Showing posts with label Diesel. Show all posts
Showing posts with label Diesel. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Menteri Turun Padang Selesaikan Krisis Diesel

Jangan terlalu mudah melatah apabila pembangkang bersuara membangkitkan isu-isu terkini. Dengar dahulu penjelasan dari pihak yang berkenaan mengenai punca dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang diambil bagi menangani masalah itu. Penulis akui segelintir rakyat di negeri ini kecewa dan mula memandang serong terhadap kesungguhan kerajaan dalam meringankan beban rakyat ekoran kesulitan mendapatkan bekalan diesel baru-baru ini. Selain rakyat, para menteri dan pemimpin-pemimpin politik juga turut merasai kesulitan yang sama kerana sebilangan mereka juga adalah pengguna kenderaan berinjin diesel. Jesteru, menuding jari kearah menteri yang bertanggungjawab bukanlah satu tindakan yang bijak kerana mereka juga adalah pengguna, dan masalah ini bukan disebabkan oleh kementerian, sebaliknya disebabkan oleh segelintir pengusaha stesen minyak serta faktor-faktor sampingan yang lain.

Tindakan proaktif PDNKK dan KPDNKK dalam meningkatkan kuota diesel sebelum ini adalah bukti bahawa kerajaan juga tidak mahu perkara seumpama ini berlaku di negeri yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Penulis sendiri mengagumi komitmen Menteri PDNKK, Datuk Hassan Malek dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid dalam menangani masalah ini. Ketika pembangkang aktif kehulu-kehilir menghasut rakyat dengan menuduh kerajaan lemah dalam menangani masalah ini, kedua-dua menteri; Datuk Hassan dan Datuk Jainab pula kerap turun padang melihat sendiri perkembangan semasa mengenai bekalan diesel di Sabah. Banyak stesen-stesen minyak yang dilawati oleh kedua-dua menteri ini hanya untuk memastikan tidak ada lagi kereta beratur panjang mengisi minyak.

Bayangkan jika pembangkang hari ini diberikan mandat untuk berada ditampuk kuasa, adakah mereka akan berterus terang kepada rakyat bahawa masalah ini sebahagian dari kelemahan mereka? Berdasarkan rekod pentadbiran pembangkang di empat buah negeri sebelum ini, mereka tidak semudah itu mengakui kelemahan sendiri, sebaliknya menyalahkan pihak lain seperti umno/BN. Tidak seperti kerajaan yang ada pada hari ini, dimana pemimpin-pemimpinnya akan berterus terang dan tidak sekali-kali menafikan kelemahan dan kegagalan mereka dalam memantau aktiviti pengusaha stesen minyak. Malah kelemahan itu turut disambut dengan langkah jangka panjang, dimana KPDNKK akan membuat kajian dan berbincang dengan persatuan-persatuan berkaitan untuk menyelesaikan masalah itu. Selain itu, cadangan Datuk Jainab Ahmad Ayid mengenai mewujudkan pusat pengumpulan dan juga cadangan-cadangan dari pihak lain juga akan dibawa ke mesyuarat kementerian akan datang.
“Mereka atau individu yang didakwa berdasarkan akta ini akan diheret ke mahkamah dan denda sekurang-kurangnya RM100 ribu atau RM300 ribu atau tiga tahun penjara mengikut kesalahan. Duabelas kes kesalahan itu termasuklah tujuh kes di Kota Kinabalu, tiga di Sandakan dan dua di Tuaran. Bagi syarikat yang melakukan kesalahan, mereka boleh didenda sekurang-kurangnya RM250 ribu dan membatalkan lesen perniagaan,” - Hassan
KPDNKK turut menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan pesalah-pesalah itu kerana kesalahan yang dilakukan melibatkan kebajikan rakyat. Namun untuk mengatasi masalah ini, rakyat juga perlu berkerjasama dengan KPDNKK untuk mengenalpasti mereka yang menyeludup bekalan ini dengan membuat aduan terus ke talian 1800 886 800. Jika mahu masalah seperti ini selesai dengan cepat, aduan perlulah sampai kepada pihak yang bertanggungjawab.. Jika sampai kepada pemimpin-pemimpin pembangkang, nescaya aduan itu lebih dulu sampai ke pelusuk kampung untuk dijadikan bahan kempen oleh pembangkang sebelum sampai kepengetahuan pihak yang berkenaan.

Wednesday, July 31, 2013

Kerajaan Berjaya Tangani Krisis Diesel Ketika Pembangkang Sibuk Berpolitik

Berdasarkan perkembangan terbaru mengenai bekalan diesel di Sabah, penyelesaiannya tidaklah serumit sehingga terpaksa membangkitkan fakta-fakta disebalik perjanjian dan Akta Petroleum, mempertikaikan penubuhan ESSCOM dan ESSZONE yang baru sahaja ditubuhkan, serta tidak perlu menghina rakyat Sabah sebagai "bodoh" hanya kerana majoriti rakyat di negeri ini memilih kerajaan BN pada Pilihanraya Umum yang lalu. Kepantasan kerajaan menyelesaikan krisis diesel ini sekaligus membuktikan bahawa semua omongan pembangkang mengenai kekurangan diesel ini sekadar mengundang persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan dalam masa yang sama cuba mempromosikan parti mereka sedangkan mereka sendiri hanya menyedari kelemahan-kelemahan itu selepas ianya berlaku.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek, Bekalan minyak diesel bersubsidi di Sabah kembali pulih seperti biasa. Beliau berkata tinjauan di depot minyak Shell dan Petronas mendapati bekalan adalah mencukupi sepanjang musim perayaan ini. Jesteru rakyat tidak perlu risau terutama sekali bagi penduduk yang beragama Islam kerana suasana perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi TIDAK akan terjejas. Penulis nasihatkan supaya rakyat tidak bergantung sepenuhnya dengan laporan atau kenyataan ahli politik pembangkang kerana apa sahaja yang mereka ungkapkan jarang sekali bertepatan dengan fakta sebenar. Malahan, pembangkang juga tidak pernah melakukan kajian terperinci mengenai permasalahan-permasalahan yang MUNGKIN akan dihadapi oleh rakyat dikemudian hari. Seperti isu kekurangan diesel ini, pembangkang sebenarnya hanya bermain dengan persepsi yang kemudiannya diterjemahkan sebagai jawapan untuk dinilai oleh rakyat.

Penulis sendiri meragui bagaimana Jeffrey Kitingan begitu yakin bahawa kekurangan diesel di Sabah berkait rapat dengan kelemahan ESSCOM dan ESSZONE. Apakah kaedah atau kayu pengukur yang digunakan oleh beliau untuk mengukur sejauhmana keberkesanan pasukan yang berada dalam kawasan dan zon keselamatan pantai timur Sabah? Pasukan keselamatan yang berkawal di kawasan itu bukan sahaja mengendalikan tangkapan penyeludup barangan seperti diesel tetapi juga pendatang tanpa izin. Memang benar berlaku aktiviti penyeludupan sejak dulu lagi dan pasukan keselamatan sendiri mengakui bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengawal setiap inci sempadan Sabah yang luas. Namun, itu tidak bermakna bahawa ESSCOM tidak efektif atau tidak memainkan peranan untuk membanteras penyeludupan. Selain berdepan cabaran mengawal pesisir pantai sepanjang 1,400 kilometer dari Kudat ke Tawau, pasukan keselamatan di ESSCOM juga perlu mengawal 486 buah pulau. Jesteru, jika Jeffrey Kitingan berada dalam situasi ini, apa pula yang akan beliau lakukan bagi menangani 100% masalah penyeludupan, pendatang tanpa izin dan pencerobohan pengganas?

Tidak seperti pemimpin-pemimpin pembangkang yang enggan mengakui kelemahan, pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek tetap akur dengan keperluan penambahbaikan pasukannya. Menurut beliau, mereka akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan, membuat penjajaran dan menempatkan pos kawalan termasuk memikirkan penambahan pos kawalan sedia ada dan tambahan pos kawalan gabungan antara anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Malah, Esscom turut merancang untuk meningkatkan keupayaan aset bagi kegunaan pasukan keselamatan selain memantapkan lagi risikan. Di pihak pembangang? apa pula sumbangan mereka selain dari berkempen dan menyanyikan lagu "Sabah akan hilang"?..

Mengenai perjanjian petroleum yang kononnya Sabah akan memiliki royalti sebanyak 20% sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri (DISINI), bagaimana ianya boleh dilaksanakan jika Petronas hanya untung 16% (DISINI)? Lebih pelik lagi, bagaimana isu royalti ini boleh menyumbang kepada kekurangan diesel di Sabah sedangkan pemberian 5% royalti kepada Sabah sudah diputuskan sejak tahun 1976 lagi, bukan tahun lepas atau bulan lepas.. Jesteru, kenapa hanya pada tahun 2013 barulah kesannya dapat dilihat? Jika bagi penulis blog "Legal and Pruden" bahawa Sabah layak memperolehi 100% minyak, kenapa beliau sendiri tidak jalankan sahaja operasi mencari dan menggali minyak tanpa memerlukan bantuan syarikat besar? Dalam hal ini siapa sebenarnya bodoh? rakyat Sabah atau penulis L&P?

Saturday, July 27, 2013

Kekurangan Diesel Bertambah Kritikal Di Seluruh Negara Jika Pakatan Memerintah

KOTA KINABALU: Democratic Action Party (DAP) Sabah yesterday claimed that there has been a shortage of diesel here for the last several days. Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah secretary and Inanam assemblyman Dr Roland Chia Ming Shen also complained that many fuel pump stations in the city are putting up a ‘Harap Maaf Sedang Dibaiki’ tag on their diesel pumps, forcing diesel-run vehicle drivers to go from station to station to look for the fuel. Dr Chia alleged that the shortage of diesel fuel could be due to smuggling activities. - The Borneo Post

Malang sungguh rakyat di negeri ini kerana mempunyai barisan pemimpin pembangkang yang sentiasa gagal mengenalpasti dan memahami punca sebenar setiap masalah yang berlaku di negeri ini. Jika benar masalah itu hanya berpunca dari aktiviti penyeludupan, kenapa hanya ketika menjelang perayaan barulah masalah itu berlaku? Dan kenapa hanya berlaku kekurangan untuk bekalan diesel, tetapi tidak untuk petrol? Penulis tidak nafikan berlakunya kes-kes seumpama itu, namun kerajaan tetap mempunyai mekanisme mereka sendiri bagaimana mahu mengatasi masalah tersebut. Penulis andaikan samada pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat tidak tahu atau pura-pura tidak tahu tentang berlakunya peningkatan jumlah penggunaan kereta yang menggunakan minyak diesel serta faktor perayaan sehingga mendorong mereka untuk menyalahkan kerajaan kononnya gagal mengatasi masalah penyeludupan. Sedangkan masalah ini bukan hanya berlaku di Sabah, malah turut berlaku di Sarawak.

Bersyukurlah di Sabah atau Malaysia, harga bahan api seperti Petrol dan Diesel tidak dimonopoli oleh satu syarikat atau jenama sahaja. Malah, subsidi kerajaan juga tidak tertumpu kepada nama atau jenis syarikat, sebaliknya mengikut jenis bahan api tidak kira di stesen mana bahan api itu berada. Dan bersyukur juga kerana di Sabah, pengguna mempunyai banyak pilihan seperti Petronas, Shell, Petron dan ESSO.. Jika kekurangan diesel ini disifatkan sangat meruncing (ketika stesen Petron dan ESSO masih mempunyai bekalan), bagaimana agaknya jika hanya ada dua jenama bahan api di Sabah?? Tentu lebih perit bukan?.. Sudah tentulah ada stesen yang mengalami kekurangan bekalan jika semua pengguna hanya menggunakan satu atau dua jenama sahaja..

Kerajaan tidak patut dipersalahkan walaupun mereka dipertanggungjawabkan untuk memastikan kuota bahan api di negeri ini sentiasa mencukupi. Jumlah penggunaan diesel untuk setiap kenderaan dan peningkatan jumlah kenderaan di Sabah tidak mungkin mampu dikawal oleh kerajaan... penggunaan bulan ini mungkin sekitar RM500 setiap kenderaan (persendirian), namun siapa tahu berapa pula jumlah penggunaan untuk bulan depan?? Penulis yakin bahawa Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang juga tidak akan tahu berapa jumlah perbelanjaan rakyat untuk bahan api pada masa akan datang.. 

Kebiasaannya, hanya ketika berlakunya kekurangan, barulah masalah itu dapat dikesan sekaligus mencari jalan penyelesaiannya. Jesteru, kerajaan tidak berdiam diri malah pantas bertindak dengan membuat penambahan kuota minyak diesel sebanyak lapan juta liter untuk bulan ini. Walaupun masih terdapat bekalan di stesen Petron dan ESSO, kerajaan tetap menyelesaikan masalah ini secara tuntas tanpa mendesak rakyat supaya beralih kepada jenama lain.

Terfikir sejenak apa agaknya yang akan berlaku jika Pakatan menurunkan harga kereta secara mendadak tanpa memikirkan kesannya terhadap jumlah penggunaan bahan api.. Adakah semua kesan-kesan ini turut diambilkira sebelum mencadangkan harga kereta diturunkan? Ternyata cubaan pembangkang mempergunakan isu ini untuk kepentingan politik membuktikan mereka juga gagal mengesan lebih awal masalah ini sedangkan mereka tidak pernah gagal dalam menunjukkan "kepintaran" masing-masing apabila berhujah atau berpidato.. 

Kerajaan, walaupun sering menjadi bahan kutukan dan cacian oleh puak-puak yang mengidam jawatan kabinet, namun kerajaan tidak pernah lupa memantau keperluan rakyat disamping bersedia bertindak sekiranya berlaku kekurangan. Sebagaimana kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid, krisis bekalan diesel ini hanya untuk sementara. Malah beliau turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa memantau dengan ketat penjualan minyak bersubsidi agar dapat dinikmati oleh semua rakyat. 

Samada pengguna bahan api diesel berpuas hati atau tidak dengan penjelasan Datuk Jainab, fikirkan dahulu apa akan berlaku jika Pakatan berjaya merampas kerajaan pada PRU13 yang lalu.. Sudah tentu kekurangan bahan api ini akan berlaku setiap bulan tanpa perlu menunggu musim perayaan..