Thursday, February 28, 2013

Agenda Borneo menentang Agenda Semenanjung, akhirnya BN kekal memerintah Sabah

Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak melahirkan keyakinan bahawa walaupun parti-parti komponen BN negeri -- PBS (Parti Bersatu Sabah), LDP (Parti Demokratik Liberal, UPKO (Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu), PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) MCA dan Gerakan berkemungkinan berdepan cabaran sengit dengan pembangkang di sesetengah kawasan, BN akan memenangi pilihan raya negeri Sabah, dengan "UMNO dijangka mengekalkan kesemua 32 kerusi yang disandangnya". 

Menurut Salleh, seorang saintis politik yang terkenal, keyakinannya berdasarkan beberapa faktor termasuk kegagalan pembangkang di Sabah membentuk pakatan yang kuat dan ketiadaan seorang pemimpin Cina yang kuat dalam pembangkang.

Salleh mendapati bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga kekurangan pemimpin Kadazandusun yang berwibawa dan "tiada pemimpin Bumiputera-Islam berwibawa bagi menguatkan sokongan orang Islam dalam PKR".

Selain Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP), terdapat dua parti pembangkang iaitu SAPP (Parti Maju Sabah) yang berpangkalan di Sabah dan Parti Reformasi Negeri Sabah yang berpangkalan di Sarawak (Star), dan buat masa ini, ia kelihatan Pakatan Rakyat dan SAPP atau Star akan berbalah antara satu sama lain daripada satu lawan satu ke atas parti gabungan yang memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya pada masa ini 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertaruhkan di Sabah, daripada 25 kerusi Parlimen itu 20 daripadanya disandang BN dengan lima lagi oleh pembangkang.

Salleh berkata daripada 25 kerusi Parlimen itu, 11 daripadanya adalah majoriti Bumiputera-Islam, lapan kerusi Kadazandusun Murut (KDM), masing-masing dua Cina dan empat kerusi bercampur manakala daripada 60 kerusi DUN itu, 31 daripadanya adalah majoriti Bumiputera-Islam, 17 majoriti KDM, lapan majoriti Cina dan empat kerusi bercampur.

Semasa pilihan raya umum 2008, BN Sabah hampir menyapu bersih dengan memenangi 59 daripada 60 DUN dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Bagaimanapun, SAPP meninggalkan BN pada 17 Sept, 2008. 

Mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin, yang amat dinanti-nantikan itu, yang diterima baik pemimpin politik dan orang ramai di Sabah, beliau menyifatkannya sebagai satu langkah di landasan yang betul yang melambangkan betapa seriusnya kerajaan Persekutuan menangani masalah yang tidak berkesudahan itu.

Sambil melahirkan rasa optimis berhubung peluang BN pada pilihan raya umum, Salleh berkata pembangkang di Sabah nampaknya akan menjadi "organisasi dengan struktur yang lemah" seperti yang dibuktikan daripada kegagalan mereka membentuk satu pasukan yang bersatu padu untuk mengalahkan jentera gergasi BN.

“Agenda Semenanjung” menentang “Agenda Borneo” telah menambah permusuhan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Borneo Bersatu (UBF)," katanya. 

Salleh menegaskan bahawa sokongan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) dengan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang berkarisma kekal utuh dengan begitu ramai orang menjauhi pengerusi Star cawangan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang melaung-laungkan perjuangan “Sabah untuk Rakyat Sabah”. 

"Sikap perpaduan yang ditunjukkan Pairin, Tan Sri Joseph Kurup (PBRS) dan Bernard Dompok (UPKO) baru-baru ini adalah simbol isyarat bahawa semua pemimpin Kadazandusun bersedia untuk mengetepikan perbezaan masing-masing bagi memastikan kemenangan besar buat BN," katanya sambil menambah bahawa pembangkang gagal untuk menunjukkan bahawa ia adalah sebuah parti alternatif kepada BN di Sabah. - SSK

Wednesday, February 27, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Hamza Taib jelaskan situasi sebenar

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta masyarakat agar tidak bimbang kerana keselamatan masih lagi terkawal walaupun kumpulan itu berkemungkinan berhadapan dengan masalah kekurangan air, makanan dan minyak.

Dalam pada itu, beliau menafikan berlakunya perbalahan sehingga mengakibatkan kematian dua anggota kumpulan terbabit di kawasan berkenaan seperti dilaporkan media sebelum ini.

“Setakat tembakan kita ada dengar tetapi saya berani mengatakan tembakan bukan dari pasukan keselamatan, tembakan dari dalam pun kita tidak berani hendak mengesahkan.

“Mungkin tembakan ke atas binatang atau amaran (kumpulan penceroboh). Jadi saya sendiri pun tidak tahu dari mana sumber mereka dapat,” katanya.

Mengenai kapal Filipina yang akan digunakan bagi membawa pulang kumpulan penceroboh, beliau berkata ia tidak berada di perairan negeri ini seperti yang telah dilaporkan, sebaliknya berada di perairan Filipina.

“Saya sendiri telah mengesahkannya bersama Panglima Divisyen 2 Tentera Laut Diraja Malaysia. Jadi, saya minta sebarang maklumat berhubung insiden pencerobohan itu perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak keselamatan,” katanya.

Hamza turut mengesahkan penahanan empat individu atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah kira-kira jam 4 pagi kelmarin di kawasan berhampiran dalam daerah ini dan sehingga kini pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan ke atas empat individu terbabit.

Pasukan keselamatan memerlukan masa yang sesuai bagi mengusir kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, dekat sini, memandangkan kumpulan berkenaan bukanlah satu jumlah yang kecil. Beliau berkata, pihak berkuasa tidak akan melanjutkan tempoh rundingan dengan kumpulan mendakwa Askar Diraja Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo di sini. Ia berikutan lanjutan masa yang telah diberikan sebelum ini sehingga Jumaat lalu telah tamat.

“Kita akan melakukannya berlandaskan undang-undang dan sekiranya perlu, mendakwa mereka di mahkamah. - The Borneo Post

Tuesday, February 26, 2013

Manifesto Pembangkang: Apa kata mereka dan apa kata anda..?


Jika sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengibaratkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai hampas kelapa dan jerami, tohmahan itu akhirnya memberikan tamparan kepada pakatan pembangkang sendiri apabila mereka turut memperkenalkan imbuhan kewangan dalam manifesto pilihan rayanya.

Manifesto pakatan pembangkang menjanjikan caruman wanita sebanyak RM50 sebulan bagi isteri manakala suami perlu membuat caruman sebanyak antara RM10 hingga RM100 sebulan selain Skim Bonus Warga Emas (60 tahun ke atas) sebanyak RM1,000 setahun. Pakatan turut menjanjikan tambahan RM300 bagi setiap murid setiap tahun 1,854 Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil, persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh. - Utusan

Pembangkang yang cuba menjadikan negara ini serba percuma juga terlupa terhadap usaha menarik pendapatan kerajaan terutama melalui pelabur asing. Manifesto pakatan pembangkang itu banyak memberi berbanding menarik pendapatan. Hal ini, tegas beliau, akan menyebabkan negara hilang arah tuju, sekali gus berdepan masalah bankrap.

Mengenai janji menurunkan harga kenderaan dan melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kedua-dua usaha itu bukannya sesuatu yang menakjubkan sebaliknya sedang dan telah pun dilakukan kerajaan pada waktu ini.- Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat (USIM), Mohamad Noorizuddin Nooh

Pakatan pembangkang seolah-olah mempermainkan sistem demokrasi negara apabila menjadikan manifesto itu sebagai dokumen ‘main-main’ dan tidak serius. Manifesto pakatan pembangkang itu juga menimbulkan banyak persoalan kerana tidak dibuat dengan satu kajian yang menyeluruh dan penjelasan mengenai pelaksanaannya. Sebagai contoh pengurangan duti eksais kereta supaya kereta import menjadi murah yang akan mengakibatkan kerajaan akan kehilangan pendapatan sebanyak RM6.4 bilion. “Mereka nak ‘cover’ macam mana, apa yang mereka nak buat untuk ‘cover’ pendapatan kerajaan melalui duti eksais yang akan hilang,”. - Dr Mohd Puad Zarkashi

“Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma,”. Pembangkang gagal mengambil kira keperluan utama rakyat yang kini diperjuangkan kerajaan BN. “Perlu difikirkan ialah kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...ini pembangkang tidak sentuh, harap (rakyat) jangan keliru. Nampak manifesto ini lemah dan tidak menarik, ternyata pembangkang tidak ada pakar ekonomi,”. Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain. “Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini,” - Shaik Hussein Mydin (Timbalan Pemuda BN P.Pinang)

Rakyat tidak akan terpedaya untuk kali kedua dengan manifesto itu memandangkan janji-janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 belum ditunaikan. Manifesto itu sebagai retorik dan kesemua manifesto itu tidak akan dilaksanakan. “Mereka tidak akan laksanakan kerana track record mereka dalam menunaikan semua janji tak ada, dulu punya janji pun tak kotakan. Macam mana rakyat nak percaya mereka. Satu kali ditimpa tangga cukup la, tidak ada kali kedua,” - Tan Cheng Liang

berdasarkan PRU lepas, pembangkang hanya menunaikan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji yang dilaungkan ketika berkempen mengenai manifesto mereka. "Barisan Nasional (BN) tidak berjanji pun, BN tetap tolong orang. Pembangkang dah berjanji pun, tapi tak bagi, jadi bandingkanlah mana yang baik mana yang tak baik,".

Apa yang lebih malang bagi rakyat apabila ada pemimpin pembangkang yang mendakwa manifesto yang dikemukakan kepada pengundi bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya bukan sesuatu janji mengikut undang-undang. "Oleh sebab itu, sebarang janji yang tercatat dalam manifesto pembangkang termasuk mahu memberikan 20 peratus royalti, itu janji palsu...termasuk mahu memberikan penghapusan cukai pintu dan tol, itu janji palsu. - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

"Manifesto pakatan tidak kreatif selain tidak bertanggungjawab. Contohnya menghantar pulang sejuta pekerja asing akan melumpuhkan sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan industri perkhidmatan serta separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara sekarang,"

Pemansuhan pinjaman pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menafikan hak sebahagian pelajar dari Sabah dan Sarawak yang kini menuntut di universiti awam dan swasta. "Mereka tidak mampu belajar di universiti dan kolej tanpa PTPTN,". Mengenai penghapusan tol, langkah itu akan mengikis kewangan kerajaan, sekali gus menjejaskan pembinaan jalan berkualiti di Sabah dan Sarawak sedangkan penduduk di Semenanjung menikmati kemudahan lebuh raya. - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

Manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan hari ini tidak pun menyatakan mengenai sebarang agenda khusus berhubung perjuangan memartabatkan Islam. Sekurang-kurangnya asas perjuangan Pas iaitu melaksanakan hukum hudud dimuatkan dalam manifesto tersebut. Perjuangan asas Pas itu sepatutnya terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebagai menghormati pengundi-pengundi atau ahli-ahli Pas yang dari dulu memperjuangkan Islam. - Azli Shukri (Blogger azlishukri.blogspot.com)

Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih bersifat populis, tidak terperinci serta mustahil untuk dilaksanakan. Selain mencabar pembangkang agar mendedahkan kaedah perlaksanaan manifesto mereka, pengundi juga diingatkan bahawa banyak janji pembangkang pada pilihan raya 2008 gagal dilaksanakan. Tiada makna bagi pembangkang untuk membuat janji baru kerana mereka gagal memenuhi kebanyakkan manifesto yang lalu. - Khairy Jamaluddin

Dasar-dasar tertentu dalam manifesto seperti kenaikan RM200 dalam gaji minimum akan mempunyai kesan negatif ke atas ekonomi. Majikan pada tahap ini turut mempunyai masalah menyesuaikan dasar gaji minimum semasa sebanyak RM900. - Datuk Seri Shabery Cheek

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menyediakan butir-butir terperinci tentang bagaimana rancangan mereka untuk melaksanakan manifesto tersebut. "Mereka boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi satu perkara yang mereka gagal untuk menjelaskan bagaimana mereka akan mendapatkan wang bagi membiayai janji-janji mereka." - Datuk Abdul Rahman Dahlan

Manifesto pembangkang hanya 'retorik dan gimik pilihan raya', pihak pembangkang tidak mempunyai satu model ekonomi untuk menjana pendapatan berterusan bagi memenuhi janji mereka. - Datuk Dr Wee Ka Siong

Nasib rakyat Selangor adalah bukti bahawa manifesto pembangkang hanya untuk 'memancing undi'. - Datuk Dr Mah Hang Soon

Kerajaan negeri Selangor wajib menunaikan janji pemberian RM100 kepada ibu tunggal dalam manifesto terakhir sebelum bercakap tentang manifesto baru. - Datuk Yu Chok Tow

Beaufort: 70 anggota SAPP dan 15 AJK PKR sertai UMNO

SYABAS kepada ahli-ahli pembangkang Sabah yang sudah kembali ke landasan yang tepat untuk meneruskan perjuangan politik mereka. SYABAS juga kerana berjaya memujuk hati untuk kembali ke pangkal jalan sebelum kapal pembangkang yang masih tercari-cari arah-tuju, karam dipukul Tsunami ciptaan Anwar Ibrahim. Sesungguhnya, perkembangan baik mengenai isu politik di Sabah terutamanya bagi daerah Beaufort membawa satu petanda bahawa BN Sabah akan kekal memerintah negeri ini dan pembangkang pula akan terus membangkang dan menuding jari sesama sendiri selepas PRU13.
Seramai 70 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) telah keluar parti untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun pada majlis silaturahim bersama pemimpin di Kg Binunuk di sini Ahad. Azizah yang mengalu-alukan penyertaan mereka berkata keputusan anggota SAPP meninggalkan parti itu dibuat kerana mereka kecewa dengan pucuk pimpinan parti berkenaan yang tidak menepati janji.
Entah apa janji yang dibuat oleh Yong Teck Lee untuk ahli-ahlinya sehingga kegagalan menunaikan janji itu bakal membawa kepada kehancuran parti. Jika janji dikalangan ahli gagal ditunaikan, bagaimana pula dengan janji-janji Yong Teck Lee kepada rakyat?? Jika ahli sendiri tidak mempercayai kepimpinan Yong Teck Lee, apatah lagi rakyat Sabah yang sebelum ini pernah menderita dibawah pentadbiran Yong Teck Lee selama 2 tahun??

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah keadaan SAPP hari ini apabila PR memutuskan untuk mengeluarkan SAPP dari rundingan kerusi. Malah STAR juga nampaknya tidak berminat untuk bersekutu dengan SAPP walaupun mereka berkongsi agenda yang sama. Dalam keadaan terumbang-ambing menanti mana-mana kapal besar untuk berpaut, kini 70 ahlinya pula keluar meninggalkan parti ketika SAPP amat memerlukan sokongan bukan sahaja dari luar malah dikalangan ahlinya sendiri.

Juga malang bagi Anwar dan Lajim Ukin apabila perancangan mereka selama ini; sehingga Lajim sendiri sanggup menggadai maruah menjadi kuda tungganggan Anwar terpaksa berputih mata walaupun pilihanraya umum ke-13 belumpun bermula.
Sengketa antara 'PKR ori (AJK Cabang) dan PKR palsu (PPS)' merupakan rahsia terbuka yang dibicarakan di mana-mana. Ada lawatan Anwar, kumpulan PPS dihadapan. Ada majlis ceramah, PPS yang disambut sehingga mengundang rasa tidak puas hati ahli jawatankuasa cabang parti dan menimbulkan sengketa dalam diam sejak tahun lepas. Sebagai kemuncak dari ketidakpuasan hati ini, seramai 15 orang AJK PKR Beaufort diketuai oleh Naib Ketua Cabang PKR Beaufort En. Adnan Mohd Ali telah bertindak keluar dari parti dan menyertai UMNO. Yang tinggal ialah ketua PKR Beaufort yang juga merupakan adik kepada Lajim.
Belumpun berperang, tapi tentera-tenteranya sudah hilang melarikan diri.. Bukan sebab takut berhadapan dengan pihak lawan, sebaliknya kecewa dengan sikap ketua sendiri yang suka merancang sesuatu dibelakang tabir sehingga menyusahkan ahli-ahli sendiri. Jika beginilah bentuk kepimpinan parti-parti pembangkang tanahair, layak sangatkah mereka mendapat sokongan rakyat?? Sedangkan parti sendiri tidak terurus, inikan pula mengurus sebuah negara/negeri??

Monday, February 25, 2013

Aktivis "Tidak Berdiam Diri" walaupun tuntutan sudah dipenuhi

Sekumpulan 80 orang peserta yang menamatkan perjalanan terakhir dalam perarakan jalan kaki 'Tidak Berdiam Diri' disambut meriah oleh ratusan individu dalam satu acara simbolik di Pagansakan, Penampang petang ini (24/02/2013). Seorang aktivis yang menganjurkan acara tersebut Andrew Ambrose berkata peserta berkenaan menyerahkan skrol mengandungi kenyataan yang antara lainnya menggariskan mengenai pilihan raya bersih dan adil. Tuntutan berkenaan juga menyenaraikan komitmen untuk meningkatkan urus tadbir baik kerajaan, penjagaan alam sekitar, pemeliharaan hak Orang Asal, serta tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil. - Malaysiakini
Apa lagi yang si Atama (Andrew Ambrose) tidak puas hati dengan sistem pilihanraya di negara ini? Dia bertanding ka? Atas tiket parti mana? Kadang-kadang, Bullet rasa meluat dan menyampah bila tengok aktivis seperti Atama yang suka menghuru-harakan negeri Sabah sedangkan masih banyak saluran yang boleh beliau gunakan untuk membuat tuntutan. Kalau setakat mahu dapat publisiti murahan, baik tidak payah la bro..

Kalau pilihanraya tidak bebas dan adil, berpeluangkah Atama melihat empat buah negeri ditadbir oleh pembangkang? Lagipun pilihanraya kali ini telahpun melalui banyak proses pembaharuan termasuklah penggunaan dakwat kekal. Dari segi kebebasan media pula, bukankah Kabinet telah putuskan bahawa parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)? Bagaimana dengan media pembangkang? Adakah sumber media pembangkang seperti suratkhabar Harakah, website PKR dan DAP, Akhbar roket turut memuatkan manisfesto BN?

Mengenai urus tadbir kerajaan, adakah bagi Atama masih tidak cukup baik apabila Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan? Tidak cukup baik kah apabila negeri Sabah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) selama 12 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila RAM Rating Services Berhad memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila Moody International pada tahun 2012 telah memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan negeri Sabah adalah yang kedua tinggi di Malaysia dengan RM2.66 bilion? Tidak cukup baik kah apabila statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sabah menduduki tempat kedua dengan RM4.4 bilion jauh mengatasi Selangor dan Pulau Pinang? Dan yang terkini, masih tidak cukup baik kah apabila kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, yang juga merupakan penurunan TERTINGGI kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara?

Dari segi penjagaan alam sekitar, baik Atama bandingkan keadaan hutan di Sabah yang sebelum ini berjaya menarik minat rombongan Diraja Britain, William dan Kate, dengan hutan di negeri-negeri Pakatan Rakyat terutamanya di Kelantan dan Kedah. Apa sudah jadi dengan hutan di negeri-negeri itu? Kenapa pengerusi himpunan Hijau, Wong Teck tidak anjurkan saja perhimpunan di negeri Kedah yang mana Menteri Besarnya semakin terdesak menjana pendapatan negeri melalui pemusnahan alam sekitar? Rakyat di negeri-negeri jajahan Pakatan juga sangat memerlukan pembelaan dari aktivis seperti Atama dan Wong Teck.. Kenapa perlu bersikap double standard?

Sebelum ini Atama ada membidas Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun mengenai pendapatan industri pelancongan Sabah bagi tahun 2012. Kononnya, bagi Atama peningkatan 1.1 peratus itu tidak memuaskan. Namun, adakah apa yang dilakukan oleh Atama melalui penganjuran perarakan jalan kaki 'Tidak Berdiam Diri' ini selari dengan hasrat murni beliau yang kononnya mahu melihat industri pelancongan Sabah berkembang maju? Inilah yang Bullet maksudkan bahawa Atama lebih sinonim dengan DEMONSTRASI JALANAN berbanding dengan mengetahui program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan negeri Sabah (Baca DISINI).

Akhir kata dari Bullet, perarakan yang bertemakan "Tidak Berdiam Diri" ini sangat tepat menggambarkan sifat semulajadi Atama sebagai seorang perusuh, pemberontak dan pencetus huru-hara ketika masih ada alternatif lain yang boleh dijadikan platform oleh Atama untuk menyuarakan tuntutan beliau. Walaupun perarakan itu berjalan dengan lancar dan aman, namun tindakan itu boleh diibaratkan sebagai langkah pertama kepada pengwujudan situasi "Arab Spring" di negeri ini.

Pencerobohan Lahad Datu: Filipina Hantar Kapal Bawa Pulang Kumpulan Penceroboh

Kapal tentera laut Filipina di lihat meronda sekitar Laut Sulu dan kawasan pelabuhan wilayah Sulu di selatan Filipina. Foto Oleh: EPA
Kalau betullah berita ini, bermakna pendekatan rundingan oleh pasukan keselamatan Malaysia telah membuahkan hasil. Bayangkan jika pasukan keselamatan kita menggunakan kekerasan sejak dari awal.. Sudah tentu yang dihantar ke Sabah bukan kapal untuk mengangkut penceroboh ini balik ke negara asal, sebalik membawa beribu lagi tentera serta kelengkapan perang untuk membuat serangan balas.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu. 

Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi. 

Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam. 

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan. 

"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya. 

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air." 

Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino serta sukarelawan dan petugas perubatan. 

Pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu. 

Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Sulu dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina. 

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas dan kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas untuk meninggalkan negara ini. 

Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - Bernama

Saturday, February 23, 2013

Sindiket memperoleh lebih RM11 juta melalui kegiatan pengeluaran KP

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu bahawa keuntungan wang ringgit merupakan satu-satunya motif di sebalik pengeluaran kad pengenalan (KP) kepada pendatang di Sabah oleh beberapa individu dan ejen. 

Superintenden Ahmad Fauzan Mohamad, seorang pegawai cawangan khas di Kuala Lumpur, berkata tidak terdapat motif lain di sebalik pengeluaran KP oleh sindiket berkenaan, melainkan untuk mendapatkan wang. 

"Mereka (pendatang) dikenakan bayaran RM50 hingga RM1,400 bagi setiap KP yang dikeluarkan kepada mereka. Saya tidak nampak ia mempunyai kaitan dengan politik, melainkan hanya untuk mendapatkan keuntungan wang ringgit. Pengeluaran KP di Sabah menghasilkan wang. 

"Kegiatan itu (pengeluaran KP) dirancang dengan teliti dan saya dapati selain pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), orang awam juga terlibat sebagai ejen dan sub ejen," katanya ketika menjawab soalan pegawai siasatan Manoj Kurup. 

Ahmad Fauzan, yang kini bertugas di Bahagian Keselamatan dan Sindiket Pemerdagangan Manusia di Polis Cawangan Khas Kuala Lumpur, berkata berdasarkan maklumat risikan yang ditelitinya, sindiket berkenaan memperoleh lebih RM11 juta melalui kegiatan pengeluaran KP itu. 

Walaupun ditanya berkali-kali, saksi itu berkata beliau berpuas hati bahawa penilaiannya mengenai maklumat risikan tentang sindiket KP ketika itu ialah ia bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kewangan. 

Kata Ahmd Fauzan, beliau ditugaskan membuat penilaian terhadap maklumat risikan mengenai sindiket KP Sabah di Bukit Aman (Ibu Pejabat Polis Persekutuan) dari akhir 1995 hingga Februari 2010. 

Saksi ke-56 itu berkata sejumlah 94 individu yang terlibat dengan sindiket berkenaan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 1995 hingga 2001. 

Katanya jumlah itu termasuk pegawai JPN, penjawat awam lain serta individu dan mereka ditahan mengikut ISA kerana mengancam keselamatan negara. 

Beliau berkata kegiatan itu bukan saja mengancam keselamatan negara, tetapi juga kestabilan politik, sosial dan ekonomi Malaysia. 

Kata saksi itu lagi, daripada jumlah mereka yang ditahan mengikut ISA, 80 dikenakan tahanan selama dua tahun, enam dikenakan perintah kediaman terhad dan lapan dibebas tanpa syarat. 

Ditanya siapakah yang memandatangani perintah tahanan itu, Ahmad Fauzan berkata ia ditandatangani timbalan menteri dalam negeri ketika itu. 

Ditanya kenapa tidak seorang pun daripada mereka yang ditahan mengikut ISA itu tidak dihadapkan ke mahkamah setelah dibebaskan, beliau berkata ia merupakan amalan biasa bagi semua kes ISA. 

Ahmad Fauzan bagaimanapun berkata kira-kira 3,035 orang yang memiliki KP palsu dihadapkan ke mahkamah. - Sabahkini

Edisi Fitnah: Klip video pemberian kad pengenalan kepada warga asing

Memang banyak kemajuan kita lihat pada pembangkang negara ini sebaik merampas 4 buah negeri. Kuasa beli atau kuasa berbelanja mereka semakin meningkat walaupun dalam setiap kempen mereka masih menggunakan skrip lama kononnya parti mereka miskin dan tidak ada sumber dana.

Selain mampu memiliki pelbagai jentera (kempen) mewah, pembangkang juga sudah mampu menggaji beberapa blogger dengan elaun sebanyak RM3000 sebulan hanya dengan menulis beberapa artikel fitnah sehari (rujuk SINI dan SINI). Tidak cukup penyebaran fitnah melalui artikel, kini fitnah dalam bentuk video pula disebarkan untuk tatapan masyarakat seluruh dunia. Berapa bangla-bangla (pelakon) ini dibayar untuk menjayakan filem pendek versi pembangkang ini? Dan berapa pula bayaran untuk direktor terencat akal ini?

Betullah kata Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa pembangkang benar-benar semakin terdesak untuk merampas kerajaan sehingga sanggup melakukan apa saja cara tanpa memikirkan dosa dan pahalanya.
KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor membidas segelintir pihak khususnya pakatan pembangkang yang terus-terusan melontar fitnah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13 termasuklah yang terbaru video pendek berkenaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing. 
Tegasnya, beliau tidak terkejut sekiranya akan wujud lebih banyak video atau bahan lain yang digunakan untuk memburukkan kerajaan selepas ini kerana pakatan pembangkang memang terkenal dengan perangai suka menabur fitnah, menipu dan memanipulasi apa sahaja isu demi menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan BN. 
“Saya ada terima kiriman video tersebut yang gambarkan kononnya kerajaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi pada PRU 13. Saya ingin tegaskan di sini, perkara ini tidak pernah berlaku. Ini semua kerja pembangkang yang suka melempar fitnah. - Sabahkini

Sekitar Majlis Makan Malam STAR di Donggongon

Jeffrey Kitingan Berucap
Majlis Makan Malam Ini Kali Lah STAR di Donggongon (22 Feb 2013) boleh tahan meriahnya, bukan sebab ramai rakyat yang datang, sebaliknya meriah dengan paluan gendang tarian singa. Sebagai pembuka tirai, MC majlis sempat mengucapkan penghargaan dan terima kasih beliau kepada "beribu-ribu" rakyat yang hadir walaupun Bullet tidak nampak jumlah hadirin mencecah angka seribu. Mabukkah beliau sebelum berucap?? yang beribu-ribu itu adalah penduduk Donggongon, bukannya yang hadir.

Acara yang sepatutnya bermula lebih awal, terpaksa ditangguhkan sehingga jam8 malam atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Kesian bullet tengok para penari singa serta para hadirin yang tidak sabar menjamu selera terpaksa menunggu lama kedatangan hero Borneo Jeffrey Kitingan. Namun rasanya majoriti hadirin tidak merasa hampa kerana rata-rata semuanya terdiri dari pengikut-pengikut Jeffrey, ahli keluarga, saudara mara dan yang seangkatan dengannya. Rakyat biasa yang hadir hanyalah warga penyu yang tidak diketahui asal usulnya sekadar berdiri di "siring-siring" bangunan menyaksikan apa acara menarik pada malam itu.

Warga Penyu di siring-siring bangunan turut sama memeriahkan suasana

Bagi Bullet tidak ada apa-apa yang menarik sepanjang majlis makan malam anjuran STAR ini melainkan sekadar mendengar laungan keramat Ini Kali Lah dan Selamatkan Sabah.

INI KALI LAH! dalam majlis itu pemimpin-pemimpin STAR cuba mengajak rakyat Sabah supaya menolak parti Malaya termasuk Pakatan Rakyat. INI KALI LAH! Yong Teck Lee hancur luluh hatinya kerana tidak dijemput dalam majlis makan malam itu sedangkan pemimpin-pemimpin USNO dan bekas pemuda DAP ada bersama-sama STAR pada malam itu.. Sekali lagi INI KALI LAH! pembangkang Sabah semakin kucar-kacir kerana dikalangan mereka lebih gemar bermusuhan berbanding dengan bekerjasama.

SELAMATKAN SABAH! katanya.. Tapi pemimpin-pemimpin STAR bersenang-lenang menikmati juadah mewah dengan berlatar-belakangkan suasana yang agak sentimental dek kerana hujan renyai-renyai pada malam itu. Diiringi pula dengan persembahan tarian dari warga emas dengan berlatar-belakangkan lagu yang mendayu-dayu menambahkan lagi elemen-elemen sentimental dalam majlis makan malam tersebut. Pergh!!! romantik broo..

SELAMATKAN SABAH! katanya.. Tapi tidak ada pula dikalangan pemimpin-pemimpin STAR berani mengangkat senjata menghadapi ancaman warga Tausug di Lahad Datu. Pasukan keselamatan negara yang hari ini bersengkang mata, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu kerana 24 jam berkawal di Lahad Datu sepatutnya lebih layak melaungkan SELAMATKAN SABAH! berbanding dengan ahli-ahli politik STAR. Kalau pemimpin-pemimpin STAR benar-benar mahu selamatkan Sabah, cubalah angat apa saja senjata yang ada, bakakuk, pisau penoreh getah, parang panjang, gagamas atau apa saja senjata yang boleh menimbulkan rasa gerun kepada ratusan pahlawan Tausug di Lahad Datu.. Oh lupa! pihak berkuasa tidak akan benarkan orang awam masuk campur dalam tugas mereka..

Anyway, sepanjang majlis itu, para hadirin hanya memberikan tumpuan setiap kali ada persembahan di pentas. Sebaliknya, ketika pemimpin-pemimpin STAR berucap, hadirin hanya memberikan tumpuan apa yang terhidang di meja mereka..

**Maaf! gambar kurang jelas kerana tiada peruntukkan RM3000 macam blogger PR

Friday, February 22, 2013

Economist Intelligence Unit: Barisan Nasional akan menang besar PRU-13

Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya. 

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU. Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar. 

Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'. EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala, berkata 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya. 

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya. 

Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah. 

Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal. Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008. "Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU. 

Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan. Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan. 

Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing. 

Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah US$9,700 daripada US$7,500 pada tahun 2010. EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17." 

Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya. 

Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU-13". - TMI

Penurunan drastik kadar kemiskinan Sabah bukti program kerajaan BN berhasil

KOTA BELUD: Penurunan drastik kadar kemiskinan di Sabah daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu menunjukkan program kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman membuahkan hasil, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Salleh Said Keruak. 

Sambil menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN gagal membawa pembangunan di Sabah termasuk dalam konteks pembasmian kemiskinan, beliau berkata, kejayaan itu adalah fakta yang jelas dan benar, sekali gus melenyapkan keraguan tentang kemampuan kerajaan BN membangunkan negeri ini. 

Beliau berkata, kredit seharusnya diberi kepada Ketua Menteri dan Kabinetnya atas program kemiskinan yang sasarannya tepat dan membuahkan hasil. 

"Saya harap rakyat Sabah tidak terkeliru dengan dakyah pembangkang yang cuba menidakkan apa juga kejayaan program kerajaan BN, semata-mata mahu meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang," katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi hari ini. 

Bekas Ketua Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff berhubung perkara itu. 

Ketika mengumumkan keputusan awal Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) 2012 bagi Sabah di sini semalam, Rahamat Bivi dipetik sebagai berkata, kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, penurunan TERTINGGI kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara. 

Beliau berkata, kadar kemiskinan di kawasan luar bandar mencatatkan pengurangan daripada 32.8 peratus pada 2009 kepada 12.9 peratus tahun lalu, manakala di kawasan bandar, angka itu berkurangan daripada 9.8 peratus kepada 5.3 peratus.

Rahamat Bivi juga dipetik sebagai berkata, hasil kajian HIS 2012 itu menunjukkan pendapatan isi rumah purata bagi Sabah pada 2012 meningkat kepada RM4,013 sebulan berbanding RM3,102 pada 2009, peningkatan 29.4 peratus dengan kadar pertumbuhan purata 8.6 peratus setahun. 

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, berkata kejayaan itu membuktikan program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menepati sasaran. 

Katanya, jumlah dana yang besar disediakan kerajaan BN ternyata memberi kesan positif dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah. - BH

NRD explains laws, procedures on birth certificate, IC and citizenship

KOTA KINABALU: Misunderstanding of the laws and procedures on the issuance of birth certificate, identification card and citizenship has caused confusion and consternation towards the National Registration Department (NRD). 

NRD public relations officer Jainisah Mohd Noor said many have the wrong impression while others do not have a clue at all about the regulations and processes involved but instead blamed the department when their applications were rejected for not meeting the stipulated requirements. 

She said some people, for example, did not know that having been born in Malaysia and registered for a birth certificate does not automatically qualify their children for citizenship. 

The constitution states that a child is considered a Malaysian citizen when both or one of the parents are legally recognized as Malaysian or a holder of permanent resident status. However, she highlighted there were other matters that needed to be taken into account before the child can be given Malaysian citizenship. 

“To determine the status of the child, we will also look at the marriage status of the parents. In cases where the marriage is not legally registered and the mother is a non-citizen, the child would not qualify for citizenship, even if the father is a Malaysian. 

“However, if the mother is a permanent resident or Malaysian, the child would automatically be Malaysian, even if the father is not and the marriage is not legally recognized or registered. In other words, the status of the mother would determine the status of the child when there is no marriage certificate. 

“In cases where a marriage certificate is obtained and registered with the NRD after the child was born, the child in question would still not qualify as a Malaysian, because we are bound with the fact that she or he was born before that,” she said, during a media briefing on “Malaysian Identification Card Evolution” at Wisma Dang Bandang here yesterday. 

According to Jainisah, many locals married to foreigners in Sabah did not know this and were frustrated when their children were given a Red IC instead of a Blue IC. 

She admitted there were cases where parents were confused after several of their children were given permanent resident status but their other children who were born after their marriage had been registered with the NRD were given full citizenship. 

The parents would usually demand for the same status to be given to their older children and would be disappointed when their demand is not met, thinking that the NRD had made a mistake and was refusing to admit and rectify it. 

Meanwhile, Jainisah stressed that it is important that the birth and death of every individual is registered with the NRD regardless of their status, as this will provide vital information that would help the authorities in planning development or other programmes in the country. 

On the status of natives, she said it was not for the NRD to determine as the department is only responsible for citizenship matters. 

Earlier Jainisah explained the various changes and improvement that have been introduced to all three types of Malaysian Identification cards, namely the Blue IC (for citizen), Red IC (permanent resident) and Green IC (temporary resident). 

She said the security features used have evolved since the first Malaysian citizen card bearing serial number 000001 (orange in colour back then) was issued to Tun Mustapha in 1963. 

The latest IC used today is the seventh version with several new and upgraded features that are nearly impossible to forge, including microtext, laser imprinted photo and text, secureguard hologram and tone down printing. 

Asked if NRD had carried out any effort to review the status of IC holders to help the Election Commission remove names of deceased individuals from the voters list, she said the department continuously updates its databases whenever a death is reported. The information is available for the EC or any other government agencies to refer to for updating their own databases, she added. 

However, she said the NRD can only change the status of a person to ‘deceased’ and issue a death certificate after the receiving information supported with proper documentation or proof that the person has died. - The Borneo Post

Thursday, February 21, 2013

Akhirnya Blogger PR mengaku terima RM3000

Pagi tadi Bullet ada post pendedahan yang dibuat oleh Mymassa mengenai beberapa blogger pro pembangkang yang menerima elaun dari kerajaan Pakatan Rakyat (DISINI).

Tunggu punya tunggu, tidak ada mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang berani tampil memberikan penjelasan atau menafikan pendedahan ini. Namun, agak memeranjatkan apabila blogger Amenoworld lebih dulu mengaku bahawa beliau sememangnya menerima bayaran RM3000 dari kerajaan Pakatan Rakyat dengan hanya menulis 4-5 artikel/pembohongan.


Anda nilailah sendiri bagaimana kerajaan yang telah gagal membela nasib rakyat di Selangor terutamanya ibu tunggal serta gagal menyediakan air percuma sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat Selangor, boleh pula mengupah blogger dengan elaun RM3000 sebulan semata-mata untuk menyebarkan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dan menulis artikel-artikel yang lebih sarat dengan pembohongan berbanding dengan fakta. BERBALOIKAH??? ADILKAH BAGI RAKYAT DI NEGERI-NEGERI PR???

Anda boleh lihat sendiri pengakuan blogger pro PR ini DISINI (Main Page)...

Dalam masa yang sama, ketika Bullet merayau-rayau dari blog ke blog, Bullet agak tertarik dengan ulasan blogger Sabah Eco mengenai isu yang sama. So, jom layan ulasan blogger ini menghentam kerajaan PR pula:
""...Each cyber mercenaries are paid RM 3000 per month in exchange for their service to distort and create false perception towards the present government's effort not only in their day to day service to the people, but also willing to stoop as low as to assassinate their character in cyberspace for the whole wold to see. 
What is saddening this operation sole intent is to distort, create false impression rather than being used for the well being of the people of Selangor? Are Lies and Slander has been their creed? 
Since the fund is sourced out from the coffers of the Selangor State Government, why is it being used as a means of self preservation of the current regime in Selangor and not for the betterment of her people? 
The State government of Sabah as well as her ministers in the Federal Level have worked day and night for the betterment of her people. Efforts have been carry out to disseminate correct facts and information. Both State and Federal government have work and continue to work in sync all for the people in the land below the wind. 
Even as now with the current Militia incursion crisis that is still on-going in Lahad Datu is still being monitor yet these 'cyber mercenaries' only creating more complications: via creating confusion and panic among the masses not only within the immediate vicinity of the crisis..."" - Baca Selanjutnya (DISINI)

Pencerobohan di Lahad Datu: Pemuda SAPP ganggu tugas pihak berkuasa

Kalau kawasan itu sudah diklasifikasikan sebagai tidak selamat dan dalam kawalan pihak berkuasa, janganlah jadi bodoh menyelinap masuk kawasan itu. Jika ada apa-apa insiden buruk berlaku, siapa yang akan dipersalahkan? Hormatlah tugas pihak berkuasa.. 

Jangan salahkan polis jika tiga pemberita dari rangkaian televisyen Arab, Al-Jazeera dan tiga individu daripada Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) ditahan polis berhampiran perairan Tanjung Labian, Lahad Datu. Pihak berkuasa berhak menghalang mana-mana parti politik atau wartawan dari memasuki kawasan yang tidak selamat.
"Beliau berkata, tiga pemberita dan tiga ahli SAPP sebelum itu dikatakan cuba memasuki kawasan terbabit dengan melalui jalan darat namun gagal lalu mereka bertindak mengupah seseorang untuk membawa mereka ke situ menerusi jalan laut." - The Borneo Post
Apa sebenarnya motif SAPP mahu sangat memasuki kawasan tidak selamat ini bersama-sama dengan wartawan asing? Cukuplah pasukan keselamatan kita terbeban dengan kerja-kerja memantau aktiviti atau gerak geri penceroboh, tidak perlulah beban mereka ditambah lagi dengan memantau pula gerak geri ahli-ahli politik dan wartawan.

Kalaupun SAPP dibenarkan membuat liputan di kawasan itu, sudah tentu laporan mereka tetap bersifat berat sebelah, dan tidak mustahil jika barisan pemimpin gila kuasa ini akan menghasut pula wartawan Al-Jazeera supaya melaporkan berita-berita yang memihak kepada pembangkang dan dalam masa yang sama memburuk-burukkan kerajaan untuk tatapan masyarakat seluruh dunia.

Sebagai parti politik yang masih berangan-angan mahu membentuk kerajaan baru selepas PRU13, SAPP sepatutnya mampu bertindak lebih profesional dan mampu memahami dan membezakan mana-mana situasi yang memerlukan khidmat mereka dan mana situasi yang langsung tidak memerlukan penglibatan mereka.

Sudah sampai masanya untuk SAPP berhenti dari sikap suka menyusahkan orang lain...
Hamza menasihatkan kepada orang ramai termasuklah pemberita tempatan dan antarabangsa serta mana-mana parti agar tidak memasuki kawasan itu atas faktor keselamatan. 
“Biar kita (polis) yang lakukan kerja. Tumpuan kita adalah memastikan keselamatan orang ramai terus terjamin dan kita tidak mahu sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Cybertroopers Pembangkang dapat elaun RM3000 sebulan

Patutlah blogger-blogger pembangkang sentiasa aktif memfitnah pemimpin-pemimpin kerajaan walaupun telah kantoi banyak kali. Rupanya mereka DIBAYAR untuk memburuk-burukkan kerajaan.. 

Lihatlah sendiri bukti bergambar dibawah: (Sumber Mymassa)


Boleh tahan blogger pembangkang sekarang yer.. Sebar fitnah pun boleh dapar RM3000 sebulan dari kerajaan paling TELUS, BERSIH dan ADIL di dunia. 

Rakyat Selangor takkan berdiam diri saja.. tanyalah pada MB Selangor kenapa dana awam digunakan untuk membayar hasil kerja fitnah blogger-blogger pembangkang?.. Bernilai sangatkah hasil penulisan mereka untuk pembangunan negara dan untuk kepentingan rakyat?

Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini gemar berduet dengan Rafizi Ramli memfitnah pemimpin-pemimpin BN kononnya mengamalkan rasuah dan sebagainya patut tampil menjelaskan perkara ini. 

Tidak cukup lagikah dana awam Selangor digunakan untuk membiayai kos guaman pemimpin-pemimpin Pakatan dan membiayai kos jentera kempen Pakatan?? Sekarang ini, Cybertrooper yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan pun dibayar menggunakan dana awam??

Wednesday, February 20, 2013

SDC: Sabah catat RM114 bilion

KOTA KINABALU: Sejak pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) tahun 2008, Sabah berjaya mencatat rekod pelaburan terkumpul sebanyak RM114 bilion sehingga akhir tahun 2012. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, pelaburan yang diterajui oleh sektor swasta dijangka akan terus meningkat kerana Sabah adalah salah satu destinasi pelaburan yang menarik. 

Katanya, ia sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan SDC kini dalam fasa kedua pelaksanaannya. 

“Rangka tindakan SDC mengambil kira dan menyenaraikan strategi-strategi yang digariskan dalam Pelan Induk Tindakan Bioteknologi Sabah. 

“Ini kerana, bioteknologi dilihat mempunyai potensi sebagai pemangkin pertumbuhan sumber ekonomi baru yang berupaya menjana kekayaan baru negeri ini. - The Borneo Post

Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang kini dalam fasa kedua pelaksanaannya, ternyata mampu membawa dimensi baru pembangunan terancang di Negeri Di Bawah Bayu ini. Melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan pelaburan swasta, Sabah akan berubah wajah yang mana pembangunannya bukan saja tertumpu di kawasan bandar malah menyeluruh sehingga ke pelusuk negeri menjelang 2025. 

Sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, pembangunan Sabah agak terbantut sebelum kerajaan negeri dipimpin Barisan Nasional pada 1994. Bagaimanapun, melalui perancangan teliti sejak sekian lama, selain pelancaran SDC, Sabah bakal seiring dengan negeri lain yang membolehkan penduduknya menikmati kemajuan saksama. 

Dengan pelaburan bernilai RM105 bilion sepanjang tempoh 18 tahun pelaksanaannya (2008 - 2025), kira-kira tiga juta penduduk negeri ini bakal menikmati pembangunan ekonomi dan sosial yang lebih berkesan. Selaras dengan tekad kerajaan negeri untuk menghapuskan kemiskinan tegar di kalangan penduduk di luar bandar, diharapkan pembangunan lebih menyeluruh bakal mengubah kehidupan penduduk kawasan mundur di Kudat, Nabawan, Pitas, Kuamut, Togod dan Pensiangan. 

Kalau sebelum 1994 ketika kerajaan negeri dikuasai pembangkang, Sabah berdepan kemelut politik sehingga menjejaskan pembangunan negeri, selain hubungan negeri dan Persekutuan kurang mesra, kini semuanya sudah berlalu. Kerajaan Persekutuan memberi perhatian khusus kepada pembangunan Sabah. Peruntukan kewangan besar disalurkan untuk membangunkan negeri Sabah melalui peruntukan khas dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015).

Berbeza dengan negeri lain, Sabah yang memiliki aset berharga iaitu keluasan tanah untuk pembangunan pertanian, sumber asli dan produk pelancongan alam sekitar, mampu menjana ekonomi bagi pertumbuhan negeri dalam jangka panjang. Sabah juga antara negeri pengeluar terbesar minyak sawit dan petroleum selain memiliki keindahan alam semula jadi seperti Taman Negara Kinabalu, yang menjadi daya tarikan pelancong asing. Dengan keupayaan Sabah membangunkan ekonomi dan sosial secara menyeluruh, disamping bantuan dan sokongan berterusan dari kerajaan pusat, saya yakin bahawa negeri ini bakal menjadi pintu masuk utama di rantau ini bagi tujuan perdangan, pelaburan dan pelancongan.

Bullet amat berharap supaya penduduk setempat dapat merebut peluang yang disediakan kerana ia bukan saja membolehkan mereka menikmati kehidupan lebih selesa, malah mampu mengurangkan kebergantungan kepada warga asing yang membanjiri negeri ini. Dijangka dalam tempoh 18 tahun sejak pelancaran SDC, sejumlah hampir sejuta peluang pekerjaan akan disediakan, untuk dimanfaatkan penduduk tempatan terutama kalangan penduduk di kawasan miskin mutlak.

Jesteru, mereka perlu mengubah sikap untuk turut berusaha selaras dengan peredaran zaman yang hari ini kita lihat penuh dengan persaingan, tidak ada lagi istilah "menunggu peluang datang bergolek". Hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Pusat juga ternyata memberi manfaat besar untuk dinikmati rakyat Sabah.