Sunday, February 3, 2013

RCI Sabah: Anwar kata "jangan takut, saya Menteri Kewangan M'sia"..

ANWAR GERTAK YONG TECK LEE: YOU KENA COVER I PASAL RCI, MASA YOU JADI CM SAYA BANYAK TOLONG YOU KAN, MASA TU I FINANCE MINISTER YOU JANGAN LUPA
Pada PRU ke-8 pada tahun 1990, kira-kira 5 hari sebelum Hari pembuangan undi. Parti PBS yang bermesyuarat di rumah Ketua Menteri di Seri Gaya, Kota Kinabalu telah mengambil keputusan keluar dari BN. Akhirnya, UMNO terpaksa masuk ke Sabah untuk membantu USNO yang menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan umat Islam dan Bumiputera Islam di Sabah ketika itu. Dalam kes ini, orang yang paling berjasa ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim!

Kemudiannya, pada tahun 1994 berlangsung pula PRU peringkat negeri Sabah. BN Sabah yang diketuai oleh UMNO Sabah hanya kekurangan 2 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri. Nafsu dan Kerakusan Anwar tiada siapa yang mampu mengatasinya! Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kerana pada tahun 1995 akan berlangsung Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Lalu, Anwar Ibrahim membeli Lajim Ukin dengan diikuti oleh YB-YB PBS yang lain. Akhirnya hanya tinggal 5 orang YB PBS sahaja dalam parti PBS, yang lainnya semua dibeli oleh Anwar Ibrahim.

Idea membeli YB ini dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba menentang cara ini, namun Anwar Ibrahim pandai "kelentong", akhirnya dibeli juga. Tumbanglah kerajaan PBS! Cara ini hendak diulangi Anwar Ibrahim pada tahun 16 September 2008. Malangnya, Anwar tak cukup duit kerana Anwar Ibrahim hanya meletakkan di mulutnya sahaja akan membayar YB si polan YB si polan sekiranya sanggup berhijrah. Namun, semua YB tahu Anwar kaki kelentong.

Dalam hal ini, Mantan TYT Sarawak memberitahu kami, Anwar Ibrahim turut memujuk anaknya supaya melompat parti ke PR. Juga gagal.

Keghairahan yang meluap-luap Anwar mahu menjadi TPM dan seterusnya PM dibayangkan dengan jumlah Undi Perwakilan UMNO Sabah daripada 20 bahagian.

Anwar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan, dengan menghambur wang ke bahagian-bahagian dengan syarat Mencalonkannya sebagai Calon Timbalan Presiden UMNO. Walaupun di depan Kamera TV dan di hadapan Tun Ghafar Baba, Anwar mengatakan tidak akan bertanding. Benar kata Pak Lah semalam, "saya kenal betul Anwar Ibrahim, Kaki Pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain!".

Anwar dengan kuasa dan kepercayaan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu Perdana Menteri, telah memberikan wang yang bukan sedikit untuk Proses memberikan IC-IC biru kepada pekerja asing dan pendatang asing. Anwar Ibrahim memberikan Arahan dan Wang supaya mereka mendaftarkan lebih banyak IC-IC baru supaya mereka boleh menjadi pengundi PRU Negeri Sabah pada tahun 1994, dan supaya mereka ini diserapkan memasuki UMNO untuk memenangkan proksi-proksinya di bahagian dalam Pemilihan UMNO tahun 1995.

Jika kamu sangsi modus oprendi ini, kamu boleh tanya YB DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan banyak lagi lah. Sebab itulah YB DSP Salleh berkata supaya Anwar jangan membohong tetapi bercakap benarlah! Malangnya, Anwar tidak berani menjawab suara YB DSP Salleh Said Keruak!

Dalam satu majlis proksinya di Sabah, dengan egonya Anwar berkata"...apa kamu takut, Saya Menteri Kewangan Malaysia..." . Maksud Anwar, buat apa sahaja, jika kamu perlu Wang, Anwar Ibarhim boleh mencetak berjuta-juta not RM500 dan RM1000 atau Lot-Lot Saham dan tukarkannya di Bank Bumiputera (CIMB sekarang) menjadi wang ringgit. Anwar jugalah sebenarnya yang Membankrapkan Bank Bumiputera, bukan Tengku Razaliegh. Tengku pakar Ekonomi walhal Anwar lulusan Sastera Sains Sosial!

Benar kata Pak Lah, sesudah Anwar memberikan Arahan dan Wang supaya proses sahaja, matlamatnya dia segera ke kerusi TPM dan kemudiannya PM. Arahan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu ialah selesaikan masalah rakyat Sabah tanpa negara, rakyat Sabah tanpa dokumen, malangnya Anwar dan proksi-proksinya tidak melaksanakan Arahan dengan betul. Anwar membuat projek pula, proksi-proksinya turut membuat projek, akhirnya arahan Tun Dr. Mahathir tidak diikuti.

Apakah Tun Dr. Mahathir berdiam diri? Tidak sama sekali, untuk menyelesaikan hal ini, Kerajaan telah menangkap 98 Orang termasuk 16 Kakitangan JPN yang terlibat menjual Resit IC, menjual IC, Menipu Maklumat Diri dan sebagainya. Ini menunjukkan kerajaan sangat tegas! Tiada kompromi.

Jika kamu bercakap soal Integriti dan Kejujuran, siapakah yang lebih berintegriti Lulusan Doktor Perubatan atau Lulusan Sastera Sosial? Siapakah yang akan bercakap Fakta dan Auta Bermelangkolik?

Jika kamu bawa Anwar ke RCI. Dia akan bercakap berputar-putar macam ini, "masa itu saya jaga buku teks saja, saya mana sempat pergi Kota Kinabalu, Nala sudah tunggu saya 5.00pm depan pejabat mahu main tenis, masa saya Menteri Kewangan, wang saya biasa hilang di rumah RM20,000 tapi saya relaks sahaja sebab saya Meneri Kewangan. Saya bagitau Datuk Eskay wang saya hilang, saya tak pasti Sukma ker yang ambik dia memang ada dalam rumah. Itu IC Sabah saya tidak campur saya bagi wang sahaja, saya adalah tahu, tapi itu pun saya sudah lupa bla bla..." Inilah cara Anwar .

Maka, jika kamu mahu tahu lebih lanjut lagi campurtangan Anwar dalam hal IC Sabah, bolehlah bertanya kepada DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan lain-lainnya itu. 

Aramaiti. Kotobian.

Mymassa voice, 
Kota Kinabalu.

25 comments:

  1. Memang sah Anwar terlibat.tidak perlu berdolak dalik.

    ReplyDelete
  2. Belum kesampaian jadi PM banyak sudah isu kena pada Anwar.rakyat pandai2lah nilaikan.

    ReplyDelete
  3. Anwar antara dalang projek IC.

    ReplyDelete
  4. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau ‘Arab Spring’ dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.

    ReplyDelete
  5. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi ‘hobi’nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.

    ReplyDelete
  6. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan ‘contoh teladan’ yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  7. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala ‘Arab Spring’ di Malaysia.

    ReplyDelete
  8. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Antara kata-katanya ialah “Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam,” dan “…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di ‘Arab Spring’ dan ‘Occupy Wall Street Movement’ katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja.”

    ReplyDelete
  9. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Beliau juga berkata, “…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, ‘Arab Spring’ adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi.”

    ReplyDelete
  10. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran. Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus ‘Dataran Tahrir’ di Malaysia.

    ReplyDelete
  11. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya ‘hobi’ memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam. Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat.

    ReplyDelete
  12. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu ‘Arab Spring’ atau ‘Dataran Tahrir’ atau ‘Occupy Wall Street’ yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa.

    ReplyDelete
  13. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu. Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong.

    ReplyDelete
  14. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca ‘Arab Spring’ adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap.

    ReplyDelete
  15. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan.

    ReplyDelete
  16. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat.

    ReplyDelete
  17. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian.

    ReplyDelete
  18. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan.

    ReplyDelete
  19. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan.

    ReplyDelete
  20. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan. Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu.

    ReplyDelete
  21. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Rakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi. Dan sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir. Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan.

    ReplyDelete
  22. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Selain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin.

    ReplyDelete
  23. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Apa yang pasti, kesemua negara-negara ‘Arab Spring’ ini berada dalam keadaan ‘gelap-gulita’, sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya.

    ReplyDelete
  24. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Sekiranya, ‘Arab Spring’ perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan.

    ReplyDelete
  25. ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN BELIAU BERJAYA MERAMPAS PUTERAJAYA

    Jika Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya. Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan Anwar mencapai cita-citanya. Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab Spring pasti memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.