Sunday, December 9, 2012

Kedudukan Malaysia Dalam CPI Meningkat

Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia Datuk Akhbar Satar berkata, kedudukan itu perlu dibanggakan kerana ia merupakan kali pertama Malaysia menunjukkan peningkatan dalam indeks tersebut. 

“Selalunya kedudukan kita menurun, kedudukan yang dicapai kali ini dipengaruhi oleh pelbagai pembaharuan dan tindakan yang dibuat kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ada iltizam politik,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Akhbar yang juga bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Perlis dan Negeri Sembilan berkata penubuhan 14 buah mahkamah khas rasuah juga mempercepat penyelesaian sesuatu kes rasuah.

“Pelaburan dari negara luar akan bertambah kerana mereka akan melihat kepada CPI negara terbabit sebelum membuat pelaburan, usaha-usaha yang baik perlu diteruskan dan perlu kerja kuat untuk meningkatkan aktiviti pencegahan rasuah,” katanya.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata kejayaan itu menunjukkan tanda positif dan ia merupakan tapak yang baik untuk Malaysia terus memperbaiki kedudukan dalam CPI pada tahun-tahun akan datang.

“Kita di IIM sangat bangga kerana ia menunjukkan peningkatan, kalau trend ini berterusan dan tiada noktah saya jangka kedudukan akan menjadi lebih baik tahun depan.

“Ada yang kata mungkin perubahan ini disebabkan metodologi yang berbeza diguna pakai pada tahun ini, tetapi walau apa pun kayu ukuran yang diguna, bila ia menunjukkan penambahbaikan, kita harus bangga,” katanya.

Beliau berkata ikrar integriti korporat di mana syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah menandatangani ikrar tersebut secara sukarela bahawa mereka tidak akan mengambil rasuah ketika berurusan juga menggalakkan indeks tersebut meningkat.

“Sebanyak 150 lebih syarikat besar yang sudah menandatangan, IIM berusaha dengan GLC di negara ini supaya ia akan menjadi satu tadbir urus korporat yang baik,” katanya.

Beliau berkata selain itu, program Ketua Pegawai Integriti di mana pegawai akan diberi latihan selama enam bulan di Pusat Latihan SPRM akan ditempatkan di agensi yang mengambil bahagian bukan sahaja untuk memantau tugas audit dalam tetapi lebih daripada itu termasuk penilaian kakitangan.

Transparensi Antarabangsa Malaysia (Ti-M) semalam mengumumkan bahawa Malaysia meningkat ke tangga 54 dalam CPI tahun ini berbanding tangga ke-60 tahun lalu dan mendapat 49 dari 100 mata pada kaji selidik yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara.

Malaysia juga berada di ranking ketiga di kalangan negara Asean di belakang Singapura yang memperoleh 87 mata diikuti Brunei Darussalam di tempat kedua dengan 55 mata. (Bernama)

22 comments:

  1. moga ia akan terus meningkat.

    ReplyDelete
  2. teruskan usaha dalam membendung gejala2 negatif dalam M'sia

    ReplyDelete
  3. pembangkang pasti mempertikaikannya..

    ReplyDelete
  4. Mekanisme pencegahan rasuah menerusi Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) yang dilaksanakan kerajaan mendapat pengiktirafan dan pujian pengasas bersama Transparency International (TI), Michael J Hershman.

    ReplyDelete
  5. Hershman berkata, sistem Malaysia memerangi rasuah adalah pendekatan menyeluruh yang menjadi komponen utama reformasi kerajaan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hershman berkata, dengan menggunakan struktur agensi anti rasuah Hong Kong sebagai asas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya berfungsi sebagai badan bebas membanteras rasuah di Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Berikutan itu, Hershman mencadangkan supaya negara Arab yang bergelut dengan krisis kebangkitan rakyat, menjadikan Malaysia sebagai panduan dan model membanteras rasuah.

    ReplyDelete
  7. Katanya, walaupun negara Arab mahukan perubahan segera bagi menghentikan sistem dan budaya yang berkait rapat dengan rasuah, matlamat itu dilihat masih jauh dari jangkauan kerana usaha pencegahan tidak lengkap termasuk meluluskan undang-undang tanpa mekanisme penguatkuasaan yang mencukupi.

    ReplyDelete
  8. “Negara berisiko tinggi menimbulkan persekitaran paling mencabar untuk pembaharuan secara menyeluruh. Apabila masalah rasuah muncul di negara Arab semakin teruk, ia memerlukan satu tindakan, termasuk meneliti model di Malaysia,” katanya.

    ReplyDelete
  9. Beliau juga berkata, sejak penubuhan pada 2008, SPRM mencapai kemajuan cemerlang dengan memberi tumpuan kepada tiga pendekatan iaitu pembaharuan dalam kerajaan, masyarakat awam dan perniagaan.

    ReplyDelete
  10. “Kerajaan Malaysia berusaha keras memastikan pembabitan komuniti perniagaan dan masyarakat awam dalam usaha membanteras rasuah. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta digalakkan bersama-sama menandatangani Ikrar Integriti,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Hershman berkata, berbeza dengan ikrar kosong yang diguna pakai negara lain, Ikrar Integriti yang dilaksanakan Malaysia memberikan implikasi sebenar bagi negara ini dan syarikat.

    ReplyDelete
  12. Katanya, jika sebelum ini kes rasuah di Malaysia mengambil masa untuk dibicarakan, penubuhan Mahkamah Anti Rasuah memberi jaminan kes diselesaikan dalam tempoh 12 bulan.

    ReplyDelete
  13. “Satu lagi kejayaan ialah meningkatkan proses perolehan elektronik berasaskan data, memudahkan ketelusan, akauntabiliti dan keupayaan pengauditan. Apabila kerajaan memansuhkan banyak perkara dalam proses perolehan selain lebih telus, ia berupaya mengurangkan peluang berlaku aktiviti rasuah,” katanya.

    ReplyDelete
  14. Hershman juga berkata, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia bukan saja memberi tumpuan kepada penguatkuasaan dan pematuhan sama ada secara sukarela atau sebaliknya, malah fokus pendidikan pencegahan dalam perkhidmatan awam, lawatan ke sekolah dan latihan pencegahan rasuah di kalangan pegawai penguat kuasa di negara ini dan serantau.

    ReplyDelete
  15. Leaders at all levels of society must exhibit the right values for their constituents to follow in order to prevent corruption, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Najib said that social norms and values play a critical role in dealing with the corruption problem and have to be cultivated.

      Delete


    2. “It is critical, therefore, for people in positions of power and authority to exemplify the values they wish their constituents to follow,” said Najib at the opening of the International Association of Anti-Corruption Authorities Conference.

      Delete


    3. “This makes the behaviour of those in positions of leadership, be it in politics, government, business, civil society, education and the home especially important in instiling the right values and basics of ethical conduct,” he said.

      Delete

    4. Najib said that countries needed to instill a “natural abhorrence” to corruption into the conscience of society.

      Delete

    5. The prime minister also said that corruption did not only involve the government but also the private sector and called the “unbridled” and “ruthless” pursuit of “extraordinary” profits a form of corruption.

      Delete

    6. “We rightly demand greater scrupulousness from those in public office yet we live in a world where the public culture endorses the pursuit of greed and unmitigated material success, at least until someone is caught breaking the law.”

      Delete
    7. Najib later gave RM1 million to the International Anti-Corruption Academy based in Vienna on behalf of the Malaysian government.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.