Showing posts with label Sarawak Report. Show all posts
Showing posts with label Sarawak Report. Show all posts

Friday, August 9, 2013

Selepas gagal memfitnah, See Chee How kini menjadi peguam membela pemfitnah

Peguam See Chee How yang mewakili pemilik portal Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bagi kes saman terhadap artikel fitnah bertajuk "Dirty Dayak Datuks – BN crony candidates” meluahkan rasa kesal beliau kerana kerajaan negeri Sarawak masih belum menunjukkan tanda-tanda bahawa penulis asing itu dibenarkan memasuki semula negara ini. Brown menyedari bahawa dirinya tidak dibenarkan memasuki negara ini selepas dihalang memasuki Sarawak pada 3 July lalu.

Entah apa istimewanya penulis asing ini sehingga peguam yang juga orang kuat PKR Sarawak bersungguh-sungguh mempertahankan beliau berbanding dengan mempertahankan maruah negeri Sarawak yang telah dinodai sekian lama oleh penulisan berbentuk fitnah oleh portal Sarawak Report. Samada pemilik portal fitnah ini dibiayai sepenuhnya oleh PKR atau sememangnya wujud kerjasama antara kuasa asing dengan parti politik pembangkang Malaysia, yang pasti hubungan erat itu tetap wujud hinggakan pemimpin-pemimpin PKR seakan meroyan apabila penulis asing ini dinafikan haknya untuk memasuki negara ini.

Penulis tidak berminat mengulas lebih lanjut mengenai halangan masuk terhadap Clare Rewcastle Brown ke negara ini kerana "hukuman" itu sendiri sudah cukup untuk menjelaskan bahawa penulis asing ini sememangnya telah melakukan kesalahan bagi melayakkan beliau dihalang dari memasuki Malaysia. Namun yang membuatkan penulis tertarik dengan kes ini ialah, apabila pemimpin-pemimpin PKR seperti See Chee How tampil mempertahankan "penjenayah" dengan membayangkan bahawa pihak yang melaksanakan "hukuman" itu pula yang berada dipihak yang salah.

Mungkin See Chee How lupa bahawa dirinya juga pernah terkantoi dan terpaksa memohon maaf kepada Taib Mahmud kerana mengedarkan risalah fitnah sebelum pilihanraya umum 2008? Apa yang dilakukan oleh See pada waktu itu, sama sahaja dengan apa yang dilakukan oleh portal Sarawak Report. Cuma bezanya, See tidak dihalang memasuki Sarawak atau dibuang negeri.. Sebaliknya beliau hanya memohon maaf kepada Ketua Menteri Sarawak.. Mungkinkah disebabkan mereka berkongsi hobi yang sama iaitu suka menyebarkan fitnah, maka See tanpa segan silu tampil mempertahankan pemilik Sarawak Report?
Dua orang kuat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan See Chee How hari ini memohon maaf kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam Mahkamah Tinggi di sini dan mengakui tindakan mereka mengedar risalah siaran Malaysiakini pada 11 April 2007 lalu merupakan tindakan yang mengaibkan tanpa asas sama sekali. Dalam kenyataan Wan Zainal dan Chee How mereka mengaku telah mengedar artikel-artikel terbitan Malaysiakini pada 11 April 2007 yang mereka akui juga tidak berasas langsung, sebaliknya hanyalah berdasarkan laporan-laporan media Jepun. - Malaysiakini
Berdasarkan petikan diatas, anda nilailah sendiri wajah sebenar pemimpin-pemimpin Pakatan seperti See Chee How.. Walau macam mana sekalipun terkantoi, beliau tetap menyokong apa sahaja bentuk fitnah yang ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Bagi mereka, sekali terkantoi tidak bermakna mereka akan berhenti memfitnah.. Malah kali ini strategi mereka dalam menyebarkan fitnah lebih advance dimana mereka berkeupayaan menggunakan khidmat penulis dan aktivis asing untuk melakukan tugas-tugas itu. Maruah sebuah negeri tercinta tidak langsung menjadi masalah bagi mereka kerana misi rampasan kuasa itu lebih penting dari segala-galanya.

TIDAK MUSTAHIL JIKA SELEPAS INI LEBIH RAMAI KUASA-KUASA ASING BERMINAT UNTUK BERSEKONGKOL DENGAN PEMBANGKANG MALAYSIA KERANA TUGAS MEREKA UNTUK MENJATUHKAN NEGARA AMAN MAKMUR SEPERTI MALAYSIA AKAN LEBIH MUDAH DENGAN BANTUAN "ORANG DALAM"..

Thursday, July 4, 2013

Pengasas Sarawak Report Dihalang Memasuki Sarawak Dedahkan Pendalangan PKR

KUCHING: Pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dilarang daripada memasuki negeri Sarawak. Brown, yang datang dari Britain, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Singapura pada pukul 1.15 petang Rabu dan dikeluarkan notis penolakan masuk oleh jabatan imigresen. Beliau diusir pulang menggunakan penerbangan ke Singapura yang berikutnya pada pukul 3.40 petang.

“Saya datang dalam usaha untuk melindungi diri saya dalam kes ini. Tetapi saya diberitahu bahawa saya telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak,” katanya dalam satu video temu ramah yang dirakamkan oleh Naib Pengerusi PKR negeri, See Chee How yang menemuinya di lapangan terbang. - mStar

Clare Rewcastle Brown berkata, beliau mahu memasuki negeri itu untuk berjumpa dengan peguamnya berhubung tindakan saman yang difailkan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini pada Mei. Difahamkan, peguam yang mewakili Clare Rewcastle Brown dalam kes saman tersebut adalah Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak. - Cetusan Kenyalang

AKHIRNYA TERDEDAH JUGA PERMAINAN DISEBALIK PENULISAN BERBENTUK FITNAH SARAWAK REPORT. ISU MENGENAI ALAM SEKITAR HANYALAH BERTUJUAN UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT SEDANGKAN MOTIF UTAMA MEREKA ADALAH UNTUK MEMBANTU PAKATAN RAKYAT TERUTAMANYA PKR DALAM MISI RAMPASAN KUASA DI NEGERI ITU. DALAM KATA LAIN, KEMUNCULAN PORTAL ASING INI BUKAN ATAS KESEDARAN MEMPERJUANGAN ISU-ISU ALAM SEKITAR, SEBALIKNYA BERJUANG ATAS TELUNJUK PARTI POLITIK PEMBANGKANG NEGARA INI.

PERSOALAN YANG WAJIB DITANYA OLEH RAKYAT TERUTAMANYA PEMBACA TEGAR SARAWAK REPORT IALAH, KENAPA MESTI NAIB PENGERUSI PKR SARAWAK, SEE CHEE HOW DAN PENGERUSI PKR SARAWAK, BARU BIAN? BUKANKAH SELAMA INI SARAWAK REPORT BERJUANG ATAS DASAR ALAM SEKITAR (HUTAN) DAN HIDUPAN LIAR DI SARAWAK? KENAPA TIBA-TIBA MUNCUL NAMA BESAR PEMBANGKANG SARAWAK APABILA PENULIS PORTAL INI DIHALANG MEMASUKI NEGERI ITU?

SOALAN SIAPA YANG MEMBIAYAI PORTAL INI RASANYA SUDAH TERJAWAB DAN SEGALA MAKLUMAT MENGENAI NEGERI-NEGERI BORNEO TERMASUK SABAH JUGA KEMUNGKINAN BESAR DISALURKAN OLEH PUAK-PUAK TERDESAK INI UNTUK DIMANIPULASIKAN OLEH PIHAK ASING. KESIMPULANNYA, KEDUA-DUA NEGERI BORNEO IAITU SABAH DAN SARAWAK YANG MENJADI SASARAN FITNAH PORTAL ASING INI, TIDAK PERNAH MENGALAMI ANCAMAN KEPUPUSAN HUTAN SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA PORTAL INI. SEBALIKNYA, KEDUA-DUA NEGERI INI TERANCAM KERANA ADANYA AHLI-AHLI POLITIK PEMBANGKANG YANG SUKA MENGGUNAKAN PENGARUH ASING UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA.

MENGENAI SEKATAN MASUK YANG DIKENAKAN TERHADAP BROWN, BAGI SAYA TIDAK WUJUD SALAHGUNA KUASA DALAM KES TERSEBUT KERANA SETIAP NEGERI/NEGARA MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG, ALASAN SERTA HAK UNTUK MELINDUNGI NEGERI/NEGARA MASING-MASING DARI SEBARANG BENTUK ANCAMAN SAMADA DARI DALAM MAHUPUN LUAR. PENULIS SARAWAK REPORT SEPATUTNYA MENYEDARI HAKIKAT BAHAWA TIDAK SELAMA-LAMANYA BELIAU BEBAS MEMFITNAH DAN MENYEBARKAN PEMBOHONGAN TANPA ADA SEBARANG TINDAKAN DARI PIHAK YANG TERJEJAS.

Thursday, January 10, 2013

Sarawak Report dibayar untuk hancurkan ekonomi negara

Oleh: Borneo Bullet
"Terdapat desas-desus bahawa Perdana Menteri Malaysia telah diserang strok yang ringan pada hujung minggu ini tadi.
Dengan skandal-skandal yang mengelilinginya, mungkin tekanan terhadapnya telah mula dirasakan?

Najib Razak belum lagi memberikan jawapan-jawapan pada tuduhan-tuduhan terhadapnya sejak beberapa minggu yang lalu, termasuk kes pembunuhan model dari Mongolia Altantuya Shaariibuu dan wang sogokan dari urusan pembelian kapal selam Peranchis Scorpene." - Sarawak Report
 
PENAFIAN!
 
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak khabar angin beliau mengalami strok kecil hujung minggu lalu, dengan mengatakan beliau masih sihat.

Spekulasi ke atas kesihatan beliau hujung minggu lalu pertama kali dibangkitkan dalam talian oleh laman web pemberi maklumat Sarawak Report, yang mendakwa Najib mengalami strok akibat tekanan oleh siri pendedahan peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

“Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di Bursa Malaysia pagi ini.

Sarawak Report telah melaporkan pada 5 Januari, dakwaan tidak berasas bahawa Najib mempunyai strok kecil, yang mereka dakwa boleh menyebabkan Najib berhenti sebagai PM sebelum pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada akhir April.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri muncul di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) Sabtu lepas di Sepang untuk melancarkan produk baru syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sebelum ke Kuantan untuk lawatan.

Malam sebelum penyebaran khabar angin, beliau merasmikan mesyuarat tahunan dan makan malam veteran angkatan tentera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kelihatan sehat. - The Malaysian Insider

TINDAKAN!

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat sebuah blog yang menyiarkan artikel kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengalami masalah kesihatan kerana penulis itu didakwa dibayar individu tertentu yang mempunyai kepentingan politik.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu dipercayai dilakukan pemimpin politik yang berkemungkinan dari parti pembangkang untuk memfitnah pemimpin nombor satu negara itu selain dipercayai bertujuan mengelirukan rakyat.

“Kita ada beberapa bukti jelas termasuk transaksi pembayaran terhadap beliau (penulis blog), justeru, kami menuntut SPRM memulakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Pada masa sama, kami turut mengesan ada gerakan khusus oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan ekonomi negara kerana kita lihat sejarah negara luar apabila Perdana Menteri dikatakan sakit atau diserang strok kemungkinan pasaran saham boleh jatuh.


“Kami percaya tindakan ini dilakukan berikutan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, jadi ada tekanan untuk menjatuhkan pasaran saham dan mengurangkan keyakinan rakyat serta pelabur asing,” katanya ketika ditemui media sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.

Azwanddin berkata, beliau sudah mempunyai beberapa nama yang dipercayai menjadi dalang, tetapi enggan mendedahkannya sebaliknya meminta SPRM dan pihak polis mengambil tindakan lanjut.

“Perbuatan ini harus dibendung kerana terdapat unsur rasuah dan berniat jahat terhadap negara,” katanya. - myMetro

Wednesday, January 2, 2013

Happy New Year Sarawak Report!

Nampak sangat pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat berkobar-kobar mahu merampas kerajaan pada PRU kali ini. Bermula daripada fitnah/pembohongan sehinggalah kepada demonstrasi jalanan, kini media asing tajaan pembangkang yang selama ini berselindung disebalik isu-isu alam sekitar telah mula menunjukkan wajah sebenar mereka.

Umum mengetahui bahawa Sarawak Report menjadi terkenal kerana pendekatan perjuangan mereka yang menyentuh soal alam sekitar dan orang asli Borneo. Malah bila kita search melalui google, ringkasan seperti ini akan keluar "Covering the issues affecting Borneo's most threatened rainforest nation. Corruption, palm oil, rainforest destruction and abuse of native rights." Tidak ada pula portal pro pembangkang ini menyebut BN, UMNO, pilihanraya atau yang seangkatan dengannya. 

Namun dalam banyak artikel mereka, seperti Happy New Year? – ‘Black Magic’ And Betrayal Engulf BN!, tidak langsung memperlihatkan objektif sebenar penubuhan Sarawak Report. Berikut adalah petikan yang menunjukkan portal asing ini cuba mencampuri hal ehwal politik dan pentadbiran kerajaan Malaysia.
"Once it was the opposition who were divided, but now we see rival BN parties fighting for the same seats!"

"The talk in UMNO is no longer focused where it should be, on winning the election.  It is focused only on when Najib’s pushy deputy, Muyhiddin (backed by the dictator behind the throne, Mahathir) will strike."

"What kind of a New Year does such a state of affairs portend and is it any way for a ruling party of more than 50 years to convince voters they are still fit to govern?"
Patutlah portal asing ini tidak pernah menyentuh skandal rasuah di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat walaupun mereka tahu bahawa wujud skandal pembalakan di Kedah, Kelantan dan skandal pasir di Selangor serta rampasan tanah di Pulau Pinang. Seolah-olah bagi portal asing ini, hak dan kepentingan orang asli dan rakyat biasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak perlu dipertahankan.

Kesimpulannya, objektif sebenar Sarawak Report bukan untuk memperjuangkan kepentingan atau hak orang asli, bukan juga untuk alam sekitar atau segala jenis hidupan liar yang ada didalamnya, sebaliknya objektif mereka hanya untuk kepentingan Pakatan Rakyat semata-mata. Dengan itu, Rakyat Sabah dan Sarawak tidak perlu terpedaya atau berasa kagum dengan setiap pendedahan portal ini kerana semuanya dusta semata.

By: Borneo Bullet

Thursday, October 11, 2012

Sah! Musa Aman bersih dari skandal wang haram

Meroyan tak henti-henti la pembangkang selepas ini apabila isu yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak 2008 tidak sempat dimanfaatkan pada PRU13 nanti. Hancur luluh harapan pembangkang apabila Peguam Negara memutuskan tidak ada unsur rasuah yang membabitkan Datuk Musa Aman dengan ahli perniagaan Micheal Chia Tien Foh, sekaligus menafikan penglibatan Datuk Musa Aman dalam skandal pembalakan haram serta penggubahan wang haram sebagaimana yang disensasikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, media serta NGO tajaan mereka.

Dengan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkenaan dengan tuduhan ini, maka berakhirlah persoalan yang selama ini menjadi teka-teki dikalangan rakyat Sabah. Penjelasan ini bukan sahaja membuktikan bahawa Datuk Musa Aman tidak bersalah, malah membuktikan bahawa penyebaran pembohongan seperti ini sudah menjadi rutin harian pemimpin-pemimpin pembangkang.

Jika kita imbas kembali siri tuduhan skandal penggubahan wang haram ini, banyak situasi yang tidak memihak kepada pihak yang membuat tuduhan. Terutama sekali berkenaan dengan siasatan ICAC. Seperti yang kita sedia maklum, ICAC adalah sebuah badan pencegahan rasuah yang paling telus di Asia Tenggara. Pegawai-pegawai mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekalipun individu yang hendak disiasat itu merupakan pemimpin tertinggi sesebuah negara. Jesteru, kenapa pegawai-pegawai ICAC ini hanya menjalankan siasatan terhadap Micheal Chia dan Richard Barnes? sedangkan suspek utama ialah Datuk Musa Aman sebagaimana yang "dikempenkan" oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Bukankah kegagalan ICAC menyiasat Datuk Musa Aman ini menunjukkan bahawa pihak ICAC juga sependapat dengan SPRM dimana tidak wujud unsur-unsur rasuah antara Datuk Musa Aman dengan Micheal Chia?

Sebagai sebuah badan pencegah rasuah yang memiliki reputasi cemerlang, agak dangkal bila ada pihak yang mengatakan badan ini tunduk dengan desakan pihak tertentu di negara ini.

Walau sebanyak manapun dokumen yang didedahkan, jika kesahihan dokumen itu diragui, tetap tidak akan mampu membuktikan seseorang itu bersalah. Siasatan ICAC dan SPRM bukan berdasarkan jumlah dokumen, sebaliknya berdasarkan kesahihan dokumen serta prosedur-prosedur siasatan yang lain. Lebih menguatkan lagi dakwaan ini selepas Laman Pembocor Maklumat Sarawak Report sebelum ini pernah “terkantoi” menggunakan dokumen SSM palsu atau yang telah diubah suai untuk menjatuhkan kerajaan Taib Mahmud (dokumen pembohongan Sarawak Report (DISINI)).

Menyedari dokumen ciptaan Sarawak Report tidak memberikan apa-apa kesan, mulalah mereka beralih tumpuan kepada landskap Sabah dengan membuat tuduhan kononnya hutan di negeri ini berada dalam keadaan kritikal semata-mata untuk mewujudkan perkaitan antara skandal pembalakan dengan tuduhan asal mereka iaitu skandal pengubahan wang haram. Namun sekali lagi usaha mereka gagal selepas pasangan diraja Britain Putera William dan isterinya Kate melahirkan rasa puas hati terhadap kerja-kerja konservasi alam sekitar melalui usahasama antara kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dengan NGO tempatan dan antarabangsa sempena lawatan pasangan diraja ini di Lembah Danum pada pertengahan bulan lalu.

“Sudah jatuh, ditimpa tangga”, itulah ibarat yang paling sesuai untuk menggambarkan nasib malang Sarawak Report dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang apabila kes yang difailkan di Mahkamah Switzerland yang berbentuk permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC juga kini sudah ditarik balik atas alasan sama iaitu ketiadaan unsur-unsur rasuah yang melibatkan Datuk Musa Aman.

Perkembangan ini sudah tentu membuatkan segelintir pihak khususnya pembangkang berada dalam keadaan tertekan kerana sedikit demi sedikit bahan politik mereka berjaya ditepis oleh kerajaan Barisan Nasional. Seperti biasa, pasti akan keluar berbagai-bagai kenyataan merapu dari pemimpin-pemimpin pembangkang serta media tajaan mereka mengenai perkembangan ini.

By: Borneo Bullet

Tuesday, September 18, 2012

A funny story from Sarawak Report about Topless Sunbathing

"A story about topless sunbathing has dominated international coverage of the William and Kate Sabah trip.It means the destruction of the jungle of Borneo, caused by corruption in Malaysia’s highest political circles, has been ignored in favour of a lot of fuss about a ‘Peeping Tom’ photographer."


Agak lucu bila Sarawak Report cuba menggambarkan lawatan Putera William dan isterinya Kate Middleton di Lembah Danum (Sabah) seakan-akan gagal dan merimaskan pasangan di-raja ini. Sejak awal-awal lagi, Sarawak Report telah memberikan amaran kepada pihak istana England supaya membatalkan misi pengembaraan itu dengan alasan kononnya Lembah Danum adalah sebuah kawasan oasis yang terletak pada zon darurat alam sekitar paling buruk di dunia.
 
Disebabkan amaran Sarawak Report ini tidak diendahkan oleh pihak istana, maka terpaksalah mereka menggunakan apa sahaja alasan untuk menggambarkan bahawa amaran mereka itu kononnya tepat. Walaupun terpaksa menggunakan alasan-alasan remeh yang hanya layak untuk menghiburkan kanak-kanak bawah 6 tahun. 

Keengganan pihak istana mendengar amaran Sarawak Report membuktikan bahawa laporan Sarawak Report sememangnya tidak berasas, tidak mempunyai kredibiliti dan bukan atas dasar perjuangan terhadap alam sekitar. Inilah yang menjadi tamparan hebat yang disasarkan tepat ke muka penulis upahan Sarawak Report sehingga memaksa penulis ini menulis cerita berdasarkan imaginasi bebal beliau setelah dibebalkan dengan "penampar" dari pihak istana.

Untuk apa rombongan Diraja ini mendengar amaran Sarawak Report jika Putera William dan isterinya boleh mendapatkan penjelasan terus dari para pengkaji atau penyelidik hutan hujan tropika yang sedang menjalankan tugas di Lembah Danum? daripada mempercayai dakwaan Sarawak Report yang lebih layak digelar PJJ (Penulis/Pemerhati/Pengkaji Jarak Jauh), lebih baik rombongan diraja ini mempercayai hasil-hasil kajian para penyelidik di Lembah Danum.

Sepanjang lawatan the Duke and Duchess of Cambridge di Lembah Danum, mereka tidak sedikitpun rasa rimas dengan cuaca panas di negeri ini. Sebaliknya mereka lebih rela berjalan kaki walaupun telah ditawarkan kenderaan untuk kemudahan mereka. Mungkin disebabkan kejayaan kerja-kerja konservasi hutan di Lembah Danum, membuatkan pasangan Diraja ini tidak merasai langsung kesan pembalakan sebagaimana yang didakwa oleh Sarawak Report.

kesimpulannya, lawatan ini sangat berjaya dimana pasangan Diraja ini berpuashati dengan kerja-kerja konservasi yang dilaksanakan melalui usahasama antara Yayasan Sabah dengan the Royal Society. Malah pasangan Diraja ini juga kagum dengan pandangan panorama Lembah Danum setelah dinaikkan ke pokok setinggi 130 kaki.

Agak malang bagi Sarawak Report apabila siri tuduhan mereka semakin lama semakin tidak berkualiti sehingga memaksa mereka mengkitar semula tuduhan-tuduhan sebelum ini untuk dimuatkan kedalam artikel terbaru mereka (siap ada isu skandal Scorpena pula tu).

By: Borneo Bullet

Wednesday, September 5, 2012

Sarawak Report mensabotaj ekonomi negeri Sabah

Sarawak Report tidak henti-henti memburukkan pemimpin tertinggi kerajaan negeri Sabah malah kali ini lebih ganas dimana laporan mereka melalui artikel "Royal Blunder! – William And Kate Are Set To Meet Musa In Sabah!" bukan sahaja menjejaskan nama baik Datuk Musa Aman sebagai pemimpin yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini, malah menjejaskan industri pelancongan Sabah yang semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Dalam laporan mereka melalui artikel tersebut, Sarawak Report kononnya telah banyak kali memberikan amaran kepada pihak Istana England dengan memberikan gambaran bahawa Lembah Danum yang bakal dilawati oleh rombongan di-raja itu merupakan sebuah kawasan oasis yang terletak pada zon darurat alam sekitar paling buruk di dunia.

Jika Sarawak Report terus-menerus melancarkan misi mereka memberikan gambaran palsu kepada masyarakat dunia berkenaan dengan Sabah, industri pelancongan negeri ini yang banyak bergantung kepada keunikan hutan dan hidupan liar pasti akan terjejas. Niat mereka yang sebelum ini lebih kepada bermotifkan politik kini menular kepada mensabotaj industri pelancongan negeri Sabah atau lebih tepat lagi mensabotaj ekonomi NEGERI Sabah. 
Di bawah ini adalah perbandingan ilustrasi pembohongan Sarawak Report dan ilustrasi sebenar berkenaan dengan Lembah Danum:


Hanya bermodalkan sekeping gambar, Sarawak Report bukan sahaja cuba menghasut pihak Istana England untuk tidak mengiktiraf kejayaan kerajaan negeri Sabah pimpinan Datuk Musa Aman dalam tugas-tugas konservasi alam sekitar, malahan cuba menghasut rombongan di-raja itu untuk membatalkan niat mereka menikmati keindahan hutan hujan di negeri ini.

BB melihat tindakan Sarawak Report ini lebih kepada menyelamatkan kredibiliti mereka. Sekiranya lawatan rombongan di-raja ini berjaya, sudah tentu kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman akan mendapat pengiktirafan dan pujian dari rombongan di-raja tersebut, sekaligus menafikan dakwaan Sarawak Report yang sebelum ini cuba menanamkan persepsi di minda masyarakat dunia bahawa hutan di Sabah berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

Rakyat Sabah sepatutnya rasa bertuah kerana pasangan di-raja yang popular di seluruh dunia ini memilih Sabah sebagai destinasi lawatan mereka. Lawatan mereka bukan atas jemputan kerajaan negeri sebaliknya atas dasar minat terhadap konservasi hutan, dan kebetulan Sabah satu-satunya kepulauan di Asia Tenggara yang berjaya mengekalkan ketulenan hutan hujan tropika.

Jurugambar British Quintin Lake, dari Oxford, mengakui bahawa Lembah Danum adalah satu tempat yang sangat ajaib dengan keindahan gunung yang berkabus serta keramahan penduduk tempatan yang bagi Lake sememangnya berbaloi untuk rombongan di-raja ini meneruskan misi pengembaraan mereka. Malah Lake banyak mendiskripsikan tentang Lembah Danum berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beliau kepada rombongan di-raja ini, tidak seperti Sarawak Report yang lebih banyak bergantung kepada pembohongan untuk melancarkan misi jahat mereka.

Selain pengakuan Lake, beberapa fakta di bawah ini juga cukup untuk membuktikan bahawa laporan Sarawak Report hanya pembohongan semata-mata.

"The Danum Valley Field Centre has the accolade as being the finest and most effective centre for research and teaching of old world Tropics Rainforests, along with La Selva in Costa Rica and Baro Colorado Island in Panama as described by the Royal Society of London."

"The British High Commissioner during his visit to Sabah this month, praised Sabah for doing so many good things in the interest of good forest management and recommended that it be told to the world."

Jika benar dakwaan Sarawak Report bahawa hutan di Sabah adalah yang paling buruk di dunia, bagaimana kerajaan negeri Sabah mampu memperolehi pelbagai anugerah daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia, Forest Stewardship Council (FSC) dan the Prince Charles Charity, bagi menghargai kejayaan kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dalam usaha pemuliharaan hutan??

Pandangan BB untuk skandal/rasuah pembalakan Datuk Musa Aman (DISINI)

By: Borneo Bullet

Saturday, September 1, 2012

Penggubahan wang haram dan pemusnahan hutan bermotifkan politik

Ada banyak kemusykilan berhubung dengan skandal pembalakan yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan juga adiknya Datuk Anifah Aman selaku Menteri Luar Malaysia.

kenapa agaknya isu ini dibangkitkan oleh orang luar menggunakan platform(website) dari luar? kenapa bukan ahli-ahli politik tempatan saja yang membangkitkan isu ini? apa kepentingan Sarawak Report mencampuri urusan pentadbiran negeri Sabah sedangkan fokus utama mereka adalah untuk membela nasib masyarakat asli di Sarawak dan juga keberlangsungan hidupan liar seperti Orang Utan di negeri itu?

Ramai yang mengetahui bahawa dalang utama Sarawak Report ialah seorang wanita British kelahiran Sarawak, Clare Rewcastle Brown yang juga anak kepada bekas penjajah empayar Brooke satu ketika dulu. Pernahkah beliau datang melawat seluruh pelusuk negeri Sabah untuk mendapatkan gambaran sebenar sebelum memuatkan cerita-cerita berkenaan dengan Sabah (yang bagi BB lebih kepada fitnah) untuk dimuatkan ke lamanweb beliau? atau sekadar bergantung dengan maklumat-maklumat songsang dari pemimpin-pemimpin politik di negara ini yang berkemungkinan besar bertanggungjawab membiayai lamanweb beliau?
 
Tanpa membuang masa, BB ingin mengajak sekalian pelawat-pelawat blog ini untuk menilai kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee sebelum ini. Ketika menjawab soalan berkenaan dengan rampasan tanah yang berlaku di era beliau sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau dengan jelas menyatakan bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah telah memindahkan kuasa Ketua Menteri kepada Kabinet dengan menggubal Ordinan Tanah Sabah, Enakmen Hutan dan Ordinan Galian sebagai jaminan bahawa tiada mana-mana Ketua Menteri yang boleh menandatangani untuk meluluskan mana-mana kawasan tanah yang luas, hutan dan lombong demi kepentingan peribadi mereka.

Berdasarkan kenyataan Datuk Yong Teck Lee ini, bukankah ianya menunjukkan bahawa Ketua Menteri Sabah selepas beliau sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif berkenaan dengan hutan dan juga tanah? Jadi, bagaimana Sarawak Report boleh menuduh Datuk Musa Aman mendalangi penggondolan hutan di negeri ini sedangkan beliau tidak mempunyai kuasa keatas tanah, hutan dan juga lombong?

Berkenaan dengan tuduhan kononnya Datuk Musa Aman mempunyai simpanan di luar negara atau lebih tepat lagi penggubahan wang haram, bolehkah tuduhan ini dipercayai selepas ICAC sendiri gagal membuktikan bahawa Datuk Musa Aman terlibat dengan skandal yang dicetuskan oleh Micheal Chia sebelum ini? ICAC adalah sebuah badan paling telus di Asia Tenggara dan tidak akan bertolak ansur jika Musa Aman terlibat dalam skandal berkenaan. Namun agak pelik, kenapa mereka sanggup datang ke Malaysia hanya untuk memburu Michael Chia dan Richard Barnes; tetapi tidak pernah menemui Datuk Musa Aman?

Sebenarnya aktiviti pembalakan di negeri ini cukup terkawal di bawah pentadbiran Datuk Musa Aman. Beliau bukan sahaja lantang dalam soal perlindungan hutan malah beliau sentiasa meggalakkan aktiviti konservasi di negeri ini. Malah Datuk Musa Aman satu-satunya ketua menteri Sabah yang berjaya menghentikan pembalakan di Ulu Segama Malua dan Maliau basin yang mana hasil daripada tindakan itu telah mewujudkan buffer hutan seluas tiga kali ganda keluasan Singapura.

Jika pemusnahan hutan ini turut dikaitkan dengan penanaman kelapa sawit, bagi BB ianya hanya usaha Sarawak Report dan juga pihak-pihak dari luar Malaysia yang cuba menghidupkan kembali rangkaian Zoo Victoria di Australia yang sebelum ini pernah melancarkan kempen anti minyak sawit dengan melemparkan tuduhan mengaitkan pengeluaran minyak sawit dengan kemusnahan hutan dan kepupusan habitat orang utan. 

Suka untuk BB berkongsi maklumat bahawa Australia yang mempunyai bilangan penduduk lebih kecil berbanding Malaysia memusnahkan hutannya 5 kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia (lebih setengah juta hektar setiap tahun di antara tahun 2000 dan 2010).

Jika conservationists atau lain-lain NGO pro alam sekitar berhasrat menghalang kemusnahan hutan, Australia adalah negara yang lebih sesuai untuk diberi perhatian. Ketika ini terdapat banyak haiwan di Australia yang sudah pupus atau terancam. 

Mungkin Sarawak Report bolehlah membuat liputan berkenaan dengan kemusnahan hutan di Australia pula.

Sekali lagi BB ingin tekankan bahawa Sabah selamat berada ditangan pihak yang bersungguh-sungguh melaksanakan Sustainable Forest Management. Segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Datuk Musa Aman hanya bermotifkan politik. Malah di Switzerland juga, isu ini dimain-mainkan oleh ahli politik pembangkang di negara itu. Sebab itu timbul pelbagai dakwaan kononnya fail siasatan telah dibuka sedangkan semua itu hanya digerakkan atas motif politik semata-mata baik di Switzerland mahupun di negara ini..

By: Borneo Bullet