Showing posts with label Datuk Musa Aman. Show all posts
Showing posts with label Datuk Musa Aman. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Belia perlu sokong BN demi kesinambungan pembangunan




"Segala-galanya bermula di Sandakan dalam tahun 1972 apabila saya memulakan perniagaan yang dipanggil memunggah kayu ke atas kapal.
"Perniagaan yang saya jalankan memerlukan kesabaran kerana pada ketika itu bandar Sandakan dikenali sebagai 'Mini Hong Kong' kerana ditimbuni kayu balak.
"Bagaimanapun, berkat kesabaran, saya akhirnya mempunyai kapal sendiri dan dapat memperluaskan perniagaan yang membolehkan saya terus berjaya sehinggalah ke hari ini," - Sabahkini
Inilah antara sedikit kisah hidup Datuk Musa Aman yang sempat dikongsikan kepada belia-belia yang hadir dalam Majlis Sepetang Bersama Ketua Menteri di Dewan Serbaguna Sri Libaran yang turut disertai oleh selebriti-selebriti terkemuka di Sabah antaranya Ampal @ Abu Bakar Ellah, Jainrywen Liusin, Ebi AF dan Asmin Mudin.

Belia-belia muda hari ini patut rasa bersyukur kerana kerajaan BN telah menyediakan pelbagai program bantuan bagi memudahkan para belia di negara ini memajukan diri sekaligus meningkatkan taraf hidup masing-masing. Belia-belia hari ini sudah tentu tidak pernah merasai bagaimana peritnya belia-belia di tahun 70-an membanting tulang semata-mata mahu memperbaiki taraf hidup mereka.

Walaupun kerajaan sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat terutama golongan belia, jika belia itu sendiri gagal merebut setiap peluang yang disediakan, taraf hidup rakyat tetap berada ditakuk lama. Seperti kata Datuk Musa, "kejayaan tidak akan datang bergolek kerana ia memerlukan kesungguhan selain tabah menghadapi apa jua cabaran".

Apa-apapun, saya ucapkan syabas kepada belia-belia hari ini kerana terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN termasuk barisan artis-artis Sabahan yang bersedia membantu kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. Kemenangan BN pada pilihanraya kali ini penting demi kesinambungan pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan untuk para belia di negeri ini.

Saturday, January 19, 2013

Lebih 100 Artis, Penggiat Seni Sabah Sokong BN

KOTA KINABALU, 19 Jan - Lebih 100 artis tempatan yang mewakili enam persatuan artis dan penggiat seni Sabah pada Sabtu menyatakan tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Persatuan artis berkenaan adalah Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS), Kelab Artis 1Malaysia (KA1M), Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA), Persatuan Usahawan Industri Muzik dan Perfileman Sabah (PERINTIS), Sabah Creative Industry Group Movement (SCGIM) dan Persatuan Industri Kreatif Filem dan Muzik.

Presiden PARAS Abu Bakar Ellah yang dilantik pengerusi Sekretariat Artis Sabah sebagai badan antara artis dan kerajaan, akan turut sama membantu melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan kemasyarakatan.

Beliau berkata sebagai pertubuhan yang menghimpunkan barisan artis dan penggiat seni tanah air, sekretariat itu akan berusaha membabitkan penyertaan seberapa ramai penggiat seni dan artis dalam pelbagai program bersama pemimpin dan masyarakat.

"Kami akan merangka jawatankuasa bagi membentuk ruang dan cara untuk terlibat secara langsung membantu kerajaan dalam pilihan raya umum. Kita akan mencari ruang mendekati masyarakat secara lebih santai dan mudah diterima," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis khas bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini. Bernama

Kerajaan Negeri Hargai Penglibatan Artis, Penggiat Seni Sabah - Musa Aman

KOTA KINABALU, 19 Jan - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri amat menghargai kerjasama dan penglibatan para artis serta penggiat seni tempatan bagi membangunkan negeri ini.

Beliau berkata penglibatan dan komitmen mereka amat penting kerana sentiasa menjadi contoh ikutan di kalangan generasi muda pada masa ini.

"Artis dan penggiat seni berpotensi berjaya dalam bidang masing-masing dan mereka adalah contoh terbaik kepada orang muda, mampu memberi galakan dan ikutan kepada generasi itu," katanya ketika berucap pada majlis khas bersama penggiat seni dan artis Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini, Sabtu. Bernama

Monday, January 14, 2013

PEMBANGKANG TIADA ISU, ASYIK SALAHKAN BN

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, menegaskan pembangkang sudah tiada isu yang hendak dibangkitkan melainkan asyik menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menabur pelbagai tohmahan semata-mata untuk kepentingan politik sempit. 

Menurut beliau, sikap pimpinan pembangkang membuktikan mereka sudah ketandusan idea apabila suka mengada-mengadakan dakyah sedangkan BN terus melaksanakan program pembangunan yang membolehkan kemajuan terus dinikmati seluruh rakyat jelata. 

Dia yakin dan percaya perbuatan mereka ini akan menyusahkan diri sendiri sebab rakyat kini matang dan bijak bukan sahaja dalam menilai seseorang pemimpin tetapi juga kerajaan yang boleh membawa kemajuan. 

“Rakyat negeri ini tidak akan mudah terpengaruh dengan apa jua janji-janji kosong pembangkang bahkan sokongan padu akan kita terima menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 memandangkan kepercayaan rakyat terhadap BN semakin bertambah baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Daerah Mengundi Sungai Manila di Dewan Kompleks Penyayang Taman Cahaya, Batu 12, Jalan Labuk, dekat sini, kelmarin. 

Sehubungan itu, Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran berkata kemajuan yang dicapai selama ini membuktikan bahawa komitmen kerajaan sedia ada dalam menunaikan segala janji. 

Katanya, kerajaan tidak pernah mempermainkan rakyat tetapi pembangkang ternyata asyik menjanjikan ‘Bulan dan Bintang’ seolah-olah menunjukkan mereka di pihak yang benar. 

Justeru, ujar beliau, rakyat perlu berfikir dua kali dalam memilih kerajaan kerana jangan sampai tertipu akibat pembohongan pembangkang yang semakin ketara. 

“Pembangkang masuk kampung dan keluar kampung macam-macam dakyah dan tohmahan yang mereka lemparkan kepada kita. Tetapi, saya percaya rakyat Sabah pandai memilih mana yang baik dan mana yang buruk. 

“Apalagi kemajuan pesat yang kerajaan BN laksanakan sekarang selain pelbagai bantuan dan inisiatif termasuk perluasan Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M untuk kali kedua pastinya rakyat akan memberi sokongan mutlak. 

“Ini kerana, pembangkang terbukti berjanji kosong apabila asyik memutar belitkan sesuatu isu mahu pun fakta … padahal kerajaan BN terus bekerja keras demi kepentingan rakyat jelata,” kata Musa. 

Katanya lagi, tentu rakyat tidak mahu ditadbir sebuah kerajaan yang tiada keupayaan jika dibandingkan kerajaan hari ini terbukti membela nasib semua kaum apabila setiap pembangunan yang dijalankan tidak pernah meminggirkan sesiapa pun. 

Oleh itu, tambahnya, rakyat perlu berhati-hati dalam memilih kerajaan kerana jika tersilap seolah-olah memperjudikan masa hadapan generasi akan datang. 

Ini katanya, pihak-pihak suka sangat menyalahkan kerajaan adalah mereka yang tiada kemampuan untuk membawa pembangunan kepada negeri ini. 

“Sejak BN memerintah Sabah … bukan saja pembangunan yang rakyat peroleh malahan dari segi aspek perpaduan kaum apabila setiap seorang daripada kita ini hidup dalam suasana yang aman dan damai. 

“Tentu sekali kita inginkan suasana ini berterusan sampai bila-bila makanya sokongan haruslah diberikan kepada BN demi masa depan yang lebih gemilang,” jelasnya. - New Sabah Times

Friday, January 11, 2013

USAH TERPENGARUH SLOGAN 'TUKAR KERAJAAN'

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini termasuk penjawat awam diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan slogan ‘tukar kerajaan’ yang dimainkan oleh pembangkang bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, dakwaan pembangkang bahawa kerajaan sedia ada “tidak membawa apa-apa pembangunan” untuk rakyat di negeri ini adalah tidak benar.

“Hanya orang buta dan tuli sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran. Kalau mahu tukar (kerajaan) mudah sahaja…tapi adakah itu membawa kebaikan atau kemudaratan kepada rakyat dan negeri ini?.

“Di mana-mana sahaja kita boleh melihat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN. Saya yakin rakyat Sabah atau penjawat awam matang dan tahu menilai prestasi kerajaan BN yang telah banyak membawa pembangunan dan menolong rakyat dalam semua aspek tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan perdana Ketua Menteri bersama penjawat awam negeri di Dewan Bangkuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, kelmarin.

Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri turut menggariskan kejayaan dan pencapaian kerajaan BN yang membawa perubahan besar dan menyeluruh dalam lanskap pembangunan di negeri ini.

Katanya, ini termasuk kejayaan kerajaan negeri mengurus kewangan dengan baik seperti yang terkandung dalam Laporan Perbendaharaan Negara (AG) selain berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama beberapa tahun berturut-turut.

“Ini bermakna Sabah adalah antara negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang terbaik di negara ini,” katanya.

Beliau berkata dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan negeri mampu membelanjakan berbilion ringgit bagi pelbagai projek pembangunan di negeri ini, dan tahun ini sahaja, kerajaan negeri menyediakan bajet tahunan melebihi RM4 bilion.

“Kita beri bonus dan kenaikan gaji kepada penjawat awam kerana kerajaan ada cukup kewangan untuk bayar gaji dan bonus kepada kakitangan awam. Bayangkan, kerajaan negeri Sabah membelanjakan sekitar RM700 juta setahun untuk bayar gaji kakitangan awam negeri.

“Kita ada bajet besar dan peruntukan pun besar untuk pembangunan di negeri ini termasuk pembangunan infrastruktur seperti membina jalan raya dan membaiki kerosakan jalan akibat tanah runtuh,” katanya.

Musa berkata walaupun beliau gembira dan berpuas hati dengan pencapaian negeri ini setakat ini namun rakyat negeri ini terutama penjawat awam perlu bekerja keras bagi mencapai lebih banyak kejayaan.

“Kita punyai perancangan, dibantu dengan kerajaan pusat, dalam menjayakan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan RMK-10. Pencapaian ini bukan diberikan kredit kepada seorang sahaja tetapi semua pemimpin kerajaan termasuk penjawat awam yang bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk laksanakan dasar-dasar program yang telah dirancang oleh kerajaan negeri dan dibantu oleh kerajaan Persekutuan,” katanya.

Selain itu, Musa berkata kestabilan politik dan iklim pelaburan yang kondusif turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri termasuk sektor pelancongan.

“Dengan promosi agresif mengikut acuan kita sendiri, kita berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Begitu juga dengan pelaburan, banyak pelabur dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Brunei yang berminat melabur di negeri ini,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan pembangkang yang kononnya Sabah adalah negeri termiskin di negara ini, dan sebaliknya meminta Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan cawangan kampus UiTM untuk membuat kajian lanjut berhubung perkara itu.

Musa juga mempertahankan dasar tanah kerajaan negeri yang memperkenalkan hak milik berkelompok (communal title) kepada penduduk kampung yang layak demi masa depan mereka yang lebih terjamin.

“Tiada ada perbezaan hak milik tanah biasa dan berkelompok…cuma tanah di bawah hak milik berkelompok tidak boleh dijual. Berdasarkan kajian sebelum ini, terdapat kes di mana penduduk kampung yang memilik geran tanah menjual tanah mereka kepada syarikat gergasi dan akhirnya mereka mengeluh tiada ada tanah… ini yang kita mahu elakkan,” katanya.

Katanya lagi, dasar perhutanan dan pemeliharaan alam sekitar negeri ini dikagumi oleh negara luar yang menyaksikan pasangan diraja Britain (Putera William dan Kate Middleton) melawat Hutan Simpan di Lembah Danum baru-baru ini.

Musa berkata Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah memperkenalkan pelbagai program transformasi, berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju dan pembaharuan itu wajar disokong semua lapisan masyarakat.

“Di bawah program transformasi Perdana Menteri, tiada pihak atau kaum yang terpinggir…semua rakyat mendapat manfaat dan pembelaan sewajarnya,” katanya. - New Sabah Times

Wednesday, January 9, 2013

HK drops Musa probe

Waste of time: Anti-graft body says there is no new evidence to warrant investigation
Sumber: New Straits Times

THE Independent Commission Against Corruption (ICAC) in Hong Kong will not revisit its probe into the RM40 million allegedly linked to Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. Sources said the graft-buster found that no new evidence had been brought before the commission with connection to the case.

"The commission found that there are no new evidence whatsoever to warrant a fresh round of investigations.

"ICAC goes by the book in its pursuit of cases and is clear that it will stay away from any political play," the sources said. ICAC, under the law, is obliged to investigate complaints lodged with it.

Parliament was told in October of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and ICAC's decision to clear Musa of alleged corruption. Parti Keadilan Rakyat strategic director Rafizi Ramli had been lobbying ICAC to reopen its investigations into the case.

In November, Rafizi and three PKR lawmakers lodged a report with ICAC, listing three reasons to encourage the agency to reopen the probe.

This move came shortly after Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz told Parliament in October that Musa had been cleared of corruption after MACC and ICAC found that the money was not meant for Musa's personal use.

He told Parliament that the RM40 million was a "political donation" to Sabah Umno.

Previously, there were allegations suggesting that the funds were kickbacks from timber firms for the chief minister. 
 
The sources said, like when ICAC initially found "insufficient evidence to take the case further", there was nothing new to take the case forward a second time.

Following ICAC's decision to clear Musa of any wrongdoing last year, Parti Bersatu Sabah (PBS) secretary-general Datuk Henrynus Amin had said the outcome by both investigative bodies also proved that the opposition's claims were wrong and brought to light that they were the mastermind of this conspiracy.

"Those with vested interest had gone to great lengths in order to achieve their objective, which is to weaken the Barisan Nasional government as a means to get to Putrajaya."

He added that in the endeavour to topple a leader, the recycled allegations by the opposition had set off a wild goose chase which had wasted the time and effort of the relevant authorities of the countries concerned.

Henrynus also said the Hong Kong ICAC was a highly respected investigative body in the world, guided by the highest standards of practices, rules and procedures.

He added that MACC was an independent body that investigated and persecuted without fear or favour.

Monday, January 7, 2013

Tiada Noktah Kerajaan Laksana Program Pembangunan

 
SANDAKAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus melaksanakan program pembangunan untuk rakyat mengikut kesesuaian dengan perkembangan semasa, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata proses pembangunan sesebuah kawasan dilaksanakan tanpa noktah dan ia diatur bagi memastikan ia mencapat matlamat kepada golongan sasar.

“Inilah usaha dan komitmen kerajaan selari dengan amanah yang diberikan oleh rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pulau Nunuyan Laut, dekat sini, kelmarin.

Katanya antara program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia, Rebet RM200 membeli telefon pintar, Sentuhan Kasih dan 1Azam.

Beliau berkata berbeza dengan parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu melaksanakan apa-apa program untuk membantu rakyat.

“Mereka hanya pandai bercakap kosong dan bohong seperti ‘Saudagar Ubat’ untuk meraih sokongan rakyat tetapi tidak mampu menunaikan janji yang mereka berikan,” katanya.

Musa berkata parti pembangkang juga mempunyai rekod buruk dalam menunaikan janji mereka kepada rakyat.

Sebaliknya, beliau berkata, BN mempunyai rekod baik untuk menunaikan janji dan melaksanakan program pembangunan untuk rakyat disebabkan mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya.

Pada majlis itu, Musa turut mengumumkan berita gembira untuk penduduk Kampung Pulau Nunuyan Laut apabila meluluskan peruntukan untuk membina sebuah dewan untuk sekolah rendah di pulau tersebut.

Sunday, January 6, 2013

PRU KE-13 BUKAN BAHAN UJI KAJI

Sumber: Bernama
Ketua Menteri Datuk Musa Aman hari ini mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai bahan uji kaji untuk menukar kerajaan.

Musa berkata rakyat harus bijak membuat keputusan agar terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan bersama seterusnya dapat memastikan kesinambungan perancangan untuk pembangunan negara.

“Kerajaan tahu apa yang terbaik dilaksanakan untuk rakyat, oleh itu rakyat perlu yakin bahawa kerajaan sentiasa membuat perancangan rapi demi masa depan negara yang juga berpihak kepada rakyat,” katanya ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Gum-Gum dekat sini kelmarin.

Musa yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata rakyat yakin dengan pentadbiran kerajaan BN yang mampu melaksanakan program pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat untuk jangka panjang.

“Saya gembira melihat semangat rakyat negeri ini yang setia memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk terus teguh memerintah negara ini,” katanya.

Menurutnya jika rakyat terus bersatu mengekalkan perpaduan, bersatu dan tetap setia kepada kerajaan walaupun dicemari dengan fitnah parti pembangkang, sudah tentu keamanan negara akan terus wujud serta bebas daripada kucar-kacir.


“Ini adalah risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga, anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji. Sesungguhnya rakyat Malaysia berhak tahu secara nyata sebelum membuat keputusan paling penting bersabit masa depan mereka. Pilihan raya bukan satu uji kaji” - Najib Razak.

"Tempoh lima tahun adalah satu jangka masa lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Pelbagai kemungkinan mahupun sebarang bentuk kerosakkan boleh berlaku, hatta sebuah negara yang berjaya sekalipun boleh tersungkur dan gagal” - Najib Razak

Menurut Najib, penilaian oleh rakyat bagi parti yang sedang menerajui kerajaan boleh dibuat berdasarkan dua kayu ukur.

“Pertama, adakah janji-janji lepas telah ditunai dan dilunaskan? Manakala kayu ukur kedua, adakah janji-janji baru yang dibuat akan lebih membawa manafaat?”.

“Manakala bagi parti yang tidak pernah membentuk kerajaan pula boleh dinilai berasaskan janji yang ditaburkan. Jika janji itu tidak lagi boleh dipegang dan dipercayai, maka lebih selamat untuk rakyat menjauhi parti tersebut”, katanya.


Timbalan Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak memperjudikan nasib mereka dengan memilih parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti untuk mentadbir kerana kesannya amat buruk dan negara akan hancur.

"Mandat yang diberi tidak boleh dipersia-siakan dan rakyat terutamanya para pengundi harus sedar bahaya tersebut kerana jika tersalah pilih, masa depan negara akan musnah" -
Muhyiddin Yassin.

"Soal masa depan negara tidak boleh diperjudikan, jangan nak cuba-cuba pilih pembangkang kononnya untuk lebih baik sedikit, masa depan kita sudah jelas terbukti berdasarkan apa yang telah kita perjuangkan untuk mereka sejak merdeka lagi" -
Muhyiddin Yassin.

"Barisan Nasional (BN) sudah berpengalaman, pembangkang baru dua, tiga tahun memerintah sudah cacamarba. Nak kata adil, tak berlaku adil, kata lebih baik tapi tak juga,"

Pembangkang hanya pandai berkata-kata seperti Burung Kakak Tua

Oleh: Shaimon S Jumadi (Sabahkini)

Musa yakin, pembangkang bukannya kuat kerana mereka hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua dengan menabur pelbagai pembohongan seolah-olah kerajaan tidak bekerja. 

Menurutnya, cara pembangkang berpolitik masih ditakuk lama apabila mereka memainkan isu pembangunan yang kerajaan BN laksanakan demi kepentingan rakyat.

“Contohnya seperti Lajim Hj Okin dan Dr Jeffry Kitingan. Mereka ini tiada orang yang mempercayai mereka berdua kerana tukang lompat macam kodok. Kalau Jeffry Kitingan entah beberapa kali lompat parti. Mungkin ada kalau 10 kali. Inikah sifat-sifat seorang mahu jadi pemimpin yang tidak punya pendirian tetap dan mereka berdua ini pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak bernilai langsung di sisi masyarakat."

Lajim, kata Musa lagi, terlalu berangan-angan tinggi mahu menjadi Ketua Menteri Sabah jika partinya menang. Persoalannya, macam mana boleh jadi Ketua Menteri jika cakap Inggeris pun pelegak-pelegok.

"Yang dia tahu, hanya menyebut perkataan "actually ...actually". Itu sahaja yang dia fasih bertutur Inggeris. Bikin malu saja sama orang Sabah. Kelulusan baru SRP, angan-angan macam Mat Jenin. Temberang sana sini dan cakap tidak serupa bikin."

Tambah Musa lagi, pembangkang cakap itu dan ini, seolah-olah mereka pula yang lebih pandai. Semua pembangunan sedang dan telah kita laksanakan termasuk dari segi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M, semua mendapat manfaatnya.

"Nanti ada lagi BR1M 2.0 yang bakal diagehkan selain macam-macam bentuk bantuan serta inisiatif yang kerajaan kita sedang laksanakan," ujar Musa.

Pada majlis itu, Ketua Menteri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran turut meluluskan permintaan penduduk di Kampung Pulau Nunuyan Laut yang memerlukan sebuah dewan serbaguna.

Beliau juga turut menyampaikan keperluan beg-beg sekolah kepada kanak-kanak di perkampungan berkenaan yang memulakan persekolahan pada awal minggu ini.

Apa guna berjanji kalau tidak boleh ditepati!

Oleh: Shaimon S Jumadi (Sabahkini)
 
KUMPULAN pembangkang ibarat lirik dalam satu lagu klasik popular 'Apa guna berjanji kalau tidak boleh ditepati' (dedikasi buat Lajim dan Anwar) kerana pimpinannya asyik menjanjikan bulan dan bintang tanpa menyedari janji-janji mereka jauh sekali daripada tertunai.

Pembangkang boleh diibaratkan sedemikian rupa memandangkan halatuju mereka tidak menentu; manakan pula mampu menunaikan sesuatu janji yang sukar, apatah lagi rakyat kini semakin matang berpolitik.

Pembangkang juga terbukti hanya pandai berkata-kata apabila masuk kampung dan keluar kampung seperti 'penjual ubat' tanpa memikirkan apa jua bentuk dakyah, mahu pun tohmahan yang dilemparkan belum tentu mempengaruhi rakyat.

"Rakyat sudah matang berpolitik dan tidak mudah terpengaruh memandangkan pembangkang yang hanya tahu bercakap sahaja; belum tentu mereka dapat menentukan kehidupan rakyat yang lebih selesa seperti dilaksanakan kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional atau BN.

"BN terbukti sebagai sebuah kerajaan yang menepati janjinya apabila pelbagai limpahan pembangunan dari segi kemudahan asas dan infrastruktur sehinggalah kepada usaha menyediakan taraf pendidikan yang lebih baik dan bermutu ke arah melahirkan modal insan,” Kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman.

"Saya yakin kepercayaan rakyat terhadap BN tidak pernah berbelah-bahagi kerana perjuangan kita tiada nokhtahnya. Kuasa yang ada adalah semata-mata bagi memakmur dan sekali gus memberikan keselesaan hidup kepada seluruh rakyat jelata di negeri ini.

"Sesiapa pun tidak akan terpinggir termasuk rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar akan menikmati pembangunan yang dirancangkan menerusi konsep 'Janji Ditepati' seperti diilhamkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak," jelasnya.

Musa menyatakan demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Mengundi Nunuyan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pulau Nunuyan Laut, dekat sini, kelmarin.

Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri itu turut meminta rakyat terutama ahli-ahli Umno supaya memperkemaskan jentera parti; termasuk mengenal pasti sebarang bentuk kelemahan khususnya di peringkat akar umbi.

Tambahnya, ia penting bagi membolehkan kekuatan parti tidak akan mudah dibolosi apatah lagi pembangkang kini berusaha menggugat BN dengan melempar dakyah-dakyah yang tidak berasas.

Kata beliau, pembangkang sanggup berbuat demikian kerana tiada cara lain melainkan hanya mendakwa kerajaan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.

Saturday, December 29, 2012

Rakyat Perlu Nilai Setiap Kempen Pembangkang

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, menyifatkan kepimpinan dari parti kumpulan pembangkang sebagai ‘Cakap Tidak Serupa Bikin’ kerana terlalu beriya-iya sangat sehingga sanggup menjanjikan bermacam-macam yang mereka sendiri pun tidak tahu apakah mampu menunaikannya.

Menurut beliau, cara kepimpinan pembangkang ini adalah petanda kepada rakyat terutamanya di negeri ini agar mengambil langkah berhati-hati jangan sampai tertipu memandangkan kesannya terhadap anak cucu cicit serta masa depan negara.

Beliau berkata, rakyat perlu menilai setiap kempen-kempen pembangkang kerana ia hanya membawa persepsi tidak baik berikutan hanya tahu menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja seolah-olah tidak bekerja.

Katanya, pembangkang sedar dengan cara sedemikian untuk mereka meraih sokongan politik kerana tiada lagi pendekatan terbaik melainkan menyalahkan BN dengan melemparkan pelbagai tohmahan dan dakyah termasuk mengeksploitasi sesuatu fakta mahu pun isu.

“Ini tidak baik kerana sanggup melemparkan macam-macam tohmahan. Kita serahkan sama rakyat … rakyat kini sudah matang berpolitik, mereka tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

“Ini juga petanda bahawasanya pembangkang sudah tiada kerja lain melainkan asyik menyalahkan kerajaan sahaja. Mereka tidak nampakkah pembangunan pesat yang sedang berlaku di negeri ini.

“Justeru, rakyat jangan mudah terpengaruh bukan sahaja mengambil kira cara mereka masuk kampung dan keluar kampung dengan melontar pelbagai tuduhan tetapi rakyat kena ingat juga kepimpinannya ini tidak menentu.

“Sanggup rakyat mempertaruhkan masa depan kepada pemimpin yang suka lompat? Macam ‘Lompat Katak Lompat’ ... itu saja kerjanya dari dulu asyik melompat saja,” ujarnya berseloroh sambil diberikan tepukan gemuruh di hadapan kira-kira 500 orang hadirin yang menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Program Shap BN di Dewan Serbaguna Kg Padas, Batu 12, Jalan Labuk, dekat sini, petang kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum, Datuk Zakariah Mohd Edris dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan Awang Supain serta pemimpin masyarakat setempat.

Musa yang juga Adun Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran menegaskan pembohongan pembangkang ini tidak akan dibiarkan kepimpinan BN khususnya Umno sebaliknya parti sudah mengarahkan jenteranya agar menangkis segala tohmahan.

Katanya, ia penting bagi mempastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang yang tidak berasas sama sekali.

Dalam konteks itu, rakyat perlu mengembalikan sokongan padu kepada kerajaan sedia ada demi kesinambungan pembangunan di negeri ini.

Menurutnya, jika inginkan pembangunan yang berterusan maka pangka lambang dacing menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan menolak parti-parti pembangkang.

“Hanya BN yang berlambangkan dacing ini mampu menentukan masa depan kita ke arah lebih gemilang. Buktinya, semenjak pemerintahan BN terutamanya di Sabah … banyak perubahan berlaku.

“Seperti di Libaran umpamanya, perubahan mendadak dari segi pendidikan. Kita wujudkan Hub Pendidikan di Sungai Batang adalah bagi memastikan anak-anak dari seluruh Sandakan tidak perlu lagi pergi jauh untuk menimba ilmu.

“Anak-anak anda boleh menuntut di sini yang menyediakan pelbagai institusi tinggi. Hari ini, kita bangga apabila penuntutnya bukan hanya kalangan warga Sandakan tetapi dari tempat-tempat.

“Inilah janji kerajaan BN melalui usaha dan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” kata Musa.

Wednesday, December 26, 2012

Jangan terpedaya tindakan pihak tertentu yang cuba menghancurkan semangat 1Malaysia di Sabah

 
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman (gambar), berkata Semangat 1Malaysia yang telah lama sebati dan menjadi budaya dalam kehidupan rakyat Malaysia di Sabah hendaklah terus dimantapkan.

Dalam hubungan ini, katanya semangat itu perlu terus dipupuk dan dihayati bagi membolehkan rakyat terus bersatu padu dan bersama-sama bergerak maju untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berjaya.

“Dengan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum dan etnik dan kita bertutur dalam bahasa yang berbeza serta mengamalkan tradisi dan adat resam masing-masing namun kita tetap bersatu, saling mempercayai dan saling menghormati antara satu dengan lain,” katanya dalam Perutusan sempena sambutan Perayaan Krismas kelmarin.

Beliau berkata keamanan dan keharmonian yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu. Mereka berjuang dengan gigih dan mengenepikan perbezaan demi memastikan keamanan dan kesejahteraan untuk masa depan negara dan generasi akan datang.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru kepada seluruh warga Malaysia khasnya di Sabah supaya tidak terpedaya dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang hanya akan menghancurkan kemajuan, kemakmuran dan keharmonian yang telah dibina.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, semangat perpaduan yang kukuh serta keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah bukti perbezaan dalam kalangan rakyat berjaya menyatukan negara ini, sekali gus menjadi inspirasi kepada komitmennya terhadap 1Malaysia.

Sambil menyifatkan kisah Sabah dan Sarawak sebagai ‘kisah 1Malaysia’, Perdana Menteri berkata, kekuatan sebenar Malaysia terserlah apabila rakyat daripada semua bangsa, agama dan keturunan saling hidup dalam keadaan harmoni.

“Sabah dan Sarawak adalah dua negeri terbesar kita, yang terpisah oleh lautan, namun amat penting kepada impian semua rakyat Malaysia bagi sebuah negara yang bersatu dan harmoni.
 
Sumber: New Sabah Times

Wednesday, December 19, 2012

"Musa Aman may likely be charged" (Rafizi said ICAC said)

Here's the thing you'd notice right away:  the Hong Kong ICAC did not say if the Sabah Chief Minister may or may not be charged, it is Rafizi Ramli the PKR dude claiming that the ICAC had told him so. There's a big difference there.
"James To memaklumkan kepada delegasi (KeADILan) bahawa ada kemungkinan besar Dato' Seri Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain."
James To is a member of Hong Kong's Bar Council and the naib pengerusi panel keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC. 

The Hong Kong ICAC did not issue any official statement. James To did not issue any official statement. But Rafizi said James said all that was reported in Harakah in the PAS organ's Monday edition.

I can't imagine the ICAC telling a complainant from Malaysia (who happens to be a member of the Malaysian Opposition party) that the Commission may most likely charge a Malaysian Chief Minister who is the subject of the complaint (and who happens to be the complainant's major enemy) on the strength of the complainant's "bukti-bukti dan dokument". Sounds a little too convenient but that's what Rafizi wants Harakah readers to believe ...

I think he underestimates the Harakah readers' intelligence.

I especially like this part:
"... ICAC memohon kerjasama kami untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan ... Oleh itu, walaupun ICAC tidak akan mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini tidak dibuka semula, kesiriusan dan perhatian yang diberikan mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul."
Jeng, jeng, jeng.
 
Sumber: Rocky's Bru

Friday, December 14, 2012

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

Datuk Lajim Ukin yang mana popularitinya semakin menurun sejak keluar daripada umno, hari ini cuba menggunakan sebaik-baiknya akuan bersumpah beliau untuk menghentam kepimpinan kerajaan negeri Sabah sekaligus untuk mempromosikan diri beliau sebagai pemimpin yang bersih, telus dan berintegriti.

Namun berdasarkan pendedahan Raja Petra Kamarudin melalui artikel Tales From the East, Lajim Ukin sebenarnya sudah lama menjadi beban kepada umno Sabah ekoran skandal rasuah beliau sejak memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri dan parti. Malah, menurut RPK Lajim keluar meninggalkan umno juga didorong oleh sikap tamak beliau yang menuntut balasan berbentuk wang ringgit bagi membayar hutang-hutangnya serta menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya jawatan Ketua Menteri Sabah.

Namun Lajim tidak boleh dijadikan Ketua Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kerana terlalu banyak skandal rasuah beliau yang menurut RPK akan didedahkan pada bila-bila masa sebaik penamaan calon dibuat.

Bukan sahaja RPK, malah Datuk Musa Aman juga tahu skandal rasuah Lajim Ukin. Atas sebab itu Lajim Ukin tidak disenaraikan sebagai "winnable candidate" oleh Datuk Musa Aman bagi membolehkan beliau dicalonkan pada PRU13 nanti. Menyedari masa depannya semakin gelap, maka terpaksalah Lajim keluar meninggalkan umno dan menyokong pembangkang bagi melepaskan dendam kesumat beliau terhadap kepimpinan Datuk Musa Aman, sekaligus untuk mencapai hasrat beliau untuk menduduki jawatan yang lebih tinggi dari Timbalan Ketua Menteri.

Amat pelik apabila politikus seperti Lajim Ukin yang tidak lagi mendapat tempat dalam kerajaan mahupun parti tiba-tiba timbul kesedaran untuk melakukan perubahan bagi menumbangkan kerajaan yang selama ini banyak menyumbang kepada kemewahan beliau. Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika 5 atau 10 tahun lepas? Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika Lajim Ukin dengan rakus membolot projek-projek kerajaan?

Beikut adalah ringkasan pendedahan RPK  berkenaan dengan skandal rasuah Lajim Ukin;
  • Penaja Kewangan Lajim, seorang rakyat Brunei yang berhijrah ke Sabah dikenali sebagai Mr. W, Lajim sendiri dikenali sebagai Mr. J. “J” bermaksud “jackpot”.
  • Pada tahun 2007, sebelum PRU 2008, Lajim telah menjanjikan kontrak bernilai RM50 juta untuk membina Kolej Islam di Beaufort tetapi dia meminta Mr. W supaya membayar komisyen pendahuluan untuk disalurkan ke Tabung Pilihanraya PRU 12.
  • Mr. W telah membayar RM8 juta kepada Lajim.
  • Walaubagaimanapun, Mr. W tidak mendapat apa-apa projek melainkan 55 keping cek yang tidak bertarikh berjumlah RM3 juta. Namun semua cek itu tidak bernilai.
  • Pernah satu masa, Lajim berhutang kepada Ah Long sejumlah RM800,000 dan dia terpaksa menggadaikan dua jam Rolex emasnya untuk membayar hutang tersebut.
  • Projek RM50 juta untuk membina Kolej Islam itu sebenarnya tidak wujud. Dan Mr. W tidak lagi mahu membantu Lajim. (Sebab itu Lajim terpaksa mencari seorang penaja baru)
Sebenarnya, Mr. W mahu wangnya dikembalikan dan sekiranya tidak, dia akan mendedahkan perkara ini. Dan oleh sebab itu, Umno tidak mahu lagi mencalonkan Lajim dalam PRU akan datang. Dan sebab itu juga secara tiba-tiba, Lajim “tersedar” dan kemudiannya menyertai pembangkang untuk membuat perubahan yang kononnya berpaksikan keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, memerangi rasuah, penyelewengan kuasa…dan macam-macam lagi. Sedangkan dialah yang rasuah!

Sekiranya dakwaan ini tidak benar, alangkah baiknya jika Lajim Ukin dapat membuat satu lagi akuan bersumpah bagi menafikan tuduhan ini. Berbanding dengan akuan bersumpah beliau berkenaan dengan skandal RM40 juta, pendedahan RPK ini lebih sarat dengan fakta dan nilai rasuah, cuma nama sebenar penaja Lajim Ukin tidak disebutkan. Jesteru, jika benar Lajim ikhlas berjuang untuk membanteras rasuah, beliau wajar tampil menafikan tuduhan ini, atau ambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.










By: Borneo Bullet

Monday, December 10, 2012

Ulangan Penipuan Scorpene Di Hong Kong

Rafizi Ramli, calon PKR untuk Parlimen Pandan yang dikatakan berpeluang cerah menewaskan Ong Tee Kiat di kawasan tersebut, masih berusaha untuk menonjolkan nama dan dirinya dalam arus politik negara. Selepas ‘kejayaan’ hampir memufliskan NFCorps dan menggelapkan kerjaya politik bekas Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil, Rafizi Ramli mencuba pula nasibnya di Sabah.

Isu wang rasuah RM40 juta cuba digembar-gemburkan dengan bantuan jentera-jentera propaganda PKR dan Pakatan Rakyat yang akan menggerakkan isu berkenaan secara bersepadu dalam tempoh beberapa hari lagi. Mangsanya adalah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Sabah dilihat sebagai deposit untuk ke Putrajaya. Sekiranya PKR dan Pakatan Rakyat berjaya menawan Sabah dari tangan UMNO-BN, peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya adalah lebih cerah. Pun begitu, PKR dan Pakatan Rakyat perlu berhadapan dengan rintangan yang sangat besar untuk menawan Negeri Di Bawah Bayu ini iaitu Datuk Musa Aman, orang yang telah berjaya meletakkan Sabah sebagai salah sebuah negeri yang berdaya saing di Malaysia. Bahkan simpanan tunai Sabah pada tahun 2011, berkali-kali ganda lebih tinggi banyaknya berbanding simpanan tunai Selangor. Begitu juga dengan jumlah dan nilai kemasukan pelaburan ke Negeri Sabah, tercatat sebagai yang paling tinggi berbanding mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

Tidak banyak isu yang boleh digunakan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk menghentam Musa Aman. Walaupun terdapat isu-isu seperti pemimpin-pemimpin tak ada gigi melompat parti, ianya juga bukanlah isu besar, memandangkan pemimpin-pemimpin berkenaan terdiri daripada mereka yang sememangnya bermasalah dan tidak lagi dikehendaki oleh rakyat sebagai wakil mereka, sama ada di Parlimen, mahupun di Dewan Undangan Negeri.

Sebelum ini, PKR merupakan pihak yang paling kuat memainkan isu Scorpene, kapal selam yang mereka dakwa tidak boleh menyelam, tidak boleh menembak peluru berpandu dan tidak boleh belayar sendiri kecuali didayung dengan menggunakan tangan.

Dengan menggunakan bantuan daripada SUARAM, proksi haram sebuah syarikat yang mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada Zionis, PKR cuba mencipta persepsi di kalangan rakyat Malaysia bahawa pembelian kedua-dua buah kapal selam berkenaan hanyalah satu pemborosan dan penyelewengan wang rakyat.

Bukan main lagi sembang PKR dan Rafizi Ramli tentang Scorpene sehingga timbul cerita kononnya, mahkamah Perancis akan mengadakan perbicaraan berhubung pembelian kedua-dua buah kapal selam berkenaan. Namun akhirnya, kebenaran terbukti yang kerajaan dan pihak berkuasa Perancis tidak melayan pun pembohongan Anwar Ibrahim dan PKR. Bahkan perbicaraan yang dikatakan akan diadakan itu, langsung tidak wujud.

Biarpun SUARAM dan Anwar Ibrahim berulang-ulang kali menekankan bahawa memang ada perbicaraan di Mahkamah Perancis dengan menyebut Najib Abdul Razak serta Zahid Hamidi merupakan antara yang akan disapina untuk memberi keterangan, namun cerita sebenar sudahpun diketahui. PKR dan SUARAM ternyata adalah pembohong besar.

Kali ini, perkara yang sama juga berlaku melibatkan RM40 juta dari Hong Kong yang digunakan untuk acara politik UMNO Sabah. Bersungguh-sungguh benarlah Rafizi Ramli dan PKR untuk membina persepsi bahawa mereka telah berjaya membuktikan bahawa wang tersebut adalah wang rasuah UMNO Sabah atau lebih tepat lagi, Ketua Menteri Sabah (setaraf dengan tuduhan Anwar Ibrahim yang makan duit daripada agen-agen luar negara).

Yang pastinya, penipuan ala-ala Scorpene akan berulang dalam kes ini. Buktinya, pada ketika PKR menyatakan bahawa mahkamah Hong Kong akan membicarakan kes tersebut, ahli perniagaan balak Michael Chia dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan. PKR menerusi mulut Rafizi Ramli menyatakan bahawa kes tersebut dibubarkan ekoran tiada sebarang kerjasama daripada Kerajaan Malaysia.

Walhal secara logiknya, kes tersebut berlaku di Hong Kong dan Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa di Hong Kong sama ada untuk mempengaruhi keputusan mahkamah atau perundangan, apatah lagi menyelamatkan Michael Chia daripada didakwa. Malah pegawai-pegawai ICAC sendiri pernah datang ke Sabah untuk melengkapkan siasatan mereka selama sebulan, namun hasil siasatan tetap tidak menemui sebarang petunjuk bahawa wujud unsur-unsur rasuah dalam kes berkenaan.

Rafizi Ramli akan tetap menggunakan modal kononnya kempen sedang dijalankan untuk mempengaruhi badan perundangan Hong Kong untuk membuka semula kertas siasatan, kononnya untuk menjaga imej badan anti rasuah Hong Kong, ICAC agar tidak dimalukan kerana tidak menyiasat dan membicarakan kes yang dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai rasuah.

Keputusan akhirnya seperti yang diketahui… akan sama seperti kes Scorpene di Perancis!


Siasat bertahun-tahun, akhirnya pembohongan Pakatan Rakyat juga yang tersembul keluar...

Sumber: Selangor Daily

Thursday, November 29, 2012

Datuk Musa Aman bijak mengurus kewangan negeri

Sabah bertuah kerana dipimpin oleh Datuk Seri Musa Hj. Aman yang bijak mengurus kewangan negeri, kata wakil Pemuda Umno Sabah, Bahrul Razha Hj. Chuprat.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sabah juga seorang yang bervisi jauh dan selalu mendidik anggota Umno supaya ikhlas dalam perjuangan.

Katanya, kepimpinan Ketua Menteri dapat dilihat melalui kestabilan ekonomi di negeri itu, antaranya harga hartanah sentiasa meningkat dan Bajet Negeri 2013 yang terbaik dengan peruntukan RM4.088 bilion.

“Selain itu, dengan pengurusan kewangan yang baik, pendapatan kerajaan konsisten RM3.8 bilion setiap tahun (2009-2012), rizab wang RM3 billion, Laporan Perbendaharaan Negara (AG): Sabah pengurusan kewangan terbaik dan berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama 12 tahun berturut-turut.

“Pengurusan kewangan yang cemerlang juga berjaya menarik ramai pelabur datang ke Sabah. Setakat Jun 2012, 24 syarikat diluluskan untuk melabur di Sabah dengan nilai pelaburan RM4.86 bilion yang pastinya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan baru,” katanya.
 
Baca Selanjutnya (DISINI)

Tuesday, November 27, 2012

Surat ICAC bukti Musa Aman tidak bersalah

Penguatkuasa anti-rasuah Hong Kong menulis secara peribadi kepada Datuk Musa Aman pada Disember lepas untuk memaklumkan Ketua Menteri Sabah itu bahawa beliau tidak lagi disiasat untuk tuduhan rasuah RM40 juta — sumbangan kepada Umno negeri tersebut, menurut surat yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

Dalam surat pada 22 Disember 2012, Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) menjelaskan kepada ketua menteri itu mereka memulakan siasatan selepas menerima aduan terhadapnya, sambil menambah bahawa ini dikehendaki oleh undang-undang Hong Kong berkenaan dengan rasuah.

Tetapi agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak meneruskan lagi penyiasatan “di atas asas fakta sudah diketahui”.

Surat, yang menggunakan kepala surat ICAC, ditandatangani oleh Ketua penyiasat Tso Wai-Yan dan ditujukan kepada Musa di alamatkan ke pejabat beliau di Kota Kinabalu. Tiada individu lain diberi salinan dokumen itu.

Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menunjukkan kepada The Malaysian Insider gambar surat tersebut daripada iPad, sambil berkata satu halaman surat-menyurat boleh mempertahankan Musa dan Umno terhadap dakwaan daripada pemimpin pembangkang mengenai skandal tersebut menjelang pilihan raya akan datang.

Pemimpin Umno negeri dijangka menghadapi persoalan di perhimpunan agung Umno mulai esok, walaupun mengeluarkan penafian pada hujung minggu.

Abdul Rahman menegaskan bahawa surat itu adalah peribadi dan sulit kerana ianya hanya ditujukan kepada Musa, menunjukkan bahawa agensi telah bertindak secara bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak luar.

“ICAC profesional. Tiada seorang pun diberikan salinan surat tersebut. Mereka menghormati hak tertuduh untuk kerahsiaan,” Abdul Rahman (gambar kanan) memberitahu The Malaysian Insider.

Ahli parlimen Kota Belud pada mulanya berjanji untuk mendedahkan surat pada sidang akhbar Khamis lepas tetapi berkata bahawa nasihat daripada peguam, salinan fizikal dokumen akan disimpan buat masa sekarang dan digunakan sebagai “senjata” Umno Sabah untuk membuktikan Musa tidak bersalah.

Beliau berkata, Ketua Menteri dan Umno Sabah sedang memikirkan tindakan undang-undang terhadap pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, yang kembali minggu lepas dari misi dua hari di Hong Kong untuk menggali maklumat mengenai kes Musa.

“Saya berjanji untuk mendedahkan surat ini tetapi selepas membincangkan perkara itu dengan peguam bagi Ketua Menteri dan Umno Sabah, mereka menasihatkan saya supaya tidak mendedahkan ia kerana akan digunakan jika ada tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

“Ia memang satu pilihan. Rafizi melanggar beberapa undang-undang,” kata Abdul Rahman.

Sebagai contoh, ahli parlimen Sabah itu berkata bahawa selain daripada fitnah, Rafizi melanggar seksyen 29 (4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang melindungi identiti seorang tertuduh.

Seksyen tersebut menyatakan laporan yang dibuat terhadap suruhanjaya tersebut, “hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai-pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang yang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan dibawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu melainkan dengan persetujuan Pendakwa Raya atau pegawai berpangkat Pesuruhjaya keatas.”

Rafizi melobi ICAC untuk membuka semula siasatan RM40 juta terhadap Musa, mendakwa kemungkinan berlaku konspirasi oleh SPRM dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) di sini untuk menangguhkan perkara itu kerana takut memberi kesan pada pilihan raya akan datang.

Sumber: The Malaysian Insider

Monday, November 26, 2012

Pembangkang tidak akan berhenti memfitnah

TERIMA KASIH…..Salah seorang murid menerima sumbangan yang disampaikan oleh Musa sambil di saksikan oleh ADUN Gum-Gum Zakaria, ADR Libaran Juslie dan Ketua Pemuda UMNO Libaran Suhaimi Hj Nasir
Pihak pembangkang sanggup menabur pelbagai fitnah, dakyah dan tohmahan untuk meracuni fikiran rakyat supaya membencikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada sekarang.

Tujuan pembangkang berbuat demikian adalah untuk meraih simpati rakyat demi mendapatkan sokongan padu terhadap perjuangan sia-sia mereka dan ini jelas membuktikan mereka sudah ketandusan idea dalam usaha mencari pengaruh di peringkat akar umbi.

Menurut Ketua Menteri Sabah, pembangkang masuk kampung keluar kampung hanya untuk bercakap bohong dan menabur janji kosong yang sukar dilakukan; sedangkan BN terus bekerja bagi memastikan masalah rakyat terbela, khusus di kawasan luar bandar.

Musa berkata, rakyat Sabah sebenarnya sudah bijak menilai kerajaan yang terbaik untuk mereka kerana keadaan politik di salah sebuah negeri ditadbir pembangkang boleh dijadikan contoh betapa ruginya rakyat sekiranya tersalah memberikan mandat nanti.

Katanya, apa yang berlaku di negeri berkenaan sekarang semacam tidak menentu menyebabkan rakyat tidak lagi sanggup dengan cara pentadbiran kerajaan sedia ada berbanding sebelumnya apabila ia dikategorikan sebagai negeri termaju di bawah pemerintahan BN.

"Mahukah anda dengan pemerintahan yang akhirnya menyusahkan rakyatnya sendiri. Oleh itu, rakyat dapat menilai dengan apa yang berlaku di negeri berkenaan jika dibandingkan dengan kerajaan kita yang kini terus menumpukan pelbagai pembangunan seperti kemudahan asas, infrastruktur, bekalan air, elektrik dan banyak lagi.

"Percayalah, kalau rakyat tersilap pilih nanti seolah-olah memperjudikan masa hadapan generasi akan datang. Ini kerana, pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa apa lagi untuk membawa pembangunan kepada negeri ini.

"Mereka hanya tahu bercakap bohong dan apa yang paling saya kesal ialah mereka mendakwa konon kerajaan kita gagal membawa pembangunan. Saya nak tanya, apa yang kita gagal, beritahu saya? Mereka tidak nampakkah pembangunan pesat bukan saja di bandar tetapi sampai kawasan luar bandar yang terpencil sekali pun, kita laksanakan program pembangunan," jelasnya.

Baca selanjutnya (DISINI)
 
Betullah kata Datuk Musa, pembangkang hanya cakap bohong dan janji kosong. Buktinya Laporan Ketua Audit Negara 2011 berjaya mendedahkan wajah sebenar pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat. Namun pembangkang hari ini lebih advance kerana bohong mereka bukan setakat ke kampung-kampung, malah sudah sampai ke Hong Kong dan Perancis.
 
Disebabkan sikap double standard pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang, lihatlah apa yang berlaku kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat. Negeri-negeri yang mereka tadbir bukannya semakin kaya, sebaliknya pemimpin-pemimpin mereka pula yang kaya-raya. 

Sunday, November 25, 2012

BN bekerja seolah-olah setiap hari adalah pilihanraya - Musa Aman

UMNO-Online : Pada PRU 13 yang akan datang, Sabah adalah antara negeri sasaran pembangkang, bagaimana tahap persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi serangan pembangkang ini?
 
Musa : Kita sebagai parti pemerintah BN apabila diberi mandat kepada rakyat kita terus bekerja, turun ke padang mengetahui masalah rakyat, mendampingi rakyat seperti saranan selalu YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa sebagai wakil rakyat, pemimpin mesti selalu turun ke bawah untuk mengetahui masalah rakyat.

Kita memang bekerja, terus berkhidmat di kawasan masing-masing… ini rutin biasa bukan semasa pilihanraya.. ini beza kita dengan pembangkang kerana parti pembangkang hanya menjelma bila ada pilihanraya… kita tidak kerana kita bekerja seolah-olah hari-hari adalah pilihanraya. Itulah cara kita bekerja di Sabah.

UMNO-Online : Dalam isu keluar parti oleh beberapa pemimpin BN baru-baru ini, pembangkang mencanangkan Sabah bukan lagi negeri “simpanan tetap” BN, kononnya pembangkang mampu menang 16 kawasan Parlimen. Apa pandangan Datuk Seri dalam perkara ini?

Musa : Saya pelik sedikit dengan pembangkang ini kerana mereka suka menggunakan angka 16 ini… dulu mereka kata 16 September mereka ini menubuhkan kerajaan tetapi tidak menjadi, tidak betul jadi ini pula mereka kata 16 kawasan parlimen… takpe la itu mereka kata biar mereka dengan harapan dan janji-janji mereka.

Bagi kita di Sabah ini kita pastikan hubungan kita dengan parti kompenan terus baik, selalu berjumpa, sentiasa berbincang jika ada masalah… yang penting kita sentiasa bekerja, kongsi kuasa dengan rakan kita dalam BN, bantu membantu anatara satu sama lain, bergerak sebagai satu pasukan jadi kita tiada masalah dengan pemimpin-pemimpin BN yang lain… dengan itu kita boleh bekerja dengan baik… dalam cabinet kerajaan negeri pun, kita terdiri dari pelbagai parti dan suku kaum.

Justeru saya yakin BN Sabah akan terus berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya.

UMNO-Online : Nampaknya pembangkang cukup ghairah untuk memancing bekas pemimpin BN untuk digunakan bagi menyerang BN di Sabah?

Musa : Itu perkara biasa.. maklum sekarang ini musim tiba pilihanraya banyak orang menawarkan diri untuk menjadi calon…. kita selalunya beri peluang kepada orang-orang muda walaupun kita juga ada calonkan orang lama dan mereka yang lama dan sudah bersara, sudah lama tak menjadi calon tiba-tiba mahu menjadi calon itu saya rasa aneh sekali kerana bagi saya mereka ini umur pun sudah lanjut haruslah bersara dan membantu parti dengan pelbagai cara bukan cara keluar parti kerana mahu menjadi calon.

Bagi saya itu memberi erti lebih mementingkan diri sendiri daripada parti.. jadi itu bukan cara kita… bagi kita mereka yang berumur ini keluar parti itu jadi calon biarlah mereka…. biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.
 
UMNO-Online : Pembangkang adalah parti yang pakar membuat janji bulan dan bintang, di Sabah mereka menjual pelbagai janji seperti royalty minyak, hak orang Sabah, Sabah didiskriminasi dari sudut pembangunan, kemajuan dan pelbagai dakwaan lagi. Bagaimana UMNO Sabah menangani serangan persepsi jahat pembangkang ini?
 
Musa : Kita telah minta pemimpin dan wakil rakyat kita memberi penerangan tentang soal ini dan beri tahu rakyat tentang kebaikan BN.. selama ini sudah banyak peruntukan, banyak pembangunan kita bawa ke seluruh negeri Sabah, kita belanja beribu-ribu juta ringgit untuk rakyat.

Kita bersyukur sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia sudah tentu kita perlukan bantuan besar.. sebab itu beliau (Perdana Menteri) memberi bantuan besar seperti mana yang kita pohon… Jadi parti pembangkang ini menidakkan perkara yang ada ..pembangkang ini berpura-pura, membutakan mata, mentulikan telinga seolah-olah mereka tidak tahu tentang kemudahan jalan raya, sekolah, hospital dan pelbagai lagi kemudahan prasarana… ini semua pembangunan yang dibuat BN… jadi rakyat tahu untuk menilai siapa yang benar dan siapa yang salah, mana batu mana permata..

Justeru ini kita beritahu kepada rakyat jangan kita terperangkap, terkeliru oleh pembangkang dan anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab ini… dan janji bulan bintang pembangkang ini adalah satu cakap bohong, janji kosong dan saya yakin rakyat Sabah pun tahu.

UMNO-Online : Pembangkang mencanangkan perlu ada pembangkang yang kuat di Sabah untuk 'check & balance' bagi memastikan tiada penyelewengan dan nasib rakyat dibela. Apakah rakyat Sabah akan termakan dengan dakwaan ini?

Musa : Itu cuma tipu helah pembangkang pasal mereka tidak ada isu lain… sekarang pun terbukti..dengan adanya satu pembangkang di dewan DUN.. kami tak rasa kami complacent, tidak mahu bekerja… tidak.. yang penting bagi kita bila kita dipilih oleh rakyat kita anggap ia satu tanggungjawab, amanah rakyat yang mana kita kena pikul dengan penuh tanggungjawab, dengan penuh amanah..oleh itu kita bekerja.

Jadi bagi saya ada atau tidak pembangkang tidak menjadi masalah..bagi kita yang penting bila kita diberi mandat, bila kita diberi kepercayaan rakyat kita gunakan, kita usahakan sebaik yang boleh supaya rakyat tidak kecewa dengan memilih kita sebagai wakil rakyat dan kerajaan BN.

Jadi saya rasa rakyat tahu, rakyat faham bahawa BN adalah parti yang sentiasa bertanggungjawab, sentiasa peka dengan masalah rakyat, sentiasa menunaikan janji. Kita selalu kalau kita berjanji kita tepati janji kita. Walaupun saya akui memang ada janji kita yang belum dapat selesaikan tapi yang penting kita sedar dan kita berusaha janji-janji ini akan kita selesaikan satu persatu ikut priority dari masa ke semasa.

UMNO-Online : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sering menekankan bahawa antara kriteria penting dalam berdepan PRU 13 nanti adalah BN akan meletakkan calon “winnable candidate”. Boleh Datuk Seri beri pandangan calon “winnable candidate” dalam konteks BN di Sabah terutama UMNO?

Musa : Bagi saya seperti yang dinyatakan YAB Perdana Menteri winnable candidate ini ialah calon yang disenangi rakyat, yang punya displin, yang bertanggungjawab, yang mudah didekati rakyat dan banyak lagi tapi yang inilah antara yang penting.. sudah pasti calon itu ikhlas, yang jujur berjuang, mengutamakan parti dari diri sendiri.. saya rasa inilah ciri-ciri yang boleh menang pada pilihanraya nanti sebab calon inilah yang dikehendaki Perdana Menteri kita.

Kita berjanji siapa saja yang dicalonkan atau yang dipilih oleh PM nanti Insyaallah akan kita beri sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi untuk pastikan calon ini memperolehi kemenangan besar.

UMNO-Online : Konsep 1Malaysia dikatakan telah lama diaplikasikan di Sabah dan ia merupakan satu kekuatan BN di negeri ini. Bagaimana konsep ini dapat terus dipertahankan sekaligus menjadi salah satu kekuatan BN Sabah untuk terus mendapatkan sokongan rakyat?

Musa : Apabila Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia ini, beliau pergi ke Sabah dan mengatakan Sabah adalah role model.. kerana beliau juga sedar seperti yang kita semua tahu Sabah ini sudah lama kita amalkan cara konsep 1Malaysia ini di mana kita walaupun terdiri daripada pelbagai suku kaum, agama dan budaya tapi kita boleh hidup dalam keadaan aman sentosa dan harmoni, saling bantu membantu antara satu sama lain… kita rayakan setiap perayaan kaum bersama… secara natural ia mewujudkan perasaan kekitaan dan jadi ia tidak mendatangkan masalah.

Dengan adanya perpaduan in sudah tentunya kita akan mendapat jalan tugas kita sebagai pemerintah dengan lebih mudah kerana tidak ada perpecahan, tidak ada pergaduhan.. jadi dengan itu kita menolak sekeras-kerasnya cara parti pembangkang yang mana menggunakan kekerasan dengan demonstrasi jalanan, buat kacau sana sini… ini bagi kita adalah cara samseng, orang yang tidak bertanggungjawab.

Kita mahu wujudkan perasaan kekitaan bantu membantu, bersatu padu…dengan ini apa jua masalah timbul akan dapat kita selesaikan… kita juga apply perkara ini dalam politik.. dengan adanya kerjasama dengan UMNO dan parti-parti yang lain maka calon-calonnya dapat kita pastikan samada dari UMNO atau komponen BN lain kita sokong dan pastikan kemenangan… inilah cara untuk kita pastikan bahawa Sabah ini terus kuat, kukuh dan bersatu padu.

UMNO-Online : Sabah baru-baru ini mengumumkan bajet 2013 iaitu bajet terbesar dalam sejarah negeri itu sebanyak RM4.088 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM40 juta berbanding RM4.048 juta sebelum ini. Apakah bajet ini mampu menutup pelbagai fitnah pembangkang?

Musa : Alhamdullilah saya dapat bentangkan bajet RM4.088 billion.. ini menunjukkan bahawa kita mempunyai keadaan kewangan yang kukuh dan kita telah diberi pengiktirafan oleh Auditor General Malaysia yang mengatakan bahawa Sabah adalah one of the best state dari segi pengurusan kewangan yang terbaik… jadi alhamdullilah ini hasil daripada apa yang saya katakan tadi usaha kita iaitu usaha semua kerana kerja bersungguh-sungguh.

Awal-awal lagi saya tekankan pentingnya kita mengamalkan keikhlasan, kejujuran, ketelusan dalam kita mengurus kewangan negeri dan saya ingatkan juga jangan membazir, belanja berhemah dan ini semua unsur-unsur yang telah saya perkenalkan. Alhamdulliah walaupun kita mampu berbelanja lebih 4 ribu juta tapi kita masih ada reserve 3 ribu juta dan ini merupakan bahawa kewangan Sabah berada dalam keadaan kukuh.

Jadi apa jua fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri, pemimpin itu memang cara pembangkang kerana kita sedar pembangkang tidak ada isu yang lain, kalau di Sabah ini mereka tiada isu… kita berkerja dengan baik, rakyat menerima kita dengan baik maka isu mereka hanya membuat fitnah, lontarkan macam-macam hasutan kepada rakyat Sabah tapi saya percaya rakyat Sabah bijak menilai adakah kita telah menjalankan tugas dengan baik… biarlah pembangkang dengan cara mereka dengan membuat macam-macam tuduhan, andaian, fitnah, hasutan… itu cara pembangkang. Kita kena sedar kalau pembangkang tidak buat begitu mereka tidak akan ada isu untuk dibawa ke Sabah.

Yang penting dengan ada peruntukan ini kita dapat agih-agihkan kepada seluruh negeri Sabah atau rakyat Sabah supaya mereka dapat manfaat hasil dari perancangan rapi… ditambah dengan peruntukan dari semenanjung dengan bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri… saya percaya ini pelengkap untuk pastikan apa jua perancangan, apa juga projek yang akan dirancang akan dilaksanakan dengan baik oleh kakitangan kerajaan, bekerjasama dengan komponen parti.. saya percaya ia akan dapt hasil dan manfaat yang baik… inilah harapan kita bahawa inilah yang kita mahu supaya rakyat sedar bahawa inilah kerajaan BN yang sentiasa bersedia membantu dan membela rakyat bukan saja di Sabah tapi di seluruh Malaysia.
 
UMNO-Online : PRU 13 akan berlaku pada bila-bila masa, sudah pasti dengan 25 kawasan parlimen serta rekod prestasi BN Sabah sebelum ini menjadikan Sabah adalah kubu kebal bagi BN. Justeru adakah rekod ini masih mampu dipertahankan?
 
Musa : Insyaallah kita akan berusaha, bekerja.. sudah pasti kita sebagai parti UMNO kita bekerja keras, bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain..saya yakin dengan adanya kerjasama ini saya percaya kita akan beroleh kejayaan.

Yang penting sekarang saya rasa kita lebih fokuskan bahawa siapa saja yang dipilih sebagai calon kita, kita mesti sokong sepenuhnya.. jadi dengan adanya kerjasama ini, persefahaman ini, bertolak ansur antara satu sama lain insyaallah kita akan menempa kejayaan BN yang besar. (MediaUMNO)
 
Sumber: Sabahkini