Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Jangan terpedaya tindakan pihak tertentu yang cuba menghancurkan semangat 1Malaysia di Sabah

 
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman (gambar), berkata Semangat 1Malaysia yang telah lama sebati dan menjadi budaya dalam kehidupan rakyat Malaysia di Sabah hendaklah terus dimantapkan.

Dalam hubungan ini, katanya semangat itu perlu terus dipupuk dan dihayati bagi membolehkan rakyat terus bersatu padu dan bersama-sama bergerak maju untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berjaya.

“Dengan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum dan etnik dan kita bertutur dalam bahasa yang berbeza serta mengamalkan tradisi dan adat resam masing-masing namun kita tetap bersatu, saling mempercayai dan saling menghormati antara satu dengan lain,” katanya dalam Perutusan sempena sambutan Perayaan Krismas kelmarin.

Beliau berkata keamanan dan keharmonian yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu. Mereka berjuang dengan gigih dan mengenepikan perbezaan demi memastikan keamanan dan kesejahteraan untuk masa depan negara dan generasi akan datang.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru kepada seluruh warga Malaysia khasnya di Sabah supaya tidak terpedaya dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang hanya akan menghancurkan kemajuan, kemakmuran dan keharmonian yang telah dibina.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, semangat perpaduan yang kukuh serta keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah bukti perbezaan dalam kalangan rakyat berjaya menyatukan negara ini, sekali gus menjadi inspirasi kepada komitmennya terhadap 1Malaysia.

Sambil menyifatkan kisah Sabah dan Sarawak sebagai ‘kisah 1Malaysia’, Perdana Menteri berkata, kekuatan sebenar Malaysia terserlah apabila rakyat daripada semua bangsa, agama dan keturunan saling hidup dalam keadaan harmoni.

“Sabah dan Sarawak adalah dua negeri terbesar kita, yang terpisah oleh lautan, namun amat penting kepada impian semua rakyat Malaysia bagi sebuah negara yang bersatu dan harmoni.
 
Sumber: New Sabah Times