Showing posts with label Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M). Show all posts
Showing posts with label Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M). Show all posts

Saturday, January 26, 2013

INFO: Waspada sindiket penipuan lesen BL1M

KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya golongan belia disaran tidak terpedaya dengan sindiket penipuan pendaftaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional.

Pengerusi SHEB Pemuda UMNO Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata langkah berwaspada itu berikutan pihaknya mengesan 27 kes sindiket terbabit di Kedah yang menawarkan perkhidmatan mengedarkan borang secara manual dan mengutip bayaran tunai.

“Kita ingin tegaskan di sini bahawa kami tidak melantik mana-mana ejen individu dan kita tidak melakukan transaksi secara tunai.

“Kami hanya menerima bayaran RM199 menerusi kiriman wang kepada My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi SHEB Pemuda UMNO Sabah Bahrul Razha Chuprat di sini semalam.

Tengku Azman berkata pihaknya akan mengambil insiatif terbaik menangani perkara itu memandangkan masih dalam peringkat prapendaftaran dan ia akan dibuka secara rasmi bermula 1 Feb hingga 14 Feb ini.

Program BL1M terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan yuran RM199 meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Orang awam yang berminat boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif program itu melalui laman sesawang www.bl1m.my mulai semalam dan mereka yang terpilih akan dihubungi setelah program itu dilancarkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan program itu pada akhir bulan ini. - The Borneo Post

Thursday, January 17, 2013

INFO: Daftar Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) SEKARANG!!


Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional menyasarkan untuk membantu 500,000 pemohon dari kalangan orang muda mendapat lesen. 

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata selain menawarkan kursus memandu bagi mendapatkan lesen motosikal kelas B2 pada kadar RM199, iaitu 50 peratus lebih rendah daripada harga biasa. 

Program itu turut menawarkan beberapa keistimewaan lain antaranya yuran ujian berkomputer RM17 yang dikenakan bagi ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya jika peserta terpaksa mendudukinya semula, katanya kepada pemberita sempena pelantikan My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu di sini, kelmarin. 

Khairy berkata program BL1M adalah terbuka kepada warganegara berusia antara17 hingga 40 tahun dan yuran RM199 yang dikenakan meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu. 

Orang awam yang berminat boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif program itu melalui laman sesawang www.bl1m.my mulai hari ini dan mereka yang terpilih akan dihubungi setelah program itu dilancarkan, katanya. Pendaftarannya akan dibuat selepas dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhir bulan ini. - New Sabah Times

Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)


Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program BL1M Online ini. Skim Bantuan lesen 1Malaysia (BL1M) ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

Syarat Kelayakan Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)


  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013 
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu 
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja 
  4. Sihat tubuh badan 
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) 
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’) 
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran. 
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ 
Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia

1. Untuk membuat permohonan BL1M, sila dapatkan borang BL1M dengan klik pada laman dibawah:

http://www.bl1m.my/daftaronline.html (Borang BL1M Online) atau
http://www.bl1m.my/


2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.


3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.

Contoh Borang Online BL1M 


Tarikh Keputusan Permohonan BL1M?

Keputusan BL1M 2013 akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak penganjur akan menghubungi anda semua yang ada menghantar permohonan sebaik sahaja keputusan permohonan BL1M 2013 diumumkan.

Lokasi Belajar Memandu BL1M

Program Bantuan lesen 1Malaysia ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen, berdekatan kawasan tuan/puan.

P/S : Bagaimana? Berminat? Apa kata anda dengan inisiatif kerajaan mengenai 1 lagi produk 1Malaysia iaitu Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kali ini? Ini satu usaha yang baik bagi membantu pembonceng diluar sana mempunyai lesen yang sah. Selamat mencuba. - Macam D KK

Anggaran kos jika bukan BL1M.. Dalam RM700++..