Thursday, March 20, 2014

Object dikesan di Lautan Hindi mungkin daripada pesawat MH370

Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata di Canberra pada Khamis bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan kepada pesawat Malaysia yang hilang pada 8 Mac, menurut agensi berita Reuters.

Agensi berita itu memetik Abbot sebagai berkata dalam ucapannya di Parlimen “bahawa maklumat baharu dan kredibel telah diperolehi berhubung misi mencari di selatan Lautan Hindi.”

“Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit mengenai objek-objek yang mungkin boleh dikaitkan dengan pencarian,” kata Abbot dan menambah pesawat Boeing 777-200ER dalam penerbangan ke kawasan objek-objek ditemui itu.

AMSA berkata ia akan mengadakan taklimat media di Canberra kelak, lapor Rueters.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac. Ia dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Borneo Insider

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.