Friday, February 1, 2013

RCI Sabah: Anwar gemar bertindak sendiri kata Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an.

Beliau berkata, walaupun Anwar tidak diberi arahan secara langsung namun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sering mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan lebih daripada yang diperlukan.

“Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan),” kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. 

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas). 
Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan. 

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau “mempunyai pengetahuan” mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Anwar sebelum ini menafikan beliau terlibat dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk memberikan keterangan kepada suruhanjaya siasatan, jika dipanggil.

Anwar berkata sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak terlibat secara langsung dalam hal tersebut. - GAP

Tidak perlu Anwar nafikan tuduhan ini dari jarak jauh.. Kalau berani, bersemuka sajalah dengan Tun Mahathir di mahkamah.. Bukankah Anwar cukup terkenal dengan kerja saman-menyaman? Kenapa kali ini amat berat untuk Anwar mengungkapkan perkataan saman, sedangkan jika dilihat dari sudut sejarah politik Anwar, beliau sepatutnya sudah bergelar jutawan hanya dengan kerja saman-menyaman (itupun jika semua samannya menyebelahi beliau). 

Dalam hal ini, pendirian, pandangan dan kesimpulan Bullet hanya satu,, walau macam mana rancak sekalipun Anwar dan Tun Mahathir "berbalas-balas pantun", bagi Bullet penubuhan RCI ini tetap menjadi satu bukti kesungguhan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib dalam memenuhi tuntutan rakyat termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang, walaupun umum mengetahui bahawa kesan dari keputusan beliau ini bakal meletakkan kerajaan BN dalam kedudukan yang kritikal pada PRU-13 nanti.

28 comments:

  1. Datuk Seri Chua Soi Lek, berkata rakyat Sabah tiak wajar terpedaya dengan dakyah Anwar yang menolak penubuhan suruhanjaya berkenaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  2. Sambil menyatakan sokongan MCA terhadap penubuhan RCI, Soi Lek berkata, pihak Yang mula-mula memperjuangkan penubuhan RCI adalah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),Tan Sri Joseph Pairin pada 1994.

    ReplyDelete
  3. "Anwar menolaknya ketika Pairin membangkitkan perkara berkenaan tetapi hari ini Anwar berkata lain pula.

    ReplyDelete
  4. mungkin Anwar ingat orang lain sudah lupa mengenainya tetapi bukan saya, saya ingat kata-katanya," katanya

    ReplyDelete
  5. anwar mmg terlibat dalam projek IC,

    ReplyDelete
  6. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bukan sahaja membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah, malah penubuhannya juga merupakan satu petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bersedia untuk berhadapan dengan desakan, tuntutan atau apa sahaja masalah di Sabah yang perlu diambil perhatian.

    ReplyDelete
  7. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Gesaan supaya RCI ditubuhkan sebelum ini telah disuarakan oleh para pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno dan tidak terkecuali pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang menghangatkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  8. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    RCI bukanlah kaedah pertama atau terakhir yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang haram dan juga Projek IC di Sabah. Sebelum ini juga, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuklah penubuhan Jawatankuasa Pusat dan juga Negeri bagi menyiasat dan merangka penyelesaian kepada fenomena warga asing di negeri ini, penubuhan Program 5P disamping penguatkuasaan berteruskan dari anggota beruniform samada di daratan mahupun perairan. Pendek kata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, namun masalah ini tetap berterusan.

    ReplyDelete
  9. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Jika ada pihak yang mengatakan bahawa kerajaan tidak ikhlas menyelesaikan masalah ini hanya kerana kerajaan mengumumkan RCI disaat-saat akhir, ternyata andaian itu tidak benar sama-sekali memandangkan perkembangan siasatan setakat ini membuktikan badan itu benar-benar bersifat neutral tanpa memihak kepada mana-mana pihak sehingga ada kalanya membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk memanfaatkan apa sahaja butiran siasatan untuk dipolitikkan.

    ReplyDelete
  10. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Menurut kenyataan Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi bin Mohd Salleh, kerajaan telah mengusir 446,173 pendatang tanpa dokumen ke negara asal mereka sejak 1990. Angka tersebut adalah termasuk pelarian yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

    ReplyDelete
  11. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Beliau turut memaklumkan bahawa skop kerja Pasukan Petugas Khas adalah untuk menangani isu berkaitan pendatang asing dan mengenal pasti pelarian dan pendatang yang merangkumi pelarian Filipina dari Filipina Selatan, pendatang asing tanpa izin yang memasuki Sabah dan Labuan, dan buruh asing dari Indonesia.

    ReplyDelete
  12. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    kerajaan telah berusaha untuk membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin sejak dulu lagi. Walaupun sukar, ianya tetap dilaksanakan. Kerajaan telah mengambil tindakan peguatkuasaan berterusan dan berusaha menangani isu berkaitan dengan bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  13. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Namun kewujudan beberapa sindiket pemalsuan IC serta sindiket membawa masuk warga asing ke negeri ini menyukarkan lagi usaha-usaha kerajaan. Pembangkang sama sekali tidak pernah menyentuh isu ini walaupun kes berkenaan telah beberapa kali dilaporkan oleh media tempatan pada tahun-tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  14. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Tahun lepas saja, negara telah dikejutkan apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPD Tawau berjaya membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ yang disyaki didalangi oleh seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bergiat aktif di sekitar Pantai Timur negeri ini.

    ReplyDelete
  15. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Modus operandi sindiket ini dipercaya berorientasikan penawaran dokumen berbentuk MyKad asli dan meminta mangsa-mangsa mereka supaya menyerahkan duit di antara RM1,000 – RM5,000, gambar, sijil lahir (jika ada) dan cap jari.

    ReplyDelete
  16. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Kes seperti ini bukan yang pertama dan terakhir, malah besar kemungkinan masih banyak lagi sindiket yang belum diberkas samada bergerak secara berpasukan mahupun secara individu. Keuntungan lumayan sentiasa mendorong pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan apa sahaja aktiviti haram walaupun mereka sedar tindakan itu membawa kepada hukuman yang berat.

    ReplyDelete
  17. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Malah ada juga dilaporkan dimana penduduk kampung membantu warga asing mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka hanya kerana mahu mendapatkan keuntungan secara singkat. Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah kerajaan. Bila kita tanya PATI dari mana mereka dapat IC, adakah mereka akan mengaku bahawa mereka memperolehinya dari sendiket secara haram?? Sudah tentu tidak.. Sebaliknya, mereka akan cakap bahawa IC mereka tulen dan dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  18. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    berkenaan dengan mangsa pelarian perang di selatan Filipina sekitar tahun 1970an. Kerajaan mengambil peranan murni dan prihatin melibatkan aspek kemanusiaan untuk membantu pelarian dan mangsa perang.

    ReplyDelete
  19. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Tindakan kerajaan telah mendapat kerjasama dan diperakui oleh badan antarabangsa seperti UNHCR. Dakwaan kononnya mangsa pelarian ini dibantu pihak tertentu untuk mendapatkan IC juga tidak benar apabila beberapa pelarian Filipina yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah hari ini memberitahu bahawa tiada mana-mana pihak yang membantu mereka bagi mendapatkan kad pengenalan (IC). Salah seorang daripada mereka, Abd Salam Ali, yang datang ke Sabah pada 19 Januari 1971 berkata, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan IC nya itu.

    ReplyDelete
  20. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Fenomena pemberian IC kepada warga asing ini sebenarnya konsisten dengan penjelasan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing.

    ReplyDelete
  21. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Beliau menegaskan bahawa semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Tambah beliau, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

    ReplyDelete
  22. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    "Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun. Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat."

    "Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah."
    Tun Mahathir

    ReplyDelete
  23. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Pemimpin-pemimpin pembangkang sejak dari awal lagi sudah meletakkan isu itu sebagai senjata kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dengan harapan ia akan menarik perhatian rakyat untuk mengalihkan sokongan kepada mereka. Tetapi mereka lupa bahawa dalam undang-undang Malaysia ada diperuntukkan pemberian kerakyatan kepada pihak-pihak yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  24. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Jesteru, jika Pembangkang tidak bersetuju dengan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing ini, mungkin selepas ini mereka boleh masukkan agenda "penghapusan sebarang undang-undang berkaitan kewarganegaraan" ini dalam manifesto pilihanraya mereka.

    ReplyDelete
  25. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Penghapusan undang-undang ini juga konsisten dengan janji Anwar Ibrahim yang mahu menghapuskan semua undang-undang "lapuk" di negara ini jika PR diberikan mandat memerintah. Dengan ini sama-samalah kita lihat bagaimana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat mempertahankan kuasanya.

    ReplyDelete
  26. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Rakyat Sabah sepatutnya menilai isu ini diluar kotak pemikiran yang condong kepada ideologi politik pihak tertentu bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, neutral dan tidak terhad kepada kepentingan politik sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  27. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Dan pemimpin-pemimpin pembangkang juga sepatutnya memuji kesungguhan dan kemampuan kerajaan BN menunaikan janjinya atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan untuk mencari cara dan strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini untuk manfaat semua rakyat di negeri ini.

    ReplyDelete
  28. ANWAR BENAR2 SEMAKIN GELABAH.. PERTAMA: SEBAB RCI SEMAKIN MENGHAMPIRI BELIAU,, DAN KEDUA: SEBAB KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB BERJAYA TUNAIKAN JANJI MENUBUHKAN RCI

    Tanpa melihat kepada faktor Pilihanraya Umum, saya simpulkan bahawa langkah kerajaan menubuhkan RCI menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan ibu segala masalah di Sabah.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.