Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Anggota PKR Buat Laporan SPRM Terhadap MB Selangor

Malang bagi Pakatan Rakyat terutamanya PKR selepas Parlimen dibubarkan, timbul pula dakwaan dikalangan ahli sendiri mengenai penyalahgunaan kuasa oleh MB Selangor Khalid Ibrahim. Bermakna memang betullah tuduhan sebelum ini bahawa berlaku penyelewengan dalam kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh PKR. 

Kali ini mana Khalid mahu sorok muka?? Tuduhan itu datang dari ahli sendiri, bukan dari umno atau media pro umno.. Rafizi Ramli dan pasangan duetnya Zuraida Kamaruddin kenapa tidak bising?? Dapat habuan??

PUTRAJAYA, 4 April (Bernama)-- Sekumpulan 15 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor membuat laporan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan penyata kewangan mesyuarat agung tahunan (2010) PKR cawangan itu, di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini Khamis.

Seorang daripada mereka, Airos Shahidin Manap, 45, berkata mereka mengesyaki berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam penyata kewangan itu sehingga Abdul Khalid gagal menjelaskan isu itu sehingga hari ini.

"Kami telah memberi masa selama enam bulan kepada beliau untuk menjelaskan isu tersebut tetapi sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang penjelasan atau jawapan.

"Kami syaki berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam penyediaan penyata kewangan itu. Sebagai ahli kami rasa ada hak dan kuasa untuk menegur kelemahan beliau dan memperbetulkan suasana yang tak betul," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu.

Airos mendakwa penyata kewangan itu mengelirukan kerana banyak yang tidak disokong dengan resit, selain perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.

"Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa," katanya.

Monday, January 28, 2013

Penafian SPRM buktikan PR takut kemukakan calon untuk disaring

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menjadi sumber kebocoran keputusan saringan awal bakal calon pilihan raya. 

Ia mengulas laporan akhbar Sinar Harian semalam, yang memetik sumber-sumber, bahawa dua menteri, seorang menteri besar dan seorang ketua menteri gagal dalam saringan SPRM. 

Parti yang mereka wakili tidak dinyatakan tetapi dikatakan calon BN kerana Pakatan Rakyat enggan mengemukakan senarai calon mereka untuk disaring SPRM. 

Berita Harian melaporkan bahawa SPRM menegaskan bahawa saringan mana-mana calon termasuk menteri besar, ketua menteri atau kepimpinan tertinggi parti-parti, tidak pernah didedahkan kepada sesiapa kecuali parti-parti yang meminta saringan tersebut dibuat. 

Suruhanjaya itu juga menolak dakwaan keputusan saringan tersebut, dengan menyatakan bahawa proses itu masih berterusan, lapor akhbar tersebut. 

SPRM menambah bahawa keputusan saringan itu tidak terikat di segi undang-undang dan terserah kepada parti-parti politik untuk memilih calon mereka berdasarkan hasil saringan tersebut. - Sabahkini


Sinar Harian perbesarkan isu yang mereka TAK SAHKAN berlaku untuk naskhah hari Ahad. Diputar belit isu untuk naskhah yang luas jualan hari ahad untuk gembar-gemburkan laporan mereka bahawa SPRM dah tak lepaskan beberapa Menteri. baca SINI.

Menyedari bahawa perkara ini sudah backfire pada Pakatan Rakyat yang tidak mahu calun mereka disaring dari tuduhan rasuah, lalu cepat mereka cover balik dengan laporan muka depan dan liputan lebih besar untuk palingkan kembali ke BN.

Nampak sangat Sinar Harian cuba pusing isu yang mereka mulakan tapi tiada pengesahan. Apa puya profesyenalisma dan etika kewartawanan? - The Unspinners


Para pecacai Pakatan sedang seronok dan bersorak sakan sebab 4 calon UMNO tidak lepas tapisan SPRM. Dan yang paling menarik ialah apabila dikatakan, itu tapisan SPRM kalau tapisan rakyat, semua calon UMNO akan sangkut.

Sombong benar bunyinya....

UMNO dan Barisan Nasional mengambil pendekatan berani apabila meminta SPRM membuat pemantauan dan penapisan bagi mewujudkan calon-calon yang bersih dan tidak bermasalah.

Itu yang pecacai Pakatan nak bising dan bersorak?

Bangang sungguh ler puak-puak ni!

Berbanding 4 calon, bagaimana dengan 17 calon PAS di Kelantan yang semuanya bermasalah dan bakal digugurkan? Para pecacai Pakatan tak mahu bercakap tentangnya ke? Bagaimana pula dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, parti tersebut tidak akan meminta SPRM memeriksa dan menyiasat calon-calon mereka, sebaliknya mereka sendiri akan membuat siasatan?

Mengapa tak berani langsung? Kalau dah bersih sangat, minta sahajalah SPRM buat siasatan macam UMNO dan Barisan Nasional.

Sudah tentulah PKR dan PAS apatah lagi DAP tidak akan berani membabitkan pihak berkuasa membuat tapisan. PKR secara keseluruhannya adalah PEROMPAK dan LANUN terbesar, terutama sekali di Selangor. PAS memang cukup terkenal dengan kaedah MENYAMUN mereka yang sangat sofistikated atas nama agama. Manakala DAP, di mana-mana sahaja mereka berkuasa, maka jenayah akan meningkat dan pusat-pusat jenayah seperti rumah urut akan tumbuh dengan subur bagaikan cendawan lepas hujan.

Sepatutnya sebelum para pecacai Pakatan bersorak, mereka patut periksa parti yang mereka sokong dahulu. Kalau dah tak berani dari awal, bermakna, memang ada masalah besarlah tuh.

Jangan seronok nak bersorak kat UMNO dan Barisan Nasional, sedangkan tahi di punggung sendiri bercelomes dan berselaput!!! - Theflyingkick

Wednesday, November 21, 2012

Rahman Dahlan akan dedahkan surat ICAC yang menunjukkan kes itu telah ditutup

Pengarah Strategi PKR Ramli Rafizi perlu berhenti menganggu Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman itu, kata setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar), sambil menambah beliau akan mendedahkan surat-menyurat rasmi daripada agensi anti-rasuah itu Khamis ini untuk membuktikan mereka telah menutup kes atas kehendak mereka sendiri.

“Saya akan dedahkan surat ICAC yang menunjukkan kes itu telah ditutup. Saya mempunyai dokumen yang beliau buru ... Saya akan dedahkan dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari Khamis ini,” kata ahli parlimen Kota Belud itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengulas rancangan Rafizi untuk mengetuai misi empat orang ke Hong Kong bagi mendesak Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) membuka semula siasatan rasuah terhadap Musa dan peniaga kayu Sabah, Michael Chia.

Beliau memanggil Rafizi sebagai “pelakon” dan “munafik”, taksub dengan “lakonan politik” untuk menganjurkan perjalanan tersebut hanya kerana enggan untuk mempercayai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC yang menyiasat perkara itu dengan teliti dan menggugurkan kes atas sebab-sebab sah.

Abdul Rahman menuduh Rafizi mengamalkan sikap berat sebelah kerana tidak mempercayai keputusan SPRM menutup kes Musa tetapi menerima keputusan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) di akhir 1990-an menghentikan siasatan mengenai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengawal RM3 bilion dalam akaun bank.

“Berhenti, berhenti menjadi seorang pelakon. Ini adalah sesuatu yang sangat serius kerana menyebut tentang Ketua Menteri Sabah (Musa),” katanya kepada Rafizi.

Jika Rafizi berkeras untuk ke Hong Kong, Abdul Rahman berkata beliau akan memadankan sandiwara lelaki PKR itu dengan mengutip derma untuk terbang ke UK, AS dan Singapura bagi menggali dakwaan skandal RM3 bilion terhadap Anwar.

“Gali tentang apa yang berlaku kepada RM3 bilion ... selepas anda (Rafizi) selesai urusan di Hong Kong, ambil penerbangan ke United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

“Jika dia (Rafizi) tidak mempunyai wang, saya bersimpati dengannya ... Saya akan cuba mengumpul dana di kalangan ahli-ahli Umno, memulakan dana ... ‘Tabung Pembongkaran RM3 bilion’ semasa mesyuarat agung tahunan Umno minggu hadapan dan mendapatkan ahli menderma bagi membelikan beliau tiket penerbangan, “kata Abdul Rahman.

Beliau terus menegaskan bahawa ICAC dan SPRM tidak melanggar mana-mana prinsip dalam mengarahkan siasatan terhadap Musa ditutup, sambil menambah kedua-dua agensi itu menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat keputusan.

Wakil daripada ICAC terbang ke Sabah tahun lepas untuk bertemu secara peribadi dengan Musa, yang menawarkan kerjasama penuh, tambah Abdul Rahman.

“Seterusnya, SPRM, bersama-sama dengan ICAC membuat kesimpulan bahawa tiada kes oleh kerana tuduhan tidak mapan.

“Sekarang, mengapa Rafizi tidak percaya dengan SPRM kali ini tetapi percaya ketika mereka masih dikenali sebagai BPR? Itu adalah persoalan asas,” katanya.

Rafizi dan tiga penggubal undang-undang PKR lain merancang bertemu dengan ICAC dan beberapa ahli parlimen Hong Kong semasa perjalanan dua hari bermula hari ini untuk menyiasat keadaan menyebabkan ICAC menutup kes terhadap Musa.

Pengarah strategi PKR percaya siasatan mungkin ditutup atas sebab-sebab meragukan seperti kegagalan memujuk SPRM bekerjasama dengan agensi tersebut.

Saturday, November 10, 2012

Dana Politik: Realitinya

APABILA Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan di Parlimen mengenai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong yang membersihkan Datuk Seri Musa Aman daripada dakwaan rasuah, saya pantas tersenyum sinis: sewajarnya pembangkang berada dalam keadaan serba salah ketika ini. 

Jika sebelum ini mereka rancak `menyerang' Musa atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, pengumuman itu nyata mengubah strategi mereka kepada `serangan melampaui prasangka'. 

Beberapa hari selepas pengumuman itu, pembangkang dengan mudah mengalih serangan daripada Musa kepada sumbangan politik bagi UMNO. Kali ini, antara kutukan kedengaran ialah menyifatkan sumbangan itu sebagai tidak munasabah, tidak boleh diterima dan Suruhajaya Siasatan Diraja (RCI) mesti dibentuk serta-merta. 

Sementara saya tinggalkan pembangkang dengan agenda mereka, mari kita kupas satu persatu kebenaran di bawah lapisan politik Malaysia. Rakyat Malaysia dibenarkan menyumbang wang kepada parti politik pilihannya, malah kepada sesiapapun yang dimahukan. Jika penyumbang enggan identitinya didedahkan, permintaan itu mesti dipenuhi selagi sumbangannya tidak menyalahi undang-undang. 
 
Bagaimanapun, dunia pembangkang berpusat kepada suasana ketidakadilan dan pilih kasih. Izinkan saya jelaskan. Apabila UMNO menerima sumbangan, identiti penyumbangnya mesti didedahkan segera. Bagaimanapun, pernahkah anda mendengar pembangkang mengumumkan sumber derma yang diterima sekata ini? Kita tahu mereka juga menerima sumbangan politik daripada pelbagai pihak. Anda lihat ironinya?

Sebagai contoh, kita ambil ibu pejabat baru DAP bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang. DAP membinanya dua tahun selepas memerintah Pulau Mutiara. Ibu pejabat DAP itu dilapor bernilai kira-kira RM3.5 juta. Menurut Pengerusi DAP Pulau Pinang, duit berkenaan adalah hasil sumbangan dan jutaan ringgit sudah dikumpul setakat ini.

Apabila saya tanya seorang pemimpin kanan DAP di laman Twitter mengenai pembiayaan bangunan itu, beliau menjelaskan ia dikumpul daripada penyokong setiap DAP. Agak menarik juga apabila individu memberi wang kepada DAP, ia dinamakan `sumbangan ikhlas' tetapi apabila sumbangan sama dilakukan terhadap UMNO, pembangkang pantas menuduh UMNO mengamalkan kronisme, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ironinya, ketika pembangkang menuduh Musa menjarah dan merampas kawasan kaya dengan balak di Sabah, ketegasan Ketua Menteri Sabah itu dalam melindungi balak dan hutan daripada diceroboh pihak tidak bertanggungjawab menjadikan Musa jaguh di kalangan kumpulan pencinta alam sekitar di seluruh dunia. Semua pertubuhan berkenaan terus-menerus memuji program dilaksanakan Musa dalam melindungi hutan. Kawasan hutan yang ditanam semua dengan pantas di bawah pentadbiran Musa, membolehkan kawasan yang dibalak kembali subur dengan hutan baru dalam tempoh 30 tahun. 

Malah, sepanjang menjadi Ketua Menteri, Musa mewartakan lebih banyak kawasan hutan yang kaya dengan balak dan meletakkannya di bawah perlindungan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan tiada Ketua Menteri termasuk dirinya sendiri, memberi kebenaran secara peribadi untuk membalak di kawasan dilindungi tanpa kebenaran DUN! 

Ketegasan sama ketara dilihat menerusi cara Musa menangani simpanan besar negeri merangkumi arang batu, silika, emas dan batu kapur yang berpotensi menghasilkan pendapatan berbilion ringgit jika dilombong.

Apabila ditanya mengapa beliau menghabiskan tenaga dan wang melaksanakan agenda pemuliharaan dan tidak memanfaatkan sumber berkenaan yang boleh meningkatkan pendapatan negeri, Musa menjawab: "Tak apalah, sekarang ini, Sabah dilimpahi dengan pendapatan hasil daripada minyak. Biarlah kita pelihara hutan dan sumber galian bagi masa depan anak cucu kita." 

Jika anda mempercayai segala dakwaan pembangkang di Parlimen, anda akan beranggapan sumber kewangan Sabah berada dalam genting - dikendalikan oleh pemimpin yang menyeleweng dan menyebabkan jutaan rakyatnya merempat manakala masyarakatnya kucar-kacir. 

Gambaran itu jelas jauh menyimpang daripada kebenaran. Hakikatnya ialah menerusi kepemimpinan Musa sebagai Ketua Menteri, pertumbuhan Sabah melonjak dengan ketara. Simpanan tunai negeri berada di kedudukan paling tinggi dalam sejarah, melepasi dua negeri paling maju di Malaysia (Selangor dan Pulau Pinang) dan berkembang dengan konsisten. Jika Ketua Menterinya mengamalkan rasuah seperti dakwaan pembangkang, sudah lama Sabah menjadi papa kedana. Ini kerana bukan sukar mengaut kekayaan negeri jika anda memiliki sikap sebagai `penyedut hampagas' seperti didakwa pembangkang. 
 
Selain daripada simpanan tetap, Sabah turut mencatat sejarah tersendiri apabila Musa membentangkan Bajet Negeri bagi 2012 berjumlah RM4 bilion. Ia adalah angka terbesar dalam aspek pendatangan dan peruntukan, sekali lagi mengatasi Bajet Selagor dan Pulau Pinang. Bagi menambah pencapaian cemerlangnya, Laporan Ketua Audit Negara menyebut Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Musa sebagai negeri yang memiliki asas dan pengurusan kewangan terbaik buat kali ke-12 berturut-turut. Dalam hal ini, sudah tentu pembangkang mengabaikan fakta berkenaan. 

Walaupun tiada undang-undang khusus melarang penyokong memberi sumbangan kepada parti politik, SPRM dengan jelas menegaskan kepada semua parti politik bahawa sumbangan tunai yang diterima sebagai derma mesti direkodkan, dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti dan disertakan dalam proses audit, termasuk oleh SPRM. Itulah yang dilakukan oleh UMNO Sabah. 

Sudah kerap saya dengar pembangkang memuji ICAC Hong Kong di Parlimen sebagai agensi membanteras rasuah terbaik di dunia. Malah, mereka turut mendesak SPRM mencontohi kaedah ICAC dalam menjalankan siasatan antirasuah. Malangnya, apabila ICAC sama membebaskan Musa, pembangkang dengan lantang menyifatkan keputusan itu sebagai `meragukan' dan `di luar kebiasaan'. Itu lancang namanya! 

Harus diakui semua parti politik termasuk pembangkang, menerima derma dan sumbangan daripada penyokong. Jika tidak, bagaimana mereka boleh melaksanakan pelbagai kegiatan parti di seluruh negara yang perlu dilakukan secara berterusan sepanjang 5 tahun selang pilihan raya? 

Mari kita bermain dengan angka. Andaikan PKR mempunyai cawangan di semua 222 kawasan Parlimen dan menghabiskan minimum RM10,000 bagi setiap cawangan untuk sewa pejabat, gaji kakitangan, utiliti, bekalan pejabat dan aktiviti. Ia bermakna pimpinan atasan PKR perlu membelanjakan RM2.22 juta sebulan atau RM26.6 juta setahun. Ia membawa kepada RM133.2 juta bagi 5 tahun untuk membiayai kos cawangannya di seluruh negara! 

Kalau pun PKR hanya mempunyai separuh daripada cawangan itu, jumlah yang diperlukan bagi urusan pentadbirannya ialah RM66.6 juta untuk tempoh 5 tahun! Angka besar ini tidak termasuk perbelanjaan PAS dan DAP bagi cawangan masing-masing. 

Oh, saya hampir terlupa. Apa yang kecohnya mengenai sumbangan RM40 juta itu? 
 

Sunday, October 7, 2012

SPRM akui siasatan sudah selesai

Mohd Shukri Abdull
“The investigation against Musa is on corruption (not abuse of power) and we have completed the investigation, but the panel has instructed us to get more evidence,”


Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull, pihaknya perlu mendapatkan lebih banyak bahan bukti untuk mendakwa Datuk Musa Aman. Bermakna sejak tahun  1996 (tahun dimana bermulanya rasuah Datuk Musa Aman menurut Sarawak Report) sehingga tahun 2012, badan pencegah rasuah ini masih kehulu-kehilir mencari bahan bukti?

Malah pihak SPRM sendiri mengakui bahawa siasatan sudah selesai. Bermakna badan ini telah gagal membuktikan bahawa Datuk Musa Aman terlibat dengan skandal rasuah pembalakan. Adakah disebabkan desakan bertubi-tubi pihak pembangkang, maka SPRM terpaksa berusaha membuktikan pihak yang tidak bersalah sebagai bersalah?

Ketiadaan atau kekurangan bahan bukti selepas 16 tahun isu ini dimainkan cukup untuk membuktikan bahawa Datuk Musa Aman tidak terlibat dengan skandal pembalakan atau skandal pengubahan wang haram sebagaimana yang dimomokkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dan juga NGO tajaan mereka.

Jika pemimpin-pemimpin pembangkang masih terus mendesak SPRM supaya membuktikan yang tidak bersalah sebagai bersalah, kenapa tidak desak SPRM untuk terus mencari bahan bukti bagi kes RM4 bilion Jeffrey Kitingan dan skandal SAS Datuk Yong Teck Lee? atau mungkin MP PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayub sendiri perlu arahkan pihak polis untuk terus mencari bahan bukti bagi kes liwat Anwar sekalipun perbicaraan kes itu sudah selesai.

Rakyat Sabah jangan mudah terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang. Niat mereka hanya satu, iaitu untuk merampas kuasa, bukannya menegakkan kebenaran. Dipihak mereka sendiri banyak berlaku penyelewengan, penindasan, diskriminasi dan ketidak-cekapan pentadbiran.

Walau berpuluh tahun pun isu ini dimainkan, cukuplah hanya sekali Datuk Musa Aman menafikan tuduhan ini dan menegaskan bahawa beliau bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

By: Borneo Bullet