Tuesday, October 9, 2012

Lajim akui dirinya Winnable Candidate

Lajim Ukin
Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair dimana ahli politik tanpa segan silu mengaku yang dirinya "winnable candidate". Ketika menjawab beberapa soalan dari wartawan Sinar Harian, Datuk Seri Lajim Ukin bersungguh-sungguh cuba mempromosikan diri beliau dengan membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan yang beliau adalah seorang pemimpin yang disenangi oleh rakyat.

Berdasarkan wawancara tersebut, Lajim memberitahu wartawan bahawa beliau keluar meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional kerana budaya cantas-mencantas yang kononnya diamalkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman. Selain itu, Lajim juga membangkitkan isu bekalan air, elektrik dan masalah banjir di kawasan beliau (Beaufort). Secara jujurnya, alasan-alasan ini tidak cukup untuk membuktikan yang beliau adalah "winnable candidate".

Tidak sangka pula, sebelum dan selepas Lajim meninggalkan BN, beliau tetap tegar menggunakan pendekatan simpati untuk meraih sokongan/undi. Ketika masih dalam BN, dia minta dirinya dipecat, selepas keluar dari BN, dia tuduh pula yang dirinya dicantas oleh Pengerusi BN Sabah.

Jika benar Lajim menjadi mangsa budaya cantas-mencantas yang kononya diamalkan oleh Datuk Musa Aman, bagaimana beliau boleh memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta mengekalkan kerusi MP Beaufort sehinggalah beliau sendiri keluar meninggalkan BN July lalu? kedudukan "kukuh" beliau sepanjang berada dalam BN tidak sedikitpun menggambarkan yang beliau dicantas.

Berkenaan dengan kes PRU 2008 dimana Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan beliau, kenapa bukan waktu itu sahaja beliau meninggalkan BN? kenapa perlu tunggu selepas hampir 4 tahun atau lebih tepat lagi ketika PRU13 semakin hampir? bukankah ini menunjukkan beliau mempunyai agenda lain selain dari perkara-perkara yang beliau bangkitkan dalam wawancara ini?

Berkenaan dengan masalah bekalan air, elektrik serta banjir; Bullet ingin bertanya kepada Datuk Lajim Ukin tentang dimana hilangnya peruntukkan lebih dari RM100 juta ringgit yang TELAH disalurkan oleh kerajaan bagi meningkatkan pembangunan prasarana di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9)?? Datuk Lajim Ukin sendiri yang mengumumkan peruntukkan ini pada 26 November 2009.

Rujuk artikel ini: LEBIH 100 JUTA DIBELANJAKAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN DI PARLIMEN BEAUFORT

Pada 22 April tahun lepas pula, Lajim ada buat kenyataan seperti berikut;
"bukanlah masa yang sesuai untuk mempertikaikan kepimpinan yang ada sekarang khususnya kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah." Artikel (DISINI)

Jika benar Datuk Lajim dicantas pada tahun 2008, bagaimana dia boleh buat kenyataan seperti di atas pada tahun 2011? adakah beliau semakin tidak waras, nyanyuk atau diracuni fikirannya oleh Anwar Ibrahim?

Antara kenyataan lain Datuk Lajim Ukin sebelum beliau keluar meninggalkan BN ialah seperti berikut:

"sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan parti kompenan boleh dibawa berbincang dan bukannya disuarakan menerusi media." - dia sendiri yang guna media untuk dapat simpati ketika masih bersama-sama BN.

"Sabah di bawah kepimpinan Datuk Musa terus membangun dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi."

"Rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang dibawah oleh Datuk Musa yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sabah terus membangun."

"kerajaan Persekutuan turut memberi jaminan bahawa Sabah merupakan negeri yang diberi keutamaan untuk dibangunkan termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-Sepuluh."

Ada banyak lagi kenyataan-kenyataan Lajim yang memuji pentadbiran Datuk Musa Aman dan kerajaan Barisan Nasional. Cuma malas Bullet mahu sertakan dalam page ini. Makin banyak Bullet baca previous statement dia, makin pening kepala Bullet fikir apa spesis makhluk yang ada dalam kepala orang tua ni..

***siapa-siapa yang mahu debat dengan Lajim, guna saja statement lama dia, confirm dia kantoi***

By: Borneo Bullet

10 comments:

  1. kepimpinan sabah di bawah Datuk Musa Aman memang sudah cukup bagus. kepimpinan sabah seharusnya bekerjasama membangunkan negeri tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin macam Lajim Ukin la yang tidak bagus untuk sabah.. patutlah parlimen Beaufort mundur sepanjang si Lajim mewakili daerah itu.. peruntuk ratusan juta pun entah hilang kemana.

      Delete
  2. Lajim bukan winnabble candidate, zaman kau dah berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia bertanding di Perlimen Beaufort lawan Azizah, confirm dia kalah ni.. ketika Lajim masih dalam BN, Azizah jauh lebih menonjol dari beliau..

      Delete
  3. Lajim dah tak ada pengaruh lagi, baik bersara saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti janji Anwar, lebih baik Lajim pun bersara kalau kalah dalam PRU13.

      Delete
    2. si Lajim ingat Anwar boleh bagi dia jawatan KM sabah atau Timbalan PM? jangan harap la..

      Delete
  4. Aik! Lajim baru la angkat bakul sendiri. Tiada siapa mahu puji terpaksa la lajim minta puji sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia malu sudah ba ni.. dia keluar BN bukan diringi dengan sorakkan.. sebaliknya diiringi dengan tomahan.. kesian!

      Delete
  5. makin banyak kenyataan media dibuat oleh Lajim, makin menyampah pula saya tengok muka pemimpin katak ni..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.