Wednesday, February 13, 2013

Isu pembalakan: MB Kedah jadikan rakyat sebagai tebusan untuk dapat RM100 juta


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan.

"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta... hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini. - Sinar Harian

Jawapan MB Kedah seperti diatas berhubung isu skandal pembalakan yang sedang berleluasa di negeri itu nampak sangat tidak profesional, malah lebih kepada meroyan. Bermakna, MB Kedah ini tidak langsung sensitif terhadap kepentingan rakyat di negeri beliau walaupun pelbagai bantahan disuarakan termasuk penganjuran perhimpunan secara aman pada awal bulan lepas.

Apalah dosa rakyat Kedah sehingga MB keparat ini tergamak menjadikan mereka sebagai tebusan untuk mendapatkan RM100 juta dari kerajaan Persekutuan? Jika tidak ada RM100 juta itu, maka rakyat Kedah terpaksa berhadapan dengan bencana banjir lumpur dan terpaksa bergantung dengan sumber air tercemar semata-mata untuk memuaskan nafsu MB keparat ini yang kononnya berjuang membina sebuah "Negara Berkebajikan"???

Tidak sangka MB keparat ini masih berselera meneruskan pembohongan kononnya pembalakan itu bukan berlaku dikawasan tadahan air sedangkan bukti dalam bentuk gambar telahpun tersebar ke seluruh negara.



Gelombang pertama membantah kepimpinan kerajaan PAS Kedah yang semakin rakus merompak khazanah Hutan Simpan Tasik Pedu tiba ke kemuncaknya apabila lebih 12,000 rakyat dari seluruh negeri itu berkumpul menyertai perhimpunan secara aman anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di lokasi penebangan berdekatan Tasik Empangan Padu, Padang Terap.


Ironinya, lokasi Himpunan Bantah Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air itu terletak hanya beberapa meter dari kawasan yang dahulunya merupakan hutan hujan tropika, sekaligus menjadi tempat tadahan air kepada rakyat Kedah sejak tahun 1960an lagi. Malangnya, akibat kerakusan kerajaan PAS yang diterajui Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak untuk mengaut khazanah negeri, kawasan hutan yang berkeluasan kira-kira 500 hektar habis digondolkan sejak setahun lalu tanpa kawalan.

Kalaupun ada antara pemimpin-pemimpin PAS/PR yang sedar dan melihat wujudnya kezaliman terhadap rakyat dibawah pemerintahan Azizan Razak ini, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN; iaitu satu alasan atau jawapan ‘standard’ kerajaan PAS Kedah untuk menghalalkan jenayah yang mereka lakukan di negeri itu.

Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar. Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air kesan dari pengeksploitasian tanah yang tidak terkawal; iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan. Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Dalam kes ini, kenapa Rafizi Ramli, Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Anwar Ibrahim dan Sarawak Report tidak mengecam tindakan MB Kedah yang semakin berani mempertaruhkan kepentingan rakyat semata-mata mahu mendapatkan RM100 juta sebagai ganti menghentikan aktiviti pembalakan di negeri itu?

Dan, adakah MB Kedah sudah terlalu nyanyuk sehingga tidak mampu memikirkan alternatif lain untuk menjana pendapatan bagi negeri Kedah selain dari merosakkan alam sekitar?

Di Sabah, walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Datuk Musa Aman kononnya mendalangi aktiviti pembalakan di negeri ini, namun dengan sendirinya tuduhan itu dinafikan apabila pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton memilih Sabah sebagai destinasi terakhir lawatan mereka di negara ini untuk menikmati keindahan kawasan hutan hujan tropika Lembah Danum yang dipelihara baik oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman.

Malah industri pelancongan yang semestinya menuntut pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar juga dilihat semakin berkembang dengan jumlah ketibaan pelancong yang semakin meningkat setiap tahun disamping berjaya menjana pendapatan untuk negeri ini lebih dari RM5 bilion pada tahun lepas.

Membayangi kerakusan Azizan Razak hari ini, disokong pula dengan sikap berat sebelah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (yang mungkin juga turut sama berkongsi hasil haram tersebut), selamatkah hutan-hutan di Sabah jika pemimpin-pemimpin ini diberikan peluang memerintah Sabah???

12 comments:

  1. MB kedah nk memusnahkan hutan2 negeri kedah.

    ReplyDelete
  2. Dalam soal ini Azizan mewujudkan dua isu iaitu mengugut supaya dibayar RM100 juta dan satu lagi penebangan balak. Saya lihat tindakan Azizan adalah bagi menghalalkan tindakan rakus kerajaan negeri menebang balak..

    ReplyDelete
  3. Azizan boleh tergamak mengugut kerajaan pusat. Sikap seperti ini tidak patut ada pada seorang Menteri Besar..

    ReplyDelete
  4. Azizan sewajarnya menyelesaikan isu itu melalui musyawarah atau perbincangan dengan kerajaan pusat dan bukan dengan membuat ugutan.

    ReplyDelete
  5. sikap 'tidak tahu dan tidak peduli' Menteri Besar itu sebenarnya melambangkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan Pas.

    ReplyDelete
  6. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Azizan cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar iaitu pembalakan rakus oleh Pas Kedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Tuntutan itu tidak boleh dilayan kerana ia hanya perjanjian lisan. Azizan sendiri tidak terlibat dalam perjanjian tersebut," katanya

      Delete
  7. Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berasa pelik dengan Azizan kerana sebagai Menteri Besar beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Takkan dia tak tahu mengurus tadbir kerajaan negeri tidak boleh berpegang kepada perjanjian lisan. Tambahan dia sendiri tidak terlibat. Dari mana dia dapat maklumat ini sampaikan berpegang pada lisan sebagai perjanjian," katanya.

      Delete
    2. Mukhriz berkata, tuntutan itu menunjukkan Azizan tidak mempunyai fokus terhadap isu dan masalah kegiatan penebangan balak bernilai tinggi dengan alasan membuka ladang buah-buahan walaupun dibantah rakyat.

      Delete
    3. Katanya, lapan orang Menteri Besar sebelum ini tidak sanggup melakukan aktiviti itu namun Azizan menggunakan taktik menyalahkan pihak lain bagi menutup kerakusan pembalakan itu.

      Delete
    4. Beliau juga menyoal ke mana duit hasil balak akan digunakan kerana sebelum ini kerajaan pusat memberi RM150 juta untuk menyelenggara jalan negeri tetapi hanya RM60 juta yang dibelanjakan dan bakinya tidak diketahui ke mana hilangnya.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.