Untuk tempoh lima bulan pertama pada tahun ini, eksport negeri terus berkembang pada kadar 7.2 peratus dengan nilai mencecah RM20.7 bilion, manakala import pula telah meningkat pada kadar 30 peratus dengan jumlah mencecah RM16 bilion. Import bagi jentera serta kelengkapan pengangkutan dan barang-barang keluaran kilang, masing-masing telah berkembang sebanyak 45 peratus dan 65 peratus.
Pertumbuhan tinggi tersebut mencerminkan pelaburan besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada suku tahun pertama tahun ini yang mana ianya juga merupakan pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia. Jumlah pelaburan yang diluluskan di bawah sektor pembuatan untuk tujuh bulan pertama pada tahun ini ialah sebanyak RM5.7 bilion. Sebahagian besar daripada jumlah pelaburan ini disumbangkan oleh Petronas melalui projek Ammonia Dan Urea Sabah (SAMUR). Pelaburan dalam Koridor Pembangunan Sabah juga semakin aktif dengan jumlah pelaburan terkumpul direalisasikan (cummulative realized investment) melalui Projek-projek Permulaan (Entry-Point Projects) setakat bulan Julai 2012 sebanyak RM9.43 bilion.
Berdasarkan unjuran, senario ekonomi negeri pada masa hadapan adalah cerah dan mempunyai prospek yang baik di mana beberapa projek swasta berimpak tinggi yang dibiayai melalui kerjasama awam dan swasta dijangka akan memainkan peranan dan menjadi pemangkin dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Pada masa ini, terdapat pelbagai projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan yang merangkumi beberapa sektor termasuklah sektor minyak, gas dan tenaga, pelancongan, pertanian dan pembangunan hartanah bersepadu berkos tinggi (high end integrated real estate development).
Pada masa yang sama, dengan pelaksanaan pelbagai program seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan mengambil kira pelbagai inisiatif seperti yang telah diumumkan dalam Bajet Nasional 2013, pertumbuhan ekonomi Negeri dijangka akan dapat ditingkatkan lagi.
Walaupun pertumbuhan sektor luaran diramalkan akan tumbuh sederhana di sebalik cabaran-cabaran ekonomi global, ekonomi negeri Sabah dijangka akan kekal stabil disebabkan oleh sokongan daripada pelaburan awam dan swasta serta penggunaan domestik yang kukuh. Oleh yang demikian, ekonomi negeri diunjurkan berkembang di antara 5 hingga 6 peratus pada tahun 2013.
Sumber: Ucapan Bajet Negeri Sabah 2013
Kestabilan di Sabah menarik lebih ramai pelabur asing.
ReplyDeletesebab itu kerajaan negeri sangat mengambil berat setiap individu yang masuk ke negeri ini.. jika ada mana2 individu yang berpotensi menganjurkan demonstrasi, pasti akan dihalang memasuki sabah..
Deletetidak ada makna kebebasan jika kebebasan itu disalahgunakan untuk menghancurkan negara/negeri.. lebih baik kerajaan fokus kepada usaha2 menarik pelabur berbanding dengan melayan puak2 terdesak yang gemar menimbulkan huru hara dalam dan luar negara..
DeleteSemoga taraf hidup rakyat juga akan dapat dipertingkatkan.
ReplyDeletetaraf hidup rakyat semakin lama semakin baik.. banyak program2 dianjurkan kerajaan untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup mereka..
Deletenamun rakyat masih perlu berusaha untuk memajukan diri masing2.. jangan terlalu bergantung dengan bantuan kerajaan..
Deleterakyat sabah juga jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pemimpin2 pembangkang yang mahu menggagalkan apa saja projek2 kerajaan..
Deleteekonomi Sabah terus berkembang dari masa ke semasa.
ReplyDeleteSemoga akan terus berkembang ekonomi Sabah untuk kebaikan rakyat Sabah
Deletesemoga Sabah akan terus mengecapi kemajuan di tahun2 berikutnya.. saya yakin jika datuk musa terus diberikan mandat, hasrat untuk menjadikan sabah sebagai negeri maju pasti akan dapat dicapai..
ReplyDeletekestabilan ekonomi Sabah hasil daripda kepimpinan Datuk Musa Aman
ReplyDeleteLooks like Sabah economy is heading to the right path, thanks to the project in the field such as oil and gas (O&G), oil palm, construction and tourism sectors.
ReplyDeleteThis is what being said by businessman Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, who sits on the board of Petronas, Dialog Group Bhd, Formis Resources Bhd, Tradewinds Corp Bhd and MajuPerak Holdings Bhd.
Delete
DeleteTan Sri Megat added that he is confident that the local economy will continue to be strong, attracting local and foreign investors.
Tan Sri Megat is a well known businessman and certainly will not said something that has no basis. Back in May this year, Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has announced that Sabah is expected to receive an investment of more than RM1 billion from US-based company Dole, in the food and fruits industry. Dole will be collaborating with one of the state government agencies and discussion is still being held to determine the best method of cooperation.
DeleteSpeaking to the reporters at the launch of Imago Mall, a retail mall project in Kota Kinabalu by Asian Pac Holdings Bhd, Tan Sri Megat said that Sabah's gross domestic product (GDP) for the worst two years of the global crises in 2008 and 2009 has been strong, at 7.7 per cent and 3.3 per cent, despite being in backwaters.
Delete"Going forward, the state's GDP is projected to be more than seven per cent per annum in the next few years, he added.
Delete