Showing posts with label Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Rasuah. Show all posts

Saturday, March 15, 2014

Buka semula siasatan kes RM40 juta Musa Aman!

(Oleh Rafizi Ramli)

Saya alu-alukan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengenai hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan ke atas Michael Chia. Kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalahgunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi.

Kejayaan pendakwaan terhadap Michael Chia itu membuktikan bahawa SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan yang berjaya.

Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya?

Michael Chia tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak. Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak.

Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Musa Aman. Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah keraa wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.

Dengan keputusan bersalah ini, saya menyeru supaya SPRM membuka kembali siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat-syarikat balak kerana bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia sendiri.

Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia, terutamanya apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini. Apatah lagi apabila Dato’ Seri Nazri Aziz sendiri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu.

Walaupun keputusan terhadap Michael Chia ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.

Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas.

KEADILAN DAILY

Monday, May 27, 2013

Anak Lajim Ukin Didakwa Guna Dokumen Palsu Berhubung Pelaksanaan Projek

KUALA LUMPUR: Seorang anak bekas timbalan menteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor.

Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg. Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad" yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd.

Anak kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra dekat sini pada 3.40 petang, 8 Ogos 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mamat@Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu berprofil tinggi selain memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Datuk K. Kumarendran yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana anak guamnya itu memberi kerjasama penuh kepada SPRM sejak kesnya disiasat pada Ogos tahun lepas.

Beliau turut memaklumkan anak guamnya itu datang secara sukarela ke mahkamah pada hari ini. Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pengurusan kes.


MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI.. 

KES ANAK NAZRI ATAU ANAK PEMIMPIN-PEMIMPIN BN YANG LAIN, BUKAN MAIN GANAS DISERANG OLEH RAFIZI, ZURAIDA DAN KONCO-KONCONYA.. SIAP MENGENDAP AKTIVITI KELUARGA NAZRI SEMATA-MATA MAHU MENCARI BUKTI YANG BOLEH DIPOLITIKKAN.. TAPI BILA KENA PADA LAJIM UKIN, ATAU LEBIH TEPAT LAGI ORANG KUAT ANWAR IBRAHIM DI SABAH, SEMUA PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG SEBELUM INI SINONIM DENGAN PERJUANGAN MEMBANTERAS RASUAH SEAKAN-AKAN TERKUNCI MULUT MEREKA..

RAFIZI RAMLI YANG SELAMA INI AMAT RAJIN TURUN PADANG MENCARI BAHAN BUKTI SEPATUTNYA TAMPIL MENYUMBANG KEPAKARAN BELIAU DENGAN MEMBANTU PIHAK SPRM SUPAYA SI TERTUDUH TIDAK TERLEPAS DARI DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. JIKA RAFIZI SANGGUP TERBANG DUA KALI KE HONG KONG BERTEMU DENGAN ICAC HANYA KERANA PEMBOHONGAN BELIAU TIDAK LAKU DI MALAYSIA, BAGAIMANA PULA DENGAN KES ANAK LAJIM UKIN?? SANGGUPKAH BELIAU MENGORBANKAN MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT UNTUK MEMASTIKAN ANAK LAJIM UKIN MERINGKUK DALAM PENJARA?????

SIKAP DOUBLE STANDARD TIDAK SEPATUTNYA WUJUD DALAM USAHA MEMBANTERAS RASUAH. BILA LAGI PEMBANGKANG MAHU TUNJUKKAN SIKAP TELUS, JUJUR, BERSIH, MURNI DAN ADIL MEREKA JIKA BUKAN HARI INI??????????

LAJIM??... KENAPA SANG BAPA SENYAP MEMBISU BILA ANAK SENDIRI KANTOI?? KALI INI TIDAK MAHU BUAT AKUAN BERSUMPAH KERR....???

Wednesday, November 21, 2012

Rahman Dahlan akan dedahkan surat ICAC yang menunjukkan kes itu telah ditutup

Pengarah Strategi PKR Ramli Rafizi perlu berhenti menganggu Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman itu, kata setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar), sambil menambah beliau akan mendedahkan surat-menyurat rasmi daripada agensi anti-rasuah itu Khamis ini untuk membuktikan mereka telah menutup kes atas kehendak mereka sendiri.

“Saya akan dedahkan surat ICAC yang menunjukkan kes itu telah ditutup. Saya mempunyai dokumen yang beliau buru ... Saya akan dedahkan dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari Khamis ini,” kata ahli parlimen Kota Belud itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengulas rancangan Rafizi untuk mengetuai misi empat orang ke Hong Kong bagi mendesak Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) membuka semula siasatan rasuah terhadap Musa dan peniaga kayu Sabah, Michael Chia.

Beliau memanggil Rafizi sebagai “pelakon” dan “munafik”, taksub dengan “lakonan politik” untuk menganjurkan perjalanan tersebut hanya kerana enggan untuk mempercayai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC yang menyiasat perkara itu dengan teliti dan menggugurkan kes atas sebab-sebab sah.

Abdul Rahman menuduh Rafizi mengamalkan sikap berat sebelah kerana tidak mempercayai keputusan SPRM menutup kes Musa tetapi menerima keputusan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) di akhir 1990-an menghentikan siasatan mengenai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengawal RM3 bilion dalam akaun bank.

“Berhenti, berhenti menjadi seorang pelakon. Ini adalah sesuatu yang sangat serius kerana menyebut tentang Ketua Menteri Sabah (Musa),” katanya kepada Rafizi.

Jika Rafizi berkeras untuk ke Hong Kong, Abdul Rahman berkata beliau akan memadankan sandiwara lelaki PKR itu dengan mengutip derma untuk terbang ke UK, AS dan Singapura bagi menggali dakwaan skandal RM3 bilion terhadap Anwar.

“Gali tentang apa yang berlaku kepada RM3 bilion ... selepas anda (Rafizi) selesai urusan di Hong Kong, ambil penerbangan ke United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

“Jika dia (Rafizi) tidak mempunyai wang, saya bersimpati dengannya ... Saya akan cuba mengumpul dana di kalangan ahli-ahli Umno, memulakan dana ... ‘Tabung Pembongkaran RM3 bilion’ semasa mesyuarat agung tahunan Umno minggu hadapan dan mendapatkan ahli menderma bagi membelikan beliau tiket penerbangan, “kata Abdul Rahman.

Beliau terus menegaskan bahawa ICAC dan SPRM tidak melanggar mana-mana prinsip dalam mengarahkan siasatan terhadap Musa ditutup, sambil menambah kedua-dua agensi itu menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat keputusan.

Wakil daripada ICAC terbang ke Sabah tahun lepas untuk bertemu secara peribadi dengan Musa, yang menawarkan kerjasama penuh, tambah Abdul Rahman.

“Seterusnya, SPRM, bersama-sama dengan ICAC membuat kesimpulan bahawa tiada kes oleh kerana tuduhan tidak mapan.

“Sekarang, mengapa Rafizi tidak percaya dengan SPRM kali ini tetapi percaya ketika mereka masih dikenali sebagai BPR? Itu adalah persoalan asas,” katanya.

Rafizi dan tiga penggubal undang-undang PKR lain merancang bertemu dengan ICAC dan beberapa ahli parlimen Hong Kong semasa perjalanan dua hari bermula hari ini untuk menyiasat keadaan menyebabkan ICAC menutup kes terhadap Musa.

Pengarah strategi PKR percaya siasatan mungkin ditutup atas sebab-sebab meragukan seperti kegagalan memujuk SPRM bekerjasama dengan agensi tersebut.

Tuesday, November 20, 2012

Rafizi Double Standard

"Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, satu rombongan yang disertai wakil rakyat akan berkunjung ke Hong Kong Khamis ini bagi memulakan proses permohonan itu kepada jawatankuasa tersebut.

Katanya, objektif utama rombongan itu adalah untuk membentangkan fakta kes yang menyebabkan ICAC terpaksa menutup kes tersebut dan mengesahkan sama ada dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak memberi kerjasama, benar atau tidak."
Kalau berkaitan dengan kes rasuah BN, walaupun kes itu sudah selesai, Rafizi dan konco-konconya masih sanggup ke Hong Kong bagi memastikan pembohongan mereka terus releven sebagai bekalan menghadapi PRU13 akan datang. Tapi rasuah yang secara terang-terangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, tidak langsung disentuh oleh mereka.
 
Daripada Rafizi terus mempertahankan tuduhan yang sudahpun disangkal oleh ICAC dan SPRM berdasarkan siasatan terperinci, bukankah lebih baik beliau bersihkan dahulu parti sendiri? tidak perlu terbang ke Hong Kong pun. Di bahawa ini hanya sebahagian dari kerja-kerja penyelewengan Pakatan Rakyat yang amat memerlukan perhatian dari pejuang isu-isu penyelewengan yang kononnya lebih berkredibiliti, telus, jujur, tegas dan profesional dari pegawai-pegawai SPRM dan ICAC seperti Rafizi Ramli.

Skandal terbaru Khalid Ibrahim
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini meminta rakyat untuk menilai permainan dan sandiwara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam soal bas mewah dua tinggat PKR yang dipertikai sejak sekian lama.
- Khalid Ibrahim mengaku membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah pkr.

- Sebelum ini, pada 30 Ogos 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau.

- Carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim, yang membuktikan sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.

- Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu dibeli oleh beliau secara sewa beli.

Jika bas itu dibayar oleh Khalid sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 - RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut.

GAPS juga berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui bahawa beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM60 juta Bank Islam yang masih belum beliau jelaskan.

Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida Kamaruddin telah membeli beberapa buah kenderaan baru seperti berikut.
 (2008)
No kenderaan : WRL 575
No enjin : B5254 T2 A027402
Model : VOLVO XC90 2.5 T
Tarikh daftar : 01.07.2008
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan : RM 355,000.00 
(2010)
No kenderaan : WTY 1547
No enjin : 2KD650 8915
Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
Tarikh daftar : 31.05.2010
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 99,000.00 
(2011)
No kenderaan : WNA 276
No enjin : 1KD687 8384
Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
Tarikh daftar : 03.11.2011
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 107,000.00 
(2012)
No kenderaan : BLR 9680
No enjin : 1129 1331 8818 93
Model : Mercedes Benz E240
Tarikh daftar : 24.05.2012
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
RM 133,000.00 
Dari mana datangnya sumber kewangan ahli Parlimen Ampang ini?
Kritikan dan serangan bertalu-talu terhadap pemimpin dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) oleh Pakatan Rakyat nampaknya seolah-olah tiada berkesudahan. Pemimpin-pemimpin BN seringkali dituduh menyalahgunakan kuasa, mengamalkan kronisma dan sebagainya. Tetapi pendedahan diatas ini nampaknya mengundang pertanyaan yang lebih besar dan tidak mungkin akan dijawab oleh Rafizi Ramli. 

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat ‘bebas’ dan ‘bersih’ daripada masalah rasuah??