KUDAT: Rakyat perlu mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di kebanyakan negara lain yang bergolak akibat kewujudan ekstremisme serta fanatik agama, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Katanya perkara sedemikian tidak harus dibenar berlaku di negara ini yang rata-rata rakyat mengamalkan kesederhanaan sekalipun berbilang bangsa dan agama.
“Atas kejayaan kita mempromosikan kesederhanaan inilah maka masyarakat global menghormati peranan kita di arena antarabangsa dalam mempromosikan konsep ini.
“Negara kita mempromosikan konsep konflik resolusi dan memberi keutamaan kepada aspek perundingan bagi mengelak pergaduhan berasaskan agama dan etnik,” katanya pada majlis sambutan Hari Krismas Masyarakat Cina Kristian di Dewan Pei Tsin Kudat, di sini semalam.
Beliau berkata penerimaan dan kepercayaan kedua-dua pihak yang bertelagah di Filipina terhadap Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik di selatan negara itu adalah pengiktirafan besar kepada negara.
“Dan rakyat Malaysia harus bangga dengan peranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya.
Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat turut memuji masyarakat beragama Kristian di Sabah khususnya, kerana sentiasa membantu kerajaan mempromosikan konsep kesederhanaan di kalangan penganutnya.

Sumber: Borneo Post
Rakyat Sabah yang terdiri dari berbilang kaum dan agama perlu terus
mempertahankan dan menyemarakkan keharmonian serta keamanan yang
dikecapi selama ini. Keharmonian adalah prasyarat utama untuk Sabah muncul sebagai sebuah negeri maju, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun pendidikan.
kejayaan Sabah menempa kemajuan dan kemakmuran bersama bergantung
kepada sejauh mana keharmonian yang dikecapi hari ini dapat terus
disemarakkan. Lebih-lebih lagi, dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita menjadikan
Sabah sebagai sebuah negeri maju dibawah pimpinan Datuk Musa Aman, keharmonian yang
dibina atas semangat kerjasama, perpaduan dan penerimaan antara
masyarakat berbilang kaum dan agama adalah amat penting.
Selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru!