Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Kekayaan Anwar didedahkan melalui laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal

Penduduk Permatang Pauh Minta Penjelasan Dari Anwar dan Karpal

PERMATANG PAUH 2 Ogos – Kemunculan surat misteri mendedahkan ‘urus niaga’ oleh dua pemimpin tertinggi pakatan pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di daerah ini. Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah-rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar. - Utusan

Laporan ditulis bekas pekerja Karpal Singh

PERMATANG PAUH 2 Ogos – Laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang diedarkan kepada penduduk di kawasan ini sejak beberapa hari lalu didakwa ditulis oleh bekas kakitangan pejabat guaman di Kuala Lumpur. Menurut penulis laporan setebal lapan muka surat itu, dia terpaksa merahsiakan identitinya atas faktor keselamatan. Katanya, dia mendedahkan perkara tersebut berikutan rasa tanggungjawab kerana maklumat yang disimpannya selama ini terlalu penting. Sejak 2008, dakwanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat beberapa pembayaran guaman berjumlah jutaan ringgit. - Utusan

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng sebelum ini ada mendedahkan mengenai akaun RM332 juta milik Anwar yang disimpan rapi dalam 20 akaun di luar negara. Pendedahan yang dipetik dari laporan pembocor maklumat Wikileaks itu mungkin ada asasnya selepas bekas pekerja Karpal mendedahkan ‘urus niaga’ oleh dua pemimpin tertinggi pakatan pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menerusi dua laporan Utusan seperti diatas.

Penulis amat yakin bahawa kedua-dua mangkuk ini pasti tidak akan mengaku kewujudan urus niaga jutaan ringgit berkenaan sekalipun bukti yang dikemukakan amat kukuh berbanding dengan hujah penafian mereka. Setakat ini belum ada kenyataan atau penjelasan dari Anwar mahupun Karpal mengenai dakwaan ini; dan kalau adapun pasti bunyinya sama sahaja sebagaimana Anwar menafikan tuduhan-tuduhan lain yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah berlalu hampir empat bulan ialah kemampuan kewangan Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter. Ini belum termasuk kenderaan darat yang digunakan Anwar dan macai-macainya seperti Chevrolet, bas mewah dan treler yang dilengkapi dengan pentas berpolitik.. Jarang ada ahli politik yang berkesempatan menikmati perjalanan menggunakan kenderaan-kenderaan mewah seperti Anwar, kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar. 

Dari satu sudut ia mungkin satu kelebihan kepada Anwar bagi meneruskan survival politiknya walaupun beliau boleh dikategorikan sebagai satu-satunya penasihat ekonomi paling miskin di dunia kerana bergaji RM1. Namun, di masa yang sama timbulkan satu persoalan tentang dari mana datangnya sumber untuk membiayai gaya hidup Anwar yang serba mewah. Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan bagi menampung kos sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina. Adakah khidmat berbelas pengawal peribadi Anwar ini juga PERCUMA?? 

Sungguh mustahil jika kemewahan yang dinikmati Anwar hari ini adalah berkat dari amalan menabung sejak kecil. Kalau adapun Anwar menabung, untuk menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun belum tentu terdaya, inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya. Jesteru, Anwar perlu tampil memberikan penjelasan kepada umum bagi merungkai semua persoalan-persoalan mengenai kekayaan luar biasa beliau sebelum rakyat memutuskan bahawa dakwaan itu benar belaka.

Saturday, January 26, 2013

Jualan Murah Pakatan Rakyat tidak laku di Sabah

Rupanya selama ini Pakatan Rakyat hanya "syok" sendiri kononnya parti mereka mendapat sambutan dikalangan rakyat Sabah, terutamanya selepas Bumburing dan Lajim keluar meninggalkan BN dan menyertai mereka. Keyakinan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru disuarakan melalui kempen mereka di suluruh pelusuk negeri ini tidak terkecuali kawasan-kawasan terpencil dan juga pulau-pulau sekitar Sabah.

Pasti ramai yang masih ingat majlis sambutan ambang Hari Merdeka yang diadakan di Restoran Singgah Singgarung anjuran Pakatan Rakyat pada bulan September tahun lalu . Dalam majlis itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh menaikkan imej mereka diselang-seli dengan skrip memburuk-burukkan kerajaan BN dengan bermodalkan dua ekor katak (Lajim dan Bumburing) yang berjaya dituba oleh Anwar Ibrahim.

Agak lucu, sebaik Bumburing memulakan ucapan dan sebaik ketibaan Anwar di majlis itu, tiba-tiba ribut kencang melanda kawasan itu hingga menyebabkan kemah mereka hampir terbang. Situasi ini boleh pula diterjemahkan oleh penulis pro pembangkang kononnya ribut itu adalah aura yang dibawa oleh Anwar ke Sabah yang bakal merubah nasib rakyat Sabah.. uwekk!! menyampah!!
"Namun sesuatu yang tidak diduga telah berlaku kerana belum pun sampai dua minit Datuk Seri Wilfred Bumburing berucap, satu ribut kencang bertiup dan diikuti oleh hujan renyai-renyai menyebabkan layar projektor tercabut dan khemah pentas hampir terbang. 
Di Saat itu juga adalah waktu ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ini satu rahmat baru atau malapetaka bagi Sabah? Adakah ini adalah aura yang dibawa oleh Anwar ke Sabah yang bakal merubah nasib rakyat Sabah yang inginkan perubahan dan memerlukan pembelaan agar sama taranya dengan penduduk di Semenanjung Malaysia?" - Sabahkini
Pemimpin, penulis dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat patut melihat petanda itu dari sudut negatif sebagaimana insiden yang berlaku kepada Ansari selepas jatuh ke laut dua kali ketika PRK Batu Sapi. Seperti yang dijangka dan diramalkan, Ansari dan YTL gagal menewaskan seorang suri rumah sekalipun jumlah undi kedua-dua pemimpin pembangkang ini digabungkan. Jesteru, dengan insiden buruk yang melanda Pakatan Rakyat ini, tidak perlulah pemimpin-pemimpin mereka terlalu gairah mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding sedangkan realitinya Pakatan Rakyat sudah tidak laku di negeri ini.

Keyakinan Bullet terhadap tahap kemampuan Pakatan Rakyat bertambah-tambah kuat apabila blogger DKM Sabah mendedahkan bahawa jumlah ahli yang berdaftar dengan STAR jauh lebih tinggi daripada jumlah ahli yang berdaftar dengan PKR. Pendedahan ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Sabah tidak menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat walaupun Anwar dan konco-konconya dibantu dengan jentera-jentera mewah seperti Falcon Jet yang bernilai USD39 juta bagi memperlihatkan diri mereka setanding dengan pemimpin-pemimpin bertaraf dunia.

Tanpa membuang masa, jom layan artikel DKM di bawah:

SUATU PENDEDAHAN: PKR TIDAK LAKU DI SABAH
Pada 13.01.2013 telah berlangsung Program "Perjumpaan Pemimpin STAR Bersama Rakyat" bertempat di Kg. Mantob Kiulu Tuaran. Dianggarkan seramai 150-200 orang hadir pada perjumpaan tersebut. Kawasan perkampungan yang berada di bahagian pedalaman Tuaran. Majoriti masyarakat kampung Mantob terdiri daripada suku kaum KDM. Wujud beberapa pendedahan penting daripada Dr Jeffrey merangkap Pengerusi STAR Sabah. 
STAR 1 Tahun (300,000 ahli) PKR Sejak Masuk Sabah Hanya Ada 50,000 Ahli.
Beliau mendedahkan bahawa, sepanjang PKR mula-mula bertapak sehinggalah beliau menyertai Parti tersebut, PKR hanya mampu mendaftarkan lebih kurang 50,000 ahli di seluruh Sabah. Berbeza dengan STAR (State Reform Party) yang baru berusia setahun, beliau mendakwa bahawa STAR berjaya mendaftarkan lebih kurang 300,000 orang ahli di seluruh Sabah. Beliau menyifatkan perkembangan ini sebagai tamparan hebat kepada PKR yang selama ini memandang rendah keupayaan parti-parti kecil seperti STAR. 
STAR dikhabarkan kini memonopoli kawasan-kawasan yang penduduknya atau pengundinya merupakan majoriti KDM (Kadazandusun Murut). STAR dijangka akan bertanding dan meletakkan calon mereka di kawasan-kawasan majoriti pengundi KDM dan Bumiputra Bukan Islam (BBI). Baca artikel penuh (DISINI)

Tuesday, January 22, 2013

RCI Di Sabah Buatkan Anwar Resah Gelisah

Dalam menghadapi PRU13 yang kian mendekat, Anwar Ibrahim berusaha menimbulkan pelbagai isu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan UMNO-BN sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat. Selepas satu demi satu isu yang dimainkan, hanyut begitu sahaja dan pendedahan menunjukkan penglibatan serius Anwar dalam rekaan isu-isu tersebut, Anwar cuba pula untuk menaikkan kemarahan rakyat Sabah menerusi isu kad pengenalan kepada pendatang asing. 

Mangsanya adalah Tun Dr. Mahathir! 

Walaupun Anwar Ibrahim cukup sedar, otaknya tidak setara dengan otak Tun Dr. Mahathir, Anwar menyangkakan bekas Perdana Menteri keempat Malaysia itu sudah nyanyuk dan pelupa. Kesempatan itu digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk memutarbelitkan beberapa fakta termasuklah penggunaan beberapa orang saksi yang diketahui pernah menjadi tahanan KEMTA kerana terbabit dengan skandal kad pengenalan biru yang mengancam keselamatan negara. 

Keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tersebut, kini dipersoalkan, memandangkan kesemua mereka adalah individu yang terbabit dalam jenayah berkenaan. Dengan kata lain, mereka merupakan individu-individu yang mudah didorong oleh wang ringgit walaupun terpaksa mengkhianati negara. 

Dan sekarang, mereka menjadi saksi bagi pihak Anwar Ibrahim dan DAP yang mempersoalkan tentang pemberian kad pengenalan biru serta kewarganegaraan kepada kelompok warga asing beragama Islam di Sabah. Ketika Tun Dr. Mahathir membuka mulut dengan menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan bagi memudahkan siasatan RCI berhubung kes tersebut, tiba-tiba sahaja YB Jamban, Azmin Ali bersuara dan kelihatan cuba untuk membela Anwar Ibrahim. 

Azmin Ali cuba membersihkan tangan kotor Anwar Ibrahim dengan meletakkan seluruh kesalahan kepada Tun Dr. Mahathir yang telah menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981-2005. 

Benarkah dakwaan Azmin Ali bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes pemberian kad pengenalan tersebut? 

Sudah tentulah tidak! 

Bahkan Azmin Ali sangat tahu, Anwar Ibrahim adalah orang yang lebih banyak tahu tentang pendatang asing yang diberikan kad pengenalan biru dan taraf kewarganegaraan Malaysia. Sebabnya, siasatan RCI kini sedang menghala ke arahnya dan Anwar Ibrahim mulai resah dan gelisah. 

Anwar Ibrahim merupakan salah seorang daripada anggota kabinet pada tahun-tahun di mana kontroversi pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan tersebut dipertikaikan. Pada tahun 1991, sebuah unit khas telah ditubuhkan di bawah Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memantau kebanjiran pendatang haram di Sabah. Faktor tersebut bukanlah merupakan satu kebetulan apabila Anwar Ibrahim MENANG BESAR dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan undi terbesar kemenangannya datang dari Sabah. 

Ramai yang masih ingat, bagaimana Anwar Ibrahim dengan tersenyum simpul dan penuh angkuh menyatakan, dia tidak dapat menolak pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk menandingi jawatan yang sedang disandang oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba pada waktu itu walaupun pada mulanya, kononnya dia tidak berminat untuk bertanding. Pencalonan terbanyak Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO juga datangnya dari Sabah walaupun sebelum penubuhan Unit Khas pada tahun 1991, Sabah merupakan kubu kuat Tun Ghafar Baba. 

Ramai saksi yang masih hidup dan sudi menceritakan bagaimana Pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu, memantau isu kebanjiran pendatang haram Sabah secara mingguan. Malah Anwar SECARA SUKARELA telah menawarkan dirinya untuk menjadi 'PEMANTAU' kebanjiran pendatang haram di Sabah. 

Pendatang asing di Sabah merupakan pemain sosio-ekonomi yang sangat penting. Justeru perhatian khusus diberikan untuk masalah berkenaan. Anwar Ibrahim berjaya mempengaruhi Perdana Menteri pada ketika itu (Tun Dr. Mahathir) konon-kononnya untuk memikul tanggungjawab menangani masalah pendatang. Anwar Ibrahim tidak sahaja dipercayai untuk menangani politik Sabah, tetapi juga WANG dan PERUNTUKAN yang sangat besar, termasuklah juga WANG PARTI.

Justeru tidaklah menghairankan bagaimana Anwar sekarang umpama berada di atas bara api. Dia kelihatan tercungap-cungap dengan siasatan yang sedang dijalankan, sehinggakan tidak mampu menunggu lebih lama untuk membuka mulut bagi melindungi dirinya. Dan bukan dengan mulutnya sahaja, dia turut menggunakan Azmin Ali bagi tujuan tersebut. 

Maka, tidak hairanlah mengapa Azmin Ali melalak kuat demi melindungi kekasihnya itu. Sedangkan siasatan RCI semakin lama, semakin mengarah kepada Anwar Ibrahim. Berbanding Mahathir, Anwar langsung tidak berani tampil untuk memberikan keterangan sebaliknya cuba menjadikan dirinya halimunan dan seolah-olah dia langsung tidak terlibat dalam isu berkenaan. - Kedahan69ers

Friday, January 18, 2013

Act Of Treason Against Sabahans, Where Was Anwar Ibrahim In 1994?

IT'S NOW becoming a fashion of sort to blame the dead. As we all know "dead men tell no tales." A dead man also cannot wake up from his grave, kick you in the ass and defend himself. So it's a win-win situation.

Former Sabah NRD director Ramli Kamaruddin said former Deputy Home Minister Megat Junid told him, here, to issue receipt to allow illegal immigrants to vote in the 1994 state elections. Megat Junid died on 24 January 2008.

Former Prime Minister Tun Mahathir Mohammad had been implicated with the issuance of Malaysian I/C to illegal immigrants dubbed "Project M". Mahathir must be really stupid to allow his name to be used for illegal activity.

The question is was Mahathir complicit in this illegal activity or was it people below him who took upon themselves to do the malfeasance?

In the early 90s, Anwar conspire with Jeffrey to take Sabah out of Malaysia
Anwar Ibrahim, the great pretender and man of conscience was then the deputy prime minister and minister of finance, why did he not stop this act of treason against Sabahans?

Was he also complicit to the illegal activity in the 1994 Sabah state elections?

We know what he did in 1994!

He was the man on the ground not Mahathir. He was very much involved in the programme to destabilise the then PBS government and was the mastermind of the crossing over of PBS assemblymen to BN at that time.

As they say "what goes around come around", the same frogs have now joined him to do exactly the same exercise and this time to destabilise the BN government.

The unfortunate thing is Malaysians still think this man is worthy of trust. Hantu Laut

Thursday, January 17, 2013

Kenapa Anwar tarik balik saman RM100 juta terhadap Khairy?

Hari ini, berita paling sensasi yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim, sudah tentulah berkenaan penarikan balik saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Anwar yang terlebih dahulu membuat kenyataan bahawa Khairy Jamaluddin telah menarik balik kenyataannya dan meminta maaf, sekaligus mengiktirafnya sebagai PEJUANG MELAYU dan bukannya boneka Amerika Syarikat atau Yahudi. 

Itu kata Anwar Ibrahim, sedangkan Anwar yang terkenal dengan pembohongan, bukan kali pertama memutarbelitkan cerita sebenar sepertimana dalam kes samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan 13 September 2012 lalu. Saman fitnah terhadap Saiful Bukhari telah ditarik balik ketika pengurusan kes sedang dilangsungkan.

Anwar bagi alasan, penarikan balik saman tersebut adalah kerana, Mahkamah Tinggi telah membebaskannya daripada tuduhan liwat Januari tahun yang sama. 

Saiful Bukhari Azlan yang sememangnya menantikan kes tersebut, terpinga-pinga dengan keputusan Anwar. Dia sebaliknya sudah bersedia untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim sekali lagi di dalam mahkamah. Bagaimanapun, Anwar memilih untuk tidak meneruskan kes dan kemudian membuat cerita bohong kononnya Saiful sudah menyesal dan meminta maaf kepadanya. 

Walhal apa yang dikatakannya itu, langsung tidak berlaku dan Saiful masih serta bertegas bahawa Anwar Ibrahim memang meliwatnya, manakala kemenangan Anwar Ibrahim dalam kes liwat sebelum itu adalah disebabkan teknikal, bukannya fakta. 

Sememangnya, perbicaraan liwat Anwar itu merupakan perbicaraan yang telah merekodkan tempoh paling lama di Malaysia. Anwar Ibrahim dan pasukan peguambelanya telah membuat 73 kali penangguhan kes tanpa sedikit pun mencabar fakta yang dikemukakan.

Hari ini, keadaan yang sama juga berlaku. Saman RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan oleh Anwar sebagai menjejaskan reputasinya pada tahun 2007, ketika Khairy masih lagi berjawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, tiba-tiba ditarik balik.

Sedangkan semua pihak termasuklah Khairy Jamaluddin, khabarnya, sudah tidak sabar-sabar untuk meneruskan kes tersebut. Sepatutnya hari ini, Ezam Mohd Nor, dan Ibrahim Ali memberikan keterangan sebagai saksi Khairy Jamaluddin. 

Tidak ragu-ragu lagi, Anwar sebenarnya amat gentar dengan Ibrahim Ali dan Ezam Mohd Nor walaupun semasa berceramah, dialah yang paling berani dan dialah yang paling benar sampai tak tercabar oleh sesiapa pun. Namun apabila sepatutnya dia membuktikan kebenaran dirinya di dalam mahkamah, Anwar memilih untuk tidak meneruskannya dan kemudian lari sebelum buat cerita bohong demi menyedapkan hati para pengikutnya.

Khairy Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, Anwar sekadar mahukan penyelesaian dibuat di luar mahkamah. Dia tidak perlu membayar sebarang kos, tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu menarik balik kenyataannya. Pendek kata, Anwar memilih untuk membuang masa mahkamah sebelum melarikan diri, kaedah biasa yang sering dilakukannya.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan satu lagi kes samannya terhadap bekas rakan sekutunya, Dr. Chandra Muzaffar. Perbicaraan tersebut sedang berjalan. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim seperti tidak mahu berita tentang perbicaraannya itu disebarkan, tidak seperti kebiasaan yang diamalkan olehnya.

Kalau di pentas ceramah, Anwar Ibrahim mungkin sangat hebat berceloteh, berbicara dan menghukum orang itu salah, orang ini salah… tetapi nampaknya apabila di dalam mahkamah yang menyediakan bukti, fakta dan saksi, Anwar Ibrahim memilih untuk melarikan diri. 

Mujurlah para pengikut dan pemercaya Pakatan Rakyat terdiri daripada golongan bodoh dan akal pendek. Kalau mereka bijak sedikit, sudah tentu mereka akan dapat melihat bahawa orang yang mereka sangat percaya itu sebenarnya adalah seorang penipu terhebat abad ini!!! - Kedahan69ers

Tuesday, January 15, 2013

Anwar Not Fit To Be PM

This is fresh from the Courts this morning. 

Anwar Ibrahim is suing former Deputy President of Parti Keadilan Rakyat Dr Chandra Muzaffar for RM10.0 million for somethings that Dr Chandra had said about Anwar. The three things that were part of Anwar's suit against Dr Chandra were :

i. for saying that it would be an unmitigated disaster for Malaysia if Anwar became the Prime Minister
ii. for saying that Anwar was deceiving the people
iii. for saying that Anwar had threatened a Hindu temple in Penang (in March 1998) that the "temple's bells would stop ringing"

Well everyone turned up in Court this morning except Anwar of course. In a dramatic turn of events, Anwar's lawyers applied to the Court that they wished to withdraw (yes folks withdraw) TWO out of three charges against Dr Chandra Muzaffar.

They applied to the Court and the Court also granted their request that  i. and ii. above :

i. it would be an unmitigated disaster for Malaysia if Anwar became the Prime Minister
ii. that Anwar was deceiving the people

would be dropped from their libel suit against Dr Chandra.

This means that Anwar will not object anymore (thru libel suits in Court) if people say that it would be an unmitigated disaster if he became Prime Minister and that he has been deceiving the people.  

But there is another way of looking at this. If he had kept his mouth shut and not said anything about Dr Chandra's statements (or if he had not made that Police report against the 50 Dalil book in 1998, or if he had kept quiet and NOT made that Police report against that China Doll video, or if he had kept quiet and NOT sued Nallakaruppan for slander) it would have avoided him tons of trouble. 

But its too late now. It is a different scenario. First he sued Dr Chandra, and then he is withdrawing two out of three points of his contention. To the ordinary man it comes across that since Anwar has withdrawn  these two charges, it means he is agreeing that yes it will be an unmitigated disaster if he became Prime Minister and yes that he has been deceiving people. 

Daripada dulu sampai sekarang, Anwar Ibrahim's single biggest problem is that he cannot think very logically. His actions have always been knee jerk and stop gap actions. Has anyone figured out why he ran to the Turkish Assembly after he heard that Saiful had lodged a Police report against him for sodomy?   

If any of you think he knows anything about the economy then just ask him : will you abandon the entire New Economic Policy? Just answer yes or no. Let me tell you folks - his answer will be no. He will not abandon the New Economic Policy. Habis apa program dia yang lebih bagus atau yang lagi beza?  The brader has got no ideas. Lights are on in the factory but the machinery is not working. 

He has dropped these two charges against Dr Chandra because he did not think when he first filed the suit.  Saying that he is an unmitigated disaster and that he is deceptive is not libelous. It would not have stood up in Court. It is an individual passing a judgement on someone who wants to be the PM. What is wrong with that?

I mean dont the Pakatan dunggus say (everyday without fail) that the PM Najib is deceiving people and that it is an unmitigated disaster for Malaysia if Najib remains the PM?  You guys say it everyday. Apa nak sue libel lah, sue slander lah, sue ini lah, sue itulah. So should Najib sue you when you say the same things against him? 

Stop being childish and stupid and stop suing people in Court for every single thing they say. 

My view is that Anwar Ibrahim is as dumb as they come. He barely graduated with a weak degree in Malay Studies. That was the place you went to if you could not get into the other faculties in University Malaya.  Instead of talking about Malay studies he started talking about religion. Then he took over ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia.  Until today we can see the disastrous impact of the ABIM influence in Malaysia. 

Yes it will be an unmitigated disaster if someone with such poor talent became the PM of the country. - OUTSYED THE BOX

Thursday, January 10, 2013

Lajim berangan-angan jadi KM Sabah


Oleh: Borneo Bullet

Mengulas kenyataan Lajim Jumaat lalu bahawa beliau sedia menggalas tugas sebagai Ketua Menteri Sabah jika Pakatan Pembangkang membentuk kerajaan di negeri ini selepas PRU13, Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal berkata, Lajim hanya boleh berangan-angan menjadi Ketua Menteri kerana hasrat itu tidak akan dipersetujui oleh parti pembangkang di negeri ini.

Ini kerana Pakatan Pembangkang seringkali tidak sependapat dalam pelbagai isu termasuk menentukan siapa yang akan memimpin negara dan negeri jika berkuasa, kata beliau.

PKR dan DAP tentu ada calon sendiri untuk diangkat sebagai Ketua Menteri, apatah lagi Lajim baru saja menyertai pakatan pembangkang menerusi parti yang ditubuhkannya, Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS). Datuk Lajim boleh berangan-angan jadi Ketua Menteri jika pembangkang menang di Sabah namun hasrat itu sukar untuk direalisasikan memandangkan rakyat Sabah ketika ini memberikan sokongan penuh kepada kerajaan BN.

Mangulas lanjut, Mohd Shafie berkata ketidaksepakatan pembangkang bukan hanya membabitkan jawatan peringkat negeri, malah soal siapa bakal jadi Perdana Menteri juga belum terjawab.

"PAS mahu Haji Hadi, PKR pula mahu Anwar dan masalah sama juga berlaku diperingkat negeri," katanya.

Rakyat Sabah boleh menilai rekod pembangkang, khususnya Anwar yang menjanjikan pelbagai tawaran kepada rakyat di negeri yang ditadbir mereka, tetapi sehingga kini gagal ditunaikan.

Ketika menjadi Menteri Kewangan selama 6 tahun, Anwar memperuntukkan RM3 bilion kepada Sabah, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru tiga tahun Menteri Kewangan, sudah RM6 bilion diperuntukkan kepada negeri ini.

"Sekarang Anwar janji nak bagi macam-macam untuk Sabah termasuk Amanah Saham Sabah... di Pulau Pinang dan Selangor, rakyat tak dapat apapun walaupun pelbagai janji dibuat," katanya.

Saturday, January 5, 2013

Urus Tadbir Kerajaan BN Sabah Sudah Cukup Baik

Oleh: Borneo Bullet
"PKR today dismissed any notion that Sabah and Sarawak people were against peninsula-based parties from contesting in the states.

Speaking at a press conference at the party headquarters here, PKR supremo Anwar Ibrahim said that the people of Sabah and Sarawak wanted good governance and to be rid of corruption. “I travel to the states regularly and the so-called anti-peninsula sentiment is not getting support from the locals." - Sabahkini
Rakyat Sabah dan Sarawak tidak menentang mana-mana parti dari Semenanjung, malahan rakyat di kedua-dua negeri ini mengalu-alukan kehadiran mana-mana parti yang diyakini mampu membawa perubahan atau pembaharuan kepada negeri mereka. Lihat saja bagaimana UMNO mampu bertahan lama di negeri Sabah, dan sentiasa mendapat sokongan kuat dari rakyat sekalipun pemimpin-pemimpin pembangkang tanpa rasa jemu menjaja pembohongan di seluruh pelusuk negeri ini.

Pasti ramai dikalangan rakyat Sabah yang kurang bersetuju bila Anwar cuba menggambarkan bahawa parti beliau mampu merealisasikan satu sistem urus tadbir negeri yang baik, cekap dan bersih dari sebarang bentuk rasuah kepada rakyat di negeri ini ketika negeri-negeri yang sedang dijajah oleh Pakatan Rakyat tidak pernah sunyi dari skandal rasuah, kronism, nepotism dan penyalahgunaan kuasa.

Pentadbiran kerajaan BN Sabah hari ini sudah cukup baik, malah lebih baik dari pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Setiap tahun laporan Ketua Audit Negara menunjukkan kedua-dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak sering membawa prestasi yang baik dalam pengurusan kewangan dan polisi-polisi fiskalnya.

Dalam laporan terbaru untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada negeri Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Manakala, Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

Jesteru, jika urus tadbir kerajaan BN Sabah dan Sarawak tidak cukup baik, dan jika pemimpin-pemimpin kerajaan BN Sabah dan Sarawak terlalu buas rasuahnya, bagaimana negeri-negeri maju yang sedang diurus tadbir oleh Pakatan Rakyat boleh ketinggalan dibelakang kedua-dua negeri borneo ini?

Tidak perlulah Anwar bersusah payah mengembara di seluruh pelusuk Sabah dan Sarawak semata-mata mahu menasihatkan rakyat di kedua-dua negeri ini supaya memberikan beliau peluang untuk menduduki kerusi empuk Perdana Menteri. Biarlah rakyat saja yang nilai hasil "titik peluh" pemimpin-pemimpin Pakatan di empat buah negeri selama 4 tahun.

Jika Anwar mempunyai banyak masa berkempen sambil memburuk-burukkan kerajaan, kenapa beliau tidak gunakan saja masa itu untuk menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau dan pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain? Dan, jika Anwar mempunyai banyak dana politik yang membolehkan beliau berulang alik ke Sabah dan Sarawak, kenapa tidak gunakan saja dana itu untuk melaksanakan semua janji-janji Pakatan yang masih terbengkalai sehingga hari ini?

Sunday, December 2, 2012

Ini kali lah! Orang Sabah tatap sukung BN!

 "Anwar datang Sabah tapi dia nda sedar orang sabah sudah nda percaya dengan dia! orang sabah semua sudah tau Anwar punya cakap semua tipu, pandai cakap ja tapi nda pernah buat!"
Keluhan daripada perbualan telefon dengan kawan MyMassa apabila bertanya tentang kedatangan Anwar untuk edisi ceramahnya di Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Biar gambar berbicara, ceramah Anwar di Sabah tidak mendapat sambutan. Isu yang dimainkan seperti Tanah Adat, Harga Minyak, dan Fitnah kepada Ketua Menteri Sabah. Anwar masih berfikiran bahawa orang Sabah akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan olehnya. Walhal, Orang Sabah bukanlah berfikiran kolot, dan pasti dapat menilai apa yang betul dan apa yang salah!

Apa yang melucukan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin sendiri telah tersasul mengaku bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah Kerajaan Rakyat! Penonton turut gelakkan ucapan si Thamrin itu! sungguh memalukan.Tapi Inilah satu contoh anak buah Khalid Gagap.

MyMassa ramai kawan orang Sabah, kalau orang Sabah cakap slang Sabah pun MyMassa boleh paham. MyMassa pun boleh bercakap slang sabah sedikit!:) .Sebab itulah juga MyMassa boleh tahu keadaan politik orang Sabah. MyMassa yakin Orang Sabah akan menolak Pakatan Rakyat. Orang Sabah tahu kerajaan sedia ada banyak membantu mereka. Daripada kemudahan asas kampung, jalan raya bertar, sekolah, air, gelanggang futsal, rakyat sabah sudah menikmatinya. Kampung tanpa wayar juga telah masuk di kebanyakan kampung-kampung di Sabah!

Baru-baru ini, MyMassa sempat melancong di Kundasang Sabah. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, MyMassa dapat melihat kepesatan Bandaraya Kota Kinabalu membangun. Persepsi lama seperti tinggal atas pokok, dayung sampan ke sekolah, tidak sepatutnya ada lagi dalam pemikiran rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di Semenanjung. Jika ada yang masih berfikiran begitu, dia sepatutnya datang ke Sabah!

Orang Sabah bulih ka kasi tolak itu PR?
Bulih Bah kalau kau!

Sumber: Mymassa & DKM