudah terkantoi, bukan mudah untuk membina semula persepsi rakyat supaya terus mempercayai pendedahan-pendedahan palsu DAP.. Sekiranya Junz sudah mati akal untuk membalas kenyataan SPSB, penulis cadangkan supaya beliau memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan kepada semua rakyat yang berjaya ditipunya mengenai keadaan sebenar. Tidak perlulah Junz Wong cuba menegakkan benang yang basah.. lagipun, sebagai orang awam, penulis berpendapat bahawa penjelasan SPSB jauh lebih convincing kerana mereka berada dalam industri itu berbanding dengan ahli politik seperti Junz Wong..

Sama-samalah kita tunggu apa bentuk putar-belit dari Junz Wong selepas ini.. Yang pasti beliau tidak akan mengakui kesilapan melainkan terus mengapi-apikan rakyat supaya menolak sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan kerajaan BN. Satu perkara yang rakyat perlu tahu mengenai sikap pembangkang ialah, kepantasan mereka membohong sentiasa mengatasi kepantasan mereka dalam memberikan jawapan balas. Dari satu sudut lain, jika Pendedahan Junz Wong ini dibuat dengan cara jujur dan ikhlas, sepatutnya beliau tidak menghadapi masalah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk membalas kenyataan pihak SPSB..

Sunday, August 4, 2013

Isu Kemsikinan: Junz Wong Miskin Idea Tahap Hardcore

Junz Wong
Samada kerajaan BN gagal menangani isu kemiskinan rakyat, atau pembangkang seperti DAP yang gagal menangani isu "kemiskinan" idea dikalangan pemimpin-pemimpinya. Lazimnya pembangkang tidak akan pernah melihat kepada fakta dan situasi sebenar, malah mereka akan terus menyalahkan kerajaan kononnya tidak melakukan apa-apa bagi menyelesaikan kemelut kemiskinan di negeri ini walaupun isu itu berjaya ditangani dengan baik secara berperingkat oleh kerajaan. Penulis simpulkan bahawa pembangkang tertutamanya DAP Sabah tidak sanggup menerima kenyataan bahawa negeri ini telah menyaksikan penurunan drastik kadar kemiskinan sejak Musa Aman menduduki kerusi Ketua Menteri. Disebabkan itu juga, Junz Wong diperalatkan untuk menyebarkan pembohongan seolah-olah kerajaan telah gagal membasmi kemiskinan sejak 50 tahun merdeka.

Terlebih dahulu penulis ingin mengajak pembaca untuk melihat kepada statistik terbaru mengenai penurunkan kadar kemiskinan di negeri ini. Berdasarkan keputusan awal Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) 2012 bagi Sabah, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff dipetik sebagai berkata, kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, penurunan kadar kemiskinan tersebut adalah yang TERTINGGI dicatatkan dalam negara. Berdasarkan kajian itu juga, penurunan tertinggi yang dicatatkan adalah di bahagian pedalaman iaitu sebanyak 15.8 peratus. Jesteru, bagaimana Junz Wong boleh mengklasifikasikan program pembasmian kerajaan gagal mencapai matlamat? Apa bentuk kajian atau statistik yang dirujuk oleh beliau bagi menyokong pandangannya?

Walaupun kerajaan berjaya menurunkan kadar kemiskin di negeri ini, namun kerajaan tidak pernah menafikan bahawa masih wujud golongan miskin tegar di kawasan pedalaman. Sebab itu kerajaan pimpinan Datuk Seri Musa Aman sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda pembasmian kemiskinan sejak beliau memegang tampuk pemerintahan negeri. Malah dalam 16 perkara manifesto kerajaan BN Sabah yang diumumkan sebelum pilihanraya umum ke-13, turut menyenaraikan agenda pembasmian kemiskinan dengan mengurangkan tahap kemiskinan kepada 3% dalam tempoh 5 tahun. Samada Junz Wong sedar atau tidak, negeri jajahan DAP juga masih bergelut dengan isu kemiskinan, cuma ianya kurang diambil perhatian kerana golongan miskin di Pulau Pinang banyak terdiri dari kaum Melayu. Malah di negara-negara maju juga masih terdapat golongan miskin yang hidup merempat di pusat-pusat bandar. Fenomena ini bukan disebabkan kegagalan kerajaan, sebaliknya disebabkan oleh cara berfikir, tahap kemahiran dan kecekapan individu itu sendiri.

Pencapaian positif kerajaan dalam membasmi kemiskinan di negeri ini adalah hasil pelaksanaan projek pembangunan ekonomi dalam pelbagai sektor khususnya di luar bandar. Antaranya, projek Mini Estet Sejahtera (Mesej), agropolitan, ladang Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), 1Azam, Program Bantuan Rumah (PBR), Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Setakat ini terdapat 29 buah Mesej sawit dan getah, akuakultur (enam), mikro pertanian (tujuh) dan Mesej Bersepadu pula dua telah diwujudkan di kawasan-kawasan miskin di seluruh negeri. Malah, pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi melaksanakan pembinaan sebanyak 2,000 buah unit rumah baru di Sabah di bawah PBR. Jumlah keseluruhan rumah baru yang dibina sejak PBR bermula di negeri ini dua tahun lalu adalah sebanyak 7,149 buah. Inikah yang dikatakan oleh Junz Wong sebagai janji kosong??

Diperingkat pusat pula, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, pembinaan lebih banyak Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), pemberian bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) dan Menu Rakyat 1Malaysia. Malah pada awal Mac tahun ini, kerajaan telah memperkenalkan Program 1Malaysia 1Harga bagi menyeragamkan harga barangan keperluan asas di Sabah, Sarawak dan Labuan. Semua program-program pembasmian kemiskinan ini bukan sekadar penyedap halwa telinga malah telah dibuktikan berkesan dalam mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini. Kesungguhan kerajaan bagi menangani isu kemiskinan ini seringkali diterjemahkan dalam bentuk tindakan, tidak seperti pembangkang yang hanya tahu membohong, memfitnah dan putar belit... Sebaliknya pembangkang lebih gemar "membasmi kemiskinan" para pemimpin-pemimpinnya hinggakan Anwar dan konco-konconya tidak segan silu tersengih-sengih dalam jet mewah, bas mewah, treler mewah dan banglo mewah.

Mengenai dakwaan Junz Wong bahawa terdapat penduduk miskin Sabah di kawasan pedalaman yang masih belum memiliki sijil lahir dan kad pengenalan, ingin penulis bertanya, bukankah pembangkang juga yang menghalang pihak JPN untuk mendaftarkan penduduk tempatan ini melalui program pendaftaran bergerak? Setiap kali kerajaan tampil dengan inisiatif membantu penduduk kampung dengan cara turun padang, setiap kali itu juga pembangkang memfitnah kerajaan kononnya melakukan kerja-kerja mendaftarkan PATI. Apabila tinjauan mereka (pembangkang) mendapati masih terdapat penduduk miskin dan penduduk yang tidak memiliki kad pengenalan, akhirnya yang disalahkan adalah kerajaan sedangkan merekalah yang sentiasa mengganggu kelancaran setiap program-program kerajaan.

Friday, August 2, 2013

Dasar Kabotaj: Peniaga Naikkan Harga Barang Sesuka Hati Juga Disebabkan Caj Perkapalan?

Tidak perlulah penulis bercakap secara panjang lebar mengenai Dasar Kabotaj.. Semuanya penulis sudah jelaskan (DISINI) dan (DISINI).. Pemimpin DAP Junz Wong juga mengakui (walaupun tidak secara langsung) bahawa peningkatan kos sara hidup di negeri ini bukan sepenuhnya berpunca dari Dasar Kabotaj (DISINI)..

Menurut Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA), terdapat lapan pengantara dari masa barangan dibawa dari titik asal ke destinasi, dan perkapalan laut hanya salah satu daripada lapan pengantara, yang lain adalah seperti pengangkutan keluar, pergudangan, penghantaran barang dan pengendalian pelabuhan dan pengantara dalam pergerakan masuk dengan pelantar. Dari segi faktanya, 60 peratus daripada harga barangan adalah TIDAK disebabkan oleh bayaran pengangkutan laut, sebaliknya disebabkan oleh pengangkutan jalan darat yang tidak begitu baik di negeri-negeri Malaysia Timur. 

Selain itu, kos logistik yang tinggi disebabkan oleh kemudahan infrastruktur pengangkutan darat yang lemah, produktiviti pelabuhan dan prestasi yang rendah, caj tersembunyi dan diragui termasuk untung berlebihan oleh pengantara dalam jumlah pengangkutan dan pengedaran, sebenarnya lebih banyak menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup di negeri ini berbanding dengan Dasar Kabotaj. Hanya kerana dasar itu diperkenalkan oleh kerajaan, maka DAP dan puak-puak pembangkang yang lain cuba memberikan gambaran negatif terhadap pelaksanaannya.

Jika kita amati pendirian pembangkang dalam isu Dasar Kabotaj ini, kita akan nampak bahawa pembangkang seolah-olah tidak kisah jika ada peniaga yang menaikkan harga barang 100%. Ini kerana, golongan peniaga tidak mempunyai perkaitan atau hubungan rapat dengan mana-mana badan kerajaan, maka sebab itu pembangkang lebih berminat menghentam Dasar Kabotaj dan syarikat-syarikat perkapalan tempatan kerana isu itu boleh dimanipulasikan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Lebih malang lagi apabila pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya DAP Sabah cuba mendidik rakyat di negeri ini supaya sama-sama memberikan tanggapan bahawa caj di lautan dan daratan dijumlahkan sebagai kos perkapalan. Maksudnya, jika peniaga menaikkan harga barangan sesuka-hati, tindakan itu adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin DAP kerana kenaikkan itu juga sebahagian daripada caj perkapalan.. ADIL KAH??

**SIAPA YANG MENGUASAI SEKTOR PERNIAGAAN DI SABAH? DAN APA MOTIF DAP MAHU MEMANSUHKAN DASAR KABOTAJ?.... SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN...

Tuesday, July 16, 2013

DAP Sabah ketandusan isu

Inilah masanya DAP naik kepala apabila reputasi mereka jauh lebih baik dari parti pembangkang Sabah yang lain. Sikap bodoh sombong, berlagak dan mengada-ngada kian rancak dipertontonkan kepada rakyat bukan sahaja di Sabah, malah seluruh negara. Isu-isu kitar semula yang sepatutnya tidak memerlukan penyelesaian, atau isu yang sedang dan akan ditangani kerap dimainkan mereka selagi isu itu mampu memberikan "pulangan" lumayan kepada parti asing ini.

Pelbagai cara dilakukan DAP untuk merampas kerajaan samada secara halus, kasar mahupun secara tersembunyi. Putar belit, menghasut, memfitnah, berdemo, merekrut Tentera Kacang Merah semuanya telah dilaksanakan. Jesteru, jika perkara yang boleh membinasakan negara boleh saja dilakukan oleh pemimpin-pemimpin gila kuasa ini, apatah lagi dengan perkara yang hanya memerlukan mereka memutar-belitkan fakta dan mengelirukan rakyat.

Junz Wong, melalui portal Sabahkini ada membangkitkan mengenai Dasar Kabotaj, bayaran tempat letak kenderaan, royalti minyak, yuran masuk ke sungai Klias dan Pulau Sapi, dan juga mengenai pelan induk pembangunan. Sedar atau tidak, Junz Wong sebenarnya membangkitkan isu yang juga menuntut penjelasan dari beliau dan juga parti yang diwakilinya..
1) MOTION TO REVIEW CABOTAGE, Will be tabling a motion to seek collective supports from all Sabah YBs and hopefully MPs to push for a review of Cabotage policy to cope with high living costs in Sabah in next Dewan sitting. Since MP Putatan was vocal in disagreeing with Cabotage policy in Parliament, I hope YBs from UPKO will be vocal and support my motion!
Sila rujuk tulisan terdahulu penulis di SINI yang ditujukan khas kepada mereka-mereka yang mahu dasar ini dimansuhkan. Secara ringkasnya, mahukah DAP Sabah bertanggungjawab sekiranya ratusan syarikat perkapalan tempatan terjejas ekoran pemansuhan dasar ini? mahukan DAP Sabah bertanggungjawab sekiranya ribuan rakyat tempatan yang berada disektor perkapalan menganggur? Adakah para pemimpin DAP Sabah sudah mengkaji faktor-faktor lain yang menjadi punca kepada kenaikkan harga barangan di Sabah sebelum memutuskan pemansuhan dasar kabotaj? Dan satu soalan yang mungkin terlalu berat untuk pemimpin-pemimpin DAP jawab ialah, bagaimana kos sara hidup di Pulau Pinang boleh naik mendadak mengatasi kos sara hidup di Kuala Lumpur sedangkan negeri itu tidak ada dasar kabotaj?
2) Why Mayor claims no fund to upgrade parking facilities while Musa claims no need for more federal funds via 20% oil royalty? Mayor claimed waiting fund to be arrived by 2014 when parking problem is long overdue issue burdening car users every day. Apparently there r only less than 18,000 parking slots in city areas. If there is no fund available, Musa should reconsider 20% royalty claim.
Teramatlah dangkal hujahnya seolah-olah Sabah itu adalah Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu itu adalah Sabah.. Bagaimana dengan Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Ranau, Beaufort dan semua bandar-bandar di Sabah? Peruntukan kerajaan Persekutuan tidak hanya tertumpu di Kota Kinabalu, malah seluruh Sabah. Begitu juga jika Sabah menikmati 20% royalti minyak, dana ini tetap akan disalurkan ke semua daerah di Sabah. DAP Sabah sepatutnya bersyukur kerana isu tempat letak kenderaan ini sentiasa menjadi perhatian kerajaan dan DBKK setiap tahun. Malah, masalah ini memerlukan penyelesaian berterusan iaitu selagi bertambahnya jumlah kenderaan, selagi itu usaha penambahbaikkan terus dilakukan... melainkan DAP mempunyai kaedah lain untuk menyelesaikan masalah ini hanya sekali dalam 100 tahun..?? Kembali kepada isu royalti, pemimpin DAP Sabah juga patut menjawab dan menjelaskan dimana datangnya 20% royalti itu jika Petronas hanya untung 16%?? ulasan lanjut boleh baca DISINI
3) Whats d reason why Tourism famous spots such as Klias River & Sapi island etc has started to charge fees per entry? This has burdened tourism industry players? Sapi Island poorly maintained. 
Lagilah parah pemain industri pelancongan jika semua destinasi menarik di negeri ini disediakan secara PERCUMA kepada orang ramai dan pelancong asing. Bagaimana tempat-tempat menarik ini mahu dibangunkan jika pemaju menyediakannya secara percuma? Adakah bagi DAP, aspek penyelenggaraan atau pembangunan kawasan tumpuan pelancong ini tidak memerlukan sebarang dana? Penulis sendiri tidak faham apa sebenarnya maksud pemimpin DAP dalam petikan ini. Walaupun penulis tahu bahawa Pakatan Rakyat sememangnya sinonim dengan istilah PERCUMA, tapi takkan lah benda remeh seperti ini mereka tidak boleh fikir.. Ingin juga penulis mencabar pemimpin-pemimpin DAP supaya memajukan salah satu destinasi tumpuan pelancong di negeri ini tanpa mengutip sesen pun bayaran dari pelawat atau pelancong.
4) Push for the need to have a comprehensive development master blueprint for future developments and get participations from all parties via residents or stakeholders, government & NGOs before executing state projects with comprehensive details with transparency and accountability, giving chance for public to get involved / take part in decision making process on projects or developments which will affect them in their future.
Jika kerajaan tidak melibatkan semua pihak dalam membuat keputusan mengenai aspek pembangunan di negeri ini, sudah lama kita nikmati bekalan elektrik dari arang batu atau empangan Tambatuon.. Malah tidak mustahil kasino bertaraf antarabangsa juga wujud di negeri ini sebagai pendapatan utamanya selain kelapa sawit. Kesimpulannya, kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang sentiasa bertolak ansur dan mendengar setiap pandangan bukan sahaja dikalangan rakyat biasa, malahan juga dikalangan pembangkang. Jika diimbas kembali siri bantahan pembangkang diseluruh negara, dan jika semua bantahan itu dituruti begitu sahaja, jangan haraplah negara atau negeri ini boleh mengecapi pembangunan seperti yang ada pada hari ini. Sedangkan pokok yang ditanam sepanjang tepi jalan kawasan bandaraya KK pun dijadikan isu oleh pembangkang, inikan pula projek pembangunan yang menelan belanja jutaan ringgit.

Bagaimana pula dengan negeri jajahan DAP? wujudkah ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam mentadbir Pulau Pinang?....

Sunday, July 14, 2013

DAP Sabah Cadangkan SPR Guna Sistem Biometrik?

Hiew also recommends the SPR to use Mycard readers and if possible the finger print scanner that can be easily purchased in the market to check on any fake Mycard and to obtain data from the computer chip attached on the card. This is a fast way of cross checking on the identity of the voters. The political parties may standby such card-reader to check on the suspicious voter, if this is agreeable by the SPR. The card-reader is very cheap and easily available. We want a clean and fair election in all circumstances, and to eliminate foul play and any unjust election results. - Sabahkini

Akhirnya Ketua DAP Sabah, Hiew King Cheu menjadi pemimpin pembangkang pertama yang bersetuju bahawa sistem biometrik jauh lebih baik dari penggunaan dakwat kekal. Walaupun beliau tidak menyebut nama sistem itu namun istilah "mycard reader" sudah cukup menjelaskan bahawa sistem yang dimaksudkan beliau adalah BIOMETRIC. 

Sistem ini pada mulanya telah dicadangkan oleh SPR kerana diyakini mampu mengenalpasti pengundi hantu disamping mengelakkan berlakunya pengundian dua kali. Namun pembangkang menolak kaedah itu dengan membuat pelbagai tuduhan kononnya sistem itu boleh dimanipulasikan dan memerlukan kos yang tinggi berbanding dengan kaedah kuno dakwat kekal.

Persoalannya, kenapa selepas pilihanraya umum ke-13 berakhir dan selepas Pakatan Rakyat gagal merampas Puterajaya, barulah puak-puak ini bersetuju bahawa dakwat kekal boleh dimanipulasikan?? Sebelum mencadangkan dakwat kekal, tidakkah puak-puak ini mengkaji terlebih dahulu kelemahan-kelemahannya dengan mengambil contoh negara-negara yang telah menggunakan cara ini seperti India dan Bangladesh?

Berbanding dengan sistem biometrik yang baru sahaja diperkenalkan dan belum pernah dilaksanakan, amat pelik bila puak-puak bodoh sombong ini lebih dulu mengenalpasti kelemahannya berbanding dengan dakwat kekal yang sudahpun berstatus kuno. Lebih pelik bila Hiew King Cheu cuba mengajar SPR dengan beralih kepada sistem biometric sedangkan badan itulah yang mula-mula mencadangkan sistem itu namun dibantah secara tidak bertamadun oleh puak-puak Pakatan Rakyat termasuk Hiew.

Dengan "pengakuan" Hiew ini, bermakna pembangkang sebenarnya telah menyedari kelemahan-kelemahan dakwat kekal. Namun disebabkan sikap tamak haloba mahu merampas Puterajaya, maka kelemahan-kelemahan itu telah ditransformasikan dan diolah dengan baik untuk dijadikan senjata bagi menyerang kredibiliti SPR dan Kerajaan BN. Hari ini, Hiew dengan bangganya berkata bahawa mycard reader (biometric) lebih murah dan mudah didapati bagi mewujudkan satu sistem pilihanraya yang bersih dan adil. Jesteru, apa kata pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang yang sebelum ini membuat pelbagai tuduhan terhadap sistem ini???

Thursday, July 4, 2013

Tiada Sesi Soal Jawab: Kerajaan DAP Tutup Isu Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Keputusan tidak memasukkan sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menunjukkan kerajaan negeri cuba menutup isu yang melanda negeri ini.

Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang H'ng Khoon Leng berkata tindakan itu juga menggambarkan kerajaan negeri 'membunuh' proses demokrasi apabila mengelak daripada menjawab soalan wakil rakyat.

"Ini bukan kali pertama mereka membentuk kerajaan negeri. Penggal pertama, mereka mengambil soalan, penggal kedua mereka tidak mahu menerima soalan. Adakah ini kerana ada isu yang amat serius di Pulau Pinang yang mereka tidak mahu bincangkan?

"Ada banyak isu yang perlu dijawab kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi mereka memilih untuk tidak menerima soalan lisan atau bertulis. Mereka membunuh proses demokratik," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Khamis.

Persidangan hari pertama DUN semalam kecoh apabila Speaker DUN Law Choo Kiang tidak memberi laluan kepada sesi soal jawab sebaliknya meneruskan persidangan dengan sesi perbahasan ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan tidak memasukkan sesi soal jawab pada persidangan DUN kali ini dibuat atas nasihat penasihat undang-undang negeri.

H'ng berkata sebagai ketua dalam sesebuah negeri, Lim mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan itu dan mengembalikan sesi soal jawab pada persidangan DUN.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN Pulau Pinang Oh Tong Keong menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan keputusan itu.

Saturday, June 22, 2013

Kemalangan Keretapi: Jika Pairin Letak Jawatan, Lim Guan Eng juga Perlu Letak Jawatan

Kemalangan Keretapi Sabah VS Runtuhan Jambatan P.P
KOTA KINABALU: Sabah DAP chairman and Kota Kinabalu member of parliament Jimmy Wong has urged Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan to resign as Minister of Infrastructure Development for the latter’s failure to address the safety problems plaguing the railway system in the state.

“Tan Sri Pairin must resign as the Minister of Infrastructure Development for his failure to address the Sabah Railway Department (SRD) system after two train accidents had happened in the same place within two years. - The Borneo Post

Selepas menunggu beberapa hari bermula dari berlakunya kemalangan ngeri antara keretapi dan kenderaan dinaiki empat pelancong Hong Kong, akhirnya parti politik DAP memulakan langkah pertama mempolitikkan insiden tersebut dengan menuding jari kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Walaupun bahasanya lebih kepada mempertikaikan soal tugas menteri pembangunan infrastruktur, namun tindakan pemimpin-pemimpin DAP Sabah ini tetap berbaur politik lebih-lebih lagi apabila tidak ada desakan sama yang dibuat terhadap Lim Guan Eng mengenai dua tragedi runtuhan di negeri itu.

Jika DAP Sabah boleh membuat desakan supaya Pairin meletakkan jawatan ekoran dua kemalangan yang berlaku membabitkan keretapi Sabah dalam tempoh dua tahun, bagaimana pula dengan kemalangan runtuhan di Pulau Pinang yang berlaku dua kali dalam tempoh SEMINGGU?? Walaupun niat DAP itu baik, namun sebagai parti politik yang berhasrat mahu merampas Puterajaya, perhatian mereka perlu juga ditumpukan kepada hal-hal yang berlaku di negeri lain terutamanya negeri yang manjadi kubu kuat parti itu. Jesteru, wajarlah jika DAP Sabah turut mendesak supaya Lim Guan Eng melepaskan jawatan beliau ekoran kegagalan beliau memastikan kemudahan infrastruktur di negeri itu selamat untuk digunakan.

Mengikut laporan awal pemandu kereta api, pemandu berkenaan telah menggunakan brek kecemasan untuk mengelak kemalangan di kawasan persimpangan empat disamping menempatkan pekerja di situ untuk mengawal lalu lintas. Namun, kereta api itu tetap mengambil masa yang lama untuk berhenti. Malah difahamkan, ketika kejadian kenderaan lain sudah berhenti setelah diberi isyarat tangan oleh pengawal landasan kereta api, kecuali kereta yang dinaiki empat pelancong terbabit. Bukanlah maksud penulis untuk menyalahkan kenderaan yang dinaiki oleh empat pelancong tersebut, tetapi cuma ingin memberikan gambaran jelas bahawa inisiden seperti ini boleh dielakkan jika pengguna jalanraya peka dengan keadaan sekeliling atau isyarat keselamatan. 

Sebagaimana DAP Sabah mengambil sikap tidak kisah mengenai insiden runtuhan di negeri yang mereka jajah, begitu jugalah sikap yang mereka perlu ambil apabila mengulas insiden kemalangan keretapi Sabah, iaitu tidak menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi mendesak supaya menteri berkenaan supaya meletakkan jawatan. Sebagai ahli politik, niat atau sikap mereka perlu konsisten dengan apa sahaja yang berlaku dalam negara, bukannya mengambil sikap double standard semata-mata mahu menyelamatkan kepentingan parti masing-masing.

Jika pemimpin-pemimpin DAP dipertanggungjawabkan untuk menjaga laluan keretapi, bagaimana pula mereka menghadapi situasi seperti ini? Dan sekiranya mereka tahu bahawa penghadang automatik di laluan keretapi itu tidak berfungsi sejak 6 bulan lalu, kenapa mereka tidak menjangkakan lebih awal bahawa insiden seperti ini akan berlaku? Bermakna, sebagai pembangkang, DAP juga telah gagal mengingatkan menteri berkenaan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan lebih awal. Atau DAP sengaja membiarkan insiden ini berlaku supaya mereka mempunyai bahan untuk dipolitikkan?? Seperti DAP, menteri yang berkenaan juga tidak menjangkakan insiden ini boleh berlaku setelah langkah-langkah keselamatan telah dilaksanakan.

Sebelum DAP atau pemimpin-pemimpin pembangkang lain mengulas lebih jauh mengenai insiden kemalangan ini, elok juga kita imbas kembali kegagalan DAP dalam memastikan kemudahan infrastruktur di negeri mereka selamat digunakan oleh rakyat. Berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, runtuhan struktur jambatan di negeri Pulau Pinang adalah hasil kerja kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd yang dilantik oleh anak syarikat kerajaan Pulau Pinang, PDC yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng. Cergas Murni dianugerahkan kontrak untuk pembinaan tersebut oleh PDC pada tahun 2010. Maka itu, tidak hairanlah sekarang kenapa para pembesar DAP sangat-sangat gelabah bila kejadian ini berlaku. Dan perasaan gelabah itu turut dirasai oleh pemimpin-pemimpin DAP Sabah sehingga puak-puak ini tidak mengambil masa yang lama untuk menyalahkan Pairin atas kejadian di persimpangan empat laluan keretapi. Tujuannya hanya untuk menutup kepincangan pentadbiran Lim Guan Eng disamping manghangatkan lagi suasana rampasan kerajaan oleh Bapa Kemusnahan Negara Anwar Ibrahim.

Melihat kepada insiden ngeri di Pulau Pinang, yang mana ianya turut melibatkan kegagalan kerajaan negeri itu, tidak terlintaskah difikiran pemimpin-pemimpin DAP Sabah supaya mendesakan Ketua Menteri Lim Guan Eng meletakkan jawatan??

Friday, May 24, 2013

Pemimpin Masyarakat Bidas Cadangan Mansuhkan Dewan Negara

SANDAKAN: Beberapa pemimpin masyarakat di bandar ini kelmarin membidas cadangan yang dibuat pembangkang supaya Dewan Negara dimansuhkan. 

Bercakap kepada New Sabah Times semasa ditemui seorang pesara kerajaan yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Lumantik Beluran iaitu Mohd Jupuri menegaskan cadangan pemimpin tertinggi pembangkang itu dilihat tidak fleksibel memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berperlembagaan sejak merdeka lagi. 

Katanya, tiada sebab untuk memindah Perlembagaan Persekutuan kerana selama ini pun negara berada dalam suasana aman manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membelakangkan mana-mana kaum termasuk pihak pembangkang. 

“Saya tidak nampak apa kebaikannya untuk mencadangkan supaya Dewan Negara dimansuh kerana kalau kita teliti ia mungkin boleh membawa masalah. 

“Oleh yang demikian, cadangan sebegini haruslah dipantau segera agar tidak merebak kerana kesannya tidak baik kepada masa depan negara berperlembagaan seperti Malaysia ini,” jelasnya. 

Mohd yang juga bekas Guru Besar di SK Ladang Sabal Palm menegaskan keburukan seandainya Dewan Negara dimansuh adalah sukar menyuarakan suara rakyat yang selama ini diperjuangkan di dalam dewan. 

Apatah lagi, katanya, kerajaan BN yang sentiasa bersikap terbuka dengan pandangan-pandangan yang dibangkitkan bukan sahaja kalangan wakil rakyat BN malahan dari parti pembangkang. 

“Saya menyifatkan cadangan sebegini mengada-ngada macam sudah ketandusan idea,” ujarnya berseloroh sambil menyuarakan rasa kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang terbabit. 

Sementara itu, mantan Ketua Bahagian PBS Sekong, Datu Salleh Datu Haji Tambuyung pula berkata beliau bukan sahaja tidak setuju dengan cadangan sedemikian malah menyifatkannya sudah keterlaluan. 

Ini katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai perlembagaan asal yang berjaya menyatupadukan semua kaum masakan pula perlembagaannya boleh dipindah begitu saja. 

“Kita kesal dengan cadangan itu … justeru, saya menasihatkan rakyat di negara ini supaya bersatu padu dan menolak sekeras-keras cadangan yang tidak baik untuk masa depan negara tercinta Malaysia,” tegas beliau.


CADANGAN MEMANSUHKAN DEWAN NEGARA ADALAH DATANG DARIPADA DAP MELALUI PENGERUSI KEBANGSAANNYA, KARPAL SINGH. WALAU APAPUN MOTIF DISEBALIK CADANGAN INI, YANG PASTI PEMBANGKANG HARI INI TELAH MULA MENUNJUKKAN SIKAP SOMBONG DAN ENGGAN MENGHORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

KARPAL DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG MENYOKONG CADANGAN INI SEPATUTNYA FAHAM MENGENAI PERLEMBAGAAN NEGARA DAN TIDAK SEKALI-KALI MEMBUAT KENYATAAN YANG MENGELIRUKAN RAKYAT. PEMBANGKANG JUGA PERLU SEDAR BAHAWA PERLEMBAGAAN YANG ADA PADA HARI INI TELAH DITERIMA PAKAI SEJAK KITA MERDEKA LAGI, DAN MELALUI PERLEMBAGAAN JUGALAH NEGARA INI BERUPAYA MENGECAPI KEJAYAAN DAN KEAMANAN SEHINGGA KE HARI INI.