Thursday, December 13, 2012

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

STATUTORY DECLARATION
Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu, Sabah, dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut:
Baca SD penuh Lajim Ukin (DISINI)

10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal; - Lajim Ukin

Jika begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Lajim, bermakna hasil siasatan ICAC dan SPRM juga tidak benar? Sudah berkali-kali dijelaskan bahawa kenyataan Nazri adalah berdasarkan siasatan kedua-dua badan pencegahan rasuah. Beliau hanya membaca jawapan yang diberikan kepadanya di Parlimen. Sebaliknya, yang menyiasat dan menutup kes itu adalah BADAN PENCEGAHAN RASUAH, bukannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jika Lajim yakin bahawa kenyataan itu menyeleweng dan tidak benar, kenapa bukan beliau saja yang terbang ke Hong Kong dan jadi saksi dihadapan pegawai-pegawai ICAC bahawa wujud keraguan dalam kes tersebut? Malah Lajim mendakwa wujud salahguna kuasa dalam penganugerahan lesen pembalakan di Sabah yang menguntungkan beberapa orang, tapi kenapa dia tidak sebut nama orang itu? Jika kita bandingkan akuan bersumpah Lajim Ukin dan akuan bersumpah Abdul Murad (DISINI) berkenaan dengan akaun RM3 bilion yang dikawal oleh Anwar Ibrahim, akuan bersumpah Abdul Murad bersifat lebih "berani" dan meyakinkan kerana turut disertakan butiran terperinci seperti nama penyumbang serta nilai dana.

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah; - Lajim Ukin

Apa peranan Lajim sebagai Timbalan Ketua Menteri? Adakah beliau hanya menjadi pemerhati kepada penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam kepimpinan kerajaan negeri Sabah? atau Lajim juga telah mendapat tempias hasil balak-balak ini memandangkan beliau adalah "Timbalan" kepada Ketua Menteri?

Memandangkan Lajim tahu mengenai "proses" mengkayakan kroni di Sabah melalui hasil balak, saya juga boleh simpulkan bahawa Lajim juga turut mendapat manfaat hasil dari balak-balak ini sepanjang beliau berada dalam umno. Sebagai politician yang berpengalaman, malah duduk bersama-sama pemimpin BN yang hari ini dituduhnya sebagai menyeleweng, tidak mustahil Lajim Ukin juga terpalit sama dalam skandal ini. Sebab itu Lajim enggan dedahkan nama atau membuat laporan polis atau SPRM berkenaan dengan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin BN negeri Sabah.

Seperkara lagi yang amat menjengkelkan saya ialah, apabila Lajim menggunakan istilah "mengesyaki" dalam akuan bersumpah beliau. Apa pula pandangan Lajim jika ada pemimpin BN yang membuat akuan bersumpah dengan "mengesyaki" bahawa Lajim menyeleweng peruntukkan kerajaan Pusat yang sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur di Beaufort??

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah; - Lajim Ukin

Dalam akuan bersumpah ini, Lajim turut menyatakan bahawa beliau tidak pernah tahu mengenai derma politik RM40 juta kepada umno Sabah. Tapi bagaimana pula Lajim tahu dari mana datangnya sumber dana ini sehingga kepada proses "penyucian" wang tersebut di luar negara yang kemudiannya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik Sabah?

Lengkap sangat skrip Lajim Ukin kononnya balak-balak itu dijual pada harga yang rendah, kemudian disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke akaun-akaun di luar negara. Tapi bila ditanya mengenai dana itu, boleh pula dia jawab "saya tidak pernah tahu mengenai derma politik RM40 juta kepada umno Sabah".

Sebenarnya, Lajim sudah lama menyimpan dendam kesumat terhadap Ketua Menteri Sabah, malah tanda-tanda itu sudah wujud ketika PRU 2008 apabila Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dibenarkan melawan beliau (Lajim). Namun, Lajim terpaksa bertahan dalam umno untuk beberapa tahun kerana masih banyak projek-projek kerajaan yang belum "dikebas" oleh beliau.

Sifat "gunting dalam lipatan" Lajim Ukin sebenarnya sudah dihidu awal oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan pemimpin-pemimpin BN Sabah yang lain. Sebab itu Lajim tidak dicalonkan pada PRU13 kali ini kerana khuatir beliau akan menjadi liabiliti kepada BN Sabah. Dan mungkin sebab itu juga Lajim disisihkan dari mengetahui apa sahaja hal ehwal parti kerana dikhuatiri "kain" umno akan diselak seluas-luasnya menggunakan "gunting" berkarat Lajim Ukin untuk tatapan pembangkang.
 

By: Borneo Bullet

16 comments:

  1. Takkan Lajim ni yang akan jadi saksi rahsia ICAC nanti?siapalah saksi rahsia tu ah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau si lajim jadi saksi pun, siasatan tetap tidak akan dibuka semula.. lagipun akuan bersumpah macam yang Lajim buat tu mana kena terima di hong kong..

      Delete
    2. sekarang ni, tuduhan tidak boleh ditegakkan menggunakan skrip politik.. mesti ada dokumen2 sah..

      Delete
  2. Lajim jangan yakin sangat cara ni akan menambahkan lagi kredit dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia mahu promosi diri dia saja tu.. maklumlah semua orang sabah tahu yang dia bukan winnable candidate..

      Delete
    2. rakyat sabah tahu juga yang dia ni kaki judi.. suka guna wang rakyat untuk puaskan nafsu judi dia..

      Delete
  3. Lajim hanya kejar jawatan dan kedudukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim mengidam sangat jawatan ketua menteri tapi cakap english pun tidak pandai.. yang dia tahu hanya actualy.. actually saja.. bikin malu saja..

      Delete
    2. tidak ada jaminan bahawa sabah akan maju jika Lajim jadi KM sabah.. sudahlah cakap english tidak pandai, kuat berjudi pula tu..

      Delete
  4. Lajim cuma mahu membalas dendam politik terhadap Musa Aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sajalah yang pembangkang tahu.. asyik mahu balas dendam.. patutlah negeri2 yang ditadbir oleh pakatan pembangkang semakin menuju kehancuran..

      Delete
  5. Lajim mesti mahu tolong Rafizi, jawatan KM Sabah bakal2 untuk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi pun sama otak lembu.. Lajim yang terang2 berjudi, terlibat dengan pelbagai skandal rasuah dan mempunyai penyumbang dana politik, tidak pula dia bising..

      Delete
  6. Lajim sanggup buat apa saja asalkan dpt jadi Ketua Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lihat saja bagaimana dia sanggup menipu dalam akuan bersumpah.. pemimpin macam Lajim Ukin TERLALU bahaya untuk negeri yang sedang berada dilandasan yang tepat menuju status negeri termaju..

      Delete
  7. bagaimana dengan akuan bersumpah Lajim sekarang?? ada apa2 dokumen yang boleh menyokong akuan bersumpah ini??

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.