Showing posts with label Datuk Shafie Apdal. Show all posts
Showing posts with label Datuk Shafie Apdal. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Lajim berangan-angan jadi KM Sabah


Oleh: Borneo Bullet

Mengulas kenyataan Lajim Jumaat lalu bahawa beliau sedia menggalas tugas sebagai Ketua Menteri Sabah jika Pakatan Pembangkang membentuk kerajaan di negeri ini selepas PRU13, Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal berkata, Lajim hanya boleh berangan-angan menjadi Ketua Menteri kerana hasrat itu tidak akan dipersetujui oleh parti pembangkang di negeri ini.

Ini kerana Pakatan Pembangkang seringkali tidak sependapat dalam pelbagai isu termasuk menentukan siapa yang akan memimpin negara dan negeri jika berkuasa, kata beliau.

PKR dan DAP tentu ada calon sendiri untuk diangkat sebagai Ketua Menteri, apatah lagi Lajim baru saja menyertai pakatan pembangkang menerusi parti yang ditubuhkannya, Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS). Datuk Lajim boleh berangan-angan jadi Ketua Menteri jika pembangkang menang di Sabah namun hasrat itu sukar untuk direalisasikan memandangkan rakyat Sabah ketika ini memberikan sokongan penuh kepada kerajaan BN.

Mangulas lanjut, Mohd Shafie berkata ketidaksepakatan pembangkang bukan hanya membabitkan jawatan peringkat negeri, malah soal siapa bakal jadi Perdana Menteri juga belum terjawab.

"PAS mahu Haji Hadi, PKR pula mahu Anwar dan masalah sama juga berlaku diperingkat negeri," katanya.

Rakyat Sabah boleh menilai rekod pembangkang, khususnya Anwar yang menjanjikan pelbagai tawaran kepada rakyat di negeri yang ditadbir mereka, tetapi sehingga kini gagal ditunaikan.

Ketika menjadi Menteri Kewangan selama 6 tahun, Anwar memperuntukkan RM3 bilion kepada Sabah, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru tiga tahun Menteri Kewangan, sudah RM6 bilion diperuntukkan kepada negeri ini.

"Sekarang Anwar janji nak bagi macam-macam untuk Sabah termasuk Amanah Saham Sabah... di Pulau Pinang dan Selangor, rakyat tak dapat apapun walaupun pelbagai janji dibuat," katanya.