SANDAKAN: Sokongan padu yang diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional amat penting kerana ini memastikan supaya segala perancangan yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan mengikut keperluan dan kehendak rakyat, kata Ahli Parlimen Libaran merangkap Timbalan Ketua Bahagian Umno Libaran Datuk Juslie KK Ajirol.Kemudahan asas seperi bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya telah dibangunkan secara berperingkat dan banyak kemudahan itu telah dinikmati oleh rakyat.Beliau meminta rakyat agar terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN secara berterusan demi kesinambungan pembangunan.Rakyat jangan mudah tertipu dan terpengaruh dengan pihak pembangkang yang mengatakan tiada projek pembangunan dilakukan oleh kerajaan selama memerintah. Kerajaan BN telah banyak mengotakan janji kepada rakyat termasuklah membangunkan kawasan luar bandar yang jauh ketinggalan dari arus pembangunan sekian lama, kata Juslie.Justeru, Juslie menasihati rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata pembangkang yang hanya memutar belit fakta dan bercakap kosong. “Rakyat perlu sedar dimana hanya kerajaan BN sahaja yang secara berterusan membantu rakyat dan menyediakan pelbagai projek pembangunan untuk kepentingan rakyat”, katanya. - New Sabah Times
Seperti kata pemimpin-pemimpin kerajaan BN, jangan sekali-kali jadikan PRU13 ini sebagai bahan uji-kaji. Walaupun ada yang berpendapat bahawa tempoh 5 tahun itu singkat dan kerajaan boleh ditukar semula bila sampai waktunya, namun ianya cukup untuk memusnahkan sebuah negara yang hari ini sedang berada dilandasan yang tepat untuk menuju kepada status negara maju.
Lihat saja bagaimana pentadbiran pembangkang di empat buah negeri selama 4 tahun. Apa yang boleh dibanggakan? masih banyak janji-janji PRU 2008 yang belum mereka laksanakan.
Malah banyak juga isu penyelewengan dan salahguna kuasa dilakukan pembangkang yang sehingga hari ini gagal dijawab, seperti isu pembalakan di Kedah dan Kelantan.
Dalam tempoh 4 tahun, pembangkang hanya fokus mengkayakan diri sendiri sehingga ada pemimpinnya mampu memiliki kereta setiap tahun, boleh tersengih-sengih dalam jet mewah, memiliki bas yang tandasnya boleh memuatkan dua orang dalam satu-satu masa, mempunyai dua buah treler (khas untuk jelajah kempen pembangkang) dan macam-macam lagi. Kemewahan itu hanya dijana dalam masa 4 tahun, bagaimana jika mereka ada 20 tahun? Sedangkan sehingga hari ini, mereka masih kehulu-kehilir memohon derma dari rakyat miskin dengan alasan kononnya parti mereka miskin dan tidak ada sumber dana....


