Sunday, January 27, 2013

Sebagai penghibur dan aktivis, apa peranan Atama dalam industri pelancongan?

Bandingkan: Antara sumbangan Datuk Masidi dan Perusuh Atama Katama
RM5.178 bln from tourism in 2012 - Masidi 
KOTA KINABALU: The lucrative tourism industry continues to be one of Sabah’s major income earners as Sabah increased its target arrivals by 1.1 per cent totaling 2.875 million visitors compared to 2011. 
This was an estimated RM5.178 billion revenue earned, the Ministry of Tourism, Culture and Environment reported yesterday. 
“The industry has proven to be resilient, rising from turbulent times and gaining strength from adversity from the beginning of 2012 with challenges faced especially on flight uncertainty,” said its minister, Datuk Masidi Manjun. - The Borneo Post 
RM5.17 bln from tourism ‘unsatisfactory’ – Atama 
KOTA KINABALU: Local entertainer and activist, Atama Katama, yesterday described the tourism sector’s RM5.17 billion contribution to Sabah’s revenue last year as unsatisfactory. 
He said that while many welcomed the statement by Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun of its billion mark, the 1.1 per cent increase in tourism for 2012 was still way below par. 
“The growth of 1.1 per cent shows that the government still lacks the x-factor in making Sabah a good tourism destination. It is just unsatisfactory,” said Atama, who is also with the KDM Film & Music Activist Association. - The Borneo Post
Antara persoalan yang dibangkitkan oleh Atama:

“For us in KDMFM or Kadazan Dusun Music & Film Activist Association, we want a formal explanation and the statistics from him and his ministry on how much local contents such as music albums, telemovies and films were promoted and retailed to the 2.875 million tourists in 2012?"

Sejak bila si Atama mengambil berat dengan industri pelancongan Sabah? Kalau baru tahun ini, baik beliau tidak payah tanya apa yang kementerian pelancongan sudah lakukan sepanjang tahun 2012. Terlalu banyak peristiwa yang beliau sudah terlepas pandang. Ada ramai aktivis di negeri ini yang memperjuangkan seni budaya, alam sekitar, hidupan liar dan sebagainya, tapi tidak ada pula antara mereka mempersoalkan atau menuntut penjelasan tentang apa yang kementerian berkenaan telah lakukan sepanjang tahun 2012. Semua aktivis ini tahu peranan mereka, dan mereka sendiri turun padang memainkan peranan mereka. Tidak seperti Atama yang hanya tahu berdemo dan mengkritik pemimpin yang dia benci sedangkan dia sendiri tidak laksanakan tanggungjawab dia dalam membantu menaikkan industri pelancongan Sabah.

Bullet tidak berminat untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Atama bagi pihak Datuk Masidi Manjun. Sebaliknya Bullet lebih suka membuat pertanyaan balas untuk menilai sejauhmana kesungguhan dan keperihatinan Atama dalam memperjuangkan bidang yang kononnya amat sebati dalam diri beliau.

FAKTA 1: Dimana Atama ketika artis antarabangsa Ronan Keating berkunjung ke Sabah bagi mempromosikan Marine Ecology Research Centre’s (MERC) untuk sama-sama memulihara terumbu karang di negeri ini? Sebagai artis tempatan yang perihatin terhadap industri pelancongan Sabah, adakah Atama turut serta dalam event tersebut?

FAKTA 2: Diawal tahun 2012, Sabah berhadapan dengan pembatalan penerbangan terus ke Osaka, Perth, Haneda dan Incheon. Ketika Datuk Maisid Manjun berusaha mencari alternatif lain bagi memastikan jumlah ketibaan pelancong tidak terjejas, apa peranan dan sumbangan Atama pada waktu itu sebagai artis dan aktivis yang perihatin terhadap perkembangan industri pelancongan Sabah?

FAKTA 3: Ketika Menteri Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa jabatan beliau akan merekodkan dan menyimpan semua genre muzik, tarian dan budaya di negeri ini untuk rujukan masa depan, tidak ada pula kenyataan Atama pada waktu itu yang menyokong langkah tersebut memandang beliau adalah artis tempatan yang turut memperjuangkan bidang yang sama.

FAKTA 4: Ketika Datuk Seri Musa Aman mengumumkan penubuhan kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di negeri ini, tidak ada pula sokongan yang ditunjukkan oleh Atama sedangkan kompleks itu juga bakal memartabatkan seni budaya Sabah sekaligus menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.

FAKTA 5: Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan setiap bulan Mei setiap tahun kini menjadi antara tarikan utama pelancong untuk mengunjungi Sabah. Perayaan ini yang turut mendapat liputan meluas di luar negara dilihat mampu menjana perkembangan dan kemajuan ekonomi negara khususnya dalam pembangunan industri pelancongan. Siapa yang mempopularkan Pesta Kaamatan?? Atama??

FAKTA 6: 7th Sabah International Folklore Festival (SIFF) telah diadakan pada 8 Julai hingga 17 Julai tahun lepas. Untuk pengetahuan Atama, festival ini juga turut mempromosikan keunikan budaya tarian sekaligus destinasi pelancongan di Sabah. Sebagai penghibur dan aktivis yang memperjuangkan seni budaya KDM, kenapa Atama tidak turut sama menjayakan festival itu?

FAKTA 7: Ketika Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memberikan sokongan penuh kepada penganjur KK Jazz Festival yang berlangsung pada 15 dan 16 Jun, mana hilangnya Atama dan KDMFM sebelum dan selepas acara itu berlangsung?

FAKTA 8:Sunset Music Fest at the Tip of Borneo’ telah memukau para penonton dengan barisan persembahan yang hebat selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Jun tahun lepas, di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Acara tersebut adalah anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Sabah Tourism Board dan Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd. Adakah Atama dan KDMFM turut mengambil bahagian dalam acara tersebut, atau sekurang-kurangnya turut sama menjayakan acara itu? Sama sekali TIDAK!

FAKTA 9: Ketika GMG Media menganjurkan ‘Rockfest Marathon III 2012 - Concert For The Environment", antara pihak yang menyokong acara itu adalah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Hitz.FM, ERA.FM, Malaysia Airlines, Hyatt Regency Kinabalu dan Bandwith Magazine.. Kenapa Atama dan KDMFM tidak tersenarai??

FAKTA 10: Pencipta lagu dan penyanyi dari Jepun, Hatta Mariko, berkali ganda lebih menyerlah dari Atama dalam memperjuangkan industri pelancongan negeri Sabah. Bolehkah artis Sabah terutamanya Atama menganjurkan konsert dengan hiasan stage yang berlatar-belakangkan gambar Orang Utan? Bukan banner BERSIH, Duduk Bantah, Kebangkitan Rakyat atau sebagainya??

FAKTA 11: Tahukah Atama bahawa pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan lebih dulu menyedari potensi Sabah dalam bidang perfileman sebelum Atama membuat kritikan secara membuta-tuli kepada menteri pelancongan Sabah? Melihat kepada potensi itu, pelbagai lokasi penggambaran telah dipilih bagi menjayakan filem ‘Gerimis Mengundang’ yang turut menembusi pasaran Indonesia.... Kecewa kali Atama sebab dia tidak tersenarai dalam barisan pelakon..

FAKTA 12: "Sabah is my home, and it is also a wonderful filming location,”. “It has tremendous beauty, a deep cultural diversity, and caring people" said Catherine. Ungkapan ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk dokumentari yang bertajuk Dusty’s Trail - The Summit of Borneo. Pembikinan dokumentari ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat global berkenaan dengan penyakit yang kebiasaannya menyerang golongan kanak-kanak (Duchenne muscular dystrophy disease). Bukankah pembikinan dokumentari ini juga secara tidak langsung akan mempromosikan Sabah di peringkat global? tanpa sokongan kerajaan dan kementerian yang berkenaan, dokumentari seperti ini tidak akan dapat dilaksanakan di negeri ini.

Semua peristiwa diatas adalah sebahagian dari peristiwa yang melibatkan kerjasama serta sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bagi tahun 2012. Ada banyak lagi usaha-usaha dibawah kementerian tersebut yang telah dilaksanakan namun tidak sempat dimuatkan dalam blog ini. Rasanya pendedahan ini sudah cukup untuk menggambarkan bahawa kementerian pelancongan Sabah telah melakukan yang terbaik untuk memajukan industri pelancongan Sabah, namun samada jumlah pelancong meningkat atau tidak, itu adalah diluar kawalan menteri. 

Berbalik kepada isu Atama, apakah peranan beliau sebagai penghibur dan aktivis dalam memertabatkan seni muzik KDM untuk diketengahkan diperingkat antarabangsa sekaligus berupaya menarik pelancong masuk ke negeri ini?

Sepanjang tahun lepas, Atama lebih sinonim dengan peristiwa-peristiwa seperti di bawah:

Atama sedang tarik pelancong?



Tertarikkah pelancong bila nampak wajah pengganas ni?
Ketika Datuk Masidi bertungkus-lumus menarik pelancong masuk ke negeri ini, Atama and the gang lebih gemar melakukan huru-hara dalam negeri bagi menakutkan orang awam dan para pelancong. Inikah ciri-ciri aktivis yang hari ini cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang sangat perihatin terhadap industri pelancongan negeri Sabah??

Sudah tentu Atama tidak mengetahui sebarang perkembangan yang memberikan manfaat kepada industri pelancongan di negeri ini kerana beliau hanya tahu berdemo dan melakukan provokasi. Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan atau menteri-menteri yang dia benci, akan dinafikan sumbangan mereka. Sikap Atama yang condong kepada agenda politik pihak tertentu ternyata berjaya menyerlahkan lagi kedangkalan beliau apabila mengulas isu-isu tertentu.

--Ikuti perkembangan industri pelancongan Sabah di Sabah World Heritage dan usaha-usaha  kementerian bagi menyokong industri ini melalui konsep Hijau di Green Sabah--

21 comments:

  1. Fakta 1 hingga Fakta 12 adalah baik, namun Menteri Pelancongan masih lagi gagal mencapai tahap yang membanggakan. 1.1% peningkatan adalah sangat lemah. Lebih2 lagi keadaan yang dihadapi oleh rakyat negeri Sabah yang tidak dapat apa2 faedah dari hasil pelancongan. Siapa yang dapat keuntungan dari kesemua fakta tersebut? Bukan rakyat, tetapi golongan 'elit' dan peniaga. Apa yang rakyat boleh bangga sangat pencapaian 1.1% sedangkan berpuluh-ribu rakyat Sabah masih hidup dalam kemiskinan.

    Atama yang mungkin sudah matang dalam kariernya bertukar halatujunya tidak boleh dipersalahkan. Seharusnya kita cuba menilai motif Atama sebagai seorang anak muda - artis ternama - dan bertanya pendapat daripadanya. Pemimpin zaman ini bukan semua ingin mengetahui kesilapan mereka. Mungkin juga Atama ada idea maksud yang baik disebalik 'gayanya yang antoganis'.

    Pendapat saya adalah sangat setuju dengan Atama, iaitu menegur pencapaian industri pelancongan. Pencapaian 1.1% adalah lemah sekali.
    Nyata sekali industri pelancongan Sabah lembab.

    Masidi adalah orang yang baik. Tapi pada pendapat saya Chong Kah Kiat lebih menyerlah kerana sewaktu dia menteri pelancongan pencapaiannya sentiasa lebih dari 10%. Ini adalah fakta nyata.

    Saya minat Atama kerana dia sanggup membawa kesedaran hak asasi manusia. Biarpun Bersih kah, rally kah, himpunan kah.. Atama berjiwa rakyat.

    ReplyDelete
  2. Atama adalah aktivis.

    ReplyDelete
  3. Respect to Atama & others yg menyokong perjuangan Sabah umumnya & rakyat tempatan khususnya terutama dalam isu2 kronik spt masalah pendatang asing tanpa izin(PATI), masalah tanah adat & masalah kemiskinan rakyat asli Sabah...

    ReplyDelete
  4. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Di mana-mana sahaja kita boleh melihat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN. Saya yakin rakyat Sabah sudah cukup matang dan tahu menilai prestasi kerajaan BN yang telah banyak membawa pembangunan dan menolong rakyat dalam semua aspek tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

      Antara kejayaan kerajaan negeri ialah dalam mengurus kewangan dengan baik seperti yang terkandung dalam Laporan Perbendaharaan Negara (AG) selain berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama beberapa tahun berturut-turut.

      Delete
  5. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Dengan mengambilkira kekayaan khazanah alam Sabah serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete
  6. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete
  7. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Dalam laporan terkini untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada sebuah negeri iaitu Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

    ReplyDelete
  8. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

    ReplyDelete
  9. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Untuk tempoh lima bulan pertama pada tahun ini, eksport negeri terus berkembang pada kadar 7.2 peratus dengan nilai mencecah RM20.7 bilion, manakala import pula telah meningkat pada kadar 30 peratus dengan jumlah mencecah RM16 bilion. Pertumbuhan tinggi tersebut mencerminkan pelaburan besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada suku tahun pertama tahun ini yang mana ianya juga merupakan pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia.

    ReplyDelete
  10. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan negeri mampu membelanjakan berbilion ringgit bagi pelbagai projek pembangunan di negeri ini, dan tahun ini sahaja, kerajaan negeri menyediakan bajet tahunan melebihi RM4 bilion.

    ReplyDelete
  11. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Kerajaan beri bonus dan kenaikan gaji kepada penjawat awam kerana kerajaan ada cukup kewangan untuk bayar gaji dan bonus kepada kakitangan awam. Bayangkan, kerajaan negeri Sabah membelanjakan sekitar RM700 juta setahun untuk bayar gaji kakitangan awam negeri.

    ReplyDelete
  12. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Kerajaan ada bajet besar dan peruntukan pun besar untuk pembangunan di negeri ini termasuk pembangunan infrastruktur seperti membina jalan raya dan membaiki kerosakan jalan akibat tanah runtuh..

    ReplyDelete
  13. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    kestabilan politik dan iklim pelaburan yang kondusif turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri termasuk sektor pelancongan.

    ReplyDelete
  14. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Dengan promosi agresif, kerajaan berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Begitu juga dengan pelaburan, banyak pelabur dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Brunei yang berminat melabur di negeri ini.

    ReplyDelete
  15. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Dengan promosi agresif, kerajaan berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Begitu juga dengan pelaburan, banyak pelabur dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Brunei yang berminat melabur di negeri ini.

    ReplyDelete
  16. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    Musa juga mempertahankan dasar tanah kerajaan negeri yang memperkenalkan hak milik berkelompok (communal title) kepada penduduk kampung yang layak demi masa depan mereka yang lebih terjamin.

    ReplyDelete
  17. KERAJAAN BN SABAH PIMPINAN DATUK MUSA AMAN BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:,... ATAMA??? BAKAL MEROSAKKAN NEGERI INI??

    dasar perhutanan dan pemeliharaan alam sekitar negeri ini dikagumi oleh negara luar yang menyaksikan pasangan diraja Britain (Putera William dan Kate Middleton) melawat Hutan Simpan di Lembah Danum baru-baru ini.

    ReplyDelete
  18. Assuming that the minister’s arrival figures are 100% truthful while the information given to me by former industry colleagues is imprecise, a fully loaded Airbus plane of 150 passengers (normally only about 120 passengers) landing every hour at our airport yield only 3,600 passengers in a day; in a year, only 1.314 million passengers in total; how did the minister come up with 2.875 million passengers?

    Even with two fully loaded flights touching down simultaneously in the same hour, there are only 2.628 million passengers; the remaining 247,000 passengers are still unaccounted for!

    The above analysis is presumptuous that 100% of the passengers are tourists and does not include Sabahans or foreign workers returning to Sabah…!

    http://legalandprudent.blogspot.com/2013/02/was-sabah-tourism-minister-misled-or.html

    ReplyDelete
  19. Apa sudah jadi ni? Yang merosakkan negeri ini adalah korupsi salahguna kuasa dan politik. Bukan si atama.

    ReplyDelete
  20. Ada terbaca baru2 ni si atama bawa muzik sabah ke norway, amerika, switzerland dan korea... mantap!! Kjan patut sokong artis kita semua esp atama

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.