Sunday, November 25, 2012

Mana pejuang alam sekitar Sarawak Report dan Bruno Manser?

Ikuti pendedahan blogger Team Media Kedah berkenaan dengan kerakusan pemimpin Pakatan Rakyat memusnahkan hutan semata-mata untuk mengaut hasil balaknya.
pembalakan berhampiran Tasik Pedu yang menjadi punca air orang Kedah semakin parah! Apabila Pas Kedah tanpa bertimbang rasa dan tamak terus menerus menerjah kekawasan berkenaan dengan gelojoh dan kejamnya.

Bila kita tanya MB awat buat macam ni, nak tau orang tua tu kata apa? Dia kata penebangan balak membabitkan kawasan seluas 400 hektar di hutan simpan Tasik Pedu, Padang Terap adalah bagi membangunkan taman agropelancongan pertama negara.

Katanya projek itu akan tetap diteruskan sekalipun Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menolak laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Ini kerana katanya JAS memperuntukkan EIA bagi kawasan yang berada pada paras 240 meter dari aras laut, manakala Jabatan Perhutanan pula mensyaratkan hanya kawasan pada ketinggian 750 meter yang perlukan EIA.

"Nak ikut yang mana...tanah telah ditolak. Peruntukan RM20 juta untuk projek ini akan dimasukkan dalam Belanjawan 2013," katanya kepada media.

Antara lain, laporan itu memetik Timbalan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai berkata kerajaan Kedah pimpinan PAS tidak mematuhi arahan JAS agar kerja membersih hutan di kawasan Tasik Pedu dihentikan selepas menolak laporan EIA.

Semalam Mc dan TMK ada menemubual Bekas MB Kedah yang juga Adun Pedu, Mahdzir Khalid, beliau juga terkilan dengan Kerajaan Negeri Kedah, dan menganggap cadangan untuk membuat agropelancongan itu hanyalah sebagai alasan untuk 'menyapu' bersih balak dikawasan berkenaan.

Mc pun sokong apa yang Tok Det katakan tu. Memang puak Pas ni nak sapu balak buat duit saja. Agropelancongan tu hanya alasan untuk puak tu menghalalkan cara tebas balak!

Nampak gaya, Pas Kedah dan balak tak dapat dipisahkan. Semakin hari, semakin teruk. Kalau la Pas Kedah terus menjadi kerajaan negeri, rasanya kemusnahan alam sekitar di negeri Kedah ni akan berterusan.
Cuba lihat jarak empagan pedu dengan kawasan pembalakan, hanya beberapa meter sahaja
cuba bayangkan bila hujan lebat, tentunya air lumpur akan mengalir masuk kedalam empangan
Licin
kawasan hutan simpan bernilai tinggi musnah sama sekali
agro-pelancongan?
adehh
masih berjalan
Mana Sarawak Report, Bruno Manser Fund dan Rafizi? kenapa bila negeri Pakatan Rakyat melakukan penggondolan hutan secara besar-besaran, tidak ada bantahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO yang kononnya berjuang atas isu alam sekitar?

Mereka asyik menuduh Ketua Menteri Sabah memusnahkan hutan di negeri ini sedangkan aktiviti pembalakan di negeri ini cukup terkawal di bawah pentadbiran Datuk Musa Aman. Beliau bukan sahaja lantang dalam soal perlindungan hutan malah beliau sentiasa meggalakkan aktiviti konservasi di negeri ini. Malah Datuk Musa Aman satu-satunya ketua menteri Sabah yang berjaya menghentikan pembalakan di Ulu Segama Malua dan Maliau basin yang mana hasil daripada tindakan itu telah mewujudkan buffer hutan seluas tiga kali ganda keluasan Singapura.

Berbeza dengan negeri Pakatan Rakyat, kerajaan negeri Sabah sentiasa mengamalkan pengurusan hutan yang mapan malahan 'bertambah baik' di bawah kepimpinan Musa Aman. Dasar terbuka diamalkan oleh kerajaan dan semua bidang pengurusan hutan adalah terbuka kepada pihak ketiga dan juga penelitian pihak NGO. Lesen pembalakan jangka panjang “tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak 2010 (juruaudit bebas pasti akan dapat mengesan pembalakan haram besar-besaran jika ia berlaku).

 
Hasil dari pengurusan hutan yang mapan oleh kerajaan negeri Sabah, jumlah rizab hutan di bawah kategori Kawasan Keseluruhan Terlindung (TPAS) telah meningkat kini “mencecah 1.3 juta hektar atau kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah (melebihi piawaian antarabangsa sebanyak 10 peratus). Kawasan rizab hutan TPAS memiliki peningkatan terbesar di bawah pemerintahan Musa. Sekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan Sabah adalah sebahagian atau sepenuhnya diperakui di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Forest Stewardship Council (FSC), Skim Pensijilan Balak Malaysia (MTCS) atau Pan European Forest Scheme (PEFC).

Jika benar dakwaan Sarawak Report, BMF dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bahawa hutan di Sabah adalah yang paling buruk di dunia, bagaimana kerajaan negeri Sabah mampu memperolehi pelbagai anugerah daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia, Forest Stewardship Council (FSC) dan the Prince Charles Charity, bagi menghargai kejayaan kerajaan negeri Sabah dalam usaha pemuliharaan hutan?

Oleh itu, sudah tiba masanya Sarawak Report dan Bruno Manser Fund mengalihkan serangan mereka kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Dan Rafizi Ramli juga sepatutnya tampil membuat laporan kepada SPRM atau Polis terhadap MB Kedah ekoran keengganan beliau menghentikan pemusnahan hutan di negeri berkenaan. Jika kita susuri siri tuduhan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO tajaan mereka terhadap kemusnahan hutan di Sabah (walaupun tidak berlaku), bukan main lantang lagi mereka tuduh Musa Aman menyalahgunakan kuasa dan terlibat dengan skandal pembalakan. Tapi kenapa mereka tidak buat tuduhan yang sama terhadap Menteri Besar Kedah?

Jika beginilah sikap pemimpin dan NGO tajaan mereka, apa jaminan bahawa hutan di Sabah akan selamat jika Pakatan Rakyat memerintah? apa jaminan bahawa negara ini akan bebas dari gejala rasuah jika Pakatan Rakyat Memerintah? 

By: Borneo Bullet

17 comments:

  1. Nampaknya PR banyak kaut untuk balak

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat tuduh menteri itu ini mendalangi skandal pembalakan sedangkan mereka sendiri lagi ganas memusnahkan hutan..

      Delete
    2. bila negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat jatuh semula ketangan BN, pasti mereka akan tuduh BN kononnya menggunakan khidmat pengundi hantu dan sebagainya.. sedangkan mereka sendirilah yang membuatkan rakyat mengambil keputusan untuk menolak mereka..

      Delete
  2. PR pasti kaya raya dengan membolot hasil bumi Kedah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itulah hanya dalam masa 4 tahun, pemimpin2 Pakatan Rakyat mampu hidup mewah mengalahkan pemimpin2 tertinggi negara..

      Delete
    2. tidak pula penyokong2 Pakatan Rasuah ini mempersoalkan bila pemimpin pujaan mereka tersengih2 dalam jet mewah, beli bas mewah, beli 4 buah kereta dalam masa 4 tahun, beli chevrolet, beli banglo dan sebagainya..

      Delete
  3. Rakyat Sabah perlu berfikir banyak kali sebelum memilih Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.. ingatlah bahawa hutan di Sabah ini pasti akan licin dalam masa sepenggal Pakatan Rakyat memerintah.. malah pasir juga akan turut sama dirompak oleh pemimpin2 ego dan rakus ini..

    ReplyDelete
  4. apa jaminan bahawa hutan sabah akan dilindungi oleh pakatan rakyat jika hutan yang tinggal setompok di negeri mereka habis licin dikerjakan oleh pemimpin2 PR??

    ReplyDelete
  5. bila rakyat berdemo membantah tindakan mereka, mereka tuduh pula rakyat yang berdemo itu diupah atau diarahkan berbuat demikian oleh umno..

    ReplyDelete
  6. "Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dicabar mengakui kerugian projek pembalakan di Papua New Guinea.

    Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Azizan perlu mengakui projek pembalakan yang bernilai jutaan ringgit di Papua New Guinea adalah merugikan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini.

    “Kalau dah rugi berniaga pembalakan sampai berjuta-juta ringgit, mengaku sajalah.

    “Dia sebagai MB mana boleh kata saya tak tahu. Ketika itu Kedah Corporation Berhad (KCB) adalah di bawah kelolaan MB. MB kena bertanggungjawab kepada projek perniagaan itu."

    ReplyDelete
  7. "pendedahan kami selama ini mengenai Pembalakan Gunung Inas yang tidak mendapat EIA dari jabatan Alam Sekitar telah dibuktikan kebenarannya. Semalam Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan arahan supaya PMBKed menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan dari JAS."

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Ini bermakna, MB Kedah Azizan Razak, CEO PMBked dan Setpol Sanusi PEMBOHONG BESAR apabila mengatakan projek ini mendapat kelulusan EIA dan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bagaimana seorang Menteri Besar boleh berbohong dengan selamber mengenai perkara ini?"

      Delete
    2. "Jabatan Alam Sekitar (JAS) meminta Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).


      JAS menafikan bahawa pihaknya telah meluluskan laporan penilaian EIA bagi projek itu pada 2010 seperti didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Shahabudin Shafie."

      Delete
    3. Tudiaa... kebenaran dah terbukti..nampak sangat pembohong-pembohong dah kantoi beradap!! Inilah doa dari orang yang teraniaya.. doa orang kampung yang telah disusahkan hidup mereka demi kenyangkan perut dan poket kroni dan kerajaan negeri.

      Delete
  8. Sebenarnya, Kerajaan BN Kedah dulu pun mampu mengaut untung lebih dari industri pembalakan di negeri itu. Namun dek kerana sayangkan keindahan bumi dan tidak mahu melihat pencemaran, industri pelancongan serta sayangkan negeri, aktiviti pembalakan di negeri itu telah dikawal ketat.

    ReplyDelete
  9. Analisis PAS sendiri menyedari bahawa kemarahan rakyat kepada kerakusan kerajaan pimpinan mereka akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa pada PRU ke-13 ini. Justeru, Kerajaan BN Kedah yang dijangka mengambil alih negeri itu nanti bakal menghadapi tugas berat untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh PAS.

    ReplyDelete
  10. Harapan saya agar segala kemusnahan dan kedunguan PAS dalam mentadbir negeri Kedah selama sepenggal itu akan memberikan pengajaran berguna kepada seluruh rakyatnya.

    Meskipun Azizan dikatakan pemimpin PAS yang paling “brilliant” di Kedah, dia tidak dapat menandingi kecekapan pentadbiran BN di negeri Jelapang Padi itu. Itu fakta yang akan menjadikan Azizan sebagai MB PAS terakhir di Kedah.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.