Wednesday, November 28, 2012

Rafizi tidak membaca laporan portal Malaysian Insider?

Lihat betapa terburu-burunya Rafizi membuat kenyataan melalui artikel "Nama Musa Belum Dibersihkan Lagi" seolah-olah beliau tidak membaca langsung laporan portal Malaysian Insider (disini). Samada Rafizi tidak membaca langsung atau mungkin beliau tidak tahu membaca memandangkan banyak kenyataan beliau yang sudah disangkal namun masih terus diputar-putar bagi menegakkan pembohongan beliau.

Dalam kenyataan tersebut, Rafizi juga mempertikaikan tindakan Datuk Rahman Dahlan yang bercakap bagi pihak Datuk Musa Aman. Namun Rafizi lupa yang beliau juga pernah bercakap dan menjawab kepada wartawan bagi pihak Anwar berhubung dengan tuduhan akaun RM3 bilion yang dikawal oleh Anwar. Malah dalam kes itu Rafizi bukan setakat menjawab, malah bertindak sebagai Penyiasat Persendirian, dan tanpa segan silu mengumumkan kononnya hasil siasatan beliau mendapati tidak ada elemen rasuah membabitkan Anwar, sebaliknya beliau menuduh Abdul Murad yang memiliki akaun tersebut.

Berikut adalah beberapa kenyataan Rafizi yang menyerlahkan lagi kepandirian beliau untuk tatapan rakyat Sabah; 
 
Rafizi - "surat Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) mengenai kes RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak membersihkan namanya dari skandal itu. Sebaliknya menguatkan pandangan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa Malaysia."

Laporan MI - "Penguatkuasa anti-rasuah Hong Kong menulis secara peribadi kepada Datuk Musa Aman pada Disember lepas untuk memaklumkan Ketua Menteri Sabah itu bahawa beliau tidak lagi disiasat untuk tuduhan rasuah RM40 juta"

Rafizi - “Surat itu hanya memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang ICAC perolehi setakat itu, ICAC mengambil keputusan untuk tidak meneruskan siasatan terhadap Musa,”

Laporan MI - "agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak meneruskan lagi penyiasatan “di atas asas fakta sudah diketahui”."

Rafizi - “jika Musa tidak bersetuju dengan fakta-fakta ini, maka wajarlah beliau mendedahkan kandungan keseluruhan surat tersebut, bukannya menggunakan Rahman Dahlan untuk menyampaikan secara lisan sahaja kepada wartawan.”

Laporan MI - "Abdul Rahman menegaskan bahawa surat itu adalah peribadi dan sulit kerana ianya hanya ditujukan kepada Musa, menunjukkan bahawa agensi telah bertindak secara bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak luar. ICAC profesional. Tiada seorang pun diberikan salinan surat tersebut. Mereka menghormati hak tertuduh untuk kerahsiaan."

Kenyataan Rafizi yang paling dangkal sekali;

"Menurut Rafizi, keputusan ICAC untuk tidak meneruskan siasatan berdasarkan maklumat-maklumat yang mereka perolehi setakat itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

“Ia juga menguatkan pandangan beberapa pihak bahawa ICAC tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia untuk meneruskan siasatan kerana mereka tidak mempunyai kuasa menyiasat dan mengumpulkan bukti.

Oleh yang demikian, mereka bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan bukti,” terang beliau."
Sudah banyak kali dijelaskan bahawa pegawai-pegawai ICAC sendiri telah datang ke Sabah untuk menjalankan siasatan terhadap pihak-pihak yang dinamakan dalam kes tersebut. ICAC adalah badan profesional yang tidak sekali-kali bergantung dengan maklumat pihak ketiga tanpa sebarang siasatan dijalankan dipihak mereka.

Jesteru, bagaimana Rafizi boleh berkata bahawa ICAC bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan SPRM sedangkan pegawai-pegawai mereka sendiri boleh jalankan siasatan di negeri ini tanpa sebarang sekatan? Jelas sekali Rafizi cuba menjejaskan imej ICAC dengan menimbulkan gambaran bahawa agensi itu hanya bergantung kepada laporan pihak ketiga semata-mata untuk melengkapkan siasatan.

Sebagai badan profesional yang diperakui integriti dan kredibilitinya di peringkat antarabangsa, ICAC tidak akan semudah itu menutup mana-mana kes rasuah jika masih banyak persoalan yang belum terjawab atau dalam kata lain "diragui".

By: Borneo Bullet

28 comments:

  1. Isu yang dibangkitkan Rafizi hanyalah untuk kepentingan politik dan dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Kena berhati2 dengan orang seperti Rafizi ni.

    ReplyDelete
  3. Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.

      Delete
    2. Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.

      Delete
    3. Selain daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri kepada para wakil rakyatnya? Atau semua tanah-tanah itu semua dianggap seolah-olah bagaikan harta rampasan perang maka rakyat tiada hak untuk mempersoalkannya?

      Delete
    4. Dato’ Nik Aziz Nik Mat
      - Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000
      - Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997

      Delete
    5. Datin Tuan Sabariah
      - Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997

      Delete
    6. Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
      - Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000

      Delete
    7. Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim)
      - Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

      Delete
    8. Adlina Abdul (anak Abdul Halim)
      - Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

      Delete
    9. YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
      - Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000

      Delete
    10. YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
      - Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000

      Delete
    11. YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
      - Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000

      Delete
    12. YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
      - Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

      Delete
    13. Penceramah Pas, Razak Abas
      - Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000

      Delete
    14. Pendedahan ini sepatutnya dapat menarik perhatian para pegawai SPRM untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku, lebih-lebih lagi sebahagian besar daripada lot-lot tanah itu diperolehi secara percuma.

      Delete
    15. Sebetulnya isu ini sudah lama dalam pengetahuan SPRM Kelantan, tapi dengarnya ada segelintir pegawai SPRM Kelantan dipercayai turut terlibat menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

      Delete
    16. Jika tidak kerana usaha sekumpulan kecil rakyat Kelantan yang anti rasuah membawa isu ini ke pengetahuan UMNO tentunya sampai kiamatlah khalayak umum percaya tiada seinci tanah pun di Ladang Rakyat yang menjadi milik pemimpin PAS.

      Delete
    17. Jika pembaca masih ingat, semasa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berceramah di Seksyen 24, Shah Alam lebih seminggu lalu antara jaminan yang ditekankannya ialah polisi Pakatan Pembangkang untuk menghalang mana-mana pemimpin dan wakil rakyat DAP, PKR atau PAS daripada memiliki walau seinci pun tanah.

      Delete
    18. Persoalan sekarang, apa pula komen anak perempuan Ketua Umum PKR itu bila mana terdedahnya penyelewengan tanah Ladang Rakyat serta penganugerahan tanah kepada pemimpin-pemimpin PAS? Ada tak jawapan untuk pengecualian?

      Delete
  4. Rafizi dan SPRM patut siasat pemimpin2 Pakatan Rakyat yang semakin rakus merompak hak2 rakyat..

    ReplyDelete
  5. perlukah Rafizi menipu rakyat Malaysia?

    ReplyDelete
  6. Adakah Rafizi buta huruf? Atau adakah beliau tidak membaca?

    ReplyDelete
  7. Rafizi telah menunjukan dirinya sebagai tidak jujur dengan kelakuannya memesongkan topik perdebatan apabila mengetahui bahawa hujah-hujah beliau gagal

    ReplyDelete
  8. Kontroversi pinjaman NFCorp untuk membeli lot-lot pejabat di KL Eco City adalah contoh terbaik dimana Rafizi sedar bahawa hujah-hujah beliau berjaya di sangkal. Rafizi dengan sengaja memberikan gambaran yang salah dan memutarbelikan fakta dokumen bank yang diperolehinya secara haram dari seorang pekerja bank.

    ReplyDelete
  9. Tidak cukup dengan mengedarkan dan mempamerkan dokumen tersebut yang telah melanggar akta BAFIA, beliau turut memperdayakan para media dalam mempercayai bahawa beliau mempunyai fakta-fakta kukuh mengenai pinjaman yang diambil untuk lapan lot pejabat.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.