Showing posts with label KKCCCI. Show all posts
Showing posts with label KKCCCI. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Kerajaan BN beri perhatian perkara berkaitan masyarakat Cina di Sabah

Naik lagi saham BN Sabah.. Pasti pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang akan kata bahawa bantuan ini hanya untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Cina di negeri ini walaupun mereka tahu bahawa bantuan kerajaan sentiasa disalurkan kepada rakyat berdasarkan keperluan, bukannya waktu atau musim tertentu.

Walau apapun kata pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang, yang pasti hasil daripada bantuan yang disalurkan kerajaan ini akan dapat dinikmati atau dimanfaatkan sampai bila-bila, bukan hanya pada waktu pilihanraya. Dalam kata lain, manfaatnya adalah untuk jangka masa panjang..

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah meluluskan peruntukan tambahan RM500,000 bagi pembinaan sebuah sekolah Cina di Kolombong dekat sini. 

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pembinaan SJK (C) Che Hwa, yang terletak di bawah naungan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI), akan dapat memenuhi keperluan mendapatkan pendidikan di sekolah Cina di bandar raya ini. 

“Kami (kerajaan negeri) sentiasa memberi sokongan kuat kepada sekolah Cina dan memahami pentingnya nilai pendidikan,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina KKCCCI di sini malam kelmarin. 

KKCCCI memerlukan dana tambahan untuk melaksanakan projek berharga RM30 juta itu, yang akan disiapkan secara berperingkat. 

Sebelum ini, projek itu menerima peruntukan RM1 juta daripada kerajaan negeri dan RM3 juta daripada kerajaan Persekutuan. 

Musa juga menyatakan penghargaannya terhadap komitmen KKCCCI membantu Kementerian Pelajaran dalam menyediakan pendidikan di peringkat sekolah rendah, bukan sahaja untuk memenuhi permintaan masyarakat Cina, tetapi juga etnik lain. 

Terdahulu, presiden KKCCCI Michael Hui berkata dewan itu berterima kasih kepada kerajaaan negeri kerana memberi perhatian terhadap perkara berkaitan masyarakat Cina di Sabah. 

Beliau menyeru rakyat supaya memberi sokongan kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Musa. - New Sabah Times