Showing posts with label Halik Zaman. Show all posts
Showing posts with label Halik Zaman. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Ketua Cabang PKR Tenom failkan saman terhadap pengomen sabahkini?

Berikut adalah Komen 'SharleynormaGilbert' yang tidak sanggup ditelan oleh Halik Zaman selaku Ketua Cabang PKR Tenom; 

"Betul Saya Sokong Boyan...Halik Zaman Mukanya Berewok Menyeramkan...Dah Tua Duduk Di Masjid Lebih Baik Pencenlah Nanti Pkr Yang Menjadi Mangsa Cari Orang Muda Yang Berwibawa Ada Pelajaran Ada Pengaruh Baru Pkr Tenom Ada Ohh...Ini Orang Sudah Dipanggil Kakek Mahu Juga Betrtanding Jadi Calun Dalam Berjayapun Cukp Lama Sampai Boleh Kawin 4 Dan Beliau Ini Semasa Era Kerajaan Berjaya Menjadi Pengerusi Sldb (Lktns) Pernah Skendel Dengan Anak Penerka Di Rancangan Ulu Dusun Sandakan Sekitar Tahun 1982 Nama Awek Itu Mustika Ngun Mantan Ratu Miss Sldb 1982 Bapa Ku Yang Tahu Cerita Ini Siapa Tidak Kenal Dengan Halik Zaman Khan Buaya Bin Biawak."
TIMBALAN Ketua Cabang PKR Tenom, Masdin Tumas telah membuat laporan polis berhubung fitnah seorang forumen laman Disquss di Sabahkini.net yang menggunakan nama 'SharleynormaGilbert' dan semua pengomen yang secara sedar memfitnah Halik Zaman. 
Halik Zaman akan menggunakan khidmat guaman M/s Dino M Borhan dan akan ke Kota Kinabalu, esok untuk memfailkan saman. "Sekali sekala saya mesti ajar orang yang suka buat fitnah itu dengan mengheret mereka ke mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan 'betul atau tidaknya' tuduhan sipolan itu?" kata Halik Zaman.
Menurut Halik, beliau sudah lama berdiam diri dan menerima segala tohmahan serta kritikan, tetapi apabila menyentuh fitnah peribadi secara terang-terangan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik Sabahkini.net dan pengomen 'SharleynormaGlbert' kerana mengeluarkan kata-kata fitnah yang paling memalukan. 
"Peguam saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Multimedia untuk mengenal pasti identiti 'SherleynormaGilbert' dan tulisan pengomen lain dan orang yang ada turut sama menghina saya. Peguam saya akan membuat tindakan membawa kes fitnah mahkamah dan yang lain juga akan dikenalpasti oleh peguam dan Suruhanjaya Multimedia," kata Halik. - Sabahkini
Inilah buktinya kenapa rakyat Malaysia perlu tolak Pakatan Rakyat pada PRU kali ini. Wajarkah pemimpin PKR ini mengambil tindakan undang-undang hanya kerana beliau tidak sanggup menerima kritikan pedas yang bersifat mengejek? Situasi seperti ini sudah banyak kali dilalui oleh pemimpin-pemimpin BN, malah kritikannya jauh lebih pedas dan hacur luluh hati orang yang membacanya. Tidak ada pula pemimpin-pemimpin BN ambil tindakan undang-undang terhadap pengomen atau forumer tersebut..

Belumpun memerintah, pemimpin-pemimpin PKR sudah mula tunjuk taring seolah-olah merekalah yang paling berkuasa di Malaysia dan rakyat sama-sekali tidak berhak mengkritik kepimpinan mereka. Bayangkan jika pemimpin ini berkuasa... Semua rakyat yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan beliau, pasti akan disumbat masuk kedalam penjara.

Inikah contoh pemimpin/parti yang kononnya mahu memperkasakan amalan kebebasan bersuara di negara ini? Jika Halik Zaman berada dalam BN dan menerima kritikan-kritikan pedas sebagaimana yang dilalui oleh pemimpin-pemimpin BN seperti Musa Aman, Shafie Apdal, Yee Moh Chai, Pairin Kitingan dan sebagainya, Bullet tidak tahu berapa juta pengomen yang sudah disaman oleh beliau.

Sebaik-baiknya Halik Zaman perlu cermin diri sendiri dan lihat mana-mana kelemahan yang perlu diperbaiki. Bullet sama sekali tidak menyangka bahawa kata-kata ugutan seperti ini "Sekali sekala saya mesti ajar orang yang suka buat fitnah itu dengan mengheret mereka ke mahkamah" ditujukan kepada rakyat biasa. Tidak takutkah Halik Zaman bahawa tindakan itu akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan Sabah?

Apa pula pandangan Halik Zaman bila pemimpin-pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli, Sam Ketot, Zuraida, Azmin Ali dan lain-lain yang lebih gemar menggunakan pendekatan fitnah untuk mendapatkan sokongan?

PKR Tenom bergolak lagi

Ada yang buta huruf dalam PKR Tenom? Ada yang tidak puas hati dengan jawatan yang diberikan kepada mana-mana ahli PKR Tenom? Halik Zaman sebelum ini begitu yakin bahawa Tenom akan menjadi milik PKR. Kekerapan beliau turun padang dan kekerapan muka beliau terpampang besar di portal Sabahkini, hampir-hampir meyakinkan rakyat Sabah bahawa PKR begitu kuat di Tenom. Namun, siapa sangka parti yang dikatakan kuat itu rupanya masih berhadapan dengan masalah kepimpinan yang kronik. 

Patutlah dalam setahun lebih ini, tidak ada aktiviti turun padang diketuai oleh Halik Zaman yang disiarkan oleh Sabahkini. Adakah pergolakan dalaman ini menjadi punca PKR Tenom semakin kurang aktif? Jika masalah dalaman parti tidak mampu diselesaikan sehingga menjejaskan gerak kerja parti, baik bubarkan saja PKR Tenom.

Jom layan pemimpin-pemimpin PKR Tenom bertelagah sesama sendiri yang disiarkan Sabahkini seperti dibawah;
KEMELUT isu kepimpinan PKR Tenom yang semakin panas seharusnya pihak pihak lain Pro Halik Zaman tidak mengaitkan orang lain di dalam pergolakan ini khususnya wartawan kerana beliau hanya bertindak atas arahan saya (Jamain Kalasang) untuk menulis bahan cerita mengenai hasrat ahli-ahli PKR yang mahukan perubahan kepimpinan PKR Tenom. 
Saya amat terkilan apabila pihak penulis laman sosial Facebook, William Angkai (milik Halik dan Isterinya) mengatakan bahawa saya seorang 'buta huruf' malah jawatan saya selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah dipecat oleh pucuk pimpinan AMK Pusat adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. 
Mereka ini (pro Halik) terutamanya Ambalau, perlu membuka minda dan mata dengan seluas luasnya bahawa dizaman era serba moden abad ke-21 ini apakah masih terdapat golongan masyarakat 'buta huruf' seperti yang didakwa pemegang akaun Facebook tersebut atau niatnya sekadar 'memfitnah' kepada saya untuk mengalihkan perhatian umum berhubung isu kepimpinan PKR Tenom yang dalam keadaan kucar kacir. 
Persoalannya sekarang bahawa mereka mengatakan saya 'buta huruf' langsung tidak wajar kerana sebagai pemimpin sayap kanan dalam AMK yang dipilih perwakilan; apakah wajar perwakilan memilih saya dalam keadaan 'buta huruf'. 
Apatah lagi beban tugas dan tanggung jawab sebagai pemimpin AMK yang bukan sahaja menghadiri setiap kali mesyuarat diperingkat negeri namun seseorang pemimpin itu kena menyediakan beberapa kertas kerja pelan pembangunan dan gerak kerja untuk AMK diperingkat Cabang. 
Jadi, Ambalau kena rasional ketika membuat tuduhan bahawa tugas seberat ini ada keperluan untuk seseorang pemimpin 'buta huruf' atau nama Ambalau sekadar digunakan Halik atau isterinya untuk melawan balik tuduhan kami selaku ahli-ahli akar umbi PKR Tenom. 
Apa pun, kami tetap dengan pendirian untuk mendesak pihak MPN PKR Sabah supaya Halik Zaman direhatkan dahulu bersama Isterinya dan memberi laluan kepada pemimpin muda dan berwibawa menggalas tugas mempastikan PKR Tenom bersama PR dapat menumbangkan UMNO-BN pada PRU-13 kelak. 
Sekian, LAWAN TETAP LAWAN! 
Salam Hormat, 
JAMAIN KALASANG 
Ketua AMK PKR Cabang Tenom
Sumber: Sabahkini