Friday, December 28, 2012

Majoriti Penduduk Beaufort Tetap Sokong BN

BEAUFORT, 27 Dis (Bernama) -- Majoriti penduduk di kawasan Parlimen Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno beberapa bulan lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias Datuk Azizah Mohd Dun berkata maklum balas penduduk di kawasan itu menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat.

Rakyat sudah bijak dan lebih rasional untuk menilai bahawa selama ini BN banyak berjasa dalam kehidupan mereka di negara ini, kata Azizah yang juga Exco Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah pada majlis Jelajah Salam Sayang di Kampung Kukut di sini, Khamis.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk sentiasa bekerjasama dan bersatu padu memberi sokongan kepada BN bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong.

-- BERNAMA

50 comments:

  1. walaupun LaJim keluar dari BN, namun sokongan penduduk Beaufort terhadap BN tetap kukuh.

    ReplyDelete
  2. Masyarakat Beaufort menyokong BN bukan kerana Lajim semata2 tapi perjuangan parti. sebab itulah walaupun Lajim telah keluar, masih ramai yang tetap memilih BN.

    ReplyDelete
  3. Sabah akan terus menjadi sebuah negeri yang maju di bawah kerajaan BN berdasarkan pelbagai pelaksanaan program pembangunan.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya usaha bukan sia2.

    ReplyDelete
  5. Dont let the opposition rules you.

    ReplyDelete
  6. Majoriti menyokong BN kerana kepercayaan.

    ReplyDelete
  7. Despite Lajim's departure, BN is still strong.

    ReplyDelete
  8. And we got to understand that BN is well received in Sabah

    ReplyDelete
  9. BN memang parti hebat.

    ReplyDelete
  10. And I'm sure people will like it more.

    ReplyDelete
  11. Semoga BN akan tetap mekar.

    ReplyDelete
  12. Saya percaya ia akan mekar.

    ReplyDelete
  13. Jangan percaya janjin manis pembangkang.

    ReplyDelete
  14. Jumlah itu termasuk pelaburan kerajaan dan swasta sebanyak RM77.51 bilion bagi 31 projek permulaan (EPP).

    ReplyDelete
  15. KOTA KINABALU: Jumlah pelaburan terkumpul sebenar di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) mencecah RM114.045 bilion bagi tempoh 2008 hingga 30 September tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  16. Musa, yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata jumlah itu termasuk kerajaan dan swasta sebanyak RM77.51 bilion bagi 31 projek permulaan (EPP) dalam sektor pertanian, perkilangan dan logistik, tenaga petroleum dan gas, kelapa sawit, pelancongan, infrastruktur, pendidikan dan Greater Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  17. “Daripada jumlah terkumpul RM114.05 bilion ini, 12.7 peratus atau RM14.48 bilion adalah pelaburan yang telah dibelanjakan setakat 30 September 2012,” katanya ketika menjawab soalan Abdul Mijul Unaini (Umno-Banggi).

    ReplyDelete
  18. Beliau berkata kestabilan politik serta perpaduan rakyat berbilang kaum merupakan faktor penting yang memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini.

    ReplyDelete
  19. “Dasar-dasar kerajaan yang prihatin, mesra pelabur dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelabur asing serta kewujudan modal insan yang berpendidikan, muda dan mudah dilatih menjadi faktor penting yang menarik pelaburan asing ke Sabah.

    ReplyDelete
  20. Di samping itu, kedudukan negeri Sabah yang strategik dan terletak dalam lingkungan hanya dua hingga tiga jam perjalanan melalui udara ke bandar-bandar utama di Asia seperti Tokyo, Seoul, Taipei, Osaka, Hong Kong, Macau, Singapura, Bandar Seri Begawan, Manila dan Jakarta turut menjadi daya tarikan kepada pelabur asing,” katanya.

    ReplyDelete
  21. Beliau berkata Kota Kinabalu mempunyai rangkaian penerbangan terus ke kebanyakan bandar besar ini memudahkan pelabur mengunjungi negeri di Bawah Bayu ini selain kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, gas asli, kelapa sawit dan getah.

    ReplyDelete
  22. Musa berkata kemudahan infrastruktur asas yang baik serta pembangunan estet perindustrian seperti Kelompok Industri Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu, POIC Sandakan dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang lengkap menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelabur asing.

    ReplyDelete
  23. Bagi mengekalkan momentum pelaburan di Sabah, katanya, usaha-usaha menyediakan rangkaian perhubungan yang lebih meluas melalui pembinaan infrastruktur asas seperti jalan raya, pelaburan dan pengangkutan selain membangunkan perkhidmatan sektor telekomunikasi termasuk kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

    ReplyDelete
  24. Katanya, kerajaan negeri juga akan meneruskan siri promosi pelaburan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menarik lebih ramai pelabur ke Sabah termasuk meningkatkan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan agensi-agensi pusat yang lain.

    ReplyDelete
  25. Berhubung dengan ternakan udang kara di Perairan Pulau Timbun Mata, Semporna di bawah Projek Taman Bersepadu Akuakultur Udang Kara, katanya perusahaan itu melibatkan cadangan pelaburan RM2 bilion dan dijangka menjana 20,000 peluang pekerjaan dan dijangka membangunkan 18,000 sangkar udang kara melibatkan kawasan seluas 6,000 hektar.

    ReplyDelete
  26. Musa turut menyeru semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat dalam pengurusan pelabur agar terus bekerjasama rapat dan memudah cara kemasukan pelabur ke Sabah.

    ReplyDelete
  27. “Kejayaan kita hari ini tidak datang bergolek begitu sahaja sebaliknya merupakan hasil daya usaha yang bersungguh-sungguh serta komitmen yang mantap pemimpin Barisan Nasional (BN) dan seluruh jentera pentadbiran kerajaan peringkat negeri dan persekutuan serta komitmen para pelabur.

    ReplyDelete
  28. Oleh itu, katanya bagi mengekalkan momentum pelaburan yang pesat dan meningkat pada masa kini, rakyat harus membuat pilihan tepat dan memastikan kerajaan BN meneruskan agenda pembangunan ekonomi yang lebih cemerlang pada masa depan.

    ReplyDelete
  29. Terdahulu, Musa berkata Sabah menerima jumlah pelaburan asing dalam sektor perkilangan bernilai RM9.2 bilion dari Hong Kong, India, Singapura dan Korea Selatan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9).

    ReplyDelete
  30. Beliau berkata, pada suku tahun pertama tahun ini, Sabah menerima pelaburan RM10.2 bilion manakala nilai pelaburan dalam pelbagai sektor yang dicatatkan sepanjang tahun lepas mencecah RM13.7 bilion.

    ReplyDelete
  31. “Pelaburan asing di Sabah dalam tempoh RMK9 sehingga suku pertama tahun ini telah menjana 20,211 peluang pekerjaan. Sebanyak 57 peratus atau 11,421 daripada jumlah peluang pekerjaan ini disumbangkan oleh sektor perkilangan, 43 peratus atau 8,768 pekerjaan daripada sektor perkhidmatan dan baki selebihnya dalamn sektor utama perlombongan dan pertanian,” katanya.

    ReplyDelete
  32. LAJIM KELUAR BN DAN MENJADI PENYOKONG TEGAR KEPADA PKR LUPA BAHAWA RAMAI ANGGOTA PKR BEAUFORT TELAH MENYERTAI BN

    BEAUFORT 7 Jun - Seramai 80 bekas pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort hari ini bertukar haluan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis khas di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LAJIM KELUAR BN DAN MENJADI PENYOKONG TEGAR KEPADA PKR LUPA BAHAWA RAMAI ANGGOTA PKR BEAUFORT TELAH MENYERTAI BN

      Bekas pemimpin PKR yang juga calon bagi kawasan Parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Lajim Yusoff berkata, keputusan menyertai BN kerana percaya terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang membawa pelbagai pembangunan pesat di negeri ini.

      Delete
    2. LAJIM KELUAR BN DAN MENJADI PENYOKONG TEGAR KEPADA PKR LUPA BAHAWA RAMAI ANGGOTA PKR BEAUFORT TELAH MENYERTAI BN

      "Kami menyertai BN kerana percaya BN betul-betul boleh memajukan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman kerana selama ini kami perhatikan semua projek Sabah khasnya di Beaufort semuanya berjalan lancar.

      Delete
    3. LAJIM KELUAR BN DAN MENJADI PENYOKONG TEGAR KEPADA PKR LUPA BAHAWA RAMAI ANGGOTA PKR BEAUFORT TELAH MENYERTAI BN

      Kami tidak percaya lagi kepada parti pembangkang (PKR) yang hanya berangan-angan untuk memerintah negeri Sabah," katanya selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Musa di kediaman Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Don di Kampung Limbawang di sini.

      Delete
  33. BN tekad pertahan Beaufort

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) bertekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan tindakan penyandangnya yang meletak semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

    Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata Parlimen Beaufort yang diwakili Datuk Seri Lajim Ukin pada pilihan raya umum 2008 harus kekal di pangkuan parti itu berdasarkan komitmen dan kesungguhan kerajaan membangunkan kawasan itu selama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN tekad pertahan Beaufort

      "Kerusi BN di sini bukan lagi BN. Dia (Lajim) bukan lagi bersama BN... yang mustahak kembalikan semula kerusi ini kepada kerusi BN, kita ambil semula tidak kira Lajim bertanding atau tidak, kita tawan semula," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama rakyat di padang pekan Kuala Penyu.

      Delete
    2. BN tekad pertahan Beaufort

      Muhyiddin berkata BN secara hakikatnya sentiasa kukuh dan tidak tergugat dengan apa yang berlaku, termasuk tindakan Lajim yang menubuhkan pertubuhan bersifat menyokong pembangkang.

      Beliau berkata, rakyat Sabah khususnya di kawasan Beaufort harus bijak menilai kepimpinan yang boleh menjamin kemajuan berterusan setelah wakil rakyat yang dipilih mereka atas tiket BN bertukar haluan.

      Delete
    3. BN tekad pertahan Beaufort

      "Tiada gunanya kita bersedih. Biarlah dia pergi... yang penting bukan dia, tapi yang penting nasib saudara dan masa depan saudara," katanya.

      Muhyiddin turut melontarkan persoalan kepada penduduk kawasan itu mengenai kedudukan sebenar asas perjuangan Lajim sama ada beliau dapat membawa peruntukan besar bagi pembangunan di daerah itu tanpa bersama kerajaan.

      Delete
    4. BN tekad pertahan Beaufort

      Beliau berkata, rakyat harus percaya kerajaan negeri mahupun persekutuan berupaya melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara ini jika diberi kepercayaan sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

      "Banyak orang tanya saya... bila pilihan raya umum Tan Sri, sebab kami tidak sabar keluar mengundi untuk BN. Kenapa tidak, sebab perjuangan BN itu panjang sejak Merdeka 1957.

      Delete
    5. BN tekad pertahan Beaufort

      "Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani, kecil saja dalam global seperti cili padi (dalam peta), tetapi dalam tempoh beberapa tahun kita berusaha menyelesaikan banyak masalah pokok termasuk kadar kemiskinan nasional di tahap tiga peratus dan Sabah dulu 70 peratus sekarang saya rasa kurang 10 peratus," katanya.

      Delete
    6. BN tekad pertahan Beaufort

      Beliau berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mencipta pelbagai kejayaan dalam program transformasi yang meningkatkan peluang pekerjaan dalam pelbagai industri dan sektor lain berkembang maju.

      Delete
    7. BN tekad pertahan Beaufort

      Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi pelbagai projek kecil di daerah itu dan merasmikan pemasangan paip baru bernilai RM49 juta dari Limbawang ke Kayul.

      Sementara itu dalam ucapannya, Musa berkata beliau percaya rakyat Sabah, khususnya di Beaufort bijak menilai 'kaca dan permata' berhubung kredibiliti pemimpin yang berjuang membela nasib mereka.

      Delete
    8. BN tekad pertahan Beaufort

      Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, membawa contoh sikap pembangkang yang tidak sehaluan dalam memilih Perdana Menteri jika berjaya mentadbir negara ini.

      "Jawatan Perdana Menteri pun sudah berebut macam mana hendak mentadbir negara dan negeri juga... mereka sudah kacau bilau," katanya.

      Delete
    9. BN tekad pertahan Beaufort

      Beliau juga menyifatkan parti pembangkang sebagai 'penipu' dan harus berpijak di bumi yang nyata kerana mendakwa kerajaan tidak membawa apa-apa pembangunan di negeri ini.

      Katanya kerajaan negeri mahupun pusat melaksanakan pendekatan terbaik untuk memberi manfaat kepada hidup rakyat, termasuk menerusi Belanjawan 2013 yang melintasi semua lapisan masyarakat.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.