Wednesday, February 20, 2013

SDC: Sabah catat RM114 bilion

KOTA KINABALU: Sejak pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) tahun 2008, Sabah berjaya mencatat rekod pelaburan terkumpul sebanyak RM114 bilion sehingga akhir tahun 2012. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, pelaburan yang diterajui oleh sektor swasta dijangka akan terus meningkat kerana Sabah adalah salah satu destinasi pelaburan yang menarik. 

Katanya, ia sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan SDC kini dalam fasa kedua pelaksanaannya. 

“Rangka tindakan SDC mengambil kira dan menyenaraikan strategi-strategi yang digariskan dalam Pelan Induk Tindakan Bioteknologi Sabah. 

“Ini kerana, bioteknologi dilihat mempunyai potensi sebagai pemangkin pertumbuhan sumber ekonomi baru yang berupaya menjana kekayaan baru negeri ini. - The Borneo Post

Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang kini dalam fasa kedua pelaksanaannya, ternyata mampu membawa dimensi baru pembangunan terancang di Negeri Di Bawah Bayu ini. Melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan pelaburan swasta, Sabah akan berubah wajah yang mana pembangunannya bukan saja tertumpu di kawasan bandar malah menyeluruh sehingga ke pelusuk negeri menjelang 2025. 

Sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, pembangunan Sabah agak terbantut sebelum kerajaan negeri dipimpin Barisan Nasional pada 1994. Bagaimanapun, melalui perancangan teliti sejak sekian lama, selain pelancaran SDC, Sabah bakal seiring dengan negeri lain yang membolehkan penduduknya menikmati kemajuan saksama. 

Dengan pelaburan bernilai RM105 bilion sepanjang tempoh 18 tahun pelaksanaannya (2008 - 2025), kira-kira tiga juta penduduk negeri ini bakal menikmati pembangunan ekonomi dan sosial yang lebih berkesan. Selaras dengan tekad kerajaan negeri untuk menghapuskan kemiskinan tegar di kalangan penduduk di luar bandar, diharapkan pembangunan lebih menyeluruh bakal mengubah kehidupan penduduk kawasan mundur di Kudat, Nabawan, Pitas, Kuamut, Togod dan Pensiangan. 

Kalau sebelum 1994 ketika kerajaan negeri dikuasai pembangkang, Sabah berdepan kemelut politik sehingga menjejaskan pembangunan negeri, selain hubungan negeri dan Persekutuan kurang mesra, kini semuanya sudah berlalu. Kerajaan Persekutuan memberi perhatian khusus kepada pembangunan Sabah. Peruntukan kewangan besar disalurkan untuk membangunkan negeri Sabah melalui peruntukan khas dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015).

Berbeza dengan negeri lain, Sabah yang memiliki aset berharga iaitu keluasan tanah untuk pembangunan pertanian, sumber asli dan produk pelancongan alam sekitar, mampu menjana ekonomi bagi pertumbuhan negeri dalam jangka panjang. Sabah juga antara negeri pengeluar terbesar minyak sawit dan petroleum selain memiliki keindahan alam semula jadi seperti Taman Negara Kinabalu, yang menjadi daya tarikan pelancong asing. Dengan keupayaan Sabah membangunkan ekonomi dan sosial secara menyeluruh, disamping bantuan dan sokongan berterusan dari kerajaan pusat, saya yakin bahawa negeri ini bakal menjadi pintu masuk utama di rantau ini bagi tujuan perdangan, pelaburan dan pelancongan.

Bullet amat berharap supaya penduduk setempat dapat merebut peluang yang disediakan kerana ia bukan saja membolehkan mereka menikmati kehidupan lebih selesa, malah mampu mengurangkan kebergantungan kepada warga asing yang membanjiri negeri ini. Dijangka dalam tempoh 18 tahun sejak pelancaran SDC, sejumlah hampir sejuta peluang pekerjaan akan disediakan, untuk dimanfaatkan penduduk tempatan terutama kalangan penduduk di kawasan miskin mutlak.

Jesteru, mereka perlu mengubah sikap untuk turut berusaha selaras dengan peredaran zaman yang hari ini kita lihat penuh dengan persaingan, tidak ada lagi istilah "menunggu peluang datang bergolek". Hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Pusat juga ternyata memberi manfaat besar untuk dinikmati rakyat Sabah. 

2 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.