Showing posts with label Pembalakan. Show all posts
Showing posts with label Pembalakan. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

NGO pro pembangkang bersikap dwi-standard dalam isu pembalakan melibatkan pemimpin PR

Pertubuhan bukan kerajaan yang berdiam diri dalam kes pembalakan rakus di kawasan Tasik Pedu dan Gunung Inas di Kedah adalah bacul dan tidak profesional. 

Kita boleh lihat NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) bersikap "DOUBLE STANDARD" kerana mereka hanya bising mengulas kes pembalakan di Sarawak dan Sabah sebelum ini tetapi tidak pula mengumumkan kepada dunia dan membuat heboh apabila ia berlaku di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak tegur atau kritik kerajaan (yang dipimpin PAS) Kedah walhal segalanya yang membabitkan kerajaan pusat dipolitikkan, seolah-olah tiada langsung sikap patriotisme mereka.

NGO-NGO ini seperti ada persefahaman dengan pihak-pihak pakatan haram yang hendak melihatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jatuh. Sikap dwi-standard NGO-NGO ini boleh diteka kerana agenda mereka selari dengan agenda NGO asing yang mungkin membiayai pergerakan mereka di Malaysia. Oleh itu, golongan muda harus mengambil peduli dan berfikir panjang terhadap setiap perkembangan yang berlaku supaya tidak mudah dipengaruhi pihak tertentu. 

Golongan muda dan pelajar telah lama dipergunakan oleh pemimpin yang mempunyai agenda tersembunyi seperti demonstrasi pelajar di Baling pada 1974. Dalam kes itu sebenarnya tiada pun orang yang mati kelaparan tetapi kerana pelajar dipergunakan oleh Anwar Ibrahim, maka boleh dikatakan hari-hari berlaku demonstrasi di kawasan universiti. Anwar mengajar rakyat membuat demonstrasi sejak lama dulu. Kita sepatutnya bertanya mengapa harus diadakan demonstrasi. Golongan muda hari ini wajib berfikir dengan lebih terbuka.

Pilihan raya umum ke-13 kali ini menyaksi 2.8 juta pengundi baharu. Daripada jumlah itu kira-kira sejuta ialah pengundi bawah umur 25 tahun. Kita amat berharap agar mereka membuat keputusan yang tepat. - Kedahan69ers

Berikut adalah artikel terdahulu yang membuktikan betapa buasnya nafsu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjahanamkan alam sekitar yang "DIHALALKAN" oleh NGO pro pembangkang:





Saturday, January 12, 2013

Kezaliman Pakatan Rakyat mengundang amarah rakyat

Hampir 12,000 Rakyat Kedah Serang Balak Azizan Di Pedu!









"Saya diberitahu penganjur bahawa himpunan itu sebenarnya hanya mensasarkan sejumlah 4,000 hingga 5,000 orang peserta sahaja, namun sangat mengejutkan apabila dianggarkan hampir 12,000 rakyat Kedah berhimpun "menakluk" kawasan tersebut.

Tidak hairanlah jika terdapat lebih dari 220 buah bas beratur di sepanjang kawasan tersebut.

Carok Batang Padi yang semalam dipagar oleh pihak PKNK dengan papantanda amaran, telah hilang pintu pagarnya entah ke mana dan kawasan yang telah digondolkan PAS Kedah itu menjadi tapak rakyat Kedah melepaskan kemarahan dan kekecewaan." - Kedahan69ers

Dalam 8 tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat, penganjur perhimpunan ada menyenaraikan tuntutan-tuntutan seperti Hentikan Rampasan Tanah Rakyat dan Jangan Racun Alam Sekitar.

Tapi bila kerajaan Pakatan Rakyat merampas tanah penduduk kampung dan memusnahkan alam sekitar, tidak ada pula para NGO pro pembangkang ini menganjurkan perhimpunan yang sama di negeri-negeri yang dizalimi oleh kerajaan PR.


Mungkinkah kerajaan PR mahu menuntut dua perkara ini supaya pemimpin-pemimpin mereka berpeluang merasai hasil keuntungan merampas tanah rakyat dan menjual balak-balak sekiranya mereka diberikan mandat memerintah negara selepas PRU13? Lihat saja apa yang mereka lakukan di Kedah dan Kelantan. Hutan yang selama ini dijaga baik oleh kerajaan BN habis ditebang oleh pemimpin-pemimpin rakus pakatan yang kononnya berjuang membela nasib rakyat.

Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) agaknya sudah buta dan pekak kerana masih tidak sedar tujuan sebenar pakatan pembangkang. Niat mereka mengadakan perhimpunan di negeri ini hanya bertujuan membantu pakatan pembangkang merampas negeri ini dari kerajaan BN. Bila ini berlaku, nasib rakyat Sabah akan sama seperti nasib rakyat di Kedah. Bumi Sabah yang hari ini sebahagian besarnya masih dilitupi hutan tebal dan kaya dengan pokok-pokok balak yang bernilai tinggi, pasti akan bertukar menjadi bulan jika pakatan pembangkang diberikan peluang memerintah walau hanya sepenggal.

Sunday, January 6, 2013

Siasat Penyerahan Tanah Di Kelantan, Siasat Juga Pembalakan Rakus Di Kedah

 
Penyerahan beribu-ribu hektar tanah milik rakyat dan umat Islam Kelantan kepada syarikat-syarikat bukan milik orang Islam atau lebih tepat lagi, syarikat-syarikat milik kroni DAP, oleh PAS Kelantan, sememangnya sudah lama diperkatakan. Bagaimanapun, PAS yang bijak berselindung di sebalik doa dan solat hajat selain serban dan zuhudnya Nik Abdul Aziz sentiasa dapat mengelak daripada dilihat sebagai penyeleweng tanah terbesar.

Apatah lagi, PAS kerapkali menuding jari menyalahkan UMNO yang kononnya telah menjual tanah-tanah rezab Melayu kepada pihak asing, walaupun pada masa yang sama, mereka tidak menyebut langsung tentang tanah-tanah yang telah disediakan untuk menggantikan rezab Melayu yang telah diambil untuk tujuan pembangunan dan sebagainya.

Berbanding dengan PAS yang begitu rakus mengejar keuntungan besar dan tidak bermoral, UMNO dan Kerajaan Pusat menyediakan ruang dan peluang yang lebih baik untuk sesiapa sahaja yang menyertai program yang dibuat sepertimana KEDA, FELDA, FELCRA dan sebagainya.

Sedangkan sesiapa sahaja yang masuk ke dalam program PAS, mereka hanyalah dilatih untuk menjadi kader PAS dan mengorbankan apa-apa sahaja milik mereka atas nama PAS, termasuklah isteri yang perlu dikongsi.

Dek kerana itulah, PAS tidak malu walau sepicing pun, walaupun telah terdedah bahawa PAS menipu semata-mata, sepertimana dalam kes Tabung Derma Memali, KOHILAL, projek-projek Husam Musa di Kelantan, Ladang Rakyat dan sebagainya.

Menariknya, dalam kes Ladang Rakyat, tidak sahaja PAS Kelantan melihat prospek besar untuk untung berganda dalam rampasan tanah rakyat sebaliknya tindakan PAS memusnahkan alam sekitar seringkali mendapat perlindungan daripada pelbagai pihak termasuklah pihak berkuasa yang mudah kow-tim dan kow-tow kepada para pemimpin PAS.

Ladang Rakyat merupakan alasan di sebalik kerakusan penebangan balak dan kerosakan alam sekitar. PAS mewujudkan alasan Ladang Rakyat untuk mewajarkan tindakan mereka mengkayakan kroni-kroni mereka, terutama sekali dari DAP menerusi jalan memproksikan Melayu-Melayu bangang yang menjadi penyokong tegar PAS. Kerja-kerja tersebut diselaraskan dan dilicinkan oleh pemimpin-pemimpin utama PAS sepertimana yang berlaku di Kelantan.

Ironinya, PAS gila menebang balak apabila mereka mula berbaik-baik dengan DAP bermula awal tahun 2000 dahulu. Dan kegilaan menebang balak itu yang kemudian dijenamakan sebagai LADANG RAKYAT itu kemudiannya, melarat kepada penjualan dan pemindahmilikan tanah kepada kroni-kroni DAP, sama ada dari Malaysia mahupun dari Singapura.

Masing-masing masih tidak terjawab, bagaimana PAS Kelantan boleh memindahkan hak milik beribu-ribu hektar tanah kepada kroni-kroni DAP yang bukan sahaja mentekedaghah balak dan tanah tetapi juga menjadikan orang Melayu yang menyokong PAS sebagai hamba abdi yang cukup dengan RM200 sebulan.

SPRM telah diberitahu tetapi entah mengapa, bagaikan ada hantu besar di dalam SPRM yang menghalang perlaksanaan siasatan terhadap transaksi tanah melibatkan Kerajaan Negeri di bawah PAS. Sekaligus menjadikan PAS seperti jin ekor tercanak yang begitu bangga kononnya mereka telah melakukan program pembalakan dan penebangan hutan secara betul dan mengikut prosedur. Dan di sebalik pelbagai pendedahan bukti yang menunjukkan perlanggaran undang-undang serta peraturan melibatkan Jabatan Hutan, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya, SPRM sehingga ke hari ini terus berdiam diri.

Justeru, seandainya siasatan terhadap penyerahan tanah milik rakyat Kelantan kepada syarikat-syarikat yang meragukan transaksinya, perlu amat untuk siasatan terhadap LADANG RAKYAT KEDAH dimulakan secepat mungkin.

PAS sehingga kini meneruskan kerja-kerja pembohongan mereka dengan begitu megah kerana tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa. Dan pada masa yang sama, pihak berkuasa pula dilihat bagaikan tikus kesejukan yang hanya berani apabila melibatkan pemimpin dan orang UMNO tetapi amat kecut perut apabila melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Tuesday, September 11, 2012

We urge William and Catherine to avoid meeting Musa: Jeffrey Kitingan

Sempena lawatan di-raja Britain, tidak ketinggalan Raja Katak Malaysia turut menyelitkan sepatah dua kata pandangannya di media antarabangsa dalam usaha beliau meletakkan namanya sebaris dengan Bruno Manser, seorang Pejuang palsu yang berselindung disebalik isu alam sekitar. Berikut adalah kenyataan ringkas beliau:

"Opposition politicians called on the royals to reconsider the meeting. One, Jeffrey Kitingan, said: "We urge William and Catherine to avoid meeting Musa as it will give the wrong message to the world."
 
Tidak perlulah Jeffrey menghalang rombongan di-raja William dan Catherine samada untuk melawat negeri ini mahupun berjumpa dengan Datuk Musa Aman. Pasangan di-raja ini tidaklah sebodoh yang disangkakan oleh Jeffrey kerana mereka sendiri boleh melihat usaha-usaha kerajaan dalam melindungi hutan di negeri ini samada melalui pengembaraan mereka mahupun melalui penjelasan dari The Royal Society yang telah banyak melakukan kajian dan penyelidikan berkenaan dengan hutan hujan Tropika di Lembah Danum.

Apa yang ditakutkan sangat oleh Jeffrey hingga tanpa segan-silu meminta William dan Catherine untuk tidak berjumpa dengan Datuk Musa Aman? Sedarkah Jeffrey bahawa dia hanya ahli politik pembangkang yang bercita-cita mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sabah? beliau tidak layak membuat gesaan itu kepada rombongan di-raja ini kerana motif beliau bukan atas dasar perjuangan terhadap alam sekitar, sebaliknya atas perjuangan politik semata-mata.

Jeffrey Kitingan yang sinonim dengan gelaran "Raja Katak" sepatutnya faham dengan situasi yang dihadapi oleh Datuk Musa Aman kerana beliau sendiri pernah melalui situasi itu. Jeffrey pernah menjadi Pengarah Yayasan Sabah pada tahun 1984-1994. Sepanjang memegang jawatan itu, beliau pernah berhadapan dengan tuduhan terlibat dengan skandal RM4 Bilion, malah pernah dihadapkan ke makamah atas tuduhan itu. Jeffrey agak bernasib baik kerana mahkamah membebaskan beliau tanpa syarat ekoran kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti melampaui keraguan munasabah.

Selepas dibebaskan, Jeffrey dengan bangga mengumumkan bahawa beliau menjadi mangsa fitnah oleh pihak-pihak yang cuba memusnahkan kerjaya politik beliau. Tapi bukankah apa yang dia lakukan hari ini juga sama dengan "pihak-pihak" yang dikatanya memfitnah beliau? Jeffrey juga sebenarnya sedang memfitnah Datuk Musa Aman kononnya terlibat dengan skandal pembalakan besar-besaran di Sabah sedangkan sehingga hari ini belum ada tindakan dipihak mahkamah terhadap Datuk Musa Aman, malah ICAC dan pegawai pendakwa Swiss juga masih belum membuktikan bahawa Datuk Musa Aman bersalah dalam kes ini.

By: Borneo Bullet

Sunday, September 9, 2012

"dakwaan tidak berasas tersebut dibuat bermotifkan politik": Datuk Sam Manan

"Kami mempercayai dakwaan tidak berasas tersebut dibuat bermotifkan politik dan tidak didorong oleh cinta ke atas alam sekitar," kata Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan
  1. Isu itu 'diperbesarkan' dengan alasan dakwaan AS$90 juta bersamaan dengan 20,000 hektar hutan ditebang.
  2. Pihak negeri mengamalkan amalan pengurusan hutan yang mapan malahan 'bertambah baik' sepanjang di bawah kepimpinan Musa. 
  3. Lesen jangka pendek yang menyebabkan kerosakan besar kepada alam sekitar kredibiliti pengurusan hutan di Sabah berada di peringkat tertinggi. 
  4. Dasar terbuka diamalkan oleh kerajaan dan semua bidang pengurusan hutan adalah terbuka kepada pihak ketiga dan juga penelitian pihak NGO. 
  5. Lesen pembalakan jangka panjang “tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak 2010(juruaudit bebas pasti akan dapat mengesan pembalakan haram besar-besaran jika ia berlaku). 
  6. Jumlah rizab hutan di bawah kategori Kawasan Keseluruhan Terlindung (TPAS) telah meningkat kini “mencecah 1.3 juta hektar atau kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah (melebihi piawaian antarabangsa sebanyak 10 peratus). 
  7. Kawasan rizab hutan TPAS memiliki peningkatan terbesar di bawah pemerintahan Musa. Sekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan Sabah adalah sebahagian atau sepenuhnya diperakui di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Forest Stewardship Council (FSC), Skim Pensijilan Balak Malaysia (MTCS) atau Pan European Forest Scheme (PEFC).
"Ketua Jabatan Perhutanan tersebut turut mendakwa tuduhan tersebut bakal akan menyebabkan penurunan dalam jualan balak dan menyebabkan hutan Sabah kehilangan nilai ekonomi."

Dua artikel BB sebelum ini turut menyentuh soal "motif politik" dan "ekonomi" kesan dari tuduhan liar yang dibuat oleh BMF dan Sarawak Report terhadap pemimpin negeri Sabah. Walaupun ada perbezaan sedikit dari sudut ekonomi dimana BB lebih fokus kepada kesannya tehadap industri pelancongan, namun yang pasti pejuang yang berselindung di sebalik nama alam sekitar ini berpotensi mensabotaj ekonomi negeri Sabah.

BB sangat bersetuju dengan kenyataan Datuk Sam Mannan bahawa negeri ini mengamalkan pengurusan hutan secara mapan, dan bertambah baik dibawah pimpinan Datuk Musa Aman. Ini kerana, jika dakwaan BMF dan SR itu benar, bagaimana kajian environmentalist antarabangsa boleh meletakkan Taman Kinabalu di ranking ke-6 dunia sebagai "The Biggest and Popular Rainforest in the World" bagi tahun 2011? Malah kerajaan negeri Sabah bersungguh-sungguh mempertaruhkan tiga lagi kawasan hutan (iaitu Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Canyon) untuk memperolehi pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia sama seperti Taman Kinabalu.

Berkenaan dengan AS$90 Juta bagi 20,000 hektar hutan yang kononnya ditebang diera pentadbiran Datuk Musa Aman, bagi BB tuduhan ini agak pelik sedikit. Kerana bekas Ketua Menteri sebelum ini (Datuk Yong Teck Lee) telah meluluskan 265 lesen pembalakan meliputi 300,000 hektar hutan di Sabah. Jika environmentalist luar negara boleh mengesan pembalakkan bagi keluasan 20,000 hektar, kenapa tidak untuk 300,000 hektar? Kalau ikut kiraan AS$90 juta bagi 20,000 hektar, bermakna era pentadbiran Yong Teck Lee telah berjaya mengaut keuntungan lebih dari AS$1.3 Bilion untuk 300,000 hektar hanya dalam tempoh dua tahun. Mana semua hasil keuntungan itu?

Fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah ini cukup untuk membuktikan bahawa era pentadbiran Datuk Musa Aman banyak memfokuskan kepada usaha-usaha konservasi hutan, sangat bertentangan dengan tuduhan yang dibuat oleh pejuang yang betopengkan alam sekitar.

By: Borneo Bullet