Thursday, December 27, 2012

Rakyat harus ambil iktibar konflik negara bergolak

KUDAT: Rakyat perlu mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di kebanyakan negara lain yang bergolak akibat kewujudan ekstremisme serta fanatik agama, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Katanya perkara sedemikian tidak harus dibenar berlaku di negara ini yang rata-rata rakyat mengamalkan kesederhanaan sekalipun berbilang bangsa dan agama.

“Atas kejayaan kita mempromosikan kesederhanaan inilah maka masyarakat global menghormati peranan kita di arena antarabangsa dalam mempromosikan konsep ini.

“Negara kita mempromosikan konsep konflik resolusi dan memberi keutamaan kepada aspek perundingan bagi mengelak pergaduhan berasaskan agama dan etnik,” katanya pada majlis sambutan Hari Krismas Masyarakat Cina Kristian di Dewan Pei Tsin Kudat, di sini semalam.

Beliau berkata penerimaan dan kepercayaan kedua-dua pihak yang bertelagah di Filipina terhadap Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik di selatan negara itu adalah pengiktirafan besar kepada negara.

“Dan rakyat Malaysia harus bangga dengan peranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya.

Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat turut memuji masyarakat beragama Kristian di Sabah khususnya, kerana sentiasa membantu kerajaan mempromosikan konsep kesederhanaan di kalangan penganutnya.

Sumber: Borneo Post

Rakyat Sabah yang terdiri dari berbilang kaum dan agama perlu terus mempertahankan dan menyemarakkan keharmonian serta keamanan yang dikecapi selama ini. Keharmonian adalah prasyarat utama untuk Sabah muncul sebagai sebuah negeri maju, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun pendidikan.

kejayaan Sabah menempa kemajuan dan kemakmuran bersama bergantung kepada sejauh mana keharmonian yang dikecapi hari ini dapat terus disemarakkan. Lebih-lebih lagi, dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri maju dibawah pimpinan Datuk Musa Aman, keharmonian yang dibina atas semangat kerjasama, perpaduan dan penerimaan antara masyarakat berbilang kaum dan agama adalah amat penting.

Selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru!

25 comments:

  1. Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk terus meneruskan keharmonian dengan mengamalkan toleransi sesama kaum

    ReplyDelete
  2. Pihak yang sering menimbulkan isu perkauman harus segera hentikannya agar perpaduan kaum tidak terjejas.

    ReplyDelete
  3. Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu forum antarabangsa mengenai konflik dan perdamaian bahawa konflik dalaman yang tidak dikendalikan dengan baik akan membawa akibat yang jauh lebih meluas terhadap keamanan serta kestabilan serantau.

    ReplyDelete
  4. Atas sebab ini, beliau berkata kerjasama serantau dalam menyelesaikan persengketaan dalaman adalah wadah yang penting untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.

    ReplyDelete
  5. Menghulurkan bantuan dengan mengambil bahagian dalam proses perdamaian untuk membantu negara jiran menyelesaikan konflik dalaman adalah satu daripada cara terbaik untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan berpanjangan.

    ReplyDelete
  6. Muhyiddin berkata demikian ketika menutup forum dua hari bertemakan ‘Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat – Menoleh ke Belakang atau Memandang ke Hadapan?

    ReplyDelete
  7. dalam semangat kerjasama serantau inilah Malaysia meluangkan masa dan daya usaha untuk menyumbang ke arah proses perdamaian di selatan Filipina.

    ReplyDelete
  8. Penyelesaian secara damai yang dicapai oleh Bangsamoro dan kerajaan Filipina baru-baru ini adalah manifestasi jelas terhadap peranan berkesan perdamaian dalam mengendali dan menamatkan konflik.

    ReplyDelete
  9. imbalan perdana menteri menegaskan kesan negatif daripada konflik dalaman akan turut dirasai oleh negara jiran, termasuk dalam bentuk kebanjiran pelarian, pencari suaka dan pendatang tanpa izin.

    ReplyDelete
  10. Rakyat Sabah harus terus melindungi serta menghargai keharmonian dan kestabilan hidup yang dinikmati sekarang dengan memilih pemimpin yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat.

    ReplyDelete
  11. Kita harus memilih orang yang betul di dalam kabinet dan Parlimen iaitu wakil rakyat yang benar-benar membantu dan bekerja untuk rakyat.

    ReplyDelete
  12. Pemimpin datang dan pergi… pemimpin baharu akan datang dan mestilah mampu memberikan keadilan dari segi pentadbiran, peluang, pekerjaan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  13. kita harus kekalkan keharmonian yg kita kecapi, jgn rosakkannya.

    ReplyDelete
  14. BEAUFORT - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta rakyat Sabah khususnya di Beaufort berwaspada dengan anasir-anasir pihak tertentu yang suka melaga-lagakan suku kaum di negeri itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliau berkata sikap sedemikian amat mengecewakan memandangkan ia menjurus kepada kepentingan peribadi bagi sesetengah pihak.

      Delete
    2. "Saya ingin mengingatkan jangan sesekali membangkitkan suku-suku itu dan ini di bumi Malaysia yang aman damai ini terutama di Sabah yang terdiri daripada lebih 30 suku kaum dan etnik.

      Delete
    3. "Ini adalah 'role model' kepada gagasan 1Malaysia yang dilihamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Musa

      Delete
  15. Semangat 1Malaysia yang telah lama sebati dan menjadi budaya dalam kehidupan rakyat Malaysia di Sabah hendaklah terus dimantapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat itu perlu terus dipupuk dan dihayati bagi membolehkan rakyat terus bersatu padu dan bersama-sama bergerak maju untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berjaya.

      Delete
  16. Datuk Seri Najib Razak berkata, semangat perpaduan yang kukuh serta keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah bukti perbezaan dalam kalangan rakyat berjaya menyatukan negara ini, sekali gus menjadi inspirasi kepada komitmennya terhadap 1Malaysia.

    ReplyDelete
  17. Keunikan perpaduan kaum yang wujud di Sabah wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain di seluruh negara, kata bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

    Beliau berkata perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Sabah yang wujud sejak sebelum merdeka lagi mendorong penyertaan seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dalam setiap perayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya, suasana seumpama itu jelas memperlihatkan sikap saling hormat menghormati antara masyarakat majmuk di negara ini yang menjadi kunci kepada perpaduan rakyat ke arah mencapai kestabilan politik.

      Delete
    2. Salleh berkata perpaduan rakyat di Sabah jarang kelihatan di tempat lain yang berlaku perpecahan dan persengketaan antara kaum.

      Sehubungan itu, beliau menyarankan negeri-negeri lain menjadikan keunikan perpaduan di negeri ini sebagai panduan mencapai kestabilan politik yang boleh menjamin keselamatan negara daripada sebarang pergolakan.

      Delete
    3. Dalam pada itu, Salleh yang juga ahli politik veteran berkata kewujudan parti-parti politik pembangkang yang terlalu ghairah merebut kuasa pemerintahan sehingga tidak menghormati keputusan rakyat adalah bertentangan dengan prinsip amalan demokrasi negara.

      Delete
    4. Katanya, pembangkang seharusnya menunggu pilihan raya umum untuk mendapat mandat menerajui kepemimpinan negara dan bukan membelakangkan mandat rakyat secara paksaan.

      Beliau berkata kewujudan parti pembangkang seharusnya memberikan pandangan membina terhadap isu-isu pembangunan negara.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.