Monday, December 10, 2012

Ulangan Penipuan Scorpene Di Hong Kong

Rafizi Ramli, calon PKR untuk Parlimen Pandan yang dikatakan berpeluang cerah menewaskan Ong Tee Kiat di kawasan tersebut, masih berusaha untuk menonjolkan nama dan dirinya dalam arus politik negara. Selepas ‘kejayaan’ hampir memufliskan NFCorps dan menggelapkan kerjaya politik bekas Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil, Rafizi Ramli mencuba pula nasibnya di Sabah.

Isu wang rasuah RM40 juta cuba digembar-gemburkan dengan bantuan jentera-jentera propaganda PKR dan Pakatan Rakyat yang akan menggerakkan isu berkenaan secara bersepadu dalam tempoh beberapa hari lagi. Mangsanya adalah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Sabah dilihat sebagai deposit untuk ke Putrajaya. Sekiranya PKR dan Pakatan Rakyat berjaya menawan Sabah dari tangan UMNO-BN, peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya adalah lebih cerah. Pun begitu, PKR dan Pakatan Rakyat perlu berhadapan dengan rintangan yang sangat besar untuk menawan Negeri Di Bawah Bayu ini iaitu Datuk Musa Aman, orang yang telah berjaya meletakkan Sabah sebagai salah sebuah negeri yang berdaya saing di Malaysia. Bahkan simpanan tunai Sabah pada tahun 2011, berkali-kali ganda lebih tinggi banyaknya berbanding simpanan tunai Selangor. Begitu juga dengan jumlah dan nilai kemasukan pelaburan ke Negeri Sabah, tercatat sebagai yang paling tinggi berbanding mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

Tidak banyak isu yang boleh digunakan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk menghentam Musa Aman. Walaupun terdapat isu-isu seperti pemimpin-pemimpin tak ada gigi melompat parti, ianya juga bukanlah isu besar, memandangkan pemimpin-pemimpin berkenaan terdiri daripada mereka yang sememangnya bermasalah dan tidak lagi dikehendaki oleh rakyat sebagai wakil mereka, sama ada di Parlimen, mahupun di Dewan Undangan Negeri.

Sebelum ini, PKR merupakan pihak yang paling kuat memainkan isu Scorpene, kapal selam yang mereka dakwa tidak boleh menyelam, tidak boleh menembak peluru berpandu dan tidak boleh belayar sendiri kecuali didayung dengan menggunakan tangan.

Dengan menggunakan bantuan daripada SUARAM, proksi haram sebuah syarikat yang mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada Zionis, PKR cuba mencipta persepsi di kalangan rakyat Malaysia bahawa pembelian kedua-dua buah kapal selam berkenaan hanyalah satu pemborosan dan penyelewengan wang rakyat.

Bukan main lagi sembang PKR dan Rafizi Ramli tentang Scorpene sehingga timbul cerita kononnya, mahkamah Perancis akan mengadakan perbicaraan berhubung pembelian kedua-dua buah kapal selam berkenaan. Namun akhirnya, kebenaran terbukti yang kerajaan dan pihak berkuasa Perancis tidak melayan pun pembohongan Anwar Ibrahim dan PKR. Bahkan perbicaraan yang dikatakan akan diadakan itu, langsung tidak wujud.

Biarpun SUARAM dan Anwar Ibrahim berulang-ulang kali menekankan bahawa memang ada perbicaraan di Mahkamah Perancis dengan menyebut Najib Abdul Razak serta Zahid Hamidi merupakan antara yang akan disapina untuk memberi keterangan, namun cerita sebenar sudahpun diketahui. PKR dan SUARAM ternyata adalah pembohong besar.

Kali ini, perkara yang sama juga berlaku melibatkan RM40 juta dari Hong Kong yang digunakan untuk acara politik UMNO Sabah. Bersungguh-sungguh benarlah Rafizi Ramli dan PKR untuk membina persepsi bahawa mereka telah berjaya membuktikan bahawa wang tersebut adalah wang rasuah UMNO Sabah atau lebih tepat lagi, Ketua Menteri Sabah (setaraf dengan tuduhan Anwar Ibrahim yang makan duit daripada agen-agen luar negara).

Yang pastinya, penipuan ala-ala Scorpene akan berulang dalam kes ini. Buktinya, pada ketika PKR menyatakan bahawa mahkamah Hong Kong akan membicarakan kes tersebut, ahli perniagaan balak Michael Chia dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan. PKR menerusi mulut Rafizi Ramli menyatakan bahawa kes tersebut dibubarkan ekoran tiada sebarang kerjasama daripada Kerajaan Malaysia.

Walhal secara logiknya, kes tersebut berlaku di Hong Kong dan Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa di Hong Kong sama ada untuk mempengaruhi keputusan mahkamah atau perundangan, apatah lagi menyelamatkan Michael Chia daripada didakwa. Malah pegawai-pegawai ICAC sendiri pernah datang ke Sabah untuk melengkapkan siasatan mereka selama sebulan, namun hasil siasatan tetap tidak menemui sebarang petunjuk bahawa wujud unsur-unsur rasuah dalam kes berkenaan.

Rafizi Ramli akan tetap menggunakan modal kononnya kempen sedang dijalankan untuk mempengaruhi badan perundangan Hong Kong untuk membuka semula kertas siasatan, kononnya untuk menjaga imej badan anti rasuah Hong Kong, ICAC agar tidak dimalukan kerana tidak menyiasat dan membicarakan kes yang dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai rasuah.

Keputusan akhirnya seperti yang diketahui… akan sama seperti kes Scorpene di Perancis!


Siasat bertahun-tahun, akhirnya pembohongan Pakatan Rakyat juga yang tersembul keluar...

Sumber: Selangor Daily

25 comments:

  1. Isu RM40 juta untuk kepentingan politik Rafizi dan PR.

    ReplyDelete
  2. Sebelum ini, Rafizi buat dakwaan guna dokumen palsu. bukan setakat sekali dua saja.

    ReplyDelete
  3. Rafizi Ramli,ayam tambatan PKR dan anak emas Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  4. Rafizi terus menerus bertindak melawan kerajaan seolah-olah mahu dijulang sebagai hero.

    ReplyDelete
  5. Tindakan Rafizi yang membuat siri pendedahan kononnya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya sudah dilihat seakan-akan menjurus ke arah meroyan dan fanatik.

    ReplyDelete
  6. Ia bukan lagi untuk mempertahankan integriti atau perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tetapi telah menjadi satu perlumbaan di kalangan pemimpin Pakatan,siapa yang paling banyak membuat pendedahan dia menang.

    ReplyDelete
  7. Samada perkara yang didedahkan berlandaskan kepada fakta atau berunsur fitnah dan tohmahan bukanlah satu perkara yang penting.Yang maha penting bagi Pakatan Haram sesuatu isu itu ada kena mengena dengan kerajaan BN dan lebih beruntung bagi mereka bagi mereka jika isu tersebut mempunyai nilai negatif.

    ReplyDelete
  8. Tujuan pakatan hanya satu iaitu untuk meraih undi dan simpati rakyat pada pilihan raya umum akan datang dengan harapan dapatlah mereka merasa kerusi empuk di Putrajaya.

    ReplyDelete
  9. Hakikatnya semakin banyak isu yang dibongkar oleh Pakatan Haram, semakin rakyat sedar bahawa mereka sebenarnya amat terdesak atau 'desperate' untuk mencari populariti.

    ReplyDelete
  10. Setelah gagal membuktikan kemampuan mereka membela nasib rakyat,Pakatan Haram tidak ada pilihan lain kecuali mereka-reka fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin2 BN.

    ReplyDelete
  11. Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang menjadi jaguh kebajikan mereka bukannya saudagar yang menjual mimpi dan fantasi yang belum pasti menjadi realiti.

    ReplyDelete
  12. Rafizi mmg kaki penipu macam bos dia Anwar.

    ReplyDelete
  13. Cerita kapal scorpene tu hanya rekaan Suaram pro pembangkang saja

    ReplyDelete
  14. muka Rafizi gay jamban yang sukar dipercayai kata2nya

    ReplyDelete
  15. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan permainan wayang kulit pembangkang yang gemar mendedahkan dokumen sulit sebagai senjata politik kotor mereka.

    Kali ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli muncul lagi sebagai watak hero parti itu untuk mengelirukan rakyat dengan 'pendedahan panas' seolah-olah beliaulah Julian Assange Malaysia!

    Assange adalah seorang pengarang dari Australia yang juga merupakan pengasas laman web Wikipedia.

    ReplyDelete
  16. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Assange kini bersembunyi di bawah suaka politik dalam kedutaan Ecuador kerana takut di buru pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Eropah berhubung aktiviti beliau mendedahkan banyak dokumen sulit kerajaan terutamanya berkaitan pengintipan dan ketenteraan.

    Mungkin Rafizi juga bercita-cita untuk mencapai status seperti Assange dan menyorok pula di dalam kedutaan Turki!

    ReplyDelete
  17. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Terkini pemimpin muda kesayangan Anwar Ibrahim ini mendedahkan melalui kenyataan media isi kandungan beberapa dokumen serta invois berhubung pembelian barang kemas bernilai RM13 juta dari Hong Kong.

    Kononnya, Rafizi mendakwa, invois tersebut adalah kepunyaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan barangan kemas tersebut adalah pemberian kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  18. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Strategi yang dirancang oleh Rafizi mudah sahaja - kaitkan Perdana Menteri, isteri atau mana-mana pemimpin kerajaan dengan amalan rasuah, jenayah dan penyelewengan kuasa dengan menggunakan dokumen sulit, milik peribadi atau rasmi.

    Tanpa mengesahkan samada dokumen yang didedahkan itu adalah sahih ataupun palsu, dan diperjelaskan dari mana sumbernya, rakyat terus diperbodohkan dengan rekaan cerita dan hikayat berunsur fitnah dan tohmahan pembangkang.

    ReplyDelete
  19. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Dalam pendedahan terbaru, Deepak telahpun membuat penafian bahawa dokumen dalam tangan Rafizi bukan datang darinya.

    Jadi persoalannya dari manakah Rafizi memperolehi dokumen-dokumen tersebut?
    Dalam dunia digital dengan teknologi digital komputer yang canggih, semuanya boleh menjadi kenyataan.

    Tidak mustahil mana-mana dokumen boleh dipalsukan menggunakan teknologi masa kini termasuk yang didakwa Rafizi sebagai kepunyaan Deepak.

    ReplyDelete
  20. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Jikapun benar barang kemas tersebut dibeli oleh Deepak, kemungkinan ia adalah untuk ibu atau adik beradik perempuannya atau sebagai pelaburan malah boleh juga dibeli untuk Rafizi sekalipun!

    Mengapa pula tanpa sebarang bukti kukuh, pembelian barang kemas itu disabitkan pula dengan isteri Perdana Menteri?

    ReplyDelete
  21. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Apakah asas Rafizi untuk menuduh Datin Seri Rosmah menerima barangan kemas itu dari Deepak hanya berdasarkan beberapa invois yang diragukan keasliannya?

    Terlebih dahulu pembangkang pernah menuduh isteri Perdana Menteri kononnya memiliki cincin berlian bernilai RM73 juta yang dibeli dari Amerika Syarikat.

    Hanya berdasarkan cetakan dokumen yang kononnya di ambil dari skrin komputer pihak kastam, pembangkang terus mengaitkannya kepada Datin Seri Rosmah.

    Akhirnya isu tersebut terkubur begitu sahaja kerana nyata apa yang dituduh adalah fitnah semata-mata dengan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  22. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Begitu juga pendedahan terdahulu seperti isu NFC, projek LRT Ampang, dan sistem kawalan trafik udara KLIA yang semuanya senyap dan tidak bersuara lagi apabila pihak kerajaan atau agensi yang dituduh melakukan penyelewengan memberi penjelasan dan kenyataan sebenar.

    Namun kedudukan pembangkang seolah-olahnya melebihi undang-undang negara dan mereka mampu membuat fitnah serta dakwa dakwi tanpa sebarang rasa tanggungjawab.

    ReplyDelete
  23. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Mereka tahu individu seperti isteri Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri tidak berpeluang menjawab segala tuduhan dan dakwaan palsu yang dilempar terhadap mereka.

    Oleh kerana itu pembangkang bermaharajalela memyebar sebanyak mungkin fitnah dan berita palsu mengenai pemimpin kerajaan untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
  24. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Pilihan Raya Umum ke-13 semakin dekat dan gendang fitnah pembangkang pun semakin kuat dan rancak.

    Disebabkan ketandusan isu konkrit untuk membuktikan kemampuan mereka untuk mentadbir negara, pembangkang kini tangkap muat apa sahaja isu yang boleh dieksploitasikan.

    ReplyDelete
  25. PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI RAMLI PEMIMPIN MUDA KESAYANGAN ANUWAR IBRAHIM

    Tidak kira isu kecil atau besar, pembangkang sekarang sudah terdesak untuk menutup segala kepincangan mereka sendiri dan penipuan yang telah mereka lakukan selama ini.

    Rakyat kini sudah bijak bestari membandingkan antara permata dan batu, dan tidak mungkin pembangkang boleh menggangap mereka mampu diperbodohkan selamanya.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.