Monday, December 24, 2012

Persatuan Bugis Sabah akan beri kerjasama kepada RCI

BEAUFORT: Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) amat mengalu-alukan penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja untuk menjalankan siasatan terhadap status kewarganegaraan serta pengeluaran kad pengenalan.

“Persatuan ini akan memberi kerjasama kepada RCI kerana dalam proses penyiasatan itu nanti,” kata Presiden Persatuan it, Datuk Haji OsmanHaji Jamal.

“Maksud kita di sini ialah untuk mengikis tanggapan beberapa pihak terhadap etnik Bugis di Sabah yang sudah tentunya RCI akan menjadi penentu kesahihan etnik Bugis sama ada mereka warganegara atau rakyat Malaysia,” katanya.

“Kita menyambut baik RCI supaya tidak ada lagi pihak-pihak yang cuba memperkotak-katikkan dan mempertikaikan kedudukan etnik Bugis di Negara ini,” kata Osman semasa merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Komuniti Bugis Sabah Daerah Beaufort 2012 yang diadakan di Dewan Pak Musa Beaufort kelmarin..

Beliau berkata persatuan itu akan tunggu hasil keputusan RCI untuk menentukan mana-mana etnik Bugis yang lama atau baru yang berada di negeri ini .

Osman berkata sejarah telah membuktikan bahawa etnik Bugis sudah wujud di negeri ini (Tawau) sejak tahun 1881 semasa pemerintahan Belanda .

“Namun apabila perpecahan sempadan antara kedudukan Bugis yang berada di Tawau ketika itu telah menjadi sebahagian Negeri sabah dan Malaysia amnya,” katanya.
 
Sumber: New Sabah Times

13 comments:

  1. Sabah memang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. tidak menjadi kesalahan jika bangsa bugis ni datang dengan cara yang sah ke Sabah.

    ReplyDelete
  2. Di Sabah masyarakat Bugis telah wujud sejak lebih seabad yang lampau, dan telah memberi sumbangan yang amat besar dalam pembangunan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  3. Suku bangsa Bugis, adalah salah satu suku kaum yang telah bermastatiun di negeri Sabah sejak seabad yang lampau dan sesungguhnya, telah memberi sumbangan yang amat besar dalam pembangunan negeri Sabah, khususnya dalam sektor perladangan dan pembalakan. Kini, mereka mengalih kepada sektor perniagaan dan perusahaan, pengangkutan dan pelbagai sektor lain yang berdaya maju.

    ReplyDelete
  4. semua pihak harus beri kerjasama terhadap penubuhan RCI.

    ReplyDelete
  5. Apa pun kita mahu pencegahan PATI ini terus berleluasa amatlah perlu ditangani. Itulah yang penting sekali. Kita hata dengan penubuhan RCI ini nanti akan dapat mengurangkan masalah ini.

    ReplyDelete
  6. Apa yang kita tahu, PATI ini memang tidak dapat dielakan sebenarnya. Dimana-mana pun ada PATI.

    ReplyDelete
  7. Bukan saja persatuan Bugis sabah jika boleh semua rakyat Sabah turun dan cuba untuk memberikan bantuan kepada RCI bagi menyelesaikan masalah Projek CI dan PATI ini.

    ReplyDelete
  8. Berikan bantuan kepada RCI untuk memudahkan tugasan mereka.

    ReplyDelete
  9. Itulah yang kita mahukan sebenarnya. RCI perlu meneruskan lagi usaha menyiasat kes berhubung Projek IC ini.

    ReplyDelete
  10. Bila saya melihat kepada situasi yang sering diperdebatkan di mana-mana Forum seperti Sabah Forum, seringkali berlaku percakaran apabila perkataan “BUGIS” dikemukakan. Mengapa ini boleh berlaku?
    Ianya sinonim dengan isu yang masih hangat diperkatakan oleh anak watan Sabah mengenai kedudukan sebenar bangsa Bugis di kaca mata rakyat Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

      Delete
    2. Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.

      Delete
  11. betol 2 sbap atok sya kata belaiu memasuki sabah. pada masa 2 beliu masi kecil lagi masa 2 masi sabah belum merdeka lagi......

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.