Wednesday, February 27, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Hamza Taib jelaskan situasi sebenar

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta masyarakat agar tidak bimbang kerana keselamatan masih lagi terkawal walaupun kumpulan itu berkemungkinan berhadapan dengan masalah kekurangan air, makanan dan minyak.

Dalam pada itu, beliau menafikan berlakunya perbalahan sehingga mengakibatkan kematian dua anggota kumpulan terbabit di kawasan berkenaan seperti dilaporkan media sebelum ini.

“Setakat tembakan kita ada dengar tetapi saya berani mengatakan tembakan bukan dari pasukan keselamatan, tembakan dari dalam pun kita tidak berani hendak mengesahkan.

“Mungkin tembakan ke atas binatang atau amaran (kumpulan penceroboh). Jadi saya sendiri pun tidak tahu dari mana sumber mereka dapat,” katanya.

Mengenai kapal Filipina yang akan digunakan bagi membawa pulang kumpulan penceroboh, beliau berkata ia tidak berada di perairan negeri ini seperti yang telah dilaporkan, sebaliknya berada di perairan Filipina.

“Saya sendiri telah mengesahkannya bersama Panglima Divisyen 2 Tentera Laut Diraja Malaysia. Jadi, saya minta sebarang maklumat berhubung insiden pencerobohan itu perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak keselamatan,” katanya.

Hamza turut mengesahkan penahanan empat individu atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah kira-kira jam 4 pagi kelmarin di kawasan berhampiran dalam daerah ini dan sehingga kini pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan ke atas empat individu terbabit.

Pasukan keselamatan memerlukan masa yang sesuai bagi mengusir kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, dekat sini, memandangkan kumpulan berkenaan bukanlah satu jumlah yang kecil. Beliau berkata, pihak berkuasa tidak akan melanjutkan tempoh rundingan dengan kumpulan mendakwa Askar Diraja Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo di sini. Ia berikutan lanjutan masa yang telah diberikan sebelum ini sehingga Jumaat lalu telah tamat.

“Kita akan melakukannya berlandaskan undang-undang dan sekiranya perlu, mendakwa mereka di mahkamah. - The Borneo Post

13 comments:

  1. Ceroboh saja kawan.. adedehhh..

    ReplyDelete
  2. Rasanya keadaan dikawasan ini terkawal dan selamat.

    ReplyDelete
  3. Jangan risau pihak berkuasa tahu apa yang mereka lakukan.

    ReplyDelete
  4. kita jangan mudah terpedaya dengan khabar angin yang bukan-bukan berlaku.

    ReplyDelete
  5. Semua itu cuma untuk kepentingan pihak lain saja.

    ReplyDelete
  6. Keadaan dikawasan tersebut adalah terkawal dan baik-baik saja.

    ReplyDelete
  7. Kerjasama antara Filipin dan Malaysia akan dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. Penceroboh ini sekarang sudah dikepung dan mereka tidak akan dapat lari kemana-mana lagi.

    ReplyDelete
  9. Ini disahkan sendiri oleh pihak berkuasa yang mana mereka akan memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini akan berlaku.

    ReplyDelete
  10. keadaan di Lahad Datu masih lagi terkawal

    ReplyDelete
  11. sekarang dalam proses pengusiran mereka keluar.

    ReplyDelete
  12. keadaan d Lahad Datu sudah gawat...bunyi tembakan sana sini...sya tggal sini...

    ReplyDelete
  13. Sy tak tau apa sebenarnya punca perbalahan di Lahat Datu ini. Kalau x serius xkan sampai sanggup berbunuh2an. Nape sebelum ini xde insiden sebegini. Mesti ada sebab nape mereka sanggup dtg menceroboh.......blurr.......

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.