Showing posts with label APS. Show all posts
Showing posts with label APS. Show all posts

Friday, July 5, 2013

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Antara APS Dan PKR Sabah?

Apa sebenarnya yang berlaku antara Wilfred Bumburing dan PKR Sabah? Kenapa tiba-tiba Bumburing terfikir untuk menyertai DAP atau menubuhkan parti baru selepas memenangi kerusi DUN Tamparuli atas tiket PKR? Walaupun dalam kenyataan beliau bahawa Angkatan Perubahan Sabah (APS) tetap menyokong PR, namun jika benar beliau bertindak menyertai DAP atau menubuhkan parti baru dalam masa terdekat ini, spekulasi serta persoalan tidak mungkin boleh dielakkan begitu sahaja. Pasti ada sebab kenapa Bumburing enggan bersekongkol lebih lama dengan Anwar Ibrahim menerusi PKR sedangkan sebelum ini beliau tampil penuh bersemangat berjuang bersama-sama ketua pembangkang hipokrit itu.

Dalam fikiran saya, mungkinkah disebabkan persengketaan dan perang mulut antara Bumburing dan ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah? Semua rakyat Sabah tahu bahawa sejak Bumburing ditabalkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Tuaran, ramai pihak terutamanya dikalangan ahli-ahli PKR negeri ini membantah keras pencalonan itu kerana Bumburing bukan ahli PKR, malah Bumburing juga hanya berjinak-jinak dengan PKR selepas sedar dirinya gagal mendapat perhatian pucuk pimpinan untuk menjadi calon PRU13 ketika masih bersama-sama dalam Barisan Nasional. Kegagalan Anwar memberikan keadilan serta autonomi kepada PKR Sabah dalam membuat keputusan, akhirnya memaksa Ansari mempertaruhkan anak perempuannya Erveana untuk menentang Bumburing menerusi tiket bebas.

Saya pasti konflik dikalangan ahli-ahli PKR dan APS tidak berhenti setakat 5 Mei 2013. Malah mungkin menjadi lebih kritikal selepas jangkaan ahli-ahli PKR Tuaran bahawa kerusi Parlimen itu akan terlepas ketangan BN benar-benar menjadi kenyataan angkara gandingan songsang Anwar dan Bumburing. Maka benar jugalah teori penulis sebelum ini bahawa ribut kencang yang melanda restoran Singgah Singgarung sebaik ceramah politik Pakatan bermula bagi meraikan kehadiran Lajim dan Bumburing dalam Pakatan Rakyat adalah petanda buruk bagi gabungan pembangkang itu. Walaupun kita tidak melihat keretakan dalam kerjasama singkat antara PKR dan APS, namun kita juga tidak boleh menolak kemungkinan bahawa wujud asakan atau desakan dari dalam sehingga memaksa Bumburing memecahkan keegoan sendiri dengan menyusun langkah kebelakang.

Atau mungkin juga Bumburing sedar bahawa PKR tidak mampu menjanjikan masa depan politik yang cerah untuk beliau selepas melihat prestasi buruk parti itu pada pilihanraya umum yang lepas. Jesteru, beliau terpaksa menyenaraikan DAP sebagai alternatif lain bagi menyelamatkan karier politiknya memandangkan parti itu jauh lebih menyerlah berbanding dengan PKR. Namun, selagi Bumburing berada dipihak pembangkang, walau apapun keputusan yang dibuat, hasrat beliau untuk melihat Pakatan memerintah negeri ini tidak mungkin akan tercapai kerana BN tetap menjadi pilihan majoriti rakyat di negeri ini.

Wednesday, May 8, 2013

Punca Sebenar Kekalahan Wilfred Bumburing Adalah Ansari dan Anwar

IT CAN'T be denied that the result of the just concluded 13th general election is against the electoral mood of the majority of the people who have voice out their sentiments of change. This sentiments for change was overshadowed by the massive amount of money being used and distributed on the eve of polling day. The manipulation of a huge number of illegals immigrants who have been issued myKad under the Projek IC was among the major set back for the opposition candidates. - SABAHKINI
Dimana pembangkang kalah, disitulah kononnya berlaku penipuan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan kerusi Tamparuli yang dimenangi oleh Wilfred Bumburing? Adakah di kawasan itu, PKR pula yang melakukan penipuan? Walaupun PKR belum membentuk kerajaan diperingkat persekutuan, namun dengan kekayaan luar biasa Anwar Ibrahim, parti itu juga berpotensi melakukan penipuan melalui sogokan kepada pengundi. Malah ada dakwaan bahawa Pakatan mengupah warga asing sebanyak RM500 untuk "berlakon" sebagai pengundi, yang kemudiannya ditangkap oleh petugas-petugas Pakatan sendiri dan menuduh SPR dan BN melakukan penipuan itu.

Cukup-cukuplah berbohong.. Terimalah kekalahan seadanya.. Takkan Bumburing masih tidak serik-serik menipu selepas pembohongannya terkantoi melalui "Skim Cepat Kaya" IPC.. Malah Bumburing juga kantoi menipu Ansari Abdullah, Ketua Cabang PKR Tuaran sehingga memaksa Ansari mengambil tindakan dengan mencalonkan anaknya sendiri di Parlimen Tuaran menggunakan tiket Bebas.

Pemimpin seperti Bumburing ini bukan saja harus ditolak, malah beliau juga seharusnya ditentang habis-habisan kerana umum melihat bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang mendahulukan aspirasi rakyat. Bumburing telah menjadi pengkhianat kepada kaum KDM suatu ketika dahulu apabila beliau telah mencuba dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan 'Huguan Siou', Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pengkhianatan Bumburing tidak akan berhenti selagi nafsu beliau belum dipenuhi. Sebab itu beliau tubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang sehingga hari ini masih tidak kelihatan peranan pertubuhan itu melainkan sekadar menjadi kuda tunggangan PKR untuk mendapatkan sokongan kaum KDM di negeri ini. Hanya kerana mahukan sesuatu ganjaran yang lebih besar dari Anwar Ibrahim, Bumburing sanggup bersekongkol dengan parti yang mana ketuanya pernah mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari, dan tiga macai-macainya pernah terbang ke Manila sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu berlaku.

Dari PRU10 hinggalah PRU13, sikap angkuh Bumburing tidak pernah pudar. Ketika PRU10 yang berlangsung pada tahun 1999, Bumburing tewas dalam pertandingan di DUN Tamparuli; ketika itu menentang calon PBS, Edward Linggu. Pada ketika itu jugalah Bumburing berjanji akan 'telanjang bulat' berjalan kaki dari pekan Tenghilan hingga ke Kiulu... kenapa beliau tidak tunaikan janjinya??

Begitu jugalah pada PRU13 ini dimana Bumburing dengan sikap angkuh cuba membayangkan dirinya sebagai seorang pemimpin agung KDM serta berlagak sebagai hero yang membela nasib kaum KDM. Disebabkan sikap angkuh itu, maka beliau enggan menerima kenyataan mengenai kekalahan beliau di Parlimen Tuaran, dan dengan serta-merta membuat pelbagai tuduhan kononnya berlaku penipuan di kawasan yang diwakili beliau.

Sepatutnya, Bumburing menuding jari kearah Ansari Abdullah dan juga Anwar Ibrahim kerana merekalah punca sebenar kekalahan beliau di Tuaran. Jika Anwar mendengar tuntutan ketua cabang PKR Tuaran, usaha mensabotaj calon tidak akan berlaku di kawasan itu.

Friday, April 26, 2013

Konflik PKR Sabah Semakin Parah: Ahli PKR ditumbuk penyokong APS

KOTA KINABALU: Seorang ahli PKR membuat laporan polis setelah mendakwa ditumbuk oleh penyokong pakatan parti itu, Angkatan Perubahan Sabah (APS) dalam satu kejadian di pasar Pekan Tamparuli, Rabu lepas.

Difahamkan mangsa yang berusia 40an dikatakan telah terserempak dengan rombongan calon kerusi Parlimen P170 Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing dan bertanyakan sesuatu dalam insiden berlaku sekitar jam 10 pagi itu.

Bagaimanapun sejurus kemudian, mangsa telah didatangi salah seorang pengikut rombongan terbabit sebelum ditumbuk di bahagian badan.

Jurucakap bagi PRU13 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Supt Mohd Azhar Hamin dalam satu sidang media mengesahkan kejadian itu dan polis masih melakukan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Kita masih menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dan suspek masih dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan kes berasingan, beliau berkata empat lelaki tempatan telah ditahan polis di atas pelbagai kesalahan bersempena kelangsungan kempen Pilihan Raya Umum ke – 13 (PRU13) ini.

“Polis telah menahan empat lelaki yang berusia 20 hingga 30an atas beberapa kesalahan sepanjang tempoh kempen PRU13 bermula.

“Antara kesalahan adalah membawa pisau ketika berkempen di Ranau dan kes sehingga mendatangkan kecederaan di Batu Tujuh, Sandakan baru-baru ini,” katanya.

Mohd Azhar turut berkata sebanyak lapan laporan polis di seluruh Sabah diterima sejak 24 April sehingga kelmarin dan tujuh daripadanya telah dibuka kertas siasatan yang membabitkan antara lain kesalahan iaitu ceramah tanpa permit dan kehilangan bendera.


Dari pemimpin hinggalah ke penyokong-penyokongnya, semuanya ganas-ganas belaka.. Hasil didikan Anwar?

APS yang baru sahaja bersekutu dengan PKR bukan sahaja gagal membantu Pakatan Rakyat untuk memastikan BN tumbang di Sabah pada PRU kali ini, malah cuba menjadi parti dominan, tamak, angkuh dan ganas. Apalah salahnya jika masalah dalaman (antara Ansari dan Bumburing) itu dibawa berbincang? Hal-hal remeh seperti inipun Anwar tidak mampu selesaikan..?

Sia-sia saja Anwar tabur wang ringgit serta janji-janji manis semata-mata untuk "mengumpan" Wilfred Bumburing supaya keluar meninggal BN dan bersekutu dengan PKR. Usaha Anwar menggunakan khidmat "katak" bagi melaksanakan misi rampasan kuasa bukan sahaja bakal menemui jalan buntu, malah mungkin akan menjadi masalah besar kepada PKR sekiranya Anwar masih buat-buat bodoh mengenai konflik PKR di Sabah.

Bermula dengan protest terhadap keputusan pemilihan calon, sehinggalah perang mulut antara Ansari Abdullah dengan Wilfred Bumburing.. Kini berlaku pula insiden tumbuk-menumbuk antara ahli dan penyokong.. MASIH LAYAKKAH MEREKA DIGELAR PEMIMPIN??

TATAP BN BAH!!

Friday, April 12, 2013

Sabah PKR not getting along with PPPS, APS

Kota Kinabalu: Relations between opposition party, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and ally, Sabah Reform Movement (PPPS) and Sabah Reform Alliance (APS), appear to have soured as the election draws closer. 

Sabah PKR leaders appear to be 'jealous' of the two non-governmental bodies' leaders Datuk Lajim Hj Ukin (PPPS) and Datuk Wilfred Bumburing (APS), over the attention they are getting from Pakatan Rakyat (PR) leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Keadilan member, Ag Maidin Hj Ag Apong claimed, on Thursday, there have been instances whereby the Sabah PKR has 'stepped on the toes' of both groups, with the most recent ones being clashing events a week ago. 

"PKR had organised an event where Bumburing's APS also had theirs. 

They seemed trying to woo APS voters for themselves although both are working on the same boat," he claimed. 

He also said PKR leaders are also entering the areas of other opposition members such as his constituency - Karambunai. 

Although the PKR candidate list has not been announced yet, Ag Maidin claimed PKR had named an outsider for the seat, replacing him although he had stood for the party in 2008 and lost to Umno's Datuk Jainab Ahmad. 

This had prompted him to eye the Sepanggar seat as an independent ticket following the demands of his supporters, apart from proving to the PKR leaders they had made a mistake on choosing the candidate. 

"They (PKR) claimed they are fielding a 'winnable candidate'. He's an outsider for Karambunai. Already, the PKR election centre has been set up for him," he said, without revealing the name of the person, claiming only that he is a PPS member from Beaufort. 

Ag Maidin said, although he is under the PPPS, its President, Lajim has respect for the areas of others. 

He claimed he has the strong backing of the communities in Karambunai majority of them Bajau-Brunei numbering some 10,000. 

"I had also garnered a total of 4,896 votes in the previous election despite losing to Jainab," he said. -DE

Tuesday, February 12, 2013

SAPP dan STAR hanya bermain di celah-celah dan akan hilang di tengah-tengah kata Bumburing???

- Pakatan Rakyat (PR) sangat yakin mereka tidak memerlukan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Sabah.

- Barisan pembangkang di Sabah amat sesak, dengan tiga parti PR DAP, PKR dan PAS, sekutu baru APS dan PPPS, dan dua parti pembangkang lain SAPP dan STAR.

- Semua tujuh pergerakan politik sebelum ini mahu bersatu menentang BN tetapi kegagalan pengagihan kerusi menyebabkan pilihan raya akan datang mungkin akan menyaksikan pertandingan tiga atau empat penjuru melawan BN. 

- Ketua APS Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing berkata, keengganan SAPP untuk mengalah dari permintaan yang “tamak” untuk bertanding sekurang-kurangnya lebih separuh darpada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan rundingan kerusi mereka dengan PR mengalami kebuntuan. 

- Beliau memanggil ketua SAPP sebagai “anggur masam” kerana memulakan peperangan mulut terhadap dirinya dan seorang lagi sekutu baru PR Sabah, Ketua PPPS Datuk Seri Lajim Ukin, selepas menyedari permintaan kerusi parti mereka akan ditolak. 

- Datuk Yong Teck Lee menyamakan kedua-dua lelaki itu sebagai kerbau yang dicucuk hidung, mengatakan kedua-duanya terpaksa tunduk kepada pemimpin-pemimpin PR di Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya umum akan datang. 

- Bumburing dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider berkata, “Beliau (YTL) hanyalah anggur masam. Mengetahui peluangnya dengan PR hampir gagal, beliau cuba untuk mengeluarkan kata-kata mengarut untuk merendahkan kami.” 

- “Beliau (YTL) hanya mahu menyertai perjuangan dengan cara ini kerana mahu menjadi ketua menteri sekali lagi ... ia hanya kepentingan peribadi beliau. Jadi beliau begitu terdesak untuk mempunyai cara beliau ... ini adalah peluang terakhir untuk beliau menjadi ketua menteri,” tegas Bumburing. 

- “SAPP dan STAR hanya bermain politik di celah-celah ... mereka akan kekal hilang di tengah-tengah,” kata Bumburing. 

- “Kami sentiasa berminat dalam berkongsi kerusi dengan SAPP tetapi malangnya, mereka tidak dapat menyertai kami. Jadi sekarang, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk bergerak ke hadapan antara PR, APS dan PPPS,” 

- Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengatakan SAPP telah secara rasmi dikeluarkan dari rundingan kerusi bersama PR, oleh kerana parti berasaskan Sabah itu enggan mengalah dari menuntut sekurang-kurangnya separuh daripada 60 kerusi DUN Sabah. 

- Hujah Yong adalah kuasa pentadbiran Sabah untuk kekal di tangan rakyat Sabah, hanya parti berasaskan negeri perlu bertanding sejumlah besar daripada 60 kerusi.

Friday, February 8, 2013

Pembangkang Sabah diambang perpecahan

KUALA LUMPUR : Pembangkang di Sabah kelihatan berada diambang perpecahan terbesar dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan dua sekutu baru Pakatan Rakyat (PR) dalam peperangan mulut yang boleh menggagalkan impian mereka merampas negeri itu pada Pilihan Raya 2013. 

Dengan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP di satu pihak, dan bekas orang kuat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin di pihak yang lain, kedua-dua puak secara terbuka berperang mulut dan salah menyalahkan, dengan setiap pihak menuduh yang lain tamak politik dan enggan bersatu menentang BN. 

Bumburing dan Lajim, kedua-dua ahli parlimen, kini masing-masing memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), dua pergerakan politik mesra PR- dibentuk tahun lalu selepas meninggalkan jawatan dalam BN. 

Yong (gambar) telah menyamakan Bumburing dan Lajim seperti kerbau yang dicucuk hidung, mendakwa kedua-duanya melobi kawan baru PR mereka di Semenanjung untuk bertanding dalam pilihan raya. 

“Mereka tidak mempunyai pilihan selain dari ‘kowtow’ kepada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa ke Kuala Lumpur untuk melobi menjadi calon,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam. 

Bekas ketua menteri Sabah itu juga menuduh kedua-dua lelaki tersebut memberikan hadiah mahal seperti udang galah, udang harimau dan sarang burung kepada pemimpin PR di ibu kota “semata-mata untuk terpilih sebagai calon”. 

Yong juga menambah mereka tidak berupaya untuk mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan autonomi Sabah — kunci perjuangan bagi kempen politik SAPP. 

Pengarah Informasi dan Komunikasi APS Lesaya Lopog Sorudim tidak menyerah kalah dengan mengatakan Yong dan SAPP “rabun politik” dan “melucutkan” isu. 

“Bolehkah sesiapa yang berfikiran waras cuba membayangkan Bumburing dan Lajim turun dari kapal terbang di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL) dengan berbaldi-baldi udang harimau atau udang galah atau ikatan sarang burung di bawah ketiak mereka yang kononnya diberikan kepada beberapa pemimpin di Kuala Lumpur dalam usaha untuk dipilih sebagai calon?” katanya dalam satu kenyataan melalui emel. 

Sorudim juga mengadu kenyataan Yong adalah sama seperti menuduh Bumburing dan Lakim memberi rasuah, memberi satu peringatan bahawa kedua-dua lelaki itu telah meninggalkan kedudukan enak mereka dalam BN untuk menyokong perjuangan pembangkang di Sabah. 

Ahli Parlimen Tuaran Bumburing merupakan bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) manakala ahli parlimen Beaufort Lajim dahulunya ketua bahagian Umno dan anggota majlis tertinggi. 

“Biar saya ingatkan Yong Teck Lee sudah beberapa kali dalam ucapan Bumburing yang didengari oleh ribuan orang mengatakan jika beliau dapat membantu penubuhan kerajaan baru menggantikan BN tanpa perlu menjadi calon, beliau akan menjadi lelaki paling gembira di dunia,” tulis Sorudim dalam emelnya. 

Beliau mengatakan Yong bukan sahaja menghina kedua-dua Bumburing dan Lajim, tetapi Sabah secara umum, dan sebahagian besarnya orang-orang Kadazandusun dan Murut (KDM), dan masyarakat Melayu, yang beliau melihat kedua-duanya sebagai “pembawa bendera”. 

The Malaysian Insider difahamkan, Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi KDM di Sabah untuk memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu. 

Terdapat ramai pembangkang di Sabah, dan menjelang pilihan raya umum ke-13 ini , mereka berebut jumlah kerusi dari 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan. 

PR, pakatan pembangkang yang ditubuhkan di Semenanjung selepas kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya 2008, melihat ini adalah peluang untuk menjatuhkan gabungan pemerintah itu dari kubu mereka di Sabah. 

Tetapi penduduk Sabah mula bersifat kenegerian apabila pembangkang di negeri itu mula menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah”, yang menyebabkan rasa benci ke atas Malaya oleh penduduk tempatan. 

Seperti SAPP, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pentadbiran negeri harus dikuasai parti Sabah. 

Kedua-dua PR dan SAPP masih belum berbincang dengan Jeffrey yang mahu meletakkan calon di majoriti kerusi atau semua 60 kerusi negeri. 

Tetapi dengan SAPP yang masih mahu bertanding di sebahagian besar kerusi, dan PR masih tidak mahu berganjak, ia dilihat bakal menjadi pembangkang yang rapuh dalam menghadapi gergasi BN untuk merebut Sabah pada pilihan raya akan datang. 

The Malaysian Insider melaporkan Selasa lepas perbincangan kerusi antara PR dan SAPP dihentikan buat sementara waktu, menurut Bumburing. 

Yong tidak menolak bahawa partinya menunggu PR membuat keputusan bagi menentukan formula kerusinya untuk tiga parti, Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diketuai Lajim. 

Tetapi, dengan SAPP sudah bertembung dengan PR dalam rundingan kerusi untuk pilihan raya, peperangan mulut terbaru parti itu dengan Bumburing dan Lajim boleh membawa kepada kebuntuan dan boleh menyebabkan pertandingan tiga atau empat penjuru semasa pilihan raya. 

Memberi respon tentang ini, Sorudim merasa terkejut Yong dilihat menghalakan serangannya kepada rakan pembangkang di Sabah berbanding BN. 

“Sepatutnya mereka menyerang BN dan Umno, menghairankan SAPP memilih untuk menyerang rakan-rakan pemimpin pembangkang Sabah. 

“Ini hanya membuktikan bahawa matlamat utama SAPP dan objektif adalah untuk mendapatkan kuasa politik untuk diri mereka sendiri. 

“Ini juga menunjukkan mereka tidak lagi berminat dalam apa-apa bentuk persefahaman pilihanraya dan pakatan dengan kumpulan pembangkang lain di Sabah pada PRU 13 akan datang,” katanya. 

Terdapat 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen di negeri Sabah, yang sering dikatakan sebagai deposit tetap BN bersama jirannya Sarawak. - The Malaysian Insider

Saturday, January 19, 2013

Apa peranan sebenar Bumburing?

KOTA KINABALU : Wiramuda (Youth) Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah mempersoalkan apakah sebenarnya peranan Datuk Seri Wilfred Bumburing dalam bersekongkol dengan PKR; tetapi tidak pula menyertai terus parti Semenanjung itu.

Sebagai respon kepada kenyataan Bumburing yang keterlaluan menganggap Star sebagai pemecah undi, ingin saya jelaskan bahawa Star mempunyai matlamat yang jelas menerusi apa yang kami panggil Agenda Borneo, lama sebelum kewujudan APS.

Kami menentang dasar Barisan Nasional yang menafikan hak rakyat Sabah. APS baru muncul semalam tetapi terus mendakwa berjuang yang sama sedangkan perjuangan yang dilaungkan APS hanyalah mengulang lidah perjuangan pemimpin Star, Dr Jeffrey Kitingan yang amat konsisten dengan perjuangannya sejak tahun 80-an.

Jika Bumburing benar-benar jujur membantu Pakatan Rakyat, mengapa dia tidak terus menjadi ahli PKR saja? Bahkan Bumburing pernah berkata jika tidak dilayan PKR kelak sesudah menang, dia akan keluar, jadi keluar ke mana? Ke BN kembali?

Tidakkah Bumburing sedar sebenarnya beliaulah pemecah yang nyata bukan hanya dalam pembangkang tetapi juga dalam PKR Sabah sendiri. Seluruh rakyat tahu Bumburing kini menentang rakan sebantal dan seselimutnya puluhan tahun ini hanya kerana tidak lagi dicalonkan oleh Upko-BN pada pilihanraya akan datang ini.

Jadi siapa sebenarnya yang cari makan? Pernah bermaharajalela sebagai ejen BN dan kini jadi ejen PR, sebuah lagi parti besar dari Semenanjung, untuk memecahbelahkan orang Sabah termasuk mereka yang sudah pun mula berkumpul di bawah naungan Star dan Pakatan Borneo.

Kini ramai anak muda termasuk guru-guru yang langsung tiada latar belakang politik sebelum ini kini bersama Dr Jeffrey membantu beliau mencapai apa yang sebenarnya dihasratkan oleh rakyat tulen Sabah untuk mengembalikan kuasa politik kepada parti Sabah serta membebaskan Sabah dari belenggu penjajahan parti Malaya.

Saya menyeru semua rakyat Sabah marilah bersatu di bawah Star berjuang menuntut hak kita sehingga kita juga dapat apa yang Wilayah Acheh perolehi di negara jiran Indonesia. Perjuangan Star sebenarnya sudahpun mula membuahkan hasil di mana pihak-pihak berkenaan mula mendengar tuntutan kita tetapi kalau kita dipecahkan oleh ejen musuh, nescaya mereka tidak akan mendengar kita sebab kita lemah dan dilemahkan seperti apa yang dilakukan semalam ini oleh BN-Umno dan juga cuba ditiru oleh PR-PKR. - Sabahkini

**Belumpun pilihanraya, pembangkang Sabah makin rancak bercakaran.. LAIN KALI LAH!!