Wednesday, December 5, 2012

BN Adalah "Winnable" Parti Di Sabah

Barisan Nasional (BN) adalah parti yang "winnable" atau boleh menang di Sabah, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata beliau yakin sesiapa yang diketengahkan pucuk pimpinan BN sebagai calon, akan memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya percaya dengan adanya kerjasama padu di kalangan parti komponen, BN Sabah akan meraih kemenangan yang selesa pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kita kena ingat dalam pilihan raya yang ke-12 kita hanya kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun (dewan undangan negeri)..jadi 'benchmark' kita tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk 'Alien Menchari Chinta' di kampus induk Universiti Malaysia Sabah, Likas, dekat sini Rabu.

Beliau juga yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dan Sabah sebagai 'fixed deposit' akan menjadi penyumbang besar.

Sumber: Bernama

27 comments:

  1. Sabah berkembang menjadi sebuah negeri yang maju, makmur, aman dan stabil menerusi pendekatan yang dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan hanya bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan tugas, tetapi juga memberi perhatian kepada kepentingan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini membolehkan Sabah menjadi negeri yang membangun dengan mampan

      Delete
  3. Musa berkata pertumbuhan ekonomi Sabah kekal teguh selain memiliki rizab yang kukuh.

    ReplyDelete
  4. Pembangkang sekarang masih belum lagi dapat bersatu dan bekerjasama apa lagi bila wujudnya parti2 baru.

    ReplyDelete
  5. BN amat kuat di Sabah.

    ReplyDelete
  6. BN pasti akan dpt terus pertahankan Sabah.

    ReplyDelete
  7. Mesti boleh punya. BN pasti dapat memberikan yang terbaik untuk Sabah.

    ReplyDelete
  8. Jangan mudah putus asa untuk memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. BN pasti boleh..Teruskan menyokong parti BN.

    ReplyDelete
  10. Pembangkang sebenarnya sudah takut dengan BN.

    ReplyDelete
  11. PRU 13 semakin dekat maka pelbagai isu mula dipermainkan.

    ReplyDelete
  12. menjadikan BN terus menjadi `winnable party' justeru soal calon bukan perkara pokok sangat. Kerana yang membentuk kerajaan adalah parti, bukan individu. Sebab itulah parti harus lebih penting daripada calon.

    ReplyDelete
  13. Bagi menentukan BN sebagai `winnable party' maka pemilihan calon harus mengambil kira banyak aspek, antaranya soal personaliti dan keperibadian kerana pengundi kini lebih bijak membuat perhitungan.

    ReplyDelete
  14. Bukan sekadar soal dasar dan falsafah yang diperjuangkan. Tapi lebih utama ialah penampilan dalam mendengar denyutan nadi di peringkat akar-umbi. Ini bermaksud calon berkenaan wajarlah disukai rakyat dan mampu memenangi hati rakyat di kawasan yang diwakilinya.

    ReplyDelete
  15. kemungkinan BN membariskan beberapa muka baru di dalam PRU13 akan datang, sekali lagi mengundang banyak teori di kalangan para pemerhati serta penganalisis politik.

    ReplyDelete
  16. Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Menteri, tumpuan diberikan bagi mengetengahkan calon yang mampu memenuhi kriteria sebagai pemimpin yang disukai oleh rakyat.

    ReplyDelete
  17. Dengan memilih slogan ''Menepati Janji'' sebagai agenda utama, keprihatinan Barisan Nasional (BN) akhirnya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia tanpa mengira umur, jantina, agama dan taraf hidup melalui usaha berterusan demi kebaikan semua.

    Dengan mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan termasuk pelajar, wanita, warga emas, usahawan, penjawat awam dan belia di bawah kerajaan BN.

    Pada awal 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, yang merasai kesusahan masyarakat nelayan telah menyalurkan bantuan antara RM5,000 dan RM10,000 kepada nelayan di seluruh negara bagi membaiki rumah mereka.

    Bantuan itu adalah sebahagian daripada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta, yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, tahun lepas.

    Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan terus menerus membantu rakyat melalui program-program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Kain Rakyat 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).

    Hasilnya, keikhlasan BN bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, angin perubahan mula bertiup ke arah BN termasuk di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

    Laporan terbaharu menunjukkan kira-kira 400 anggota tegar PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Semerak di Kelantan menyertai Umno, selepas merasai mereka terpedaya dengan "Amanat Haji Hadi", yang mengkafirkan anggota dan penyokong Umno.

    Malah, majoriti lebih 30,000 guru di negeri itu kini menyokong Umno, satu petanda baik bahawa BN mampu merampas semula Kelantan daripada pembangkang.

    Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata mereka bersedia bekerja keras bagi memastikan BN kembali memegang kuasa selepas pilihan raya memandangkan kerajaan persekutuan pada masa ini memberi perhatian untuk memenuhi janji yang telah dibuat.

    Di Pulau Pinang, ribuan penyokong tegar pembangkang menunjukkan minat mereka menyertai BN selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan DAP.

    Perkara ini telah menjadi kenyataan apabila hampir 350 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong mengemukakan surat permohonan untuk menyertai semula Umno kepada Najib pada 8 Dis.

    Sambil menyifatkan Pulau Pinang sebagai kubu kuat Gerakan selama 40 tahun sebelum kalah kepada DAP pada pilihan raya umum 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu memutuskan akan melakukan apa yang terbaik bagi rakyat Pulau Pinang dan meminta pengundi memberikan peluang kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 untuk berkhidmat kepada mereka.

    Begitu dekat di hati dan fikiran mereka, Gerakan dan rakyat Malaysia bersedih dengan kematian bekas Presiden Tun Dr Lim Keng Yaik, 73, seorang daripada gergasi politik dan menteri berketurunan Cina paling lama berkhidmat di Malaysia, Sabtu lepas.

    Petanda positif juga kelihatan di Kedah dan Selangor melalui kaji selidik yang dijalankan beberapa ahli akademik pada pertengahan tahun.

    Prof Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata kaji selidik baru-baru ini menunjukkan 70 peratus daripada 10,800 responden di Kedah tidak yakin dengan kepimpinan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menurut laporan kaji selidik itu, kerajaan PAS di Kedah pada masa ini nampaknya semakin hilang populariti untuk terus memerintah negeri itu dan oleh itu kerajaan BN merupakan pilihan terbaik bagi pembangunan Kedah dan negara pada keseluruhannnya.

    Di Selangor, satu kajian simulasi berdasarkan kepada pilihan raya umum ke- 11 dan ke-12 dan dengan profil pengundi berdaftar terkini menunjukkan bahawa BN boleh memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  18. Dengan mengambilkira senario-senario ini, hasil pilihan raya umum ke-13 mungkin membawa keputusan yang tidak menyebelahi pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS bagi mengekalkan negeri-negeri yang diperintah terutama Selangor dengan peluang 50-50.

    Dengan menilai sokongan yang diberikan oleh semua etnik penduduk, masyarakat India adalah golongan paling besar beralih angin pada pilihan raya umum lepas tetapi akhirnya menarik sokongan mereka kepada pembangkang selepas tertipu dengan pelbagai janji kosong.

    Satu trend ketara melanda melalui pilihan raya umum 2008 apabila hampir 85 peratus pengundi India beralih kepada pakatan pembangkang, hasil isu-isu yang dimainkan oleh Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

    Selepas itu, sokongan masyarakat India terhadap BN meningkat kepada lebih 70 peratus berikutan bantuan kerajaan berjumlah RM415 juta yang diperuntukkan bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

    Bantuan itu diagih-agihkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM (RM100 juta), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Malaysia atau Tekun (RM65 juta) dan RM250 juta diperuntukkan kepada usahawan.

    Semasa Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 pada 9 Dis, Presiden parti itu Datuk Seri G. Palanivel berkata sokongan masyarakat itu kepada kerajaan BN semakin bertambah selepas mereka menerima pelbagai faedah terutama dalam pendidikan, program pembangunan perkhidmatan awam, program ekonomi dan sosial hasil inisiatif Najib.

    Sementara itu, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga melahirkan keyakinannya bahawa MCA, yang mendapat pukulan teruk pada pilihan raya umum 2008, akan bangkit kembali pada pilihan raya umum akan datang.

    Katanya sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan semakin meningkat berbanding tahun 2008 dengan pelbagai bentuk bantuan melalui Yayasan Perubatan 1MCA, peruntukan bagi pendidikan dan keusahawanan.

    Di Sabah, Ketua Menterinya Datuk Seri Musa Aman percaya negeri itu telah berkembang sebagai sebuah negeri yang progresif, makmur, aman dan stabil di bawah pendekatan yang diambil BN.

    Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pemberian kerakyatan kepada pendatang asing, penduduk tempatan bagi menerajui jabatan persekutuan di negeri
    itu dan pengiktirafan 16 Sept sebagai Hari Malaysia membuktikan bahawa BN
    sentiasa mendengar, prihatin dan bekerja bagi memenuhi permintaan rakyat.

    ReplyDelete
  19. KENAPA BN SABAH LAYAK DIGELAR "WINNABLE" PARTI DI SABAH

    Ketika Pilihanraya Umum Ke-13 semakin menghampiri kita, Pakatan Rakyat telah menguatkan lagi usaha mereka untuk menawan undi-undi di Sabah dan Sarawak.

    SEBABNYA IALAH, SABAH SEDANG BERADA DILANDASAN YANG BETUL MENUJU NEGERI MAJU DIBAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN BN

    ReplyDelete
  20. KENAPA BN SABAH LAYAK DIGELAR "WINNABLE" PARTI DI SABAH

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak akan menjadi pertaruhan mutlak untuk kedua-dua Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Maka tidak hairanlah bila Pakatan telah melancarkan misi untuk menyerang dan mengacau-bilaukan pentadbiran di kedua-dua negeri ini.

    SEBABNYA IALAH, SABAH SEDANG BERADA DILANDASAN YANG BETUL MENUJU NEGERI MAJU DIBAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN BN

    ReplyDelete
  21. KENAPA BN SABAH LAYAK DIGELAR "WINNABLE" PARTI DI SABAH

    Malangnya, serangan ke atas prestasi Sabah dan Sarawak terbukti sia-sia apabila setiap tahun laporan Ketua Audit Negara menunjukkan kedua-dua negeri sering membawa prestasi yang baik dalam pengurusan kewangan dan polisi-polisi fiskalnya.

    SEBABNYA IALAH, SABAH SEDANG BERADA DILANDASAN YANG BETUL MENUJU NEGERI MAJU DIBAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN BN

    ReplyDelete
  22. KENAPA BN SABAH LAYAK DIGELAR "WINNABLE" PARTI DI SABAH

    Dalam laporan terkini untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada sebuah negeri iaitu Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

    SEBABNYA IALAH, SABAH SEDANG BERADA DILANDASAN YANG BETUL MENUJU NEGERI MAJU DIBAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN BN

    ReplyDelete
  23. KENAPA BN SABAH LAYAK DIGELAR "WINNABLE" PARTI DI SABAH

    Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

    SEBABNYA IALAH, SABAH SEDANG BERADA DILANDASAN YANG BETUL MENUJU NEGERI MAJU DIBAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN BN

    ReplyDelete
  24. KENAPA BN SABAH LAYAK DIGELAR "WINNABLE" PARTI DI SABAH

    Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

    SEBABNYA IALAH, SABAH SEDANG BERADA DILANDASAN YANG BETUL MENUJU NEGERI MAJU DIBAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN BN

    ReplyDelete
  25. KENAPA BN SABAH LAYAK DIGELAR "WINNABLE" PARTI DI SABAH

    Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyembunyikan kebocoran dan pembaziran dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Memang tidak dapat dinafikan, wujud juga kebocoran dan pembaziran yang jelas dalam negeri-negeri Barisan.

    SEBABNYA IALAH, SABAH SEDANG BERADA DILANDASAN YANG BETUL MENUJU NEGERI MAJU DIBAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN BN

    ReplyDelete
  26. KENAPA BN SABAH LAYAK DIGELAR "WINNABLE" PARTI DI SABAH

    Apa yang saya mahu jelaskan dengan menulis artikel ini adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa kebocoran dan pembaziran ini bukan hanya berlaku di negeri-negeri Barisan semata; kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadibran Pakatan Rakyat juga bertanggungjawab terhadap pembaziran yang turut berlaku di negeri mereka!

    SEBABNYA IALAH, SABAH SEDANG BERADA DILANDASAN YANG BETUL MENUJU NEGERI MAJU DIBAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN BN

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.