Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts
Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Rafizi buta sejarah: fitnah Tun Mahathir mendalangi Projek IC pada tahun 1975

Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram Adalah Rakyat Malaysia & Kakitangan Awam 
Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.
Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno. - Rujuk Blog Rafizi Ramli (DISINI)
Itulah yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam usahanya untuk memburuk-burukkan Tun Dr. Mahathir dan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia. Menurut Rafizi Ramli, dokumen yang diperolehi PKR dari ARKIB NEGARA SABAH, menunjukkan Azzimuddie ada dalam senarai Pegawai Pentadbir Muda Sabah dalam senarai Kakitangan Awam Sabah 1975. Katanya lagi, dokumen tersebut menunjukkan Azzimuddie pernah bertugas di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974.

Dengan bukti itu, menurut Rafizi Ramli, PROJEK IC dengan Tun Mahathir sebagai dalangnya sudah pun terbukti. Tak tahu ler sama ada Pengarah Strategik PKR ini memang jenis bebal atau memang hati busuk walaupun berkulit gebu.

Tun Mahathir Mohammad pada 1974 hanyalah merupakan Menteri Pelajaran, bukannya Perdana Menteri. Tun Mahathir hanya menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat pada penghujung 1981 selepas Tun Hussein Onn, melepaskan jawatan berkenaan.

Walaupun berselindung di sebalik ungkapan 'YANG DIKAITKAN DENGAN', hakikatnya Rafizi Ramli memang jelas merujuk pemberian kerakyatan kepada warga asing adalah kerja Tun Mahathir. Itu yang dipopularkan oleh PKR sekarang ini, sekaligus menutup ruang untuk mana-mana pihak membicarakan pula peranan Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasanya sewaktu bergelar Timbalan Perdana Menteri yang bercita-cita mahu menumbangkan Tun Ghafar Baba dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri serta usaha-usaha menumbangkan Tun Mahathir pada penghujung 1990-an apabila rahsia besarnya yang suka meliwat mulai terbongkar dan terdedah.

Pemberian kewarganegaraan kepada warga asing, merupakan proses biasa yang dilakukan oleh SEMUA NEGARA DI DUNIA INI TANPA BERKECUALI SATU PUN setelah melalui proses-proses dan prosiding yang amat ketat.

Apa yang cuba dilakukan oleh Rafizi Ramli sebenarnya amat mudah dibaca. Dia cuba hendak menegakkan kononnya apa yang berlaku di Sabah adalah SANDIWARA UMNO. Agbimuddin atau Azzimuddie Kiram merupakan orang UMNO yang telah dikerahkan oleh UMNO Pusat untuk berlakon dan bersandiwara.

Itu sahaja ceritanya...

Sedangkan kalau PROJEK IC itu ditentang dan dibenci sangat oleh Rafizi Ramli dan PKR, mengapa pula sekian ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali Zuraidah Kamaruddin, Badrul Amin Baharom, Chen Man Hin, Ketua Pemuda PAS Sabah dan lain-lain, tidak disekalikan? Mengapa tidak didesak agar kerakyatan mereka ditarik balik sedangkan secara sahnya, mereka menentang kerajaan sekalipun bukan dengan menggunakan senjata?

Suatu ketika dahulu, PKR cuba mempopularkan KOD 71 kononnya mereka adalah warga 'hantu' yang diberikan kad pengenalan dan kerakyatan untuk mengundi UMNO. Apabila terdedah bahawa Presiden PKR dan Timbalannya, Ketua Wanita dan sekian ramai Ketua-Ketua Cabang yang lain merupakan pemegang kad pengenalan KOD 71, senyaplah sekejap cerita tentang itu.

Sekarang, muncul pula cerita tentang kad pengenalan dan kerakyatan kepada warga asing. Sedar atau tidak, kebanyakan warga asing yang diberikan kerakyatan negara ini, memilih untuk menyokong PKR berbanding UMNO. Dan yang paling kuat melenting serta cuba menutup KELEMAHAN atau lebih tepat lagi TEMBELANG adalah PKR dengan kaedah PENCURI PANGGIL ORANG LAIN PENCURI SEBAB NAK COVER DIA MENCURI.

Penjenayah tidak mengira status kerakyatan. Berapa ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kecenderungan untuk menghancurkan negara ini seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim? Berapa ramai pula yang diberikan anugerah kerakyatan tetapi kemudian bertindak sebagai subversif yang berusaha menghancurkan umat Islam dan kesatuan Melayu seperti Lim Kit Siang?

Namun persoalan yang cukup besar ialah, mengapa di tempat-tempat yang dikuasai oleh Pakatan, maka bilangan PATI dan imigran cukup ramai dan apabila operasi hendak dilakukan ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di kawasan terbabit akan segera mengeluarkan arahan dan ancaman agar pihak berkuasa menghentikan operasi tersebut sepertimana yang berlaku di Pandan dan Ampang? - theflyingkick

3 soalan yang wajib Rafizi Ramli jawab dari Mymassa
  • BILAKAH UMNO MASUK SABAH?
  • ADAKAH TUN MAHATHIR DAH JADI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 1975?
  • ADAKAH MENJADI KESALAHAN KEPADA KERAJAAN JIKA SEORANG RAKYAT MALAYSIA MELEPASKAN KEWARGANEGARAANNYA UNTUK MENJADI RAKYAT NEGERI LAIN SEDANGKAN WAKIL RAKYAT DAP, PHEE BOON POH (ADUN SUNGAI PUYU) JUGA SEORANG PENDUDUK TETAP NEW ZEALAND SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA OLEH AKHBAR CINA?
Ini baru 3 soalan asas. Ada 20 lagi soalan yang akan menyusul sekiranya Rafizi dapat jawab soalan ini.

Harap UMNO boleh saman Rafizi kerana menfitnah UMNO sebagaimana Tian Chua disaman.

Tuesday, January 22, 2013

RM40 juta: Rafizi tersungkur, William ganti

Senyap seketika isu RM40 juta selepas Rafizi Ramli jatuh tersungkur beberapa kali. Tapi seperti yang dijangka, pembangkang tidak akan berputus-asa bermain dengan persepsi selagi Anwar Ibrahim belum dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kali ini giliran William Leong pula memikul tanggungjawab meneruskan pembohongan dan fitnah bagi memastikan kesinambungan isu RM40 juta tidak berhenti setakat 9 January 2013

Jika Rafizi boleh nafikan laporan New Straits Times yang mengatakan bahawa siasatan terhadap Musa telah digugurkan hanya dengan bermodalkan kerahsiaan butiran siasatan dan status siasatan, bagaimana pula dengan kenyataan William Leong? Adakah konsep Kerahsiaan Siasatan hanya boleh diguna-pakai bila siasatan ICAC memihak kepada mangsa fitnah Pakatan Pembangkang?

Lebih malang lagi apabila kenyataan William, jika kita susuri satu-persatu, ternyata amat bertentangan dengan makna Kerahsiaan Siasatan.
“Antara saksi yang akan dipanggil adalah Datuk Lajim. Cuma kini ICAC belum tetapkan tarikhnya lagi. Tapi ia tidak terlalu lama, mungkin Februari ini." 
“Seorang lagi saksi turut akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung skandal itu yang kami rahsiakan atas faktor keselamatan,” 
“ICAC pernah hubungi saya untuk mendapatkan beberapa laporan dan dokumen baharu. Semua maklumat yang diminta sudah saya hantar,”
Selepas William mendedahkan perkembangan terkini atau maklumat siasatan seperti diatas, menyusul pula kenyataan BODOH beliau seperti di bawah: 
“Kita tahu ICAC Hong Kong sedang siasat. Kes ini masih berjalan walaupun ada laporan kata sudah tutup. Mereka (ICAC) tidak beritahu media arus perdana bahawa kes ini dalam siasatan bertujuan melindungi kerahsiaan siasatan."
Jika ICAC mahu melindungi kerahsiaan siasatan, jangankan media arus perdana, dengan ahli-ahli politik sekalipun jangan harap berpeluang mempolitikkan hasil siasatan ICAC. Amat dangkal kenyataan William Leong apabila beliau mengatakan bahawa ICAC tidak akan memberitahu kepada media bahawa kes itu sedang berjalan sedangkan apa yang dilaporkan NST sebelum ini adalah kes itu sudah digugurkan.

Seperkara lagi, bukankah William Leong sendiri yang mendedahkan kepada media bahawa siasatan sedang berjalan?? Bukankah William Leong sendiri yang mendedahkan kepada media bahawa Lajim akan dipanggil, dokumen sudah diserahkan dan sebagainya??

Siapa yang cuba mencabuli Kerahsiaan Siasatan disini???

Timbul juga persoalan berkenaan dengan sikap berdiam diri Rafizi Ramli. Bukankah dia yang berkobar-kobar mahu membuktikan skandal RM40 juta ini benar-benar melibatkan orang-orang yang dia benci? Memandangkan Rafizi bertanggungjawab mengetuai delegasi KEADILAN ke Hong Kong, kenapa bukan dia saja yang dihubungi oleh ICAC? Adakah ICAC sudah tidak mempercayai Rafizi ekoran tindakan Rafizi yang gemar mempolitikkan apa sahaja perkembangan kes ini? atau, adakah Rafizi sedang tercungap-cungap menanggung penat lelah selepas membohong tanpa henti sejak menyertai Pakatan? atau, memang benar Rafizi sudah jatuh tersungkur selepas semua pembohongan beliau berjaya dipatahkan secara semulajadi tanpa perlu pemimpin-pemimpin BN bekerja keras?

Walau apapun jawapannya, kesungguhan membohong pembangkang hari ini bolehlah kita samakan dengan acara Lari Berganti-Ganti, cuma dalam politik kita tukar namanya kepada acara Membohong Berganti-Ganti.. Inilah istilah yang paling sesuai bagi mengambarkan sifat semulajadi pembangkang hari ini yang tidak pernah jemu membohong selagi hasrat mereka mahu merampas kerajaan belum tercapai.

"Apa agaknya reaksi ICAC bila saksi yang mereka panggil itu pernah membeli "surat cinta" berharga RM50,000?"

Thursday, January 10, 2013

Skandal RM40 juta: SAH! Rafizi Ramli memang pembelit!

Oleh: Borneo Bullet

Putar-belit Rafizi Ramli
sumber: Malaysiakini
Dibawah ini adalah kenyataan Rafizi Ramli selepas mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 13 Disember 2012.
sumber: rafiziramli.com

Bandingkan kenyataan Rafizi yang ditandakan dalam petak merah diatas.

Sebaik Rafizi selesai berjumpa dengan pihak ICAC, beliau ada membuat kenyataan seperti ini "Saya BERANGGAPAN bahawa permintaan ICAC supaya BUTIRAN SIASATAN setakat ini dirahsiakan".

Namun sebaik NST melaporkan bahawa ICAC gugurkan siasatan RM40 juta terhadap Datuk Musa Aman ekoran ketiadaan bukti-bukti kukuh bagi membuka semula siasatan, Rafizi pusing lagi kenyataan asalnya kononnya "PENYIASAT yang mengetuai siasatan tersebut MENEGASKAN bahawa badan berkenaan tidak akan mendedahkan apa-apa butiran atau STATUS siasatan".

Pada mulanya Rafizi hanya BERANGGAPAN bahawa butiran siasatan itu dirasiahkan selepas ICAC memohon kerjasama pembangkang supaya tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini, kemudian hari ini dia pusing balik kononnya PENYIASAT sendiri yang MENEGASKAN supaya butiran siasatan tidak didedahkan.

Seperkara lagi, dalam kenyataan awal, Rafizi tidak menyebut STATUS siasatan. Tapi bagaimana selepas hampir sebulan Rafizi berjumpa dengan pihak ICAC, boleh pula dia menokok-tambah bahawa badan siasatan itu tidak mahu STATUS siasatan didedahkan??

Lihat dan nilailah sendiri bagaimana Rafizi memutar-belit dan menokok-tambah kenyataan beliau sendiri supaya pembohongan dan fitnah RM40 juta ini terus releven bagi menghadapi PRU13.

Buang Masa: Rafizi serahkan dokumen palsu atau recycle?

Pertemuan dengan ICAC positif, yakin kes dibuka semula????
Oleh: Borneo Bullet

Delegasi Keadilan telah mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 13 Disember 2012. Bukti-bukti dan dokumen juga telah diserahkan kepada ICAC dalam pertemuan tersebut.

Semasa pertemuan itu, Rafizi kononnya begitu yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuklah keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Michael Chia merupakan bukti baru yang belum diperolehi oleh ICAC. Begitu juga dengan akuan bersumpah oleh Dato’ Seri Lajim Ukin yang menafikan bahawa wang RM40 juta itu adalah derma politik kepada Umno.

Malah, Rafizi juga yakin bahawa ICAC akan memanggil saksi rahsia yang telah tampil untuk memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC. Dan kononnya Dato’ Seri Lajim Ukin juga akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong.

Belumpun genap sebulan Rafizi membuat pendedahan, pihak ICAC telahpun memberikan jawapan seperti berikut;
"THE Independent Commission Against Corruption (ICAC) in Hong Kong will not revisit its probe into the RM40 million allegedly linked to Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. Sources said the graft-buster found that no new evidence had been brought before the commission with connection to the case. 
The commission found that there are no new evidence whatsoever to warrant a fresh round of investigations."
Melalui jawapan ICAC ini, maka dengan sendirinya Rafizi Ramli berjaya menambahkan lagi rekod terkantoi beliau sepanjang berkecimpung dalam bidang politik.

Belumpun reda Rafizi dikantoikan oleh Deepak berhubung isu cincin RM13 juta, kini datang pula jawapan ICAC yang mengesahkan bahawa skandal Hong Kong yang dimomokkan pembangkang selama ini hanya pembohongan semata-mata.

Berkenaan dengan isu cincin RM13 juta, kata Rafizi, bukti(dokumen) yang diperolehinya adalah daripada Deepak. Tapi kemudian, Deepak menyatakan bahawa Rafizi berbohong, bahkan dia tidak pernah pun berjumpa dengan Rafizi Ramli.

Mungkinkah, dokumen yang diserahkan oleh Rafizi kepada ICAC juga adalah palsu (sama seperti isu cincin RM13 juta)? Jika di Malaysia dia boleh gunakan nama Deepak untuk melancarkan pembohongan dan fitnah beliau, apatah lagi di Hong Kong yang mana pegawai-pegawai ICAC tidak pernah mengikuti sebarang perkembangan politik di negara ini?

Patutlah Rafizi hanya memerlukan tempoh 3 minggu untuk menyerahkan dokumen-dokumen "baru" itu kepada ICAC, sedangkan ICAC menyiasat kes ini bertahun-tahun malah meluangkan masa sebulan di Sabah untuk menjalankan siasatan namun tetap tidak menemui sebarang bukti-bukti kukuh.

Hanya ada dua cara bagaimana Rafizi boleh mengemukakan bukti-bukti "baru" itu dengan pantas, iaitu pertama menggunakan dokumen kitar semula, dan yang kedua ialah mencipta sendiri dokumen itu menggunakan teknologi sedia ada.

Tidak mustahil Rafizi sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan "bos" beliau dapat merasai kerusi empuk Perdana Menteri. Malah, Rafizi tidak gentar sama sekali jika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memfitnah kerana Khalid Ibrahim sedia bermurah hati menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman beliau.

Memandangkan Pilihanraya Umum sudah semakin hampir, Bullet yakin bahawa Rafizi tidak akan berhenti disini sahaja. Kita tunggu sajalah lepas ni apa lagi yang dia mahu pusing.. tuduh ICAC bersekongkol dengan Musa Aman? Tuduh ICAC dibayar oleh kerajaan BN? Yang pasti Rafizi tidak akan berhenti berbohong selagi kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjenayah ini.

Tuesday, January 8, 2013

Rekod Rafizi begitu banyak sekali menipu dan terkantoi

Oleh: KGC

Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mendesak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan bahawa Deepak Jaishikin telah membayar sejumlah RM13 juta untuk membeli 19 jenis barang kemas khas untuk beliau, dari dua firma di Hong Kong kononnya untuk melicinkan satu urusniaga hartanah.

Dakwaan Rafizi ini disokong oleh dokumen pembelian seperti invois dan email dan disebar secara meluas di laman-laman web pembangkang. Bagaimanapun, isu yang baru sahaja mula dijerang dan belum sempat hangat, menjadi sejuk tiba-tiba apabila Deepak muncul dalam youtube yang membuatkan Rafizi dan bosnya, Anwar Ibrahim pula yang kepanasan.

Rakaman percakapan Deepak tersebut dilihat bagaikan satu lagi bom atom yang menimpa kepala Anwar Ibrahim kerana ia mengingatkan kita kepada skrip lama, iaitu scorpene. Sebelum ini, Raja Petra Kamaruddin, blogger upahan pembangkang yang separa gila perasan diri sebagai seorang yang berintegriti, telah pun mendedahkan bagaimana beliau diarahkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan Dato’ Seri Najib dengan mereka cerita penglibatan beliau dalam rasuah dan pembunuhan yang berkait dengan urusniaga kapal selam scorpene.

Pendedahan ini konsisten dengan kronologi akuan bersumpah oleh Bala yang mengambil U-turn sebelum lari mengikut jejak blogger tersebut.

Fitnah scorpene ini kemudiannya diambil alih oleh SUARAM, sebelum mereka semuanya kantoi terduduk dan terbarai secara besar-besaran apabila pihak Perancis sendiri tampil memberi kenyataan yang menyangkal semua dakwaan mereka.

Oleh itu, kita melihat pendedahan Deepak ini sebagai tepat dengan jangkaan awal kita iaitu beliau hanyalah satu lagi usaha terdesak pembangkang untuk menyambung apa yang telah gagal dilakukan oleh SUARAM.

Apa yang diperkatakan Deepak mengenai hubungannya dengan Anwar Ibrahim adalah konsisten dengan modus operandi pembangkang dalam isu scorpene iaitu, diarahkan membalas budi dengan cara memburukkan kerajaan bagi pihak pembangkang. Sekali gus, pendedahan Deepak telah membantu kita melengkapkan gambaran mengenai strategi Anwar Ibrahim untuk berkuasa.

Namun timbul juga persoalan mengenai kredibiliti Deepak dalam kisah barang kemas yang dibangkitkan oleh Rafizi. Setakat ini, isu barang kemas ini begitu mudah ia dipatahkan oleh blog-blog pro-kerajaan kerana ia langsung tidak membuktikan penglibatan Datin Seri Rosmah di mana-mana.

Malah, invois tersebut pula begitu mudah ditiru manakala email boleh direka pada bila-bila masa.

Jika ada apa-apa yang boleh dibuktikan dari dokumen yang dicanangkan Rafizi hanyalah bahawa Syarikat Carpet Plus telah membuat bayaran kepada syarikat Dehres dan Firestone atas pembelian barang kemas, itu saja. Pemilik syarikat dan kepada siapa barang kemas tersebut diberikan tidak dapat dibuktikan. Ia mungkin untuk dijual kembali, mungkin untuk hadiah perkahwinan seorang taikun besar, mungkin juga untuk Rafizi sendiri, siapa tahu ?

Dengan ‘serangan’ yang begitu lemah, sepatutnya Anwar Ibrahim pecat sahaja si Rafizi. Ini kerana sudah amat jelas sekali bahawa jawatan Pengarah Strategi yang dipegang oleh Rafizi, adalah tidak layak baginya. 

Ini bukan kali pertama Rafizi kantoi, sebelum ini beliau telah kantoi dalam percubaan menipu seolah-olah ICAC Hong Kong akan menyiasat Musa Aman, atas kerjasama pihak pembangkang. Modus Operandinya adalah lebih kurang sama dengan kes pembelian kapal selam scorpene di mana SUARAM menipu kononnya mahkamah Perancis sedang menyiasat sedangkan kes tersebut langsung tidak wujud.

Rafizi juga pernah kantoi dalam isu NFC setelah melanggar 21 undang-undang BAFIA apabila mendapat akses kepada dokumen-dokumen sulit bank dengan cara mengelirukan pegawai bank.

Tidak cukup dengan itu, Rafizi juga terkantoi menipu mempunyai bukti mengenai kononnya LRT Ampang tidak selamat dan diberi kepada syarikat yang tidak berwibawa.

Begitu juga apabila Rafizi bergandingan dengan Nurul Izzah membawa isu kononnya projek KLIA2 Air Traffic Control (ATC) sistem kepada syarikat yang tidak berwibawa sedangkan syarikat tersebut telah 17 tahun berkhidmat di KLIA tanpa sebarang masalah.

Memandangkan rekod Rafizi yang begitu banyak sekali menipu dan terkantoi, manakala Deepak pula merupakan ahli perniagaan yang berjaya, maka persoalan mengenai siapa yang menipu atau siapa yang cuba menipu siapa rasanya tidak sukar untuk dijawab.

Apa yang pasti, pendedahan Deepak kelihatannya ‘masuk akal’ atau ‘muat elok’ jika kita menjejak kembali jalan yang ‘dilalui’ oleh isu scorpene, terus kepada SUARAM, Bala dan Raja Petra Kamaruddin di mana akhirnya ia tetap membawa kita kepada satu nama, iaitu Anwar Ibrahim.

Friday, December 21, 2012

[EKSKLUSIF] PEMBONGKARAN PENIPUAN DAN FITNAH RAFIZI RAMLI


Antara penipuan Rafizi dalam isu NFC yang kini dibongkar adalah seperti berikut:


  • Tidak ada juga sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 kepala lembu dalam pelaksanaan projek daging lembu ini.
  • Tidak ada juga mana – mana transaksi pembelian secara tunai sebuah kereta Mercedes Benz.
  • Tidak ada juga mana-mana pinjaman yang diambil dari bank – bank untuk membeli lapan lot pejabat di KL Eco City untuk digunakan oleh NFCorp
TETAPI yang pasti adalah pembohongan yang cukup dasyat, fitnah, tohmahan dan penipuan untuk member gambaran yang salah terhadap Datuk Seri Shahrizat Jalil oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Ini dilakukan semata - mata untuk mewujudkan kemarahan orang ramai dan menghasut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap pengerusi NFCorp.

Rafizi perlu bertaubat atas segala pembohongan, fitnah, tohmahan dan penipuan yang telah dilakukan selama 12 bulan ini. Dalam hampir sedozen penipuan yang dilakukan oleh Rafizi, kami di KL Chronicle bersama sahabat journo Fabian Azmi akan merungkai satu persatu isu ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pihak pembangkang hanya pandai memfitnah dan menipu sahaja.

Bagi mencapai cita cita politik beliau, Rafizi Ramli telah membunuh rancangan kerajaan selama 10 tahun iaitu dengan membunuh projek keselamatan makanan dalam memenuhi objektif kerajaan iaitu Dasar Daging Nasional (Sektor Ruminan) 2006.

Dasar ini akan memastikan Malaysia boleh berdikari dalam peneluaran daging lembu dan bahawa rakyat Malaysia tidak akan mempunyai kekurangan makanan dalam masa kesusahan, bencana, sekatan atau peperangan. Ia telah dijangkakan bahawa menjelang 2015, Malaysia akan mempunyaii 40 peratus daging keluaran tempatan. Projek NFC telah dicadangkan oleh kerajaan dan menjelang tahun 2010, kemajuan ke arah matlamat ini telah menjadi realiti apabila 8.897 ekor lembu telah diimport, 11 peratus di atas nombor sasaran.

Tetapi, akibat iri hati, dan penuh sifat benci terhadap kerajaan, Rafizi telah ditugaskan untuk menjatuhkan project NFCorp dan pemerhati politik percaya ia adalah cara/jalan untuk menjatuhkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ketua Wanita UMNO yang menguasai hampir 1.3 juta ahli wanita UMNO - yang kesemuanya adalah penghalang kepada misi pembangkang ke Putrajaya. DS Shahrizat ialah isteri kepada pengerusi NFCorp.

Rafizi berbohong kepada rakyat Malaysia apabila beliau berkata nombor pengeluaran bagi projek NFC telah gagal. Menurut Rafizi, beliau berbohong bahawa sasaran pengeluaran NFC tahunan adalah 330,000 ekor lembu. Jika nombor ini dinilai sebetulnya, ia terbukti Rafizi tidak pernah membaca dan melihat Dokumen Pelaksanaan Perjanjian yang ditandatangani antara NFCorp dan Kerajaan Malaysia. Dalam keghairahan untuk dilihat sebagai a “political juggernaut” beliau dengan sengaja telah menipu rakyat dimana “on record” beliau telah memberitahu rakyat Malaysia bahawa NFCorp dikehendaki mengeluarkan 330.000 lembu. Walau bagaimanapun, mengikut Perjanjian Pelaksanaan yang kami telah lihat, sasaran yang dirancang untuk NFCorp hanya 8,000 ekor lembu bagi tahun 2010 yang beransur-ansur meningkat kepada 60,000 ekor lembu menjelang 2013 (lihat gambar). Dan jika petani kontrak di bawah Program Pembangunan Usahawan diberi peluang untuk mengambil bahagian, secara kumulatif 246,000 ekor lembu dapat dikeluarkan menjelang tahun 2015.



Kenyataan Rafizi yang mengatakan NFCorp harus mengeluarkan 300 000 ekor lembu terbukti hanya merupakan satu penipuan! Beliau hanya ingin memburukkan DS Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO khususnya untuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan beliau, yang boleh diklasifikasikan sebagain manipulasi politik ini sebenarnya sangat dangkal. Dalam mana – mana perjanjian, tempoh konsesi adalah 30 tahun dimana kadar pengeluaran maksimum akan dicapai. Rafizi sebagai seorang akauntan, nampak sangat kebodohanya apabila kadar optimum itu diberitahu harus dicapai pada tahun 2012.

Selain fitnah berkaitan production NFCorp, Rafizi Ramli juga telah menipu dalam kes pembelian sebuah kereta Mercedez Benz yang berharga RM 534,000. Rafizi telah menyebut bahawa kereta Merz ini dibeli secara TUNAI daripada dana NFCorp. Ini sebenarnya TIDAK PERNAH berlaku. Kereta Mercedez itu telah diberi dengan downpayment 10% seperti kebiasaan dan perjanjian sewa beli dengan pihak bank telah ditandatangani. Dan pembayaran pendahuluan ini telah dibayar daripada keuntungan yang dijana daripada penjualan daging lembu dan tidak langsung daripada pinjaman NFC. Pendapatan RFC untuk 2010 adalah dalam angka berganda.

Terus terang, hari ini kira-kira semua orang mempunyai Mercedes. Jika anda melihat ke kiri atau ke kanan di lebuh raya, anda akan melihat banyak Mercedez Benz dan ia tidak pernah menjadi isu.

Yang menariknya dan dilihat hipokrasi Rafizi apabila beliau sungguh berminat berkaitan hidup Datuk Seri Shahrizat tetapi buat – buat tidak tahu mengenai kemewahan YB-YB dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12, 000 sebulan. Apakah sumber-sumber lain yang beliau ada sehingga membolehkan beliau mempunyai empat kereta termasuk Volvo dan Mercedes Benz?? Rafizi Ramli kenapa tidak mahu ambil tindakan terhadap perkara ini?

Sumber: KL Chronicle

Jika fakta dalam bentuk dokumen boleh diputar-belit oleh Rafizi untuk menumbangkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, inikan pula Datuk Musa Aman yang mana pembebasan beliau tidak disokong dalam bentuk dokumen melainkan surat ICAC yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Macam-macam perisa pembohongan boleh disumbat masuk oleh Rafizi bagi menyedapkan lagi siri terbaru fitnah beliau.

Jika Rafizi boleh gunakan istilah "kemungkinan besar" sebaik selesai berjumpa dengan pihak ICAC, saya juga boleh gunakan istilah itu bagi menyangkal fitnah Rafizi sebaik membaca pendedahan KL Chronicle seperti di atas. 

 
  • Kemungkinan Besar, dokumen transaksi yang diserahkan oleh Rafizi kepada ICAC adalah palsu.
  • Kemungkinan Besar, akuan bersumpah Lajim Ukin sudah dirancang sebelum lawatan pertama Rafizi ke Hong Kong.
  • Kemungkinan Besar, kenderaan yang kononnya digunakan oleh anak Nazri, tidak wujud.
  • Kemungkinan Besar, penangkapan Micheal Chia di lapangan terbang Hong Kong, hanya rekaan semata-mata.
  • Kemungkinan Besar, dana politik RM40 juta itu bukan dari satu penyumbang.
  • Kemungkinan Besar, dana politik RM40 juta itu dipindahkan secara elektronik.
  • Kemungkinan Besar, Rafizi hanya ditugaskan Anwar untuk mengulangi pembohongan di Perancis.
  • Kemungkinan Besar, Rafizi sedang membohong ketika beliau menggunakan istilah "Kemungkinan Besar".

Sunday, December 16, 2012

Sejak bila Rafizi jadi jurucakap ICAC?

KERANA merasionalkan perjumpaan dengan ICAC Hong Kong bersama tiga orang pemimpin PKR, maka Rafizi melantik dirinya sebagai JURUCAKAP badan pencegah rasuah Hong Kong itu.

Dalam merasionalkan usaha memerangkap ICAC agar membuka semula isu RM40 juta sumbangan kepada Umno Sabah, kononya badan itu mengarahkan agar tiada lagi sebarang kenyataan daripada pihak pembangkang berhubung isu itu agar supaya tidak mengganggu kerja-kerja badan itu.

Rafizi juga menzahirkan bahawa tanda-tanda bahawa ICAC telah membuka isu itu semula, apabila dia dan rakan-rakannya akan kerap melawat Hong Kong.

Selain itu, Rafizi seolah-olah menjadi sebahagian daripada ICAC, menyatakan bahawa badan Hong Kong itu memberi janji akan meneliti semua dokumen yang diserahkan pihak beliau dan kawan-kawanya; kononnya sebagai bukti terbaharu berhubung isu itu, di mana menurut mereka ada keterkaitan antara Datuk Musa Aman dan seorang ahli perniagaan dari Sabah yang bernama Michael Chia.
 
Baca selanjutnya disini (Suara Rakyat)
 
Bila Nazri jadi jurucakap SPRM di Parlimen, bukan main lantang lagi Rafizi tuduh Nazri menyeleweng. Tapi bagaimana pula bila dia sendiri jadi jurucakap ICAC??

Monday, December 10, 2012

Ulangan Penipuan Scorpene Di Hong Kong

Rafizi Ramli, calon PKR untuk Parlimen Pandan yang dikatakan berpeluang cerah menewaskan Ong Tee Kiat di kawasan tersebut, masih berusaha untuk menonjolkan nama dan dirinya dalam arus politik negara. Selepas ‘kejayaan’ hampir memufliskan NFCorps dan menggelapkan kerjaya politik bekas Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil, Rafizi Ramli mencuba pula nasibnya di Sabah.

Isu wang rasuah RM40 juta cuba digembar-gemburkan dengan bantuan jentera-jentera propaganda PKR dan Pakatan Rakyat yang akan menggerakkan isu berkenaan secara bersepadu dalam tempoh beberapa hari lagi. Mangsanya adalah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Sabah dilihat sebagai deposit untuk ke Putrajaya. Sekiranya PKR dan Pakatan Rakyat berjaya menawan Sabah dari tangan UMNO-BN, peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya adalah lebih cerah. Pun begitu, PKR dan Pakatan Rakyat perlu berhadapan dengan rintangan yang sangat besar untuk menawan Negeri Di Bawah Bayu ini iaitu Datuk Musa Aman, orang yang telah berjaya meletakkan Sabah sebagai salah sebuah negeri yang berdaya saing di Malaysia. Bahkan simpanan tunai Sabah pada tahun 2011, berkali-kali ganda lebih tinggi banyaknya berbanding simpanan tunai Selangor. Begitu juga dengan jumlah dan nilai kemasukan pelaburan ke Negeri Sabah, tercatat sebagai yang paling tinggi berbanding mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

Tidak banyak isu yang boleh digunakan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk menghentam Musa Aman. Walaupun terdapat isu-isu seperti pemimpin-pemimpin tak ada gigi melompat parti, ianya juga bukanlah isu besar, memandangkan pemimpin-pemimpin berkenaan terdiri daripada mereka yang sememangnya bermasalah dan tidak lagi dikehendaki oleh rakyat sebagai wakil mereka, sama ada di Parlimen, mahupun di Dewan Undangan Negeri.

Sebelum ini, PKR merupakan pihak yang paling kuat memainkan isu Scorpene, kapal selam yang mereka dakwa tidak boleh menyelam, tidak boleh menembak peluru berpandu dan tidak boleh belayar sendiri kecuali didayung dengan menggunakan tangan.

Dengan menggunakan bantuan daripada SUARAM, proksi haram sebuah syarikat yang mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada Zionis, PKR cuba mencipta persepsi di kalangan rakyat Malaysia bahawa pembelian kedua-dua buah kapal selam berkenaan hanyalah satu pemborosan dan penyelewengan wang rakyat.

Bukan main lagi sembang PKR dan Rafizi Ramli tentang Scorpene sehingga timbul cerita kononnya, mahkamah Perancis akan mengadakan perbicaraan berhubung pembelian kedua-dua buah kapal selam berkenaan. Namun akhirnya, kebenaran terbukti yang kerajaan dan pihak berkuasa Perancis tidak melayan pun pembohongan Anwar Ibrahim dan PKR. Bahkan perbicaraan yang dikatakan akan diadakan itu, langsung tidak wujud.

Biarpun SUARAM dan Anwar Ibrahim berulang-ulang kali menekankan bahawa memang ada perbicaraan di Mahkamah Perancis dengan menyebut Najib Abdul Razak serta Zahid Hamidi merupakan antara yang akan disapina untuk memberi keterangan, namun cerita sebenar sudahpun diketahui. PKR dan SUARAM ternyata adalah pembohong besar.

Kali ini, perkara yang sama juga berlaku melibatkan RM40 juta dari Hong Kong yang digunakan untuk acara politik UMNO Sabah. Bersungguh-sungguh benarlah Rafizi Ramli dan PKR untuk membina persepsi bahawa mereka telah berjaya membuktikan bahawa wang tersebut adalah wang rasuah UMNO Sabah atau lebih tepat lagi, Ketua Menteri Sabah (setaraf dengan tuduhan Anwar Ibrahim yang makan duit daripada agen-agen luar negara).

Yang pastinya, penipuan ala-ala Scorpene akan berulang dalam kes ini. Buktinya, pada ketika PKR menyatakan bahawa mahkamah Hong Kong akan membicarakan kes tersebut, ahli perniagaan balak Michael Chia dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan. PKR menerusi mulut Rafizi Ramli menyatakan bahawa kes tersebut dibubarkan ekoran tiada sebarang kerjasama daripada Kerajaan Malaysia.

Walhal secara logiknya, kes tersebut berlaku di Hong Kong dan Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa di Hong Kong sama ada untuk mempengaruhi keputusan mahkamah atau perundangan, apatah lagi menyelamatkan Michael Chia daripada didakwa. Malah pegawai-pegawai ICAC sendiri pernah datang ke Sabah untuk melengkapkan siasatan mereka selama sebulan, namun hasil siasatan tetap tidak menemui sebarang petunjuk bahawa wujud unsur-unsur rasuah dalam kes berkenaan.

Rafizi Ramli akan tetap menggunakan modal kononnya kempen sedang dijalankan untuk mempengaruhi badan perundangan Hong Kong untuk membuka semula kertas siasatan, kononnya untuk menjaga imej badan anti rasuah Hong Kong, ICAC agar tidak dimalukan kerana tidak menyiasat dan membicarakan kes yang dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai rasuah.

Keputusan akhirnya seperti yang diketahui… akan sama seperti kes Scorpene di Perancis!


Siasat bertahun-tahun, akhirnya pembohongan Pakatan Rakyat juga yang tersembul keluar...

Sumber: Selangor Daily

Friday, November 30, 2012

Zuraida tukang lobi, Rafizi tukang lulus

Team Perompak sedang melakukan rutin harian (putar belit & fitnah)
"Selama ini Zuraida dan Rafizi mempotretkan diri mereka sebagai orang yang penuh intergriti dan menyerang Nazri Aziz kerana anaknya menggunakan kenderaan milik Michael Chia.

Jadi bagaimana pula dengan Zuraida yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh sebuah syarikat ? Harus diingat, kenderaan itu bukan digunakan oleh anak Zuraida, tetapi oleh Zuraida sendiri. Untuk tujuan apa syarikat berkenaan menyediakan kenderaan mewah yang berharga ratusan ribu untuk kegunaan Zuraida ? Sudah tentu ada udang di sebalik batu!" - Sel13.com

  • Minggu lepas kami telah mendedahkan tentang koleksi kereta terakhir yang dibeli oleh anak kelahiran Bengkulu, Sumatera Indonesia itu semenjak bergelar YB adalah Mercedes Benz E240 yang didaftarkan pada 24.05.2012.
  • pada 25.11.2012 seorang ahli PKR di Ampang yang menjadi mata-mata kami untuk memerhatikan pergerakan Zuraida, melaporkan kepada kami pada hari berkenaan Zuraida ada beberapa program di Ampang.
  • Pergerakan Zuraida pada hari itu menggunakan sebuah kereta Mercedes Benz E200 CGI.
  • Seorang hadirin sempat bercakap dengan Zuraida dan bertanyakan kepada beliau tentang pendedahan kami berhubung kemampuannya membeli kereta-kereta mewah. Zuraida menjawab kereta Mercedes yang kami dedahkan bukan keretanya dan menunjukkan kereta Mercedes yang beliau gunakan pada hari itu sambil berkata itu kereta orang bagi pakai (pinjam).
  • Semakan kami ke atas kenderaan yang digunakan oleh Zuraida pada hari berkenaan mendapati kenderaan itu didaftarkan di atas nama sebuah syarikat yang berpejabat di Serdang.
         Nombor kenderaan : WTP 1970
         Model : Mercedes Benz E200 CGI
         Pemilik : Automated Contactless Systems Sdn Bhd

 

Selama ini Zuraida dan Rafizi mempotretkan diri mereka sebagai orang yang penuh intergriti dan menyerang Nazri Aziz kerana anaknya menggunakan kenderaan milik Michael Chia.

Jadi bagaimana pula dengan Zuraida yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh sebuah syarikat? Harus diingat, kenderaan itu bukan digunakan oleh anak Zuraida, tetapi oleh Zuraida sendiri. Untuk tujuan apa syarikat berkenaan menyediakan kenderaan mewah yang berharga ratusan ribu untuk kegunaan Zuraida? Sudah tentu ada udang di sebalik batu!

Zuraida seorang wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Walaupun beliau tiada kuasa meluluskan projek tetapi beliau mempunyai kuasa melobi atau menjadi broker yang membawa projek syarikat-syarikat tertentu untuk diluluskan.

Kebetulan beberapa hari lepas kami menemui sekumpulan wanita PKR. Dalam pertemuan itu mereka menceritakan kepada kami tentang sikap buruk Zuraida yang melobi projek di sana sini atas nama wanita PKR. Kononnya komisyen yang akan beliau dapat akan digunakan untuk menggerakkan wanita PKR. Bukan sahaja di Selangor malah hingga ke Pulau Pinang.

Zaman kemewahan Zuraida adalah ketika Rafizi berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Prosedur di Selangor menetapkan setiap projek yang hendak dikemukakan kepada kerajaan negeri perlu dihantar kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk dinilai dan dicadang supaya diluluskan. Di sana Rafizi yang banyak memainkan peranan untuk melobi Anwar bagi meluluskan sesuatu projek. Masalah ‘terlebih makan’ telah membuatkan Rafizi bermasalah dengan Pejabat MB Selangor terutamanya dengan Faekah Hussin, yang akhirnya menyaksikan Rafizi telah meletak jawatan.

Menurut seorang wanita PKR, apa yang terjadi kepada Zuraida sekarang adalah bala hasil dari beliau memakan wang yang sepatutnya menjadi milik parti. Menurut mereka lagi sebab itu sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin wanita PKR yang tampil mempertahankan beliau apabila kemampuan luar biasanya terdedah.
Nazri dan Musa Aman telah menjelaskan secara panjang lebar berkenaan dengan hubungan mereka dengan Micheal Chia. Hummer yang digunakan oleh anak Nazri juga sudah dijelaskan, dan wang rm40 juta itu juga sudah disiasat dan hasil siasatan mendapati wang itu adalah sumbangan politik yang sudahpun dimasukkan ke akaun umno (bukan akaun peribadi menteri sebagaimana yang didakwa pembangkang).

Sekarang giliran Rafizi dan pemimpin-pemimpin pembangkang pula menjelaskan apa kaitan Zuraida dengan syarikat yang meminjamkan Mercedes Benz E200 CGI kepada Zuraida. Dan kenapa dana yang sepatutnya disalurkan kepada parti digunakan untuk membiayai kemewahan Zuraida? Sekiranya dakwaan ini tidak benar, Rafizi patut ambil tindakan undang-undang terhadap blogger Sel13 memandangkan beliau juga turut dikaitkan dengan kemewahan Ketua Wanita PKR ini.

Wednesday, November 28, 2012

Rafizi tidak membaca laporan portal Malaysian Insider?

Lihat betapa terburu-burunya Rafizi membuat kenyataan melalui artikel "Nama Musa Belum Dibersihkan Lagi" seolah-olah beliau tidak membaca langsung laporan portal Malaysian Insider (disini). Samada Rafizi tidak membaca langsung atau mungkin beliau tidak tahu membaca memandangkan banyak kenyataan beliau yang sudah disangkal namun masih terus diputar-putar bagi menegakkan pembohongan beliau.

Dalam kenyataan tersebut, Rafizi juga mempertikaikan tindakan Datuk Rahman Dahlan yang bercakap bagi pihak Datuk Musa Aman. Namun Rafizi lupa yang beliau juga pernah bercakap dan menjawab kepada wartawan bagi pihak Anwar berhubung dengan tuduhan akaun RM3 bilion yang dikawal oleh Anwar. Malah dalam kes itu Rafizi bukan setakat menjawab, malah bertindak sebagai Penyiasat Persendirian, dan tanpa segan silu mengumumkan kononnya hasil siasatan beliau mendapati tidak ada elemen rasuah membabitkan Anwar, sebaliknya beliau menuduh Abdul Murad yang memiliki akaun tersebut.

Berikut adalah beberapa kenyataan Rafizi yang menyerlahkan lagi kepandirian beliau untuk tatapan rakyat Sabah; 
 
Rafizi - "surat Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) mengenai kes RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak membersihkan namanya dari skandal itu. Sebaliknya menguatkan pandangan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa Malaysia."

Laporan MI - "Penguatkuasa anti-rasuah Hong Kong menulis secara peribadi kepada Datuk Musa Aman pada Disember lepas untuk memaklumkan Ketua Menteri Sabah itu bahawa beliau tidak lagi disiasat untuk tuduhan rasuah RM40 juta"

Rafizi - “Surat itu hanya memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang ICAC perolehi setakat itu, ICAC mengambil keputusan untuk tidak meneruskan siasatan terhadap Musa,”

Laporan MI - "agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak meneruskan lagi penyiasatan “di atas asas fakta sudah diketahui”."

Rafizi - “jika Musa tidak bersetuju dengan fakta-fakta ini, maka wajarlah beliau mendedahkan kandungan keseluruhan surat tersebut, bukannya menggunakan Rahman Dahlan untuk menyampaikan secara lisan sahaja kepada wartawan.”

Laporan MI - "Abdul Rahman menegaskan bahawa surat itu adalah peribadi dan sulit kerana ianya hanya ditujukan kepada Musa, menunjukkan bahawa agensi telah bertindak secara bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak luar. ICAC profesional. Tiada seorang pun diberikan salinan surat tersebut. Mereka menghormati hak tertuduh untuk kerahsiaan."

Kenyataan Rafizi yang paling dangkal sekali;

"Menurut Rafizi, keputusan ICAC untuk tidak meneruskan siasatan berdasarkan maklumat-maklumat yang mereka perolehi setakat itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

“Ia juga menguatkan pandangan beberapa pihak bahawa ICAC tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia untuk meneruskan siasatan kerana mereka tidak mempunyai kuasa menyiasat dan mengumpulkan bukti.

Oleh yang demikian, mereka bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan bukti,” terang beliau."
Sudah banyak kali dijelaskan bahawa pegawai-pegawai ICAC sendiri telah datang ke Sabah untuk menjalankan siasatan terhadap pihak-pihak yang dinamakan dalam kes tersebut. ICAC adalah badan profesional yang tidak sekali-kali bergantung dengan maklumat pihak ketiga tanpa sebarang siasatan dijalankan dipihak mereka.

Jesteru, bagaimana Rafizi boleh berkata bahawa ICAC bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan SPRM sedangkan pegawai-pegawai mereka sendiri boleh jalankan siasatan di negeri ini tanpa sebarang sekatan? Jelas sekali Rafizi cuba menjejaskan imej ICAC dengan menimbulkan gambaran bahawa agensi itu hanya bergantung kepada laporan pihak ketiga semata-mata untuk melengkapkan siasatan.

Sebagai badan profesional yang diperakui integriti dan kredibilitinya di peringkat antarabangsa, ICAC tidak akan semudah itu menutup mana-mana kes rasuah jika masih banyak persoalan yang belum terjawab atau dalam kata lain "diragui".

By: Borneo Bullet

Saturday, November 24, 2012

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

Jom layan pendedahan blogger The Flying Kick dibawah yang penuh dengan FAKTA, tidak seperti 3 bukti "olok-olok" yang diserahkan Rafizi kepada pihak ICAC;

Sekarang ini, PKR menerusi Rafizi Ramli dan Sivarasa Rasaiah sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengenakan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah yang dikatakan memperolehi RM40 juta secara haram dari seberang laut. Sekalipun telah dijelaskan bahawa wang berkenaan adalah derma politik, namun PKR tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Bahkan sewaktu ICAC Hong Kong menegaskan bahawa siasatan mereka tidak menemui sebarang penyelewengan atau money laundering sepertimana yang dituduh oleh PKR, Rafizi Ramli dan konco-konconya ke Hong Kong untuk memujuk agar kes tersebut dibuka semula.

Dan seperti dalam kes Scorpene, Rafizi Ramli segera mewar-warkan bahawa kes tersebut telah dibuka semula oleh ICAC untuk disiasat. Manakala Sivarasa Rasaiah pula menyatakan bahawa UBS Bank di Switzerland sedang membuka kes siasatan berhubung penggubahan wang haram (money laundering) membabitkan USD90 juta yang juga melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Hebat sungguh PKR berusaha untuk mengenakan pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Namun ada satu kes yang sudah sangat lama dan sehingga sekarang, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun perbicaraan dibuat. Kes tersebut melibatkan penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu bergelar Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Jumlahnya pula adalah sebanyak RM3 bilion... jumlah yang sangat besar berbanding tuduhan yang dilemparkan kepada Musa Aman mahupun Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

5 Jun 2012, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali telah membuat laporan polis meminta polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar Ibrahim telah mengawal lebih 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.

7 Jun, Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar pula meminta Anwar Ibrahim menfailkan saman terhadap Abdul Murad, sekiranya pengakuan berkanunnya itu adalah fitnah semata-mata. Anuar Shaari juga meminta Anwar menjelaskan sama ada akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan.

10 Jun, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut memberikan respons agar Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.

Namun Anwar Ibrahim langsung tidak menjawab. Pun begitu, pada masa yang sama, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun ulasan yang diberikan oleh pihak berkuasa berhubung Pengakuan Berkanun Datuk Abdul Murad bin Khalid. Manakala konco-konco Anwar Ibrahim juga, langsung tidak berani bersuara atau mencuit perkara berkenaan, walaupun pada masa yang sama, mereka begitu sibuk dengan para pemimpin UMNO yang lain, seolah-olah mereka cuba mengelakkan orang ramai dan para pengundi daripada mengetahui kisah Anwar melarikan wang negara secara haram.

Berikut adalah pengakuan berkanun Abdul Murad bin Khalid yang dibuat pada 26 Oktober 1999:


Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid 
Saya, Abdul Dato ‘Murad Bin Khalid (No Kad Pengenalan 531215-08-5957), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan menetap di No 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya mengaku sebagai berikut: - 

1. Pada 16 September 1999 saya telah didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar berkenaan saham Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) dan 51 hartanah yang didakwa memberi manfaat kepada saya menurut seksyen 87 (2) (c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). 

2. Untuk melakukan keadilan kepada diri saya sendiri, saya mesti membuat akuan awam mengenai perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan pelbagai jawatan yang saya lakukan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa bebanan besar dan tekanan yang dipikul untuk jawatan-jawatan tersebut. Pernyataan awam ini juga bertujuan untuk memberikan perspektif yang betul kepada orang ramai tentang komplot bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”) yang juga Menteri Kewangan dalam penglibatannya secara langsung dalam memberi arahan terhadap BNM. 

3. Sebagai salah satu daripada eksekutif tertinggi di BNM, Saya kebiasaannya termasuk di dalam kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disukai – dan kemudiannya diamanahkan kepada saya untuk menjalankan beberapa arahan beliau, apa yang dipercayai oleh saya sekarang adalah untuk melanjutkan cita-cita politiknya. Dalam melaksanakan skim politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk melaksanakan eksesais korporat tertentu yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni-kroninya. Hutang-hutang kroni-kroni beliau telah dibersihkan / diselesaikan dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan-rundingan menggunakan pengaruh BNM. 

4. Antara eksesais korporat yang paling ketara ialah pengambilalihan syarikat Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak. Konsesi itu telah dijual kepada MRCB atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MRCB kemudian menyuntik ‘konsesi’itu ke dalam Malakof Berhad yang merupakan anak syarikat MRCB. Saya percaya bahawa keuntungan kira-kira RM50 juta daripada urus niaga ini dimasukkan ke salah satu dana politik DSAI. 

5. Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dengan ketara dalam meningkatkan bantuan kewangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad yang disenaraikan di Papan Utama BSKL. Phileo Allied Bank juga adalah di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong menjadi kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengenalan saya dan mereka kemudiannya menjadi sangat rapat. 

Tong Kooi Ong kemudiannya mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menubuhkan satu “Akaun Induk” (Master Accounts) – yang di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akaun Induk itu hasil yang diperolehi daripada pegangan saham dan bangunan. Pada satu peringkat Tong Kooi Ong membuka rahsia kepada saya bahawa Akaun Induk itu bernilai RM200 juta berdasarkan nilai saham dan bangunan yang diperolehi daripadanya. 

6. Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 Akaun Induk lain yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pelbagai kroni-kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana dalam 20 Akaun Induk adalah lebih RM3 bilion. Modus operandi DSAI adalah pecah dan perintah serta setiap operator untuk setiap Akaun Induk tidak sedar tentang kewujudan Akaun Induk yang lain. Saya percaya kerajaan sedar tentang siapakah kroni-kroni ini. 

7. Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih daripada RM120 juta telah dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politik beliau sendiri. Sebagai contoh ia dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya dan individu-individu pengikutnya serta organisasi-organisasi yang dikenali berkaitan atau berhubungan dengannya antara 1992 hingga 1997: -
 
(1) Dirinya sendiri (DSAI) – RM50 juta
(2) Dato ‘Abdullah Ahmad (PBB) – RM 5 Juta
(3) Dato Nasaruddin Jalil – RM10 Juta
(4) Asia Pasifik Dasar Centre (APPC) – RM 38 juta & Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
(5) Institut Kajian Asas (IKD) – RM5 Juta
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar – RM5 Juta
(7) Abim – RM 5 Juta – Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) – RM 2 Juta
(8) Yayasan Islam yang berpangkalan di UK – RM 1 Juta
JUMLAH RM 121 Juta 

8. Saya juga diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tong Kooi Ong untuk membayar Puan Shamsidar dan seorang lagi bernama Encik Rahman terhadap apa yang mereka lakukan. Puan Shamsidar adalah isteri Encik Azmin Ali, Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara meluas telah diketahui bahawa Puan Shamsidar dibayar lumayan dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu serta pada kebanyakan masa dia tidak perlu untuk pergi ke tempat kerja. 

9. Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD IO Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar. 

Saya percaya bahawa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak dapat memastikan jumlah sumbangan mereka secara tepat, saya yakin jumlahnya juga mencecah berjuta-juta dolar AS.
 
APPC dan Douglas H. Paal adalah salah satu daripada jentera utama yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan imej beliau di negara-negara Barat, terutamanya di Washington, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. APPC juga pelobi utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan organisasi media antarabangsa. 

10. APPC menganjurkan “Dialog Pasifik” iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC. 

11. Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan.
 
Apa yang saya telah saya nyatakan di atas tanpa keraguan membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk faedah cita-cita politik dengan bantuan elemen-elemen asing. 

Perkembangan semasa yang sedang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat untuk melanjutkan cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti yang mencukupi bagi menyokong dakwaan ini. 

12. Saya juga telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan untuk membantu orang yang berikut untuk membersihkan hutang mereka seperti yang dinyatakan di bawah: - 

(a) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (sekarang Wakil Tetap ke PBB) dengan Bank Bumiputra tentang hutang lebih daripada 10 Juta. Saya membantu dengan rundingan hutang penyelesaian sebanyak RM7 Juta. Suatu amaun sebanyak RM5 Juta telah diambil daripada Akaun Induk untuk membayar hutang tersebut. Manakala baki sebanyak RM2 Juta datang dari Tan Sri Ahmad Abdullah sendiri, hasil dari penjualan tanah. 

(b) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Puan Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta. Saya telah menyampaikan permohonannya itu kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk bantuan membangunkan tanah di sepanjang Jalan Tun Razak, yang kini telah disiap dikenali sebagai Marinara Kompleks. Panel TPU meluluskan permohonan beliau. Puan Marina Yusof sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

(c) Sebuah syarikat berpengkalan di Pulau Pinang Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih daripada RM l0 juta yang dicagar dengan caj tanah pihak ketiga. Pemegang saham majoriti ialah Chew Seng Guan dan Encik Ahmad Kamal yang Datuk Seri Anwar Ibrahim latih untuk menjadi ahli perniagaan dan ahli politik Bumiputera. Saya kemudiannya membantu mengatur pejualan tanah kepada Matang Emas Sdn. Bhd sebuah syarikat yang dimiliki oleh Encik Taib Hamid, di mana jualan tanah itu juga dapat menyelesaikan beberapa masalah peribadi Encik Taib Hamid. Sebidang tanah yang sama kemudiannya dijual oleh Encik Taib kepada TPPT Sdn Bhd untuk projek perumahan kos rendah yang kini dikenali sebagai Taman Tun Perak. 

(d) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan saya untuk membantu Kumpulan Dato ‘Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan NST daripada Renong. Saya meminta bantuan dari Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya Kumpulan Dato ‘Nazri menggunakan MRCB sebagai kenderaan untuk mengambil alih saham NST. Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri untuk membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST. 

(e) Saya telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu Encik Faiz Abdullah ( penulis hantu Datuk Seri Anwar Ibrahim), bersama-sama dengan Seow Lun Hoo dari Hong Leong untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB), kemudian dimiliki oleh Berhad ldris Hidraulik. Skim yang terlibat menggunakan Arus Murni Berhad dahulunya dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Utama BSKL sebagai syarikat induk. 

Saya mendekati bank-bank berikut (i. Hong Leong Bank ii. Hong Leong Finance iii. Sime Bank iv. RHB Bank v Southern Bank vi. BSN Commercial Bank) untuk membantu pinjaman sindiket untuk membeli saham KUBB yang bernilai melebihi RM400 juta. 

Faiz Abdullah adalah seorang penulis hantu yang sangat bijak dan operator politik untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga seorang peguam, bekas wartawan dan bekas pegawai polis Cawangan Khas. 

13. Penglibatan saya dengan Tong Kooi Ong dan Akaun Induk dalam melaksanakan arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan saya dalam masalah undang-undang. Pada 16 September 1999 saya didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar tentang pemilikan saham-saham Ben Harta Sdn Bhd dan 51 hartanah yang diwujudkan untuk faedah saya yang berjumlah RM23.9 juta. 

14. Saya mesti menyatakan bahawa saya tidak pernah tahu tentang kewujudan kedua-dua individu yang kononnya menjadi pemegang saham Ben Harta Sdn Bhd iaitu Gan Hong Sin @ Lan Hong Sing dan Gan Sor Ting. Tong Kooi Ong telah menunjukkan kepada saya bahawa syarikat ini memegang hartanah dan saham sebagai sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana untuk Datuk Seri Anwar. 

Saya tidak pernah ditunjukkan atau melihat buku Akaun Induk yang dikendalikan oleh Tong Kooi Ong. Saya tidak tahu apa-apa saham yang dipegang oleh Ben Harta bagi pihak saya, serta lokasi daripada 51 hartanah yang juga dikatakan telah diadakan bagi pihak saya, kecuali satu apartmen dan satu banglo yang saya telah diamanahkan untuk mengekalkannya bagi tujuan pelaburan yang kemudiannya dijual untuk Akaun Induk. 

15. Saya amat percaya bahawa maklumat yang salah telah diberikan kepada pihak berkuasa untuk mengaitkan saya dengan Ben Harta Sdn Bhd. Saya menuding jari kepada Tong Kooi Ong dan dua pemegang saham Ben Harta. Mereka telah mensabitkan saya untuk menyelamatkan diri mereka sendiri. 

16. Selain dari hartanah yang dipegang di bawah Ben Harta Sdn Bhd, saya juga tahu bahawa beberapa harta telah dibeli untuk pelaburan dan Akaun Induk dan untuk kegunaan masa depan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lokasi harta-harta ini terletak di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai kira-kira RM15 juta. 

17. Berkenaan dengan polisi kerosakan yang diguna pakai oleh BNM berikutan kemelesetan ekonomi pada Julai 1997, saya secara mutlak, menyatakan bahawa saya telah menentang kuat terhadap polisi-polisi ini. Saya menentang polisi ‘Had Pinjaman Dibenar’(Legal Lending Limit), pengurangan NPL (pinjaman tidak berbayar) daripada 6 bulan hingga 3 bulan, ‘Pengecutan Kredit (Credit Crunch) diperkenalkan pada Oktober 1997 dan ‘Kadar Faedah Tinggi ‘ (Higher Rate of Interest). Semua polisi-polisi ini telah disahkan dan diterima pakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Saya dan beberapa pegawai eksekutif BNM berusaha untuk menghentikan polisi-polisi ini daripada dilaksanakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengecam saya kerana bersuara menentang polisi-polisi ini. Dia menuduh saya “terlalu dekat dengan pasaran”. 

Saya kini sedar bahawa ini adalah satu taktik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghancurkan ekonomi dan membawa Malaysia melutut dan menjemput International Monetary Fund (IMF) bagi memaksa Dr Mahathir meletak jawatan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri. 

18. Berikutan penangkapan saya dan diikuti dengan peletakan jawatan saya sebagai Pengarah Eksekutif RHB Bank Berhad yang telah membuatkan saya berfikir bahawa sepanjang penglibatan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat dikesali walaupun seperti yang saya katakan sebelum ini saya telah dipaksakan sebagai salah seorang Eksekutif di BNM. 

Saya kini sedar bahawa saya telah dieksploitasi dan diperalatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang aset untuk kegunaan politik peribadi dan manfaatnya. Aset-aset yang ditahan di bawah Ben Harta bukan milik saya. Oleh itu, terpulang kepada kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya berkenaan pengurusan kuasa, termasuk penyitaan jika dibenarkan. 

19. Saya kini menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan dan setia Malaysia untuk menolak taktik politik kotor yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya, sebaliknya menyokong semua usaha-usaha ekonomi dan fiskal untuk membawa kembali kesejahteraan ekonomi negara. Saya sentiasa bersedia dan sanggup untuk mengutuk sesuatu yang tidak betul dan komplot Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan cita-cita politik beliau yang sememangnya menjejaskan keselamatan negara, keamanan dan kestabilan politik. 

20. Kesimpulannya, saya dalam keadaan tidak berbelah bagi bahawa Sidang Akhbar / Siaran ini dibuat melalui Akuan Berkanun dibuat oleh saya secara sukarela, tanpa apa-apa dorongan, ugutan atau janji atau paksaan dari mana-mana pihak, mahupun sebagai balasan bagi apa-apa nikmat atau rawatan khas berkaitan dengan tuduhan yang saya hadapi dan saya membuat pengakuan ini dengan hemat sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan menurut kuasa Akta Akuan Berkanun, 1960.
Ditandatangani oleh penama 

DATO ‘ABDUL Murad bin Khalid
Kuala Lumpur, 26 Okt 1999.

Thursday, November 22, 2012

Rafizi ke Hong Kong hanya untuk makan angin



Delegasi PKR yang diketuai oleh Rafizi Ramli telah terbang ke Hong Kong berjumpa dengan pegawai-pegawai ICAC bagi menyerahkan bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman. Tiga bukti yang diserahkan oleh Rafizi Ramli kepada pihak ICAC adalah seperti berikut:
1. Kenyataan Dato’ Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC

2. Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno

3. Pendedahan bahawa anak Dato’ Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC

Menurut delegasi PKR, mereka percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar, dan mereka berharap ICAC dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman. Selain itu, delegasi PKR juga telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC.

Bullet ingatkan Rafizi benar-benar dedahkan bukti dalam bentuk dokumen, resit, bank statement, gambar, video atau sebagainya, rupanya dia hanya petik kenyataan Lajim dan Bumburing dan menggambarkan kenyataan itu adalah bukti yang mewajarkan pihak ICAC membuka semula kes RM40 juta? Belum reda lagi isu Rafizi terkantoi dalam sidang media beliau sendiri dimana beliau membuat pendedahan video Hummer yang tidak nampakpun kelibat pihak tertuduh berada dalam Hummer berkenaan. Selepas beliau gagal memperbodohkan wartawan, kini beliau ke Hong Kong pula untuk memperbodohkan pegawai-pegawai ICAC.

Jauh-jauh dia datang, dari Malaysia ke Hong Kong, hanya 3 "bukti" itu saja yang dia bawa? Dia ke Hong Kong semata-mata untuk makan angin ka? Boleh percaya ka bila Rafizi cakap akan menyerahkan lebih banyak bahan bukti dalam tempoh 3 minggu? jika benar bukti-bukti itu ada dalam simpanan beliau, kenapa tidak serahkan saja hari ini? Sepatutnya Rafizi berterus terang kepada pihak ICAC bahawa buat masa ini beliau tidak mempunyai apa-apa bukti selain dari kenyataan dua ekor katak dan video Hummer yang telah gagal menarik minat wartawan di negara ini.

Kenyataan Lajim dan Bumburing tidak boleh dianggap sebagai bahan bukti, lebih-lebih lagi ketika kedua-dua ahli politik ini mempunyai kepentingan dengan parti politik Pakatan Rakyat. Sudah tentulah Lajim dan Bumbring akan membuat kenyataan yang memburuk-burukkan kerajaan BN. Malah, kedua-dua katak ini juga tidak pernah mendedahkan bukti bahawa wang itu dimasukkan ke akaun peribadi menteri. Jesteru, Bagaimana Rafizi boleh anggap kenyataan itu sebagai bukti?

Nampaknya Rafizi begitu obses dengan kerja yang direka oleh parti beliau sendiri sehinggakan saban hari tidak ada perkara lain yang difikirkannya selain dari berusaha untuk mencari kesalahan UMNO dan Barisan Nasional. Namun sesuatu yang amat-amat perlu rakyat ketahui adalah dalam kesibukan Rafizi berusaha mencari dan mendedahkan kepincangan ataupun apa yang beliau faham sebagai penyelewengan pernahkah anda semua terfikir mengapa agaknya Rafizi berbuat demikian?

Apa motif utama Rafizi berbuat demikian? Dalam bahasa mudahnya Rafizi mahu membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional dan UMNO hari ini adalah kerajaan yang tidak baik dan merupakan kerajaan yang di penuhi dengan gejala rasuah yang harus rakyat tolak dalam pilihan raya yang akan datang. Tetapi Rafizi sebenarnya terlupa rakyat juga sedang melihat kepada perkembangan Pakatan Rakyat yang kononnya merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan kerajaan sedia ada.

Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga ingin mengetahui berapa nilai sewaan jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar? Jika harga jet itu sudah mencecah USD39 juta, sudah tentu nilai sewaannya juga berlipat kali ganda lebih tinggi dari harga tiket MAS atau Airasia. Dari mana datangnya dana untuk membiayai kos penerbangan jet itu?

Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga mahu mengetahui dari mana datangnya dana untuk membeli sebuah bas mewah yang didaftarkan dibawah nama Khalid Ibrahim? Dan turut menjadi persoalan, kenapa tandas dalam bas tersebut perlu mempunyai ruang yang besar hingga boleh memuatkan dua orang dalam satu-satu masa?

Tahukah Rafizi bahawa pembelian lori sampah yang menjadi pertikaian di Selangor kini masih gagal dijawab oleh Pakatan Rakyat? dan apa sebenarnya hubungan pembelian lori sampah tersebut dengan kewujudan bas mewah khalid Ibrahim?

Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga ingin tahu berkenaan isu KCB ladang ternakan lembu di Papua New Guinea yang melibatkan kerajaan negeri Kedah di bawah PAS? Bagaimana pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) ini boleh ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengarah? Malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding berserta yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan?

Bagaimana pula agaknya dengan status tanah Taman Manggis yang kini diberitakan sudah dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat lain, sedangkan proses pembelian tanah tersebut sedang berjalan diantara Pemuda BN dan kerajaan negeri?

Agaknya apa yang berlaku dengan Ladang Rakyat kerajaan negeri Kelantan yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah? Siapa individu/kroni yang mendapat manfaat dari hasil balak tanah tersebut?

Itu belum masuk dana asing yang diturunkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO-NGO pro pembangkang? dalam pendedahan Bullet sebelum ini, dari tahun 2005 hingga 2011, NGO dan media pro pembangkang di negara ini telah disuapkan dengan dana yang mencecah hampir RM20 juta dari National Endowment for Democracy (NED) bagi membantu misi rampasan kuasa Pakatan Rakyat. Kenapa Rafizi tidak siasat motif serta kaitan antara Pakatan Rakyat dengan NED?

Dalam isu Hummer, Rafizi sedang berusaha untuk mencari setiap titik kesalahan yang ada sehingga sanggup mengendap keluarga menteri semata-mata untuk mencari bahan yang boleh dipolitikkan. Namun Rafizi barangkali terlupa sesuatu yang sedang bermain di fikiran rakyat..
 
Bagimana dengan kereta Ferrari milik Azmin Ali? Azmin sendiri pernah mengaku bahawa kemewahan beliau datangnya dari Tauke Wong, tauke balak dari Sarawak. Namun itu dahulu. Kini, Azmin lebih “advance” kerana memiliki sumber dana dari luar negara. Khabarnya dari puak-puak Yahudi dan Zionis yang menyokong Anwar.
 
Dan satu lagi pendedahan terbaru oleh blogger pro BN berkenaan dengan kekayaan luar biasa seorang ahli parlimen PKR iaitu Zuraida Kamaruddin yang mampu memiliki koleksi kereta seperti VOLVO XC90 2.5 T, Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT, Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT dan Mercedes Benz E240. jika harga keempat-empat kereta ini disatukan, nilainya lebih tinggi dari Hummer.

Apa yang ingin dikongsikan disini ialah mengapa agaknya Rafizi langsung tidak berusaha untuk mencari serta mendedahkan isu-isu yang melanda Pakatan Rakyat? Adakah ketelusan itu hanya perlu dipihak BN, tapi tidak dipihak Pakatan Rakyat?

Atau ianya hanya untuk kepentingan Rafizi dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya semata-mata?

By: Borneo Bullet